Jump to ratings and reviews
Rate this book

Miss Apprentice

Rate this book
Sofea, seorang remaja yang sering diperlekeh di sekolah telah diminta oleh kedua orang tuanya agar menghabiskan masa sepanjang cuti penggal di rumah Nek Da, seorang pengusaha bengkel menenun songket.

Suatu hari, secara tidak sengaja Sofea telah terjatuh ke dalam sungai dan bila sedar, dia telah berada di tahun 1970. Disalah anggap sebagai Dayang, Sofea terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran dan mencari jalan bagaimana mahu pulang ke zaman kini.

Siapakah Dayang? Apa hubungannya dengan Nek Munah, musuh ketat Nek Da? Bolehkah Sofea kembali bertemu keluarga tercinta?

"Aku nak jadi perempuan yang akan terbang tinggi macam rajawali" – Sofea/Dayang

128 pages, Paperback

First published October 19, 2023

6 people want to read

About the author

Azwin Nalisa

5 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (71%)
4 stars
2 (14%)
3 stars
2 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
November 3, 2023
Tajuk: Miss Apprentice 🪡
Penulis: @azwinnalisa
Penerbit: @bukubookiut
Genre: Fantasi (Time Travel) , Misteri & Sejarah Fiksyen

"Kalau tak mampu jadi rajawali, merpati pun sudah memadai"

Disebabkan cuti penggal sekolah akan bermula, parents Sofea menghantar Sofea ke rumah neneknya iaitu Nek Da untuk menghabiskan masa cutinya. Nek Da merupakan seorang pengusaha bengkel menenun songket. Sepanjang Sofea disana, dia musykil dengan arahan dari Nek Da untuk tidak mendekati bangsal terbiar & seseorang yang suka mengintai rumah Nek Da.

TAPI -- ada satu kejadian yang terjadi semasa dia di sana. Dia secara tidak sengaja terjatuh ke dalam sungai. Dan sedarnya Sofea. Dia bukan lagi Sofea. Dia bangun sebagai Dayang & berada di tahun 1970 ‼️ Apa yang terjadi selepas itu?

MA ini bakal membuka mata adik-adik gegadis khususnya. Siapa kata perempuan bakal mengakhiri kehidupannya di ceruk dapur? Kita juga boleh berjaya dan terbang tinggi untuk capai apa yang kita inginkan. Ubah mindset yang sudah lama dalam pemikiran kita. Gegadis juga boleh sukses‼️

Jalan cerita bergerak dengan sangat cepat. Bila Sofea ada di tahun 1970an. Banyak benda yang selama ini dia tidak tahu. Dia mula faham sedikit demi sedikit. Dan once bila dia cantumkan semua persoalan yang ada. Nah. Itu dia ~ Bayangkan, Sofea kena hidup sebagai Dayang. Dayang tu bukan biasa-biasa orangnya. Jadi, Sofea kena sesuaikan diri sebagai Dayang & sekelilingnya. Actually, agak berdebar juga bila sampai di penghujung cerita. Rasa intense. Tapi puas hati baca ending. Plot twist unexpected.

Banyak benda yang boleh kita belajar dalam MA. Penulis memang buat research mengenai tenunan songket. Sambil kita baca sambil google. Lagi feel bila kita tahu apa yang kita baca. Ada proses sebelum menenun kain, kedudukan kepala kain & banyak lagi. Kalau nak google saja-saja mesti boring nak baca. Tapi bila fakta diselitkan dalam cerita. Terus seronok dibaca.

Tahniah Kak @azwinnalisa ✨ Satu naskah yang penuh dengan pengisian.

Me love so much Nek Da bahasakan diri dia 'kita'. Comel sangat. Nanti-nanti saya ada anak cucu nak bahasakan diri sendiri kita jugak la 🫶🏻 #ikareviewbuku #bookiutpts #bookiuteers
Profile Image for Mohamad Nasrul.
196 reviews6 followers
August 27, 2024
Best novela ni.

Latar kampung yang nyaman dan mendamaikan. Kraf tenunan songket dijalin kemas dalam penceritaan. Padat dan memberi ilmu kepada pembaca.

Sofea dibawa ke tahun 1970 setelah terjatuh sungai. Babak-babak selepasnya digambarkan lebih menarik, mencemaskan dan memberi impak kepada bacaan. Suasana tahun 1970 dikisahkan dengan baik sehingga saya dapat merasakan betapa hidupnya suasana tersebut.

Selepas Sofea tercampak ke tahun 1970, saya sepertinya dapat mengagak jalan ceritanya, namun debar dan emosi cerita begitu sarat dalam penulisan membuatkan saya turut terharu.

Suka dengan novela Miss Apprentice. Pendek tapi bermanfaat. Babak hujung-hujung tu emosi sangat. Sedih dan terharu. Menangis jugak la sikit.
Profile Image for chaa۫ ꣑ৎ.
34 reviews
March 6, 2024
“𝘼𝙠𝙪 𝙣𝙖𝙠 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙚𝙢𝙥𝙪𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙧𝙖𝙟𝙖𝙬𝙖𝙡𝙞.”

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sofea yang telah diminta oleh ibu bapanya untuk menghabiskan cuti penggalnya di kampung halaman bersama neneknya, Nek Da. Nek Da ialah seorang pengusaha bengkel menenun songket. Sejak Sofea balik, Nek Munah iaitu jiran Nek Da a.k.a musuh depan rumah ni selalu mengintai rumah Nek Da. Kenapa ehh? Intai apa pun tak tahuuu….

Satu hari, Sofea secara tak sengaja tergelincir ke dalam sungai dan tahu tahu….dia sudah pun berada di tahun 1970! Macam mana boleh jadi tuu? Kenapa dia tiba-tiba ada dekat situ? Lagi pelik bila orang gelarkan diri dia sebagai Dayang. Hmm siapa Dayang? Macam mana Sofea nak kembali ke tahun semasa? Apakah punca permusuhan antara Nek Da dan Nek Mun? Nek Da ada rahsia besar ke? Terlalu banyak persoalan pada satu masa! Korang kena bacaa!

"𝙆𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜-𝙠𝙖𝙙𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙗𝙪𝙖𝙝 𝙧𝙖𝙝𝙨𝙞𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙠𝙚𝙠𝙖𝙡 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙧𝙖𝙝𝙨𝙞𝙖 𝙨𝙖𝙟𝙖. 𝙇𝙖𝙜𝙞𝙥𝙪𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙧𝙖𝙝𝙨𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙬𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖. 𝘽𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙧𝙖𝙝𝙨𝙞𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙩𝙖𝙠𝙪𝙩 𝙡𝙪𝙠𝙖 𝙡𝙖𝙢𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖.“

Plot dan jalan cerita yang sangat menarik! Ringkas dan padat bak kata orang. Cerita yang boleh dikatakan misteriii….wuuuu. Bila saya baca buku ni memang saya rasa nak tahu apa akan jadi seterusnya dan seterusnya. Buku ini ada juga diselitkan dengan sedikit ilmu tentang menenun kain, jenis-jenis corak tenunan dan juga makna kedudukan kepala kain. Sangat-sangat menarik untuk dibaca! Pengajaran yang bagus juga untuk semua, especially untuk perempuan! Perempuan juga boleh punya impian bukan untuk lelaki saja!
21 reviews1 follower
March 4, 2024
nipis, tapi padat. storyline tersusun. watak sofea yang menjelma sebagai dayang sangat menarik, ya. menjadi dayang itu tidak mudah. orangnya bercita-cita tinggi.
novela ini menjunjung perempuan agar berani melangkah menggapai cita-cita.
plot twist juga tidak dijangka, mengundang rasa sebak.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.