Hidup Luqman dan kakaknya Lana tak pernah tenang. Bahaya yang kerap menimpa buatkan Luqman jadi hilang sabar. Dia pasti, ada yang mahukan riwayatnya tamat. Antara nyawa dan cinta, mana satu yang terpaksa Luqman relakan pergi?
"When I didn't even realise i needed rescue, you saved me."
Munculnya si dia bak sang bulan. Kelam, dingin dan senyap. Kehadirannya didamba oleh langit yang hitam. Dalam kegelapan, dialah cahaya. Tatkala cinta hati datang ibarat angin yang menerpa, Luqman jadi nanar. Dia ... Pelindung atau pemusnah?
"Because nothing lasts forever. Let me be your nothing then." - Tengku Luqman
"Rather than wanting you to be my nothing ... Kau jadi semuanya. Be my everything. Boleh, Luq?" - MJ
Luqman from Medusa. Medusa is much better plotnya. This one rasa macam ada banyak lopong or tak kena especially Liz. Ok je untuk light reading kalau bukan yang jenis persoalkan itu ini (saya lah tu). Ada kelakar2 and twist sikit. #cereka
1. Tbh, aku akan lebih suka buku ni kalau diringkaskan lagi sikit. Buku ni panjang tapi tak banyak aksi dan lebih kepada scene-scene manis mulut si Luqman aka male character.
2. Trope gumpy x sunshine. MJ female character buku ni very dark. Tak banyak cakap, tak banyak kawan, cold, suka hitam, tak reti express feelings. Meanwhile Luqman pulak happy go lucky, flirty mulut manis. Tapi dua-dua samseng 😂
3. Basically, Luqman is the heir, ada musuh nak bunuh, MJ nak protect Luqman, lepas tu ada plot twist. Yang nampak jahat sebenarnya baik. Yang disangka baik pulak sebenarnya jahat.
4. Ada beberapa part yang aku tak berapa puas hati: • Liz tiba-tiba je sedar dia tak betul dan terus ok dengan semorang padahal dia la salah satu watak terpaling saiko • Lana yang tiba-tiba wake up dari accident dan bencikan Aidid sebab Izzah. Lepas tu tiba tiba ok balik • tak ada backstory MJ masa dia masih jadi assasin dan tiba-tiba Fakhrul muncul as a comrades MJ sebelum ni.
5. Ending dia pun ada sikit aku tak puas hati sebab sama je dengan mana-mana buku yang aku baca. Memang benda wajib nak kena hero yang pujuk heroin setengah mati dulu baru nak terima balik. Biasalah perempuan kan tak pernah salah 😂 Ada tak buku yang heroin pujuk hero pulak?
Tengku Luqman. Oh my god! Kemanisan mulut kamu itu sangat bahaya ya. Dengan pick up line dia yang selalu buat MJ rasa '🙄'. Dia punya gedik tu kan tak buat kita rasa '🙄' macam MJ rasakan, tapi kita rasa comel! 😆 Dengan status dia 'pekebun anggun berjaya’ ada je dia kat mana-mana datang menghantui MJ. Tak tenang betul hidup MJ. 🤣
Dalam action-nya ada jugak part comedy. Mostly disebabkan Luqman. Tapi kita suka juga karakter Sufi. Walaupun dia hanya side character yang ada sikit je kemunculan, tapi setiap apa yang dia buat atau cakap mesti menghiburkan. 😂😭✋🏼
MJ pulak, nama sudah seperti kekasih Spider Man. Tapi 'samseng' dia bukan sahaja pada aura dan perangai tapi juga cara percakapan. Dingin beku je. Nak dengar dia confess pasa Luqman lambert lagi. Tapi nasib baik Luqman faham 'signal' seketul MJ. 😂
Novel yang menarik sbb both ML & FL sgt strong. Saya suka cara mereka deal dengan si gunting dalam lipatan, iaitu seorang yang sangat dekat dalam hidup mereka. Plot twist pun best, cuma saya masih mengharapkan lebih byk action scene dlm novel ni. Overall, novel ni tak rugi untuk dibaca 👍. Yg penting, pickup line Luqman tak pernah gagal😄