Jump to ratings and reviews
Rate this book

Luqman Annasaie #2

Luqman Annasaie 2

Rate this book
Bumi Madinah. Setelah setahun pulang ke tanah air, akhirnya Luqman kembali ke negeri keduanya ini. Kali ini berbeza kerana dia tidak lagi sendirian. Punya isteri di sisi bersama kedua-dua orang tuanya, juga Tuk Ikram pencinta al-Quran.

Bertemu dengan Ameer menjadi sesuatu yang sangat dirindui Luqman. Gembira dapat kembali bertemu sahabatnya itu. Namun, pertemuan dengan Dr Mughirah merubah segalanya. Persahabatan yang sedia bersalut curiga kini bertambah barahnya.

"Ini saya, Luqman ... Dr Mughirah, lelaki yang jalankan pembedahan kamu pada tahun 2011. Kamu tidak ingat saya?" - Dr Mughirah

Ameer rupa-rupanya menyembunyikan sesuatu yang sangat besar daripadanya. Sesuatu yang disimpan lapan tahun lamanya.

"Ingatan aku hak aku. Kau tak patut kawal hidup aku, Ameer?" - Luqman Annasaei

"Kalau begitu, kau akan berasa jijik dengan diri sendiri hingga akhir hayat! Hatta aku dapat rasa yang kau tak akan sanggup untuk balik ke kampung kerana berasa terlalu jijik!" - Ameer Uthman

Rahsia demi rahsia terbongkar. Membarahkan luka yang tersimpan dalam memori yang sudah hilang. Rahsia yang dipegang sahabat itu rupa-rupanya sangat melukakan.

"Kisah ini sangat pahit untuk kau, Luqman." - Ameer Uthman

"Walau apa pun yang berlaku, awak tetap suami saya dunia akhirat." - Warda Ashikin

"Maka dalam setiap perkara, berdoalah pada Allah kerana Dia Maha Mendengar." - Tuk Ikram

560 pages, Paperback

First published May 1, 2023

5 people are currently reading
56 people want to read

About the author

Leena Syiha

10 books39 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
44 (75%)
4 stars
12 (20%)
3 stars
2 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
989 reviews119 followers
August 22, 2025
Ini baru sumpah best giler!

Leena Syiha memang sah seorang penulis yang sangat berbakat dan cerita beliau selalu sarat dengan pengajaran.

Walaupun agak geram dengan Warda, tetapi nasib baik dia mempunyai Tuk Ikram yang memang kali ini sound dia kao kao punya sebab tak hormat Luqman sebagai suami - isteri derhaka - dan suami yang sabar melayan kerenah dia.

Joy sangat suka cara penulis build the relationship between Luqman dan Warda, it was a gradual process but convincing and did not feel rushed.

Pandai penulis perlahan-lahan mendedahkan rahsia kisah silam Luqman - memang pahit dan agak mengejutkan. Hati rasa sakit untuk Luqman tetapi memang kagum dengan dia yang bermula dari 0 sampai menjadi seorang yang hebat.

Author kongsi beberapa hari lepas yang penerbit akan reprint Luqman Annasaie 1 bulan ini dan dia sendiri akan buka PO jugak untuk LA 1&2 dalam masa terdekat ini.

Jadi korang yang masih takde buku nie, boleh beli tau!
Profile Image for Mslvoe.
2,056 reviews203 followers
October 6, 2024
Kali ini penulis bercerita tentang konfliks Luqman dan Ameer. Apa yang Ameer sorokkan dari Luqman.

F ada baca dari buku Hana, sebanyak sikit segala persoalan dijawab dalam series ke 2 Luqman.

Ada jugak diceritakan tentang Tuk Ikram. Alahaii scene ni of course la sedih. Luqman ni banyak bersabar dengan sikap Warda. Warda ni kadang² payah nak predict. Lack of communication ni perkara normal untuk pasangan suami isteri.

Nak dekat ending F sedihlah.. sukar untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang.
Profile Image for Cutie_pie28.
397 reviews8 followers
November 21, 2025
Penulis bawa kita pusing² dan jalan² di kota Makkah dan Madinah.. di cerita kn jugk bagaimana Warda dan Luqman makin lama makin mesra.. mereka bahagia cara mereka

Di sini di ceritakan tentang kisah silam Luqman.. tak terkata Luqman.. dan Warda terima Luqman seadanya.. sebak masa ni.. 🤧

Satu ari, Tuk Ikram sakit.. Warda rasa down.. masa nie die tk tau die nak salah kn sape.. Luqman yang kene.. sedih jugk masa nie.. sampai laa Tuk Ikram marah dab beri peringatan pada Warda, baru laa Warda tersedar..

Pengakhiran cerita yg baik.. cerita tentang Trauma yg mereka lalui.. Hidayah yg mereka dapat dan juga Kemaafan dari orang sekeliling..
Profile Image for Lyana Mikail.
24 reviews3 followers
October 28, 2023
LUQMAN ANNASAEI 2.0

Jika LA1 disajikan dengan konflik keluarga Luqman dan keluarga Ashikin. Tapi dalam LA2 ni konflik Luqman dan Ameer. Selain tu ada juga diselitkan kisah Tuk Ikram yang berjaya buat aku menangis sampai tersedu.

Luqman yang sedikit demi sedikit mengetahui apa rahsia yang disembunyikan Ameer. Terjawab juga apa sebenarnya hubungan antara Ameer, Hana dan Luqman. Cuma tu lah, rasa macam tak puas seolah tergantung.

Berlatarkan sepenuhnya Madinah dan Makkah. Penulis menggambarkan secara terperinci tentang perjalanan umrah. Satu ilmu buat pembaca. Jujurnya, aku tenang membaca seolah berada di kedua-dua tempat tersebut. Moga ada rezeki melangkah ke sana.

Aku suka dengan hubungan Ashikin dengan Alia. Ibu mentua dan menantu. Sangat comel. Begitu juga dengan persahabatan Hana dan Ashikin. Macam dah kenal lama walaupun baru berjumpa.

Luqman Annasaei dan Warda Ashikin. Tolonglah awak berdua ya. Jangan manis sangat boleh tak?
Sambil umrah sambil honeymoon. Telatah pasangan pengantin baru ni memanglah comel tanpa batasan terutama bila Luqman dah mula nak menyakat Ashikin. Kesian kawan tu penat melayan. Bayangkan boleh cubit-cubitan sambil berlari berkejaran😭

"Janji dengan saya, untuk terima saya seadanya." - Luqman Annasaei

"Dan walau apa pun yang berlaku, awak tetap suami saya dunia akhirat tau." - Warda Ashikin

Tolak tepi semua tu, bahagian yang paling buat aku rasa nak menangis meraung adalah babak Tuk Ikram. Dia punya rasa sakit tu macam tersekat di dada. Tak tahulah sama ada aku yang sejenis tak tahan atau pun mesej penulis tu sampai menusuk ke hati. Sakitnya tuh di sini🥹

Penamatnya...hurm, tak puas. Apapun, ini salah satu novel Islamik yang menenangkan. Banyak pengajaran tentang hidup mati.

"Warda nak tahu siapa orang yang paling Allah cintai?"

"Siapa?"

"Orang yang menyedari dosa-dosanya dan kembali kepada Allah."

Lepas ni, harapnya bolehlah bertemu dengan Tuanku Hana.

Cuma nak tanya..ada tak kisah Dr. Soleh?
Tak pasti kenapa tapi doktor muda ini semacam ada auranya tersendiri. Dia bukan siapa-siapa tapi dia selalu ada.

Terima kasih untuk kisah yang menyejukkan hati ini.💖💖💖
Profile Image for sooa.
64 reviews4 followers
October 2, 2024
last aku baca LA dua tahun lepas rasanya kot haha punya la lama peram LA2 ni hshds. LA2 ni basically kesinambungan LA. tapi LA2 ni more to conflict kisah silam luqman yang dibongkarkan. mula mula lagi since dari LA aku macam dah sus dengan ameer. tapi bila baca LA2 ni rasa makin curious ah kenapa ameer beria nak berahsia bagai. then pung pang pung pang, baru faham al kisahnya. part diorang gaduh kat mekah tu rasa terkedu jap dengan dua orang ni haha. bila tahu kenapa ameer beria nak berahsia, terus macam awwh guwe discam rupanya🥹

apa aku suka pasal buku ni, romance dia so natural and tak lebih lebih dan cringe. so nice, sedap dibaca. dan juga luqman-ameer punya bromance heher sukerr kadang comel je walaupun selalu gaduh haha. haa satu lagi, setting tempat cerita ni dekat madinah dan mekah. masha-Allah rasa macam dengan kita sekali ada dekat sana🥹 scene dekat masjid nabawi, perkuburan baqi’, kaabah, masjidilharam, haih walaupun macam delulu but i wish it was real. rasa macam tenang sangat. teringinnya nak pergi sana ‘))

ada jugak yg aku rasa macam agak terganggu which is flashback sec lead yang aku rasa macam kalau takda pun takpa kut? sebab kadang konfius jap ni cerita luqman-ashikin ke hana-ameer🫠 but faham je watak ameer dan hana pun main peranan penting tapi flashback hana-ameer punya first meet tu sangat la macam tiber but sokay la tak mencacatkan jalan cerita pun.

dan tak luperr dah hujung hujung mesti ada scene leleh dan berjaya buat air mata saya menitik setitik dua haha. emo yee part tuk ikram tuu😭 haih kitonya hati biskut cicah air kopi🥲 but overall im enjoying this book sm. rasanya LA2 ni konfliknya ringan sikit berbanding dengan LA. LA2 ni banyak tenang tenang je, less pain. yang suka novel romance yang ada banyak pengajaran, boleh try baca.



Profile Image for Elurine.
81 reviews3 followers
July 19, 2024
Buku yg kedua ni pun masih berfokuskan pada luqman tapi kisah yg sangat perit utk seorang luqman ketahui & terima dgn hati yg terbuka. Tapi kali ni luqman tidak keseorangan dlm menanggung bebanan kerana hadirnya seorang isteri yg dia boleh kongsi segala kisah duka & juga seorang sahabat yg tidak pernah putus memberi semangat. Ameer ni dari LA1 lagi dah terpaling sentiasa ada dgn luqman sampaikan dia sanggup simpan rahsia terbesar dlm hidup luqman demi kesejahteraan mental luqman tapi tulah ameer milik org lain kan 😂😌

Saya sgt kagum dgn penulisan penulis ni sbb apa yg saya sangka akan ada tu tiada. Memang betul betul sesuai dgn genre cinta islamik. Scene bersemut mmg ada lah dlm 20%. Mmg tak expect sbb ni buku kedua. Tapi sbb ada ebook sambungan, jadi saya mcm okay je. Fokus utama sudah semestinya hubungan kita dgn Allah, kejar cinta Allah dulu sebelum kejar cinta makhlukNya. Masalah akan jadi lebih mudah atau perasaan akan serta merta tenang jika kita berkongsi segalanya dgn Pencipta kita dan itulah apa yg luqman sering lakukan.

Paling rasa insaf, sebak bila Tuk Ikram yg menjadikan Al Quran sebagai peneman hidupnya. Sehingga saat akhir hidup, ada kekangan pun Al Quran tetap di tangan malah di ingatan juga 🥹. Dan automatik teringat yg kita ni akan mati dlm keadaan apa yg selalu kita lakukan. Insaf ya insaf 😔 Tuk Ikram yg tua tu pun sedaya upaya utk habiskan hafalan, ini pulak kita yg muda sihat walafiat ni 😭😭

Cuma masalah rumah tangga yg seringkali terjadi antara luqman & warda ialah masalah tiada komunikasi yg baik. Cepat je salah faham berlaku pergh ngeri betul ek dunia kahwin ni hahahahaha. Tolonglah tak nak ada yg cakap, buku je kut? Kenapa serius sangat? Masalah komunikasi ni masalah normal kut dlm rumah tangga. Bukan setakat dlm rumah tangga je tapi dalam semua perhubungan. Jadinya realistik je cerita ni. Masalah diorang berdua ni sekejap je okay tapi tulah yg last tu 🥲 tapi luqman tetap sehijau belantara di mataku. Sangat byk benda yg dia bertoleransi, faham dgn tindakan warda cuma yg last tu dia terkilan sgt tapi dlm pada terkilan tu pun dia masih kisah, masih jaga isterinya biarpun dari jauh 😭🤍

Semua persoalan dalam buku ni, semua terlerai dengan sangat baik. Cuma tulah persoalannya di awal cerita tapi semuanya terlerai di hujung hujung 😌 tapi okay je sbb semua dijawab dgn sempurna. Sbb mmg tertanya dan pelik jugak kenapa sampai je madinah tak byk babak antara warda dan atuknya. Mmg rasa tak puas hati jugak kenapa warda tak ambil berat dgn atuknya sedangkan atuknya sakit? Tapi terjawab semuanya. Pastu semua yg luqman buat utk didik isteri dia pun okay je, tak rasa pun mcm dia sengaja sbb semua yg luqman buat bersebab tapi hakikatnya luqman tak nak pun buat mcm tu sebab dia sayang sangat dgn isterinya 🥹🫶🏻

Sangat suka semua elemen, emosi yg diterapkan dlm buku ni sbb mmg lengkap semuanya sedih, gembira, geram, insaf & kelakar. Tapi kan warda tu mmg kelakar lagi lagi bila ada hana dkt sebelah 🤣 ameer dgn luq pun tak kurang jugak lah lawaknya cuma ameer dlm ni byk simpan rahsia, jadinya yg membaca ni yg sakit hati.

Paling tersentuh sudah semestinya taubat seorang hamba yg sangat bersungguh sungguh meminta ampun dari Allah. Rasanya luqman ni tak pernah walau sekalipun tertinggal utk buat solat sunat tahajud. Dosa yg dia lupa, yg dia tak pernah ingat pun, dia bersungguh sungguh meminta ampun dari Allah. Tak pernah sekali pun dia lupakan dosa dia. Luqman ni ibarat hidup dlm penyesalan & sentiasa ingat kematian. Bila dia rasa susah hati, sangat tak jangka ya dia boleh ada dkt tanah perkuburan. Katanya dia rasa tak tenang, jadi bila ingat mati boleh kembalikan kewarasan dalam diri dia. Walaupun nampak dia mcm tu tapi dia comel dooh dgn isterinya. Bergurau dgn isteri. Ya Allah serius teringat kisah Rasulullah SAW dgn Saidatina Aisyah 🥹🫶🏻. Suka suka suka sangat! Kisah percintaan paling romantik sudah semestinya kisah antara Rasulullah & isterinya sbb Rasulullah sendiri paling baik dgn isterinya.

Tapi tulah mmg ada benda yg berkaitan dgn diri saya sendiri sampai rasa mcm dah lah tak nak baca cerita mcm ni dah sbb stres pastu termenung. Dah lah tak terkira berapa kali termenung tu ish tak suka!

Sesiapa yg ada buku ni, boleh baca, boleh menjentik hati kita yg mungkin leka dgn kehidupan sementara kita dan mungkin akan menjadi penyebab utk kita mengejar kebaikan, meraih cinta yg Maha Esa 🤍🤍
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 8, 2024
Review ni akan jadi satu review yang sangat brutal. Dan untuk those yang sukakan brutal review, mari jadi rempit.

Kirah baca Luqman Annasaie 1 tahun lepas, dan tahun ni Kirah reread semula sebab nak baca yang kedua ni. Then kita tinggalkan sekejap lepas baca 20 pages macam tu, sebab hati tengah bergolak dengan isu Palestin. Sedih, risau. Jadi segala pembacaan kita hentikan.

Baru sekarang kita sambung baca semula buku yang kedua ni. Tanpa letakkan apa-apa pun harapan sebabnya untuk buku yang pertama, dia best. Tapi bagi Kirah best dia belum sampai tahap buatkan kita teringat-ingat selalu. Jadi kita mulakan bacaan untuk sambungannya ini dengan rasa biasa-biasa saja tanpa expectation yang terlampau tinggi.

Di situlah Allah kata, nah Kirah! Ambil buku ni. Bacalah. Dan ya, sehelai demi sehelai kita belek buku ni sampailah jumpa perkataan tamat.. Tercetus dekat bibir.

Subhanallah.

Baiknya naskhah ini. Tenangnya naskhah ini. Lengkapnya kisah ini. Sampai buatkan air mata tak berhenti mengalir. Ketenangan semasa dan selepas baca buku ni tak pernah kita rasa dalam mana-mana buku sekalipun.

Macam mana boleh jadi macam ni? Apa penulis letak magis? Tulisannya macam berbicara dengan hati kita lalu highway. No belok-belok. I was stunned. Speechless.

Islamic romance bukanlah sepenuhnya genre yang kita akan selalu baca dan jumpa. Dan bagi Kirah agak susah Kirah nak jumpa penulis yang menulis forte ini dengan baik.

Ada masa penulis dalam genre ni sukakan konsep TELL, DON'T SHOW. Hakikatnya, yang berkesan (for me) adalah SHOW, DON'T TELL. Sebab intipatinya lebih melekat kut hati.

Dan Leena Syiha berjaya hit the concept dengan baik sangat-sangat. Penceritaannya tak melebih-lebih. Tak melewah. Cukup sederhana.

Tapi betullah dikata, yang sederhana itulah yang tak makan dek zaman.

This is what I should call a masterpiece of art.

Serene. Beautiful.

Suka, geram, marah, malu, sayu, sedih... Semua penulis campak dan adun dengan sebati dalam buku ni. MasyaAllah, I have no other words untuk describe how good buku ni ditulis.

Dan Kirah sejujurnya rasa buku ni dalam kategori romance, dah naik tangga top 1 kita tahun ni. Truly deserves it.

Thank you so much Leena untuk naskhah yang sangat-sangat dan teramat-amat baik ini. Subhanallah, teruskanlah menulis sebab awak punya bakat menulis is extraordinary. You are gifted with writing talent. Semoga kekal menulis demi kebaikan.

Highly recommended, silalah baca. Hopefully korang pun akan jumpa dengan serenity yang Kirah cakapkan tu selepas buku ni habis korang telaah.

Wow. Just wow.

Rating: ♾️ / 5 ⭐

Btw, nampaknya ini bukan review buku sebab kita dah tak mampu nak tulis cerita ni tentang apa, this is more like a reflection selepas baca buku ni. Again, buku ni memang cukup rempah ratusnya. Thank you, thank you penulis. Thank you so much 🫶🏼.

Dan please doakan my bank acc sebab lepas ni confirm buku-buku dan cerita Leena Syiha takkan kita missed daripada dapatkan. Semua ni salah penulis!! Ehek.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
March 26, 2024
Buku dari leena syiha sambungan yang first, memang best. Walaupun genre dia lebih kepada islamik tapi smooth je scene-scene romance. Plot yang agak common la tapi cara penulisan yang best, sedap je nak baca. Semoga ada banyak lagi sambungan-sambungan dari kisah Luqman dan Ameer hehe

Anyone yang nak beli, better beli yang first dulu, sebab yang ni bukan kisah sambungan, lebih kepada sambungan scene tamat dari yang first. Kiranya plot yang bersambung, bukan yang future after years gitu.
Profile Image for Nad.
375 reviews3 followers
January 1, 2024
4.8/5
Penutup untuk tahun 2023. I loved it.
Tapi tak dapat bagi full favorite sebab ada bab nak last antara Tuk Ikram dengan Warda yang aku tak boleh nak terima (just the feminist in me, i guess). Yang lain semua aku suka. Tapi macam ada juga bab yang tergantung. Jadinya kena baca buku yang kedua > Tuanku Hana.

And congrats Leena Syiha, awak dah masuk untuk list favorite author.
6 reviews
June 7, 2025
Kisah islamic romance yang menenangkan. Banyak pengajaran yang boleh diambil. I want more sebenarnya sebab rasa tak puas. Lagi-lagi part kisah silam Luqman tu. Kurang penjelasan. Watak Ameer pun macam datang dan pergi. But definitely akan cari Tuanku Hana pulak! Nak tahu juga kisah sebenar Ameer dan Hana.

Apapun best dan sangat best!
Profile Image for readingismypassion.
54 reviews7 followers
April 11, 2024
Another book from Leena yang impressed me sebab buku ni membuahkan kerinduan dekat bumi Madinah dan Mekah. Buku fiksyen yang cukup penghayatannya. Love it so much. Waiting for your next book!
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
March 24, 2025
Luqman yg kembali ke Madinah bersama isterinya dan jugak keluarga.. Ingin beribadah sambil bertemu klurga angkat disana namun bertemu dgn sesorg yg tahu serba sedikit tentang kisah silam nya yg dia sendiri yang lupa..

Seorg Luqman yang mencari kebenaran, mengetahui nya.. takut namun cuba untk terima selagi mana isterinya di sisi..

Rapuhnya jiwa seorg Luqman yg tahu akan kisah silamnya.. Kembali kuat dgn penerimaan sang isteri..

Rekomen dibaca.. berbaloi.. 9/5 star..
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.