Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tolong Kahwini Aku

Rate this book
“Imran, awak nak tak kahwin dengan saya?”- QI

Dia tebalkan saja muka, ajak lelaki itu kahwin dengannya. Kahwin pula kahwin lari, tapi Imran kata mereka kahwin dekat oversea. Ah, lantaklah, yang penting lelaki itu setuju nak bernikah dengan dia. Dia dalam keadaan yang terdesak, dan sangat memerlukan bantuan lelaki itu.

“Saya tak akan tinggalkan awak, saya tak akan jual awak, dan saya tak akan tipu awak. Itu janji yang saya boleh beri buat masa ni. Dan awak jangan risau, selama awak bersama saya, nyawa dan keselamatan awak lebih utama dari nyawa saya sendiri.” -IMRAN

Dia bukan tak percayakan lelaki itu, bukan juga dia ragu-ragu, tapi hatinya tetap rasa tak sedap. Dia tahu lelaki itu sukakan dia tak lebih dari seorang kawan, dan bantuannya pula kerana kasihan.

“Awak cadang nak kahwin dengan saya untuk berapa lama, Im?”- QI

Berjayakah rancangan mereka untuk kahwin lari, atau Qi dah bertukar fikiran di tengah jalan? Masalah apa yang Qi hadapi sehingga dia sanggup tawarkan Imran menjadi suami? Dan, untuk berapa lamakah tempoh masa mereka jadi suami isteri? Selama-lama, atau cuma untuk setahun dua?

275 pages, ebook

Published October 1, 2023

1 person is currently reading
3 people want to read

About the author

Rissa Ahdiya

44 books277 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (20%)
4 stars
3 (60%)
3 stars
1 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
November 2, 2023
kihkih ... part password tu memang lawak. mengekek den sorang-sorang baco.

qi, sebab ayahnya berhutang dan nyaris muflis jadi nak kahwinkan dia dengan izlan. nasib baik imran, lelaki yang bantu selamatkan dia dari mati tercekik, sekali lagi bantu dia. kali ni, kahwin lari!

malasla nak cter lebih. nanti san suruh beli, penulis dah closed other. tapi buat yang baca review ni, korang take note penulis ni - Rissa Ahdiya. ebook beliau, walaupun cerita dia tu biasa tapi olahan beliau memang best! lunak sepanjang pembacaan. kalau beliau buka oder ebook biasa tak lama. jadi, take note!
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
October 30, 2023
Sebenarnya ceritanya tidaklah kelakar tetapi ntah kenapa saya tersengih² membacanya terutama part dialong Abang Ramlee dengan Maznah tu. Part Izlan yang diignore oleh isterinya Mizah pun saya rasa lucu. Ya lah, bukan main lagi isteri bertukar ganti tetapi bila Mizah layan dia acuh tak acuh dan berlagak tenang pun Izlan dah rasa tak tenteram!

Oleh kerana hutang yang terlalu banyak, Qi dipaksa ayahnya untuk mengahwini Izlan. Pelbagai cara yang dibuat untuk mengelakkan diri kerana dia tahu Izlan sudah mempunyai 2 orang isteri. Jadi cara drastik dia mengajak Imran untuk berkahwin lari.

Nampak luaran seakan Imran itu tidak kisah. Tetapi bila Qi mengajaknya berkahwin, laju sahaja rancangan yang diatur seolah bukan kahwin terpaksa tetapi lebih kepada rela. Walau pelbagai halangan yang dibuat oleh ayah Qi dan Izlan, akhirnya Qi berjaya meloloskan diri dan berkahwin lari dengan Imran.

Penghujungnya, ada satu rahsia terbuka tentang hubungan Imran dan Izlan dan pastinya happy ending untuk semua.

#aishh macam geram nak tahu yang Izlan tu masih playboy ke atau dah jadi insaf bila Mizah dah buat tak reti?🤣
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.