Sejujurnya tema cerita tu dah berjaya menarik minat saya. Sebab kena dengan diri saya yang suka kumpul buku tapi entah bila nak baca 🤣
Cumanya, saya rasa tema Bibliomania tu mungkin berat untuk dikembangkan plotnya dalam naskhah ini. Pada hemat saya, ciri2 seorang Bibliomania dalam cerita ini tidak ditulis dengan teliti.
Yang saya pasti watak betul2 memenuhi kriteria Bibliomania dalam kisah ni Karisma & Syeikh Mahmud. Watak lain seperti Adli & Boon lebih kepada bibliofil walaupun Adli sanggup mencuri buku semasa dia bekerja sebagai pustakawan. Tapi kecurian buku tu lebih kepada nak membantu ibunya yang mengalami depresi teruk selepas perpustakaan mini mereka musnah akibat dilanda banjir besar. Tidak seperti watak Syeikh Mahmud & Karisma. Fellina memang dinyatakan langsung takde rasa ghairah tentang buku.
Plot cerita banyak berkisar tentang Boon yang cuba menaikkan rating page-nya di media sosial yang tenggelam akibat kekurangan review berbayar. Tawaran menarik Dahlan yang merupakan antagonis dalam cerita ni membuatkan page "Cerita Apa Kali Ini" mendapat rating tertinggi apabila pertandingan Bibliomania yang ditayangkan khas di page Boon. Selain itu, awalan plot juga menceritakan serba sedikit tentang watak-watak peserta yang akan bertanding.
Bagi saya cerita ni menjadi sedikit menarik bila kita dah masuk dalam bab pertandingan. Peserta dibawa bertanding dalam villa milik Dahlan dan tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar. Tapi dia nampak jadi janggal bila pusingan pertama je, peserta tiba2 kena balik rumah & kumpulkan buku2 paling disukai. Kata tak boleh berhubung dengan dunia luar, tiba2 boleh balik rumah? Rasa kelakar kat situ. Lepas tu bila watak Fellina minta izin nak hantar emel dan mesej kepada klien2 yang tak sabar nak tahu update kes mereka, pun rasa macam tak kena. Lebih baik kalau watak Fellina tu curi2 mesej klien2, terkanto, dan dihukum. Lepas tu boleh pulak Boon & Mel berhubung menggunakan handphone Boon sedangkan cerita sebelum tu Dahlan yang beri akses untuk Boon menghubungi Mel menggunakan telefon rumah ye. Hahaha.
Pada pandangan saya, ada beberapa plot yang tak dihabiskan dengan sempurna. Pertama, kisah Fellina paling kasihan. Apa motif dia dibunuh langsung tak diceritakan dengan jelas dalam cerita ni. Walaupun penulis Ada bagi hint dalam dialogue "She knows too much dan kau patut buat sesuatu" masa watak misteri tu bercakap dengan Dahlan, tapi apa yang Fellina tau? Apa yang jadi dekat Fellina sampai dia ditemui mati? Cerita Fellina tu tergantung lepas bab Iqbal jumpa Boon untuk meluahkan perasan. Pastu dah takde pape.
Kedua, kenapa Syeikh Mahmud kena tangkap? Siapa dalang disebalik pembunuhan mangsa tu? Siapa orang tu sebenarnya? Syeikh Mahmud sampai akhir cerita denied yang dia terlibat dengan pembunuhan mangsa yang memiliki buku langka. Ikutkan di awal cerita, buku yang Syeikh tak berjaya dapatkan tu, Dahlan yang dapat beli dan terus diserahkan kepada Syeikh selepas dia setuju nk masuk pertandingan tu. Ada sedikit kontra kat situ.
Ketiga, mayat siapa yang ditanam kat villa Dahlan tu? Boon ada cakap, dia tahu mayat siapa yang tertanam kat villa tu. Tapi last2 tak tau pun. Kecewa saya hahaha. Lepas jumpa Adli dan keluarga dan ceritakan apa yang berlaku dekat Huzaifah Omar, agaknya Boon terus lupa dekat mayat yang ditanam tu. Hahaha
Keempat, cerita jadi semacam tak kena bila Boon, Keyroll & Mel balik Villa Dahlan untuk cari bilik kecik yang Boon, Keyroll & Fellina jumpa masa pertandingan tu. Dorang janji kalau subuh dorang tak balik, Mel akan telefon inspector Ikram, sepatutnya Dahlan & Huzaifah tu dah kena tangkap dengan polis la kot sebab saya tak rasa perbincangan Huzaifah & Boon tu berlaku pada malam tu juga. Sebab Boon kena pukul & masa dia sedar tu, matahari dah naik, dah pagi pun. Takkan Mel tak risau? Takkan Keyroll tak cari? Sebab takut didakwa pecah masuk kawasan orang?
Saya rasa cerita ni akan jadi lebih baik kalau watak Huzaifah Omar tu tak diceritakan dengan lebih terperinci. Lebih baik teruskan dengan pertandingan dapat perpustakaan tu je. Dia jadi satu cerita lain dalam satu cerita. Bagi saya, baik penulis fokuskan tentang siapa Dahlan, adakah Dahlan ni pun Bibliomania juga? Sejauh mana gilanya Dahlan, Syeikh Mahmud & Karisma dalam bab mengumpul buku. Mungkin lebih elok begitu.