Manusia dilahirkan dengan rasa ingin tahu. Dengan rasa itu, kita meneroka alam, membuka penempatan, membina peradaban dan ketamadunan. Bermula dari zaman Aristotle dan tamadun Yunani, Galileo kemudiannya berani mencabar gereja tentang bagaimana alam ini berfungsi. Pandangan ini disokong oleh data dari Tycho Brahe dan hasil kerja dari Johannes Kepler, manusia meneroka alam tanpa batasan.
Revolusi utamada dibuat oleh Isaac Newton apabila dia berjaya mencabar pandangan ruang dan masa Aristotle dalam mahakaryanya, Philosophiae Naturalis Principia Mathematica. Kemajuan yang dibuat oleh Newton itu mencetuskan Revolusi Industri Pertama dan mencipta Mekanik Klasik. Manusia kemudiannya merasakan mereka telah mengetahui segalanya, sehinggalah ego mereka itu dibakulsampahkan apabila Max Planck menemui Teori Kuantum pada tahum 1990.
"Tuhan tidak bermain dadu" - Albert Einstein ketika mengulas mengenai teori kuantum
1. Berkisarkan sejarah perkembangan teori quantum (60% falsafah, 40% saintifik) 2. Turut menyentuh tentang teori ruang dan masa, penciptaan alam (dari sudut falsafah) 3. Menerangkan tentang eksperimen yang dilakukan untuk membuktikan sesuatu teori secara ringkas 4. Penggunaan rajah dan gambar secara berkesan (tidak berlebihan,cukup untuk membantu pemahaman) 5. Menyimpulkan bahawa kajian saintifik sepatutnya membawa mendekati Tuhan
Quantum Antara Ruang dan Waktu merupakan sebuah buku yang menceritakan tentang sejarah pemikiran tentang ruang dan waktu dan bagaimana is membawa kepada pemikiran dan kajian teori Quantum. Ia bermula dengan permikiran dari ahli falsafah Yunani Kuno seperti Aristotle dan Plato tentang ruang, waktu dan alam. Disambung pula dengan pemikiran ahli falsafah sewaktu zaman kegemilangan Islam. pemikran secara falsafah mula berumah kepada kajian alam secara saintifik oleh ahli sains. bermula denga permerhatian alam, ahli sains mula mengambarkan alam, ruang dan masa dalam persamaan. Nukilan ini juga menceritakan perubahan dalam persamaan dan teori yang diterima pakai. adakala teori baharu dibina dan digunapakai untuk melengkapkan kelemahan teori lama dari beberapa segi. melalui pelbagai perubahan, tulisan ini menunjukkan bagaimana teori quantum muncul dari teori fizik klasikal untuk mengambarkan alam, ruang dan waktu pada asasnya.
Buku ini dibeli sebagai satu sokongan kepada penulis yang merupakan sahabat. Menariknya tentang buku ini adalah ia memadatkan sejarah pencipta teori quantum. Ini bersesuai untuk mereka yang ingin tahu asbab pemikiran dan pencipta teori quantum. Walaubagaimanapun, pembacaan nukilan ini terasa janggal. ini kerana penulisan di dalam Bahasa Melayu rasa agak kekok dibaca apabila ia hendak menerang suatu subjek yang kebanyakannya di tulis dalam bahasa Inggeris. Memahami keinginan penulis yang hendak membangkitkan minat meraka yang bertutur dalam Bahasa Melayu, Ini adalah satu buku yang amat berguna untuk mereka yang mempunyai minda yang ingin tahu. Secara keseluruhannya, buku Quantun Antara Ruang dan Waktu merupakan sebuah buku yang dapat membuka mata meraka yang berminat tentang Quantum. Tamabahan itu, Buku ini juga menarik kerana gambaran perubahan pemikiran tentang alam, ruang dan waktu.
Burned the midnight oil yesterday just to finish this. Kalau sebut pasal buku kuantum, ada dua jenis penulisan: 1) sejarah bagaimana Fizik Kuantum terhasil 2) pengiraan matematik dan aksiom yang membina teori kuantum
Dan penulis menggunakan penulisan jenis pertama, which is to my liking because I love to learn about quantum but not the calculation (sebab tak belajar di peringkat ipt). Kalau penulis tulis pengenalan teori kuantum sahaja tanpa memasukkan sejarah / kronologi penemuan teori ini, pasti pendek je penulisan sebab teori kuantum secara formal hanya tercetus pada tahun 1900-an. Jadi dengan menelusuri perjalanan tokoh-tokoh fizik untuk memahami perihal ruang-masa iaitu sedari zaman Aristotle, kita akan rasa lebih faham. Tapi dalam buku ni ada je mathematical calculation.
Kuantum dan ruang-masa juga berkait rapat dengan astronomi; the field of knowledge that I like ❤️
Tapi pembacaan menjadi terganggu apabila terlalu banyak kesalahan teknikal; typo, kesalahan tanda baca, ketidakseragaman istilah, italic tak italic dll. Geram sebab biasanya buku TP takde isu macam ni. Harap dapat diperbaiki dalam cetakan seterusnya.
Sebagai individu bukan sains, buku ini membantu untuk saya memahami asas fizik quantum dan sejarahnya. Meskipun bingung di pertengahan, buku ini ditutup dengan baik sekaligus memberi makna tentang keperluan ilmu sebagai usaha yang berterusan (meski kadang kala disalah anggap sebagai tiada nilai oleh sesetengah pihak yang tidak faham).
Tepuk tangan untuk penulis kerana berjaya melaksanakan tugas untuk memberi ilmu yang bermanfaat. Gila buku ni, the theory of everything, anjuran merah, halaju roket melepasi ozon bumi. Peh 😩😩😩😩 naik gila aku baca. Tapi semakin kita membaca atau belajar, semakin kita tak tahu apa apa. Alam ini luas, Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui. Terima kasih penulis 🔥
Banyak ilmu fizik quantum dapat dipelajari daripada buku ini dalam bahasa Malayu. Daripada sejarah quantum kepada perkembangan dunia quantum diceritakan dengan baik 👍. Tapi, ada juga istilah-istilah yang diterjemahkan saya kena rujuk balik dalam perkataan asalnya iaitu Bahasa Inggeris untuk saya lebih fahami istilah apa yang ingin disampaikan sebenarnya. Apapun buku ini memang terbaik!