Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kunci

Rate this book
Selepas antologi puisinya yang pertama Pemburu Kota (DBP, 1978), penyair kelahiran Kuala Terengganu ini membuka pintu kreatifnya lagi dengan Seberkas Kunci, iaitu antologi puisinya yang kedua. T. Alias Taib telah lama menceburi bidang penulisan puisi, sehingga kegiatannya dalam genre tersebut dapat disorot sejak tahun 1960-an lagi. Bagaimanapun, sumbangannya kian berkesan mulai tahun 1970-an ketika puisi-puisinya mampu tampil dengan membawa gaya pengucapan yang agak kuat dan indah di samping percubaan penuh kesedaran terhadap penciptaan puisi-puisi konkrit. Seberkas Kunci melangsungkan gaya penulisan T. Alias Taib - melalui 93 buah puisinya dalam antologi ini.

111 pages, Paperback

First published January 1, 1985

6 people are currently reading
85 people want to read

About the author

T. Alias Taib

17 books70 followers
Tengku Alias Taib (lebih dikenali sebagai penyair T. Alias Taib), anak Terengganu tulen, didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi dagang, dan keropok. Semenjak mengangkat pena pada 1960, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menulis sehingga akhir hayatnya. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, pantun, renungan (quotation), dan terjemahan. Buku kumpulan puisinya yang telah terbit ialah Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996), dan Pasar Pengalaman (2004).

Selama 43 tahun T. Alias Taib meneruskan langkahnya dengan penuh tanggungjawab, sabar, dan yakin; mencari makna hidup di luar dan dalam dirinya, melebarkan cakerawala pengalaman dan pemikirannya di dalam dan luar tanahair. Pada 1986, T. Alias menghadiri Seoul Asian Poets Conference di Seoul, Korea Selatan; pada 1989 dia mengikuti penataran sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Jakarta, Indonesia; pada 1994 dan 1995, dia mengikuti delegasi Persatuan Penulis Nasional (PENA) ke London, Paris, Frankfurt, Istanbul, Amman, dan Kaherah. Pada 2001, beliau dilantik writer-in-residence di Taipei, Taiwan, dan sekali gus mewakili Malaysia dalam Taipei 2001 International Poetry Festival (Festival Puisi Antarabangsa Taipei 2001).

Tanggapan dan pemikiran T. Alias Taib tentang kehidupan sering dikaitkan dengan puisi. Keakraban dan kesebatian penyair prolifik ini dengan puisi sudah lama diketahui umum. Tidak ramai yang tahu beliau juga menghasilkan tulisan berbentuk kreatif dan bukan kreatif yang lain: esei, cerpen, puisi, dan madah. Bentuk tulisan yang rencam ini jelas memperlihatkan keupayaan penyair ini mempertahankan disiplin, komitmen, serta kesungguhannya memperluaskan pengucapan.

Karya terbaru beliau yang sedanga diproses untuk terbitan ialah Kumpulan Pantun dan Renungan dan Selected Poems (kumpulan puisi pilihan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Eddin Khoo).

–– Diadaptasi dari kulit belakang buku Di Sisi Pelita Minyak Tanah (Zebra Editions, 2003) yang merupakan koleksi esei, cerpen, puisi, dan madah tulisan T. Alias Taib. (Besar kemungkinan versi asalnya ditulis oleh T. Alias sendiri).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
22 (47%)
4 stars
19 (41%)
3 stars
5 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 17, 2018
Pertama-tama, terima kasih untuk Gue.Ril.La kerana menerbitkan semula buku ini dan tentunya kepada DBP yang memberi lampu hijau. Sudah sekian lama buku ini berada dalam senarai ingin-miliki dan akhirnya Disember lalu ia selamat mendarat di tangan hamba.

Seberkas Kunci mengundang hamba mengintai ke luar jendela yang tidak pernah hamba kenali. Pemuisi telah membawa hamba untuk merasai (tidak semestinya memahami) jajaran perasaan yang menghuni setiap baris kata-katanya yang sederhana. Nadanya teguh didukung tiang yang kuat untuk sebuah binaan yang mampu berdiri mendepang cuaca dan merentas masa.

Relevenkah di zaman generasi millennial ini? Semestinya.

Antara puisi kegemaran hamba selain yang sudah terlalu terkenal adalah Tak Ada Guna Lagi, Kau Lihatkah Apa Yang Aku Lihat?, Hidup Dan Mati dan Menunggu.

kaukutip
serpihan mimpi yang menetes
dari jarimu
atau serpihan nyanyi yang mengiris
jantungmu
ia telah menjadi segelas debu

(Tak Ada Guna Lagi; T.Alis Taib; Seberkas Kunci)

setiap mimpi adalah harapan
yang mengandungi
teka-teki
tak terjawab

(Menunggu; T.Alis Taib; Seberkas Kunci)
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
November 2, 2015
Dengan pemahaman yang sederhana dan pembacaan yang sedikit, jarang saya dapat merasai kehidupan daripada seberkas puisi melainkan seberkas puisi T. Alias Taib ini. Puisinya adalah dari akar sebuah pantai dan desa, menjalar dan membelit manusia dan kota. Puisinya adalah sebuah visual yang menyembunyikan makna di sebalik skrin puitisnya.

Pembacaan kali kedua pula, lebih mengakrabkan saya kepada bahasa teks dan visualnya yang saling lengkap-melengkapi. Saya menjadi bertambah kagum pada tokoh penyair yang sayangnya kurang disempurnakan oleh sebahagian manusia yang diberi tanggungjawab untuk mengangkatnya pada kedudukan sepatutnya.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
128 reviews22 followers
August 24, 2016
Sebuah buku yang umpama seberkas kunci yang mampu membuka pintu-pintu kekaguman, keghairahan dan kecintaan. Keindahan bahasa yang ringkas tapi padat serta tepat lalu menusuk ke kalbu membuatkan puisi-puisinya akan kekal relevan dan tidak akan hilang ditelan arus zaman.
Profile Image for helmymuhammad.
47 reviews3 followers
October 20, 2013
Himpunan sajak bersahaja dari T.Alias Taib yang mengoncang jiwa.Lihat bagaimana penggunaan ayat/kata yang tepat,padat,dan diterjemahkan dengan 1 sajak yang ranum..
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
April 13, 2021
Sy baru je nak berjinak-jinak dengan dunia puisi dan pantun. Ini lah buku puisi yg pertama yg berjaya menarik minat sy terhadap seni ini.

Penulis seperti membawa pembaca mengalami perjalanan hidupnya dari tahun ke tahun. Tidak semestinya difahami apa yg nak disampaikan tapi pastinya dirasai (kebanyakan lah). Beberapa puisi yang terdapat dalam analogi ini, sedikit sebanyak mengkritik keadaan sosial masyarakat serta ahli politikus. Tidak di lupa juga tentang visual yang ringkas tentang alam, sesuatu perbuatan malah keadaan. Begitu juga dengan 'kisah-kisah watak' di dalam puisi ini.

Karya T. Alias Taib sememangnya 'a must read' bagi pencinta puisi. Tak sabar rasanya untuk menyelami karya beliau yg lain.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews52 followers
March 16, 2022
“Mengapa penulis tak berbakat
sering diberi tempat
sementara penulis yang berbakat
sukar mendapat tempat?
Kerana penulis tak berbakat
Mudah mendapat tempat
dihati pembaca
yang tak tau membaca”.
- Kerana by T. Alias Taib (Seberkas Kunci)
.
.
I did enjoy this poetry. It was incredibly dark and cynical (much more cynical compared to his first 2 books) and though a small book, the message that major number of these poems carried is incredibly heavy. Politics, Corruption, Greed, Money, God and Spirituality is among those themes that stood out to me throughout this book. For “Parlimen” poem - when he literally wrote the whole stanza of “?” “!”, i was shocked in a way that without any single words, it made sense. I understood exactly what he tried to convey. That political scene in Malaysia is just a trash show and politicians is just another name for a bloodsucking creature. I was a bit surprised seeing that he dabbled a little bit in Spirituality and God in the third book. In “Tak berkata-mu” , here’s what he penned in it : “Tak berkatamu bukan tak bererti tak bersuara, tak bersuaramu bukan bererti senyap. Senyap mu menimbulkan berbagai misteri, Misteri mu mengandungi berbagai teka-teki. Setiap teka-teki ada soalnya. Setiap soal ada jawabnya”. T. Alias Taib also dedicated few poems on some insignificant things that we saw in our daily life but never acknowledge them. For example “Kereta Sorong”. I felt like i saw one or two “kerete sorong” nearby the mosque but never thought of memorializing it in the poem : “Sebuah kereta sorong, tersandar sepi, dijilat matahari, diantara sebatang lorong dan pagar masjid,padanya tergantung segala-gala, buat seorang tukar rojak.” Overall, this is solid poetry book. T. Alias Taib observed what happened around him (society, country) and produce real unapologetic interpretation into his poem. From the year of 1971 to 1983, this book reaches across many topics - some are funny, some are honest but above all, most revolved around human experience from everyday life. A highly recommended poetry book.
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
April 13, 2019
setiap orang ada cara tersendiri untuk menikmati kehidupan. agar tiap kali berjalan, kaki yang berpijak masih di atas tanah dan mata yang melihat masih terbatas langit.

ia juga buat mengenal sempadan, antara realiti dan khayalan. tiap kali itu juga, keluar dan masuk antara keduanya adalah bila-bila masa sahaja.

mungkin sesekali, keluar dari wilayah realiti adalah lebih mempesona dan menjanjikan. maka, sebagai peringatan juga agar tidak kehilangan kunci antara dua sempadan itu tadi.

bimbang terperangkap dalam realiti hingga tak kenal untuk menikmati. atau terkandas dalam khayalan, dan kekal tanpa ada jalan pulang. dan entah mana satu yang paling disesali sekali?
Profile Image for Jack Malik.
Author 20 books20 followers
March 25, 2023
Tidak sekuat Pemburu Kota mahupun Opera. Lebih kurang seperti Piramid.

Terdapa 11 sajak saya suka daripada 93 jumlahnya:

Suatu Dinihari di Sebuah Hospital
Dengan Apologi kepada e.e. cummings
Di Parlimen
Gurun
Di Luar Sebuah Garaj
Tuhanku, Antara Kita
Tuhanku Kalau Bukan
Tak Ada Erti Lagi
Cukup
Cermin
Rat Race
Profile Image for Afa.
129 reviews
Read
February 3, 2020
Ini buku pertama saya untuk T Alias Taib. Mukasurat 64 buat saya tersengih sendirian. Sekaligus saya kira penulis ambil tahu perihal politik dalam sebahagian puisinya, cuma beliau amat pesimis dari tahun ke tahun. Saya tidak menjumpai puisi yang saya suka sehinggalah ke hujung-hujung 1979.
Profile Image for Muna Wahab.
8 reviews
August 12, 2021
Alhamdulillah selesai membacanya. Ini adalah buku puisi pertama saya. Satu tarikan baru buat saya dalam puisi. Sangat menarik.

Mudah2an Allah limpahkan kebaikan kepada beliau dan para pembaca.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.