Dia bukan Nabi Dia bukan Wali Dia bukan tersohor Tidak juga terbilang
Dia sekadar seorang hamba yang cuba tegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini Dia cuba meneladani Rasulullah Namun akhirnya dia hanya Manusia biasa Sang Musafir kembali berkelana, menghadapi musuh tidak terduga dek pemikiran dan jiwanya. Siapa yang bakal beliau perangi kali ini?
Mari kembara bersama Laksamana Sunan dalam bertualang merantau sukma, kembara meraga jiwa.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Kedatangan Sang Ekong membawa satu perubahan kepada Laksamana Sunan. Dengan bisikan - bisikan halus yang berniat jahat menggoda Laksamana Sunan ke arah kegelapan. Bertambah lagi marah apabila Djailuh yang dihantar ke Asahan bukannya beliau. Rentetan peristiwa membuatkan api marah di dalam dirinya semakin marak dan memakan diri.
Selalunya membaca naskah tentang Laksamana Sunan membuatkan SH kagum dengan keperibadian dan sikapnya. Namun dalam naskah kali ini Sunan tampil dengan watak yang sangat berbeza. Macam tak percaya itu Sunan. Sampai SH pon naik geram bilalah dia ni nak sedar. Ramai menjadi mangsa amarahnya.
Persoalan tentang kewujudan Sunan di Anding Ayangan telah terjawab di dalam naskah ini. Barulah SH faham kenapa Sunan mengatakan dia jahat di dalam naskah Anding Ayangan.
Pace penceritaan agak laju namun masih ada banyak persoalan yang muncul di penghujung cerita. Kenapa keputusan Raja Perempuan Asahan bertukar. Apa yang sebenarnya terjadi pada Djailuh. Dan banyak lagi persoalan yang bermain di minda SH. Adakah akan ada sambungan untuk siri ini?
Macam mana nak cakap eh? Ntahlah ada rasa something yang kurang uhmm dalam karya Siri Laksamana Sunan kali ini. Rasa macam agak bosan dan mendatar & buatkan bacaan saya agak terasa hambar. Takda rase teruja macam baca siri sunan yang lain.
Tapikan, apa jawapan yang Laksamana Sunan bagi semasa terima lamaran tersebut? Ada lagi ke sambungan prekuel ni nanti 🥲. Nak kena baca Anding Ayangan jugak ke sebab nak tahu apa yg terjadi dekat Saifudin?
Novel kali ini menampilkan sisi gelap Laksamana Sunan yang selama ini tidak pernah ditonjolkan dalam siri-siri sebelumnya. Kedatangan Raja Suir Sang Ekong yang sering membisikkan hasutan kejahatan, ditambah pula dengan Wali Sufi memilih Djailuh berbanding Saifudin untuk menyiasat kejahatan tersembunyi Asahan terhadap Acheh, semuanya menambah rencah yang memarakkan amarah di hati seorang Sunan sehingga beliau sehari demi sehari hilang kebaikan dan sudah tidak menjadi siapa dirinya lagi.
Permulaannya mengujakan saya kerana akhirnya dapat juga melihat sisi berbeza Saifudin yang selama ini ditampilkan sifatnya penuh sempurna mengikut acuan akhlak Rasulullah. Sesungguhnya, sungguhpun Saifudin seorang Sunan, dia tetap seorang manusia, yang imannya ada kalanya pasti akan turun naik dihasut nafsu dan godaan syaitan. cabaran itu tetap ada selagi bergelar manusia. Storyline yang unik tentang jihad Saifudin melawan hawa nafsunya pada kali inilah yang memaku perhatian saya pada permulaan pembacaan.
Semakin jauh ke dalam pembacaan, dapat saya meneka ada yang tidak kena. Plotnya tidak kena dengan garis masa asal watak-wataknya. Kematian Wali Sufi, Luna dan Djailuh, sikap Saifudin yang terlampau menjunjung amarah dan dendam hingga mengorbankan seluruh rakyat Asahan, semua itu membuatkan saya berasa apa yang berlaku pastinya bukan realiti.
Dari situ, pembacaan saya mula bertukar hambar. Kerana pengakhirannya dapat diagak bahawa semuanya pasti sebuah khayalan yang dialami oleh Saifudin sahaja. Konsep sebegini menjadikan saya lelah untuk membaca. Kerana rasanya sudah banyak kali RAM gunakan konsep begini untuk novel-novel sebelum ini. Untuk itu, saya tidak mampu memberikan bintang penuh.
Sayang sungguh, permulaannya sudah menarik. Tapi apabila kerap diulang pakai konsep 'semuanya akhirnya sebuah khayalan atau mimpi', menjadikan saya hilang mood untuk teruskan pembacaan. Segala character arc yang dihidangkan hanyalah satu cebisan mimpi buruk sahaja, yang tidak memberikan impak kepada character building watak sendiri. Terasa masa saya seorang pembaca disia-siakan di situ. Yang menyelamatkan rasa kecewa, hanyalah apabila dapat mengetahui lanjutan perjalanan Saifudin setelah berakhirnya perang di dunia Anding Ayangan.
Andainya RAM dapat menyajikan konsep yang lebih berbeza tentu lebih menarik jalan ceritanya. Tentu lebih epik dan mengujakan. Saya berharap masa mendatang, tuan RAM kurangkanlah repetition dalam novel-novelnya. Gunakanlah konsep dan idea baharu dalam penulisan. Sebagai pembaca tegar yang sedia menghafal konsep penulisannya, tentu lama-lama akan menjadi bosan juga jika iulang pakai konsep yang sama. Terima kasih.
"Andainya hari bertambah cerah, eloklah cepat menengok ladang. Andainya kaki tersalah langkah, eloklah cepat berbalik pulang." - Ramlee Awang Murshid, Laksamana Sunan . . 🖤 I'm on a reading slump. Semua benda jadi sikda perasaan nak molah lately. But this book has made me stayed up late last night. If you are following Laksamana Sunan and Anding Ayangan series, this book you must not ignore. It's a must read (after reading Anding Ayangan III and shall be a mental preparation for Anding Ayangan IV soon). . . 🖤 I never imagined that I would hate Sunan character. But this book made me hate him. I wonder why RAM created this plot? Pening nak catch up with the timelines gik. Timelines dah berjarut. I cried when Sunan acted violently, unlike himself. I asked Sunan, why?? . . 🖤 The answers were all unveils as I expected. I can only say that this book connected to Anding Ayangan 3. In the end, I was able to combine all the plots in the correct timelines. . . 🖤 I'm glad that I choose this book to boost up my reading mode. It also sparked a fighting spirit in me. Lepas tok nak carik cita berjuang jak. At least I will not loose this spirit. . . #azurachanreads #laksamanasunan #ramleeawangmurshid #bukujunkie #bookaddict #bookjunkie #booklover #bookgeek #booknerd #freepalestine
Lain macam kisah kali ini. Agak diluar jangkaan saya. Sisi cerita yang tak pernah saya bayangkan.
Laksamana Sunan adalah seorang manusia biasa. Tidak lepas daripada dugaan dan gangguan hasutan jahat yang tidak senang dengan ketaatannya kepada Allah SWT.
Cerita kali ini, membawa pembaca kembali ke negeri Asahan. Raja Perempuan Asahan merasa tidak senang dengan gelaran negerinya sebagai negeri naugan kerajaan Aceh. Raja Perempuan itu bercita-cita untuk berperang dengan Aceh bagi mendapatkan kuasa mutlak. Laksamana Sunan dan Wali Sufi adalah sasarannya bagi melemahkan pertahanan tentera Aceh.
Apabila khabar itu sampai ke pengetahuan Wali Sufi, lalu dihantarnya Djailuh untuk menyiasat kebenaran berita tersebut. Itu membuatkan Laksamana Sunan marah. Amarah yang mula berputik itu bakal menjadi api yang marah lalu mengundang akibat yang tak pernah dibayangkan.
"Istighfar, anakku...istighfar. Kamu membiarkan diri dirasuk marah. Dendam itu bara. Marah itu api," tegur Wali Sufi.
Kembara kali ini, buatkan saya tertanya-tanya, apakah akan terjadi seterusnya. Kembara ini sepertinya akan lebih berliku.
Saya smpai skip pergi page belakang bila baca part Djailuh dibunuh, Wali Sufi dibunuh...sbb rasa pelik bukan kah Djailuh dan Wali Sufi meninggal dunia dgn timeline yang berbeza dalam novel2 Sunan sebelum ni...tp bila wujudnya watak Raja Suir Sang Ekong..ok, dari situ saya dah dapat agak dah ending nya mcm mana..
Pertukaran watak dan sifat Sunan dalam novel yang ni sbenarnya agak menarik, sbb sebelum ni watak Sunan adalah seorang yg sangat warak, patuh agama, sangat penyabar..tp berlainan dalam novel ni di mana watak Sunan berubah 180°...
Tp tu la...masih suka Novel Sunan yg sebelum2 ni, sbb jalan cerita lebih menarik.. yg ni bkn tak menarik tp ntahh la apa yg kurang...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Terlalu lama tidak baca novel tulisan RAM. Tandakan yang ini sudah baca. Banyak lagi buku antara yang ini dengan siri Bagaikan Puteri yang saya belum baca.
Cerita bermula dengan pertemuan Saifudin dengan Raja Suir Sang Ekong yang bijak memperdaya mangsanya menerusi cerita reka-rekaannya yang dimasukan ke dalam pemikiran mangsanya di mana ianya mampu membuatkan orang yang diperdaya tersebut percaya yang cerita reka-rekaan Raja Suir Sang Ekong itu benar benar dijalani mereka.
Siri siri sebelum ni kita asyik dipaparkan dengan sisi baik Laksamana Sunan, tapi kalini tidak! Memang beza 180° lahhh. Baran, pemarah, pendendam!
Lolz! Dua bab terakhir baru tau yang semua yang berlaku tu hanya cerita dongeng hasil rekaan Raja Suir tu. Ayam betul 🤣
Sejujurnya sepanjang pembacaan, sara rasa macam bosannya buku ni, bila nak habis ni 😭😭 haa macam tu. Bila baca tu tiada rasa excited, tiada rasa tak sabar nak baca bagi habis macam siri Laksamana Sunan yang lain. Sebosan buku Anding Ayangan 😬. Hampir sahaja nak tinggal separuh jalan seperti mana saya tinggalkan Siri Anding Ayangan. Tapi disebabkan saya peminat Siri Laksamana Sunan ni, so saya gagahkan jugak habiskannya.
Tapi bila dah habis baca tu, terus rasa macam nak kena baca balik Anding Ayangan yang saya tinggal separuh jalan tu 😂. Semua gara-gara watak watak dalam Anding Ayangan yang ada dalam buku ni.