Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fragmen

Rate this book
Soffi hilang memori tentang dua tahun terakhir hidupnya. Pada masa yang sama, dia mula terlihat kelibat seorang gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Nawal. Kata Nawal, dia adalah roh seorang gadis yang telah mati dan hanya Soffi yang boleh melihatnya. Jadi, apakah Nawal sebenar-benarnya roh atau sekadar halusinasi Soffi semata-mata? Apa yang Soffi tahu, dia telah jatuh hati pada Nawal. Dia sedar bila tiba masanya, Nawal akan hilang daripada pandangan matanya. Tapi dia mahu terus menikmati detik-detik bersama Nawal selagi mana Nawal masih terlihat di hadapan matanya.

"Aku tak peduli, Nawal, tentang apa yang logik dan apa yang tak logik. Yang aku tahu, kalau ikut kata hati aku, aku suka kau dan aku nak sentiasa bersama kau. Mungkin sampai masa nanti, kau akan pergi buat selama-lamanya tapi sementara kau ada dengan aku, aku nak cipta detik-detik penuh makna dengan kau."

203 pages, Paperback

Published August 1, 2023

7 people want to read

About the author

Rahim Ramli

5 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (13%)
4 stars
3 (13%)
3 stars
12 (52%)
2 stars
3 (13%)
1 star
2 (8%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
June 30, 2024
Mengandungi bocoran jalan cerita.

Makan masa juga nak habiskan buku ni. Punyalah bosan sampai hilang keinginan membaca beberapa hari.

Gaya fon teks buku ni mengingatkan kepada novel remaja yang biasa dijumpai di perpustakaan desa dan pusat sumber sekolah dulu. Dan bila baca ceritanya, macam remaja yang tulis juga pula.

Cerita dengan premis yang klise tentang lelaki hilang ingatan dan hantu seorang perempuan. Identiti si hantu dan kaitannya dengan lelaki itu dari awal boleh ditebak. Tiada usaha untuk mengelirukan atau mengalihkan perhatian pembaca supaya berteka-teki pun.

Pada mulanya penulisan rasa okay. Kemas la juga, tertib la juga. Tapi agak sopan sampai rasa kaku la pula. Tapi lagi satu, rasa bersesuaian la juga dengan watak utamanya dengan skil sosial terbantut sebab tak banyak bergaul. Cuma disebabkan gaya penulisan ni, pembinaan watak lain pula terpinggir sehingga jadi agak kebudak-budakan. Tapi lagi satu tambah satu pula, walaupun penulisannya rasa okay dan boleh faham keputusan untuk mencondongkan perkataan yang melanggar tatabahasa, rasa aneh la juga dengan keputusan mengekalkan perkataan kesah daripada kisah dan tidak mencondongkannya. Terlalu banyak bermesej secara teks guna ejaan seperti tu agaknya sama ada si penulis atau editor. Tu terlepas pandang.

Yang membosankan cerita pula sebenarnya adalah sebahagian besar cerita tak ada apa yang berlaku sangat. Walaupun watak utama hilang sebahagian ingatannya, tak ada rasa terdesak atau keinginan cuba menjejak kembali ingatan yang hilang tu sangat. Lebih banyak menghabiskan masa berborak dengan si hantu. Kerapkali berbahas dan berpuisi tentang nilai-nilai mengenai kehidupan dan cinta.

Dah masuk akhir cerita barulah semuanya mahu didedahkan sekaligus. Tak ada pembayang atau selitan petunjuk dari awal cerita. Dan pendedahan berlakunya hilang ingatan juga begitu luar biasa. Bukan luar biasa yang baik. Ya, sudah tentulah bercakap dan berdialog dengan hantu tu pun dah tahyul dan khurafat. Tapi tiba-tiba dah melibatkan ahli sihir makin aneh pula plotnya. Sekiranya dari awal ada selitan tentang sihir dan lebih fantasi mungkin lebih mudah untuk diterima. Tapi sebab sebahagian besar buku banyak dihabiskan untuk cipta ayat-ayat yang boleh jadi petikan estetik di Tumblr atau mungkin dikumpulkan dalam buku puisi bertajuk Healing Yang Hilang, rasa tak kena pula dengan pendedahan cerita sebegitu. Kalau hilang ingatan dengan sebab klise seperti kemalangan pun okay je. Kira sejajarlah dengan premis cerita yang klise juga.

Oleh itu, dari nak kasi dua bintang sebab cerita yang bosan, terpaksa la kasi satu bintang sebab tersakiti dengan penamat yang meraban.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
June 30, 2024
Buku ke 2 yang saya baca dari penulis untuk tahun ini. 🙌🏻
Pertama sekali, Fragmen membuatkan saya teringat novel Adelia, Bertemu Roh & Live After Death.
Konsep ceritanya sama. Manusia biasa - dapat communicate dengan roh.

Soffi hanya ada memori ketika dia berusia 18 tahun. Sedangkan umur sekarang ialah 20 tahun. Mana perginya memori Soffi selama 2 tahun?. Timbul banyak persoalan dalam dirinya. Kakaknya juga seolah-olah menyorokkan sesuatu dari Soffi.
Setibanya dia di rumah. Dia terkejut ada seorang gadis (Nawal) comel dalam biliknya dan sedang menangis. Dan -- HANYA DIA SEORANG saja dapat melihat gadis tersebut. Apa yang terjadi sebenarnya?

📌 Di hadapan matanya kini, berdiri seorang gadis. Dia memakai kemeja putih dan seluar khaki. Dia sedang menangis teresak-esak.

For those yang senang teka jalan cerita. Mesti kalian dapat teka cerita ni masa di pertengahan. 🙌🏻 Ini pasti.
Korang hanya boleh predict sajalah hubungan antara dia - si dia. Tapi kenapa memori selama 2 tahun tu hilang. Korang masih tetap kena baca sampai habis. Ada hubungkaitnya Soffi, memori & gadis misteri tu.
Actually, kalau difikirkan memang sedih juga dengan apa yang menimpa Nawal. 🥲

For me, overall Fragmen ni masih boleh dibaca. Cuma gaya bahasa penulis saya perasan memang sedikit kaku. Seolah-olah macam baca skrip. Eh penulis memang penulis skrip ke? .
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
December 17, 2023
Plot twist dia okaylah walaupun masuk separuh cerita dah boleh agak dah..
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
September 9, 2024
My thoughts?

1. Buku ni nipis je but surprisingly aku suka. Cerita dia ringkas, tak banyak watak, dan yang paling aku suka dialog-dialog dia yang bersahaja.

2. Main character buku ni Soffi sedar-sedar je dia hilang ingatan selama 2 tahun sebelum. Lepas tu dia boleh nampak hantu perempuan kat rumah dia. Dia kawan dengan hantu, spend time dengan dia, last-last jatuh cinta dengan hantu 😆

3. Siapa hantu tu yang sebenarnya? Kenapa Soffi hilang ingatan yang 2 tahun sebelum je? Haaa nak tahu connection korang kena baca la buku ni. Sedih ye bila Soffi dah dapat tahu what is happening before.

4. I think this book is about the consequences of the choices that we made, and letting go of the past. Dalam epilog tu finally Nawal dah dapat closure 🥲
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
June 6, 2024
Sebuah cerita Soffi yang hilang ingatan dan bertemu roh Nawal yang menemaninya. Di saat Soffi sunyi, Nawal menemaninya. Mereka jatuh cinta walaupun di dua alam berbeza. A sweet story of knowing someone, remembering and letting go
Profile Image for Diniy Qistina.
144 reviews5 followers
February 15, 2025
Lagi cerita mengisahkan antara manusia dan roh. Tapi kali ni lain daripada kebiasaan cerita manusia x roh yang saya biasa baca.

Soffi, si watak utama lelaki (yang asalnya ku ingat dia perempuan 😭), telah kehilangan memori dia untuk dua tahun lepas. Dia ingatkan dia masih 18 tahun, rupanya sudah 20 tahun. Selepas kemalangan, Soffi bukan sahaja hilang ingatan tapi dia tiba-tiba ada kebolehan boleh nampak roh. Ada satu roh perempuan yang kerap berkeliaran dalam rumah dia. Mula-mula di 'bolayan' tapi lama-lama rasa best pulak berkawan dengan roh tu. Namanya Nawal.

Fast forward, Soffi rasa curious dengan memori dia untuk 2 tahun lepas. Lepas dapat jalan, dia berkeras untuk dapatkan balik memori tu tapi kakaknya dan Nawal berkeras supaya dia tak perlu fikirkan memori yang dah hilang tu. Tapi Soffi dah nekad. Bila dia dah dapat jawapan, mengertilah kenapa Nawal dan kakaknya membantah sebelum ni.

Agak sedih untuk ending dia tapi sekurangnya Nawal dapat closure untuk diri dia 🥲. Dan pengajaran untuk Soffi juga. Implikasi daripada keputusan masa lalu kita dan melepaskan masa lalu kita. ❤️‍🩹
Profile Image for Eiffelynne.
Author 3 books15 followers
November 20, 2023
Ulasan pendek, LAHHHHHH SOFFI TU LELAKI RUPANYA.

Yes, aku confuse gak mula-mula. Soffi tu Soffian rupanya. Lelaki. Nawal tu perempuan. Tapi setiap kali baca aku, mesti tertukar jantina karakter. Hahaha. Mungkin sebab aku familiar dengan nama Soffi as perempuan dan Nawal as lelaki. Ada banyak aspek aku nak sentuh dalam cerita Fragmen ni. Premis cerita dia menarik, tapi gaya pengolahan cerita agak lewah dan ada beberapa bahagian yang mengelirukan.

Aku akan ulas lanjut dekat video review. (Nanti aku update link)
Subscribe dulu : Channel Lynne
28 reviews1 follower
November 8, 2024
awal penceritaan agak menarik. Tapi lama-kelamaan bosan. Dialog mendatar, berulang-ulang. plot twist sudah boleh dijangka.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.