Pada umur 17 tahun, Theeban lari dari kampung setelah bergaduh dengan ibu bapanya tentang sebuah basikal.
Dia berpindah ke Kuala Lumpur. Mula-mula dia menginap dengan orang sekampungnya Abang Durai. Namun ada harimau di dalam dirinya yang inginkan hidup yang lebih liar.
Kali pertama dia jejak kaki ke kawasan Chauwat, dia gementar. Chauwat adalah zon gelap di mana semuanya dapat dibeli, dan kesucian hati takkan tahan lama. Pengalamannya dipukul samseng bernama Kaasi membuka jalan untuk dia bekerja sepenuh masa di kawasan itu: mula-mula di pasar menjual barang tiruan, kemudian membuat kerja-kerja yang jauh lebih bahaya.
Dia bermesra dengan Sarah, seorang penari dalam komuniti pelacur, yang dikawal wanita penuh mister yang digelar Ibu. Apabila tubuh dan otak Theeban disumpah kelemahan yang aneh dan mengaibkan, dia ingin lari dari sana. Namun dia tahu, bukan mudah untuk mana-mana lelaki lepas daripada cengkaman Ibu.
M. Navin is a Malaysian Tamil writer with MA in Tamil Literature. His works speak the lives of Malaysian Tamils and their daily struggles and 39 books have been published to date. He established Vallinam, a magazine for alternative literary endeavors in 2007, which has gone digital in 2009. He supervised the publication of Parai, a compilation of research papers such as Malay/Chinese Literature, Riverine and Eelam Literature in 2014. He has also worked in various fields of the arts and has directed documentaries on 14 Malaysian-Singaporean personalities and worked in films such as Jerantut Ninaivugal and Maounam and screenplays for films such as Jagat (Malaysia), and Kabali (Tamil Nadu). He started the Yazl Publication for students of Tamil schools. He is the recipient of the Young Talent Award from the Malaysian state of Selangor (2010) and Special Recognition at Tamil Literary Garden of Canada Award (2019).
SIGANDI tentang Theeban yang lari dari rumah selepas bergaduh dengan ayah dan ibunya kerana sebuah basikal. Dia ke Kuala Lumpur dan tinggal dengan Abang Durai; seorang kenalan dari kampung namun kerana mahu lebih bebas Theeban bawa diri ke Chauwat, sebuah zon gelap terkenal di Kuala Lumpur. Dia akhirnya terperangkap dalam bisnes rumah pelacuran dan ganja di bawah pantauan seorang Ibu yang ada pengaruh besar di Chauwat. Kerana satu insiden trauma yang dia hadap, Theeban yang serabut fikir jalan untuk keluar dari Chauwat cuba ambil kesempatan pada tugasan yang dia terima daripada Ibu tanpa sedar misinya tak semudah yang dirancang.
Latarnya agak sinematik walaupun tumpuannya cuma pada sisi gelap kehidupan di Kuala Lumpur dan berlegar dalam perspektif Theeban sahaja. Alur kisah dan narasi yang digarap santai tapi cukup kemas dan realis mengikut suara remaja Theeban yang masih naif. Eksposisi naratif dan perkembangan watak yang deskriptif— ada meleret tapi tak keterlaluan bagi aku. Suka hal persahabatan Theeban dan Kaasi— ada intens dan humor juga moral yang bagus. Konflik keluarganya sangat bermain emosi dan buat aku kasihan sungguh pada Theeban bila penulis perincikan tekanan dan kegelisahan mental yang dia alami.
Sesuai dengan judulnya yang berkait dengan salah satu watak dalam lagenda Mahabharata, plot SIGANDI dengan watak-watak transgender-nya bagi sub-tema yang segar pada naratif. Jarang nak jumpa fiksyen lokal yang fokus pada hal tabu begini. Tentang prejudis dan moraliti juga eksplorasi kehidupan golongan ini di mata masyarakat. Selitan hal budaya dan adat masyarakat India dan Cina di antara sela babaknya bagi lebih dinamik pada perkembangan plot dan aku suka hubungkaitnya dengan naratif Sarah dan Ibu. Bab akhir yang saspens, pening jugak nak layan kerenah Kaasi tapi penghujungnya yang sedikit sureal buat aku tersentak dengan soalan ‘ha?’ di dalam kepala.
Sebuah naskhah yang menarik kalau nak cuba baca karya terjemahan daripada penulis lokal. Satu inisiatif yang bagus daripada Buku FIXI untuk label ini 👍🏻
Probably the best thing FIXI has ever published. I highly, highly recommend. Sigandi was originally written in Tamil and translated into Malay. Makes you wonder how many other Malaysian stories we're missing simply because they're in different languages. Translators are literally magicians — we can't thank you enough for your labour of love 🫶🏼
"Saya terpaksa menyembunyikan budak kecil yang masih ada dalam diri saya di sebalik misai dan janggut ini."
Sigandi, sebuah novel bergenre seriau, mengisahkan kegigihan Theeban dalam menjalani kehidupan di Kuala Lumpur jauh daripada kekusutan keluarganya. Namun darah muda membuatkan dirinya terjerumus ke dalam sisi gelap kota itu. Kini dia cuba untuk melepaskan diri walaupun dia tahu peluang tersebut hampir mustahil dan hanya menggali kubur sendiri.
Novel ini bertemakan pengkhianatan yang membawa padah. Pembaca akan mengikuti sudut pandang Theeban yang lari daripada rumah dan ingin memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Melalui perspektifnya, pembaca akan menelusuri ceruk kota tidak pernah tidur itu yang jarang diketahui masyarakat. Pertemuan antara Theeban dan Sarah menjadi titik mula dirinya tersepit samaada harus memilih cinta ataupun nyawa. Bagaimana Theeban ingin melepaskan diri dalam konflik tersebut menjadikan plot bertambah menarik kerana segala kebarangkalian yang dirancang hanya membuatkan dirinya semakin ditekan. Tidak lupa juga akan plot sampingan untuk mencari kejantanannya semula sedikit sebanyak menghiburkan plot utama yang semakin serius. Kelemahan ketara pada novel ini boleh dikatakan tiada, namun dari segi terjemahannya boleh diperbaiki lagi. Namun semua itu boleh diendahkan kerana pengalaman keseluruhan membaca novel ini begitu mendebarkan di mana penamat novel ini mampu membuatkan pembaca ingin ketahui kisah lanjut mengenai nasib Theeban di bawah pengawasan Ibu. Antara tema lain dalam novel ini ialah kasih sayang tidak mengira taraf dan kenaifan diri yang merugikan.
Secara keseluruhannya, novel ini berjaya mengetengahkan kepayahan golongan minoriti di Malaysia yang sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup. Kisah Theeban yang menjadi mangsa keadaan di dalam dunia yang tidak pernah adil ini sememangnya memberi pengajaran berharga untuk mereka yang mempunyai niat untuk terlibat dalam dunia jenayah. Rasanya tidak salah untuk melabelkan buku ini bersifat Malaysiana namun pada perspektif yang begitu jarang diberi fokus dan penulis berjaya menangkap suasana tersebut dengan begitu baik sekali.
Ceritanya hebat. Saya kena mula membaca lebih banyak kisah Malaysia yang ditulis orang bukan Melayu. Pengalaman dan isi alam mereka jauh berbeza tetapi terasa sangat dekat.
Sigandi adalah kisah cemas tentang seksualiti remaja, penyesalan cinta dan kehidupan terpinggir. Penamatnya mengejutkan dan sadis. Saya sukakannya, terasa amat tepat dengan segala pergolakan yang berlaku.
Satu-satunya kelemahan, pada saya, adalah kualiti terjemahan. Terasa canggung penggunaan sebahagian ayat dan perkataan. Usaha menterjemah bukan mudah apatah lagi kepada bahasa sasaran-Bahasa Melayu-yang sering kali dianggap mudah oleh kebanyakan orang. Kalaulah kualiti terjemahan dijaga serapi mungkin serta kesilapan-kesilapan ejaan yang terlepas pandang diperbaiki, saya rasa novel ini antara terbaik pernah diterbitkan Fixi.
Diluncurkan di hari terakhir GTLF 2023 yang meriah, semeriah isi penceritaan terjemahan indah yang mengangkat cerita sebagai raja, di ranah sastera tidak kira dalam bahasa apa sekalipun, indah tetap indah.
Terjemahan oleh Saravanan Satianandan yang begitu baik sekali membawa keadilan akan lenggok bahasa M.Navin yang tampil bercerita tanpa sifat mengada ngada.
Kisah jelang usia yang menggunakan POV – Saya, mewakili Theeban anak muda berusia 12 tahun dari Lunas Kedah yang serakah mencari kebahagiaan hidup di kota Kuala Lumpur menemukan lokasi Chaukat yang mula memberikan dirinya pengajaran penuh tentang manusia di lokasi gelap dan misteri.
Pemerhatian, Pengalaman dan Kenaifan Theeban menjadi pokok pengkisahan Sigandi. Segala hal hal bijak dan penerangan budaya hadir dari watak watak fiksi M.Navin menjadikan naskah ini begitu menarik sekali untuk terus dibaca. Lokasi lokasi bagaikan realistik gambarannya, deskripsi akan gerak hidup di Chaukat memudahkan pembaca membayang.
Ini merupakan review tanpa spoiler – Ingin ditegaskan akan ketelitian penulis terhadap komuniti Kongsi gelap, pasar karat, hiasan hiasan spiritual, budaya hidup dan pernyataan dari sebijak bijak alam hingga pemikiran remaja tidak tamat sekolah namun bercita cita dipaparkan dengan baik sekali. Pembaca jadi teruja untuk tahu apa makna sebenarnya SIGANDI? Siapa Sarah yang menjadi anak kesayangan si ibu? Bagaimana mahu mendapatkan hempedu ular yang bernama Neelaveru milik Amirkhan? Apa benar hempedu itu mampu mengembalikan kejantanan? Penulis tidak lokek bercerita secara teliti dalam banyak segmen penceritaan.
Terumbang ambing penilaian hidup dari kacamata Theeban membawa simpati, perangkap yang dimasukan tanpa sedar, keputusan, kepercayaan dan apakah kerinduan hanya wujud bila segala rencana tidak menjadi di kota besar? Di mana maruah kita saat menikmati hidup? Apa lagi kejutan kejutan yang di hilangkan oleh lokasi gelap pada anak remaja?
Gabungan fiksi santai dan persoalan serius dalam naskah ini menjadikan ia SEDAP dibaca.
THIS IS A GEM!!!
NOTA: M.Navin karyanya pernah diterjemahkan untuk terbitan Eksentrika dan Dewan Sastera. Terlibat dalam penulisan lakonlayar filem Jagat.
Buku setebal 322 muksurat ini didanai oleh ramai nama nama peminat sastera yang dibariskan di mukasurat pertama.
Watak ibu di Chaukat diangkat menjadi fiksi melalui watak sebenar Almarhum Asha Ma.
Dua tahun lepas Theeban datang ke KL dengan niat mengubah nasibnya. Bermula dengan bekerja sebagai penjual barang haram di bazar karat, dia bertemu Kaasi. Di sana dia mula mengenali Sarah yang kerap mengunjungi gerai. Sarah memperkenalkannya pula dengan figura Ibu, seorang transgender yang menjaga kelompok minoriti di kawasan gelap itu. Ibu bukan sekadar menjual nasi lemak tapi ketua dalam segala aktiviti tidak bermoral yang lain.
Pergaulannya semakin hari telah melenyapkan sifat Theeban yang dulu. Impiannya hanya ingin balik semula ke kampung selepas dia punya cukup duit. Dia terperangkap dengan rasa takut pada Ibu, rasa berbelah bahagi pada Sarah dan demi mendapatkan rawatan terhadap penyakit yang dialaminya maka dia menjerumuskan diri dengan satu lagi dosa yang tak terampunkan.
Aku tak banyak baca buku fixi. Tapi buku ni antara top 3 dalam rating terbaik. Layak untuk direalisasikan menjadi drama/ filem. Penulis dan penterjemah memang memberi sepenuh jiwa dalam karya ni. Macam real. Semua watak penting dalam menghidupkan jalan cerita. Sarat dengan adegan gore, dan moral dalam pada masa yang sama. Aku bagi 4.5 ⭐️
What a gripping novel! An absolute page turner. I have read some short stories of Naveen, but this is the first novel of him that I read. He has created a mesmerizing maze of events, in a non-linear storyline, but has managed to connect the dots at the right point. Through this novel and the eyes of the narrator Deepan, I spent the last week in the dark streets of Kuala Lampur, among the outcastes of the society, the prostitutes, drug addicts, the transgenders. It can be read as a gripping crime thriller as well as a well written literature focused on the lives of Tamil Transgender community in KL. It is going to take a bit of effort for the impact of this novel on me to wear out!
Kisah yang menarik. Ending yang tidak di sangka-sangka. Plot twist seperti cerita-cerita tamil. Walaupun ada beberapa bahagian yang ayatnya saya rasa boleh diterjemahkan lebih baik, tetapi penulis berjaya menyampaikan apa yg telah tertulis. Saya harap kisah ini difilemkan.
Cerita yang baik tapi sedikit tak puas hati kerana ada beberapa ayat dan frasa yang terasa janggal bila dibaca. Mungkin penterjermah boleh baiki lagi kualiti terjemahan.