Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dingin

Rate this book
Kehidupan Amirul di tempat baharu berseri bila matanya terpaku pada seseorang. Mukminin sentiasa bersendiri. Tidak mahu didekati, jauh sekali mendekati. Tembok yang gadis itu bina tinggi tapi dia tetap mahu memanjatnya.
Amirul sendiri tidak menyangka, perasaan ingin tahu dalam dirinya berubah kepada satu rasa asing yang kini mendiami hati. Kerana itu, dia telah bersedia untuk lakukan segalanya demi Mukminin ini.

“Tolong aku, Mirul. Aku akan buat apa aje
untuk balas budi kau…” – Mukminin

Melihat airmata itu, hatinya menderita. Amirul sanggup bukan hanya kerana belas. Darah dan luka pada tubuhnya menjadi saksi segala keikhlasan. Tapi, kenapa Mukminin mengkhianati? Mengubah seluruh hidupnya. Kebencian pada Mukminin, tidak akan dapat dilakar biarpun habis selautan tinta.

“Jangan muncul depan aku lagi, Min.
Atau aku tak akan lepaskan kau lagi…”- Amirul.

Mukminin pula, hidup sendirian tidak langsung membuatkan dia sunyi. Semuanya terasa cukup. Namun, dunia yang sentiasa berputar ini sekali lagi membawanya berdiri di hadapan Amirul.

“Kau bawa kematian pada jasad aku yang masih bernyawa, Min…” - Amirul

Amirul menzahirkan kebencian yang nyata. Mukminin pula sedar, kekejamannya pada Amirul sedang menuntut bela. Dan, pastinya tidak dapat dia lunas biarpun seisi dunia dipersembahkan.

“Walaupun aku tahu semua ni, tak akan dapat tebus balik kisah lalu kita,
tapi maafkan aku,” - Mukminin

Rayuan Mukminin tidak mampu menghangatkan hati Amirul. Mereka terus berjalan di atas permukaan tasik yang beku. Membiarkan hati dan jiwa terus kebas. Permukaan tasik itu akhirnya retak. Mukminin sedang jauh tenggelam dan dia tahu Amirul tidak akan menariknya ke permukaan. Lelaki itu sekadar membiarkan dia terus lemas dalam kebencian.

451 pages, Paperback

First published December 1, 2023

5 people are currently reading
63 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,034 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (58%)
4 stars
22 (27%)
3 stars
10 (12%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,050 reviews200 followers
January 7, 2024
I'll try to be strong, believe me
I'm trying to move on
It's complicated but understand me
'Cause I need time
My heart is numb, has no feeling
So while I'm still healing
Just try and have a little patience, yeah
Have a little patience, yeah


"Abah... maafkan...".

Baca je ayat ni airmata terus pecah. Allah! Sesak dada jap 😭😭😭😭

Mirul, kejam sangat tindakan you. Takleh accept tau. Tapi kalau nak dibandingkan apa yang terjadi pada keluarga Mirul, memang sangat² terhina sebab satu Malaysia tahu. Tindakan Mirul pada Min hanya keluarga dan orang terdekat je tahu. F tak kata setuju cuma susahlah bila libatkan family dan emosi. Hanya orang yang pernah alami je tahu.

Allah. Perit kisah mereka... korang sediakan tissue ok.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
November 30, 2023
Aku dapat rasakan buku ini akan terima kecaman sebab apa yang si Amirul dah buat kat Mukminin... tapi suka hati koranglah. Haha.

Punyalah rindu nak baca air tangan author favorite aku ni, sampai aje novel ni terus aku belek baca.

Ada beberapa kesalahan ayat & typo yang agak menyakitkan mata.

Alahai Amirul! Tangan kau asik menjalar je kerjanya. Dan klise style RM-- cerita dendam dendam kesumat.

Macam ni ke RM kata pain skala 0.5 je? Hmm pahammm

Oh btw, Haq cameo! Haha! Benci tengok nama mamat tu. Grr
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
December 16, 2023
Amirul punya perangai mmg anjerrrr🙂🙂🙂

tropes — academic rival to lover to enemy to lover, second chance

yang lain okay dahhh emotion, pain, tropes, ayat kak rehan mmg seperti biasa mantopsss i dont have any issue with style kak rehan walau bagaimanaponnn HAHHAA isu dalam cerita kali ni memang betul betul sensitive i is terkezutsss

i really dont agree why need to put what Amirul did to Min tuuuu unnecessary sangat mianhe mianhae hajima this spoiled a bit i couldnt find any reason to justify his action🥲 at least for me, banyak lagi cara Amirul boleh buat untuk balas dendam instead of did that to Min kalini memang red flag yang saya tak boleh terima HAHAHA because that was totally A CRIME💀 i do hope diorang berdamai dan berpisah je akhir tu cuz when a book ketengahkan pasal isu ni like ive said before this i do hope theres something output to help victim out there. adik Mirul tu haish waste potential gilaa ending pon agak rushing

but i like how this time kita dapat tgok pov from the one who got accused because of something they didnt do. false accusation of serious crime. bukan yang dituduh je dapat kesan but the whole familyyy🥲 moral kalini nak tunjuk apa yang berlaku kita takkan mampu nak ubah, instead berdamai dan memaafkan untuk ketenangan dan kebahagian. tapi still ape hanat sangat Amirul nii🙂

‼️‼️ might be spoilers alert for trigger warning!! but for those who needs— sexual assault, sexual abuse, marital rape, abusive relationship, domestic abuse (maaf saya tak boleh tolerate dengan cerita abusive partner and romanticize this thing even its fiction huhu)
Profile Image for Amal Lee.
278 reviews33 followers
December 7, 2023
Berpeluh baca. Dari start cerita sampai dah nak habis pain memanjang even dari awal dah boleh predicted hala tuju cerita ni. Tapi, nak dibandingkan dengan yang lain, rasanya yang ini kurang sedikit pain-nya.

Cumanya, sikap Amirul yang tak reti nak dengar penjelasan tu patut dibagi pengajaran lagi. Sebab tak penyabar nak menghukum habis badan binasa. aku agak kecewa bila senangnya Amirul terlepas dari kesalahan yang satu tu & dengan mudahnya Mukminin memaafkan. Dan ending yang agak rushing. Tapi itulah, senanya aku faham kedua-dua belah pihak 😌
Profile Image for Lady^Reads.
27 reviews4 followers
December 15, 2023
Fitnah..
Cerita ni berpaksi pada kotornya sebuah fitnah.
Kerana fitnah boleh buat hidup orang musnah dan porak poranda. Kerana Mukminin menaburkan fitnah membuatkan Amirul dendam dan benci.

Takdir bertemu, berkahwin kerana Mukminin nakkan bantuan Amirul. Tapi harga yang perlu dibayar oleh Mukminin demi sebuah pertolongan itu besar nilainya.

And the rest is…kita dah boleh predict jalan cerita. Sebab buku ni nipis je.

Cuma saya rasa frust bila mana 10 bab terakhir tu, watak Amirul jadi red flag. Kezaliman dia tu bukan sikit-sikit tau. Dan sampai ending takde lansung balasan yang dia dapat. Takkan hanya nak menghukum Mukminin..Amirul jadi macam tu. Saya tak nampak validnya perbuatan Amirul tu. Kat mana validation dia untuk hukum Mukminin dengan mcm tu.

Jadi untuk pertama kalinya karya RM kali ni saya rasa agak kecewa sikit lah kerana 10 bab terakhir tu.

Sorry RM, kalau lah watak Amirul tidak macam tu dihujung-hujung buku pasti saya suka.

‼️TW: Marital Rape, Sexual Assaults / Sexual Abuse
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
October 5, 2024
Semua watak tersakiti 💔

Mengisahkan Amirul yang sangattt benci kepada Mukminin disebabkan satu tuduhan masa dorang ni sekolah. Disebabkan tuduhan tu, keluarga Amirul jadi tak happy dan Amirul berdendam dengan Mukminin.

Nak dijadikan cerita, selepas beberapa belas tahun dorang ni berjumpa balik dan ofc Amirul ni nak balas dendam terhadap Mukminin.

Personal opinion aku adalah buku ni sangat fast paced dan pain ye. Aku habiskan dalam one sitting je. Tbh aku faham kedua belah punya situasi dan apa yang Mukminin tuduh tu memang berat tapi apa yang Amirul buat tu pun sangat berat dan tak patut.

Happy ending :)

‼️TW : domestic violence and marital r.‼️
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
December 29, 2023
3.5 🌟

berbaloi masa aku tapi pada masa yang sama, buatkan aku rasa nak tendang watak mirul.

aku faham perasaan mirul bila kena yk dengan mukminin tapi aku rasa sangat tak valid untuk dia benci mukminin sedangkan dia sendiri tahu mukminin punya background macam mana. kalau aku jadi mirul, aku protect mukminin gila2. paling tak boleh blah selepas diorang kahwin, force himself on her? lost my respect and everythinglah.. aku benci mirul. lantaklah dia taubat ke apa. memang patut makan penampar.

mukminin. aku suka dia. maaf. tapi apa yang dah jadi dia dekat is sangat menyedihkan and aku rasa aku akan buat apa dia lakukan kalau aku berada dalam situasi yang sama. aku kesian dengan dia. dia jadi mangsa keadaan. dia kena hadap semua benda sebab dia sayang emak dia. aku respect dia. cuma masalah utama dia, dia ingat dia salah when actually dia tak perlu minta maaf bukan salah dia. after marriage pun dia kena hadap abuse from man she love? apa beza weh? kau cer cakap dengan aku.

apa aku rasa ya dengan dua watak utama ini ‼️ aku benci amirul. sejahat mana pun mukminin, tak perlu buat begitu dekat dia. apa beza kau dengan ayah dia? apa? kau cipta alasan begitu untuk balas dendam? bullshit. sumpah bullshit.

k bye aku redakan marah aku. love you kak rehan, perangai amirul ini minta carut 😍😍😍
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
December 1, 2023
Baca sambil layan dengar lagu Dingin Ziana Zain lagi padu. Memang mencurah2 la air mata.
Profile Image for Cutie_pie28.
391 reviews8 followers
December 30, 2024
Tk terkate bile bace buku nie.. hebat laa dorg yg bole memaaf kn bile melibatkan maruah.. cume ralat laaa bile Amirul buat mcm tu kt Min.. Min pulakk di sbb kn rase bersalah, die terima utk balasan dan kemaafan yg di pinta.. fuhh.. nasib ade Lin yg sedar kan Amirul.. kalo tk, sampai ke sudah laa die slh phm
Profile Image for missy12.
14 reviews2 followers
March 22, 2024
4.99✨
Kurang 0.01 sebabnya saya nak lagi.
Penulis kesayangan 🤍

Buku ni bukan untuk semua kalau korang tak minat dengan marital assault. Boleh triggered.

Tapi buku ni bukan tertumpu pada tu sebenarnya. Dia sebenarnya pasal dendam & macamana impaknya pengkhianatan dari orang yang kita sayang buat kat kita & keluarga. Itu diaa apa yang dirasa Amirul. Dari green flag jadi red flag.

Dia tak pernah cari pasal Mukminin lepas habis sekolah tapi takdir dah tentukan untuk mereka berjumpa. Amirul yang berdendam, Mukminin yang takut dengan rasa bersalah. Rasa macam nak masuk dalam buku ni and peluk dua dua.

Pendapat peribadi, saya rasa puas bila baca buku ni. Worth it for me. Walaupun nipis, tapi tersangat puas. Syabas Karehan!
Profile Image for Ahtirah Azman.
10 reviews
February 27, 2024
4.9/5 sebenarnya.

Walaupun amirul tu gatal dia tetap green flag yang terselindung. Geramnya tapi dalam cerita ni tak boleh salahkan sesiapa selain mukhsin bodoh tu 😭

Anyways ni buku RM yang pertama buat kita nervous sepanjang proses membaca, tak tahulah sama ada sebab perangai amirul tu yang tak betul sampai ubah genre buku ni jadi thriller atau saya yang tak sabar sabar nak tahu pengakhirannya.

P.s// Amirul walaupun awak red flag sedikit tapi selepas apa yang awak lalui, saya faham 🥲
Profile Image for Bella.
21 reviews
November 30, 2025
‼️ Review may or may not contain spoilers
✏️ Revenge, Second Chance, Betrayal

“Aku ingat cinta aku pada kau besar. Harini aku sedar, kebencian aku pada kau lebih besar.”

Hati kita takkan pernah menyangka mereka yang memberi kehangatan kasih sayang, akan menjadi orang yang sama menyeliputi kedinginan pengkhianatan pada masa akan datang. Bila tiba saat hati dilumat, baru kita tahu erti kebencian lebih besar dari cinta yang diagungkan.

Fitnah yang ditabur Min, jadikan hidup Amirul yang serba serbi lengkap hancur dalam sekelip mata. Amirul dipandang hina dan dipandang jijik kerana fitnah yang dibawa. Bukan cuma dia tapi seluruh keluarga Amirul hancur sehancurnya - mereka hilang semuanya kerana kepercayaan dan kesetiaan yang Amirul tabur, Min pilih untuk khianati. Tanpa mereka tahu, Mukminin sendiri terpaksa dengan pilihan yang dia ada. Terpaksa, mengorbankan cinta pertama yang belum tentu yakin demi menyelamatkan mereka yang kekal.

Walaupun, sepanjang 14 tahun mereka membawa haluan masing-masing, sekalipun
Min tak pernah lupa bahawa satu hari nanti dia akan dipertemukan kembali dengan Amirul, dan Min juga takkan lupa yang dendam Amirul terhadap dia takkan pernah pudar. Dan bagai mendengar Min, semua itu termakbul - Amirul dipertemukan kembali dengan Mukminin. Bagi Min, ini peluang untuk dia menuntut kemaafan. Tapi lain bagi Amirul, yang percaya pertemuan kedua ini sebenarnya pertolongan takdir untuk dia teruskan misi membalas dendam yang tertangguh, kehendak takdir untuk dia hancurkan Mukminin.

Err, Amirul betul-betul dark - aura kejam dan dendam dia tu memang terasa. Infact, waktu scene dia kejar Min tu, takut weii. Sampaii tak senang duduk saya. Terhentak hentak kaki, terjerit jerit sebelum nak teruskan bacaan sebab helai demi helai, ayat demi ayat Amirul lontarkan penuh bahang - gelap dan bahaya.
Awal-awal perasaan simpati yang mengiringi pembacaan saya terhadap Amirul tapiiiii, semua tu berubah drastik. Amirul would be the least favourite saya dalam Dingin. Kalau diminta untuk saya tulis esei kebencian saya terhadap Amirul, I would be very pleased. Benci nak mampus dia ni. Kononnya beria fitnah Min makan diri dia, tapi kau sendiri yang iyakan benda tu. kau sendiri yang jadikan benda tu reality. BENCIIIIIIII. Amirul manusia paling kejam.

Ada few times, saya rasa Mukminin ni bodoh sebabb dia kept silent even benda tu dia tak buat - KAU TAK BUAT BAGITAHULAH TAK, TERPAKSA CAKAPLAH TERPAKSA😭 BUKAN DIAM HSHSHSHSH. SAYA FAHAM RASA BERSALAH DENGAN APA YANG JADI, TAPI TAKKAN BIAR JE KENA LAYAN MACAM TU. TAK SUKA MUKMININ - terlampau baik yang memakan diri. Dan, lepas macam macam yang Amirul buat, cara Amirul layan Mukminin, semudah 1-2-3 dia memaafkan😔🙃 At this point, saya lagi rela Min dengan everyone but Amirul. Tapi, Mukminin memang kuat. Demi meraih keampunan satu keluarga yang pernah dia hancurkan, segala jenis racun sanggup Mukminin hadam - biarpun racun itu perlahan menghancurkan dirinya.

Storylinee sumpah best tapi serious tak boleh terima dengan apa yang jadi. Amirul layan Min, seolah lagi hina dari binatang. Physical abuse, mental abuse, human rights violations, sexual assault, apa je yang dia tak buat? Semuanya dia buat asalkan Min hancur.

Honestly, the ending agak disappointing sebab tak nampak langsung Amirul ni menyesal. Rushing? Agak ye sebenarnya. Setakat peluk peluk minta maaf, ucap confession, bagitahu menyesal- ikan dalam laut pon boleh buat. Mungkin sebab, Amirul ‘mangsa’ keadaan jadi tak terlalu ditekankan grovel, dan earning Amirul - dan ini saya sangat tak suka.

Knowing Kak Rehan, dia akan all out dalam menulis sesuatu watak atau cerita. Kalau hijau sehijaunya. Tapi, kalau merah? Memang merah menyalaaa. Sampai saya nak jerit - “CUKUP MIRUL, MIN MEMANG SALAH TAPI APA YANG KAU BALAS NI TERLAMPAU KEJAM😭😔🙃”

Dingin, I would love to rate 4 out of 5. Tapi
I would rate Amirul -253628891197392016491162916410649136192692461927206392

Min lembik sangat, like faham kau rasa bersalah tapiii takkan kena r***l kau senyap je, kau terima je. Eish baran
Profile Image for Nabilah Izzati.
27 reviews
December 18, 2025
Buku ini menunjukkan besarnya kesan fitnah dan kenapa dalam Islam dinyatakan bahawa Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.

Saya ambik masa beberapa hari nak habiskan buku ni. Macam biasa, penulisan kak RM tetap membuat saya nak terus membaca. Buku ni fast pace, sesuailah dengan ketebalan buku, kita juga diberi peluang untuk gambarkan sendiri scene2 yang tidak dijelaskan secara detail dlm buku ni.

Untuk Amirul, separuh pertama saya memang kesian gila dengan dia ni. Kalau saya sendiri tak dapat nak bayangkan difitnah sebegitu rupa oleh orang yang dia sayang pula tu. Sorry Min, tetapi time ni saya memang rasa sangat marah dengan awak sbb sanggup fitnah macam tu walaupun keadaan terdesak macam mana pun, kita ada cara nak cakap perkara sebenar. Separuh masa kedua, menggeleng saya tengok macam mana Amirul layan Mukminin. Dah la ikhtilat tak jaga...adoi la Mirul ni. Walaupun atas dasar benci dan nak balas dendam, saya juga tak dapat terima dengan apa yg Mirul dh buat dekat Min. Mcm nk tanya, ko ni belajar agama tak Mirul? Apa yg dia buat lepas kahwin tu memang teruk sangat2, dalam hati cakap sayang tetapi kenapa sanggup buat macam tu. Adakah sebenarnya Mirul ni dah sakit mental???

Mukminin, awak sangat kuat bertahan dengan mak awak. Dapat ayah yang tak ubah perangai macam setan, tapi tengok awak masih boleh fokus belajar dan jadi pelajar cemerlang dalam keadaan tu memang saya bangga. Tetapi........why awak buat macam tu Min dekat Mirul?? Walaupun dah tahu alasannya, ada macam2 cara awak nak cakap kan. tak boleh ke sorok2 cerita hal sebenar family Mirul tu atau cerita kt Mirul je dulu. Sorry Min, perbuatan awak ini saya rasa awak juga sengaja biarkan Mirul tu salah faham dengan awak. After korang kawin pun sama, bila awak pula difitnah, awak juga tak cari cara lain nak terangkan. Korang ada telefon kan, hantar la mesej ke apa explain. Tulis surat ke..stress juga sbb Min ni suka biarkan fitnah2 seolah2 mengiakannya. Apa reason sekalipun, kita sebagai manusia ada akal kena pertahankan diri juga walau apa cara sekalipun bila dilemparkan fitnah mcm tu. Bukannya pasrah tak tentu masa.

Btw ni kot first buku yg mana scene maaf memaafkan, pujuk memujuk tak drag sampai 10 bab..mungkin bagi saya Mirul & Min ni sama-sama menjadi mangsa keadaan.
Profile Image for amirah sofia.
8 reviews
December 16, 2023
Bukan novel rehan makhtar lah kalau baru page 17 dah jumpa konflik. Disebabkan keputusan mukminin yang dibuat dalam keadaan terdesak, keluarga Amirul terkena tempias. Secara tak langsung menyebabkan hubungan dua orang remaja semakin renggang dan akhirnya terputus begitu sahaja. Dendam Amirul semakin menebal tatkala takdir menemukan semula dia dengan insan yang pernah menjadi sejarah hitam keluarga mereka. Disebabkan satu perjanjian yang diucapkan oleh Mukminin, Amirul mengambil kesempatan atas perjanjian itu. Pujuk rayu mukminin tidak lagi dia endahkan melainkan ingin membalas dendam kepada Mukminin atas perbuatannya dulu. Mukminin kembali diulit perasaan yang menjalar pada 14 tahun yang lalu. Silap.. perasaan yang telah membebankan dia sejak 14 tahun yang lalu.
.
.
.
Satu lagi, rehan makhtar selalu buat konflik yang kita tak boleh pilih nak backup hero atau heroin sebab dua - dua tersakiti. Tapi apa yang Amirul buat kat Mukminin mmg melampau. Puas hati bila Amilin, (adik Amirul) lempang abang dia tu 😌🔥 semuanya okay tetapi tidak apabila bacaan kita dah tiba pada muka surat 365, berlaku pertumpahan air mata yg maha dahsyat. Mmg patut pun kalau Amilin nak buat report. Tak dapat dinafikan betapa gentleman nya Amirul masa 16 tahun tapi tu lah.. apa yang mukminin buat tu pun melampau juga 😀 nak buat guano.. dah ada syaitan bertopengkan manusia dalam cerita ni. Dalam ni ada Haq ek hahaha rasanya ramai benci dengan mamat ni. Overall nice storyline walaupun boleh agak sedikit but satu ja.. mmg 20 pages terakhir baru nak nmpk bahagia ek 😭 Cuba rilek macam Taufiq, rushing rushing nak pergi mana? lah tiber menyelit. Takpelah, inikan writing style kak rehan
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Watishaari.
42 reviews2 followers
November 23, 2024

Siapa yang mampu menerima pengkhianatan. Tambah2 si pengkhianat adalah orang yang paling kita sayang dan percaya. Lukanya terlalu pedih. Entah mampu terubat atau tidak.
.

Amirul. Perasaan sayang yang bercambah menjadi benci. Gara2 Mukminin, gadis dambaan hati mengkhianat dirinya. Menjadi luka lebih dalam pabila keluarganya turut terpalit. Bapanya orang kenamaan, disahkan lumpuh. Adiknya yg menuntut di sekolah berasrama di pulau gara2 insiden hitam yang berlaku
. Amirul sendiri berubah menjadi manusia yang sangat dingin
.

Kata orang, kalau dah jodoh sejauh mana pon dia pergi pasti bertemu. Namun itu paling yang tidak diingini baik Amirul mahupun Mukminin. Sebab mereka tahu apa yang bakal berlaku jika mereka bertemu. Namun aturan Allah. Siapa mereka menidakkan. Amirul memegang pada katanya bahawa dia takkan lepaskan Mukminin jika mereka bertemu. Mukminin dipegang kemas demi sebuah dendam
.

Mukminin. Dia tetap berpegang bahawa dia tidak menyesal dengan keputusan yang diambil dulu sehingga maruah keluarga Amirul tercalar. Dan Amirul, kerana dendam dia bertindak kejam. Pada aku sangat2 kejam perbuatan Amirul terhadap Mukminin. Mukminin pon redha dengan perbuatan Amirul. Sebab baginya, dia layak atas apa yang pernah dia lakukan dulu terhadap Amirul dan keluarganya
.

Tolong sediakan mental yang kuat untuk membaca naskah ini yaa. Sebab sedia maklum laaa naskah kak RM memang pain. Siapa kenal beliau tahulaa bagaimana penulisan beliau
.
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
December 22, 2023
Kisah Amirul dan Mukminin kali ni memang buat aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mataku ini melimpah keluar. Aku terpaksa berhenti membaca beberapa kali sebab aku tak sanggup nak teruskan bacaan. Aku terlalu kasihan dengan Mukminin dan terlalu marah dengan perangai Amirul yang tidak boleh diterima akal langsung. Ada banyak kesalahan ejaan dan ini juga agak mengganggu konsentrasi bacaanku.

Tiada manusia di dunia ini yang tidak pernah buat kesalahan dan kesilapan. Memang bukan mudah untuk memaafkan seseorang dan melupakan sesuatu yang pahit untuk dikenang. Dalam Al Quran disebut banyak kali supaya memaafkan orang lain kerana ia adalah sifat yang terpuji dan mulia. Jadi, cuba, cuba dan cuba untuk memaafkan kerana apabila kita maafkan orang lain, insya Allah akan dikurniakan ketenangan kepada kita dan moga kita termasuk dalam kalangan orang yang paling mulia disisiNYA.
19 reviews
August 4, 2024
Haluuu pertamanya mcm mana kakrehan boleh rate pain cite ni 0.5???

Semua reader kakrehan memang tahu gaya plot kakrehan, main leads yang tersakiti atas situation hidup dorang. Tapi i pon setuju dgn rata2 komen yg lain, Amirul nii memang melampau (yee walaupun bersebab tp yihhhh no!). I puas hati sgt dia kene makan penampar dgn adik dia.

I baca cita ni less than 1 day je so maksudnya apa tuh?? Hahaaa kita memang love cite gini hahahaaa pompuan gilo mmg camni hmmm. Maybe if nak kata dorang toksik ponn well almost but as i said, sila open-minded & baca dgn penuh sabar hahahahaa.

Kakrehan buat lagi cite camni pleaseeeeee. If you guys suka checkmate, luruh, & seangkatannya itu, you guys gonna love this coz i do! Now go buy n read laju2!
Profile Image for Eisya.
188 reviews4 followers
June 26, 2025
😭😭😭😭😭😭😭💔❤️‍🩹

Mereka masing-masing menjadi mangsa keadaan tapi apa yang min rasa lebih menyakitkan…kuatnya la hai min ni… macam mana la dia boleh hadap kebencian daripada orang yang dia sayang.. min tak habis habis jadi mangsa penderaan.. mirul pula mangsa fitnah.. maruah keluarga tercalar akibat fitnah yang menimpa dirinya..

Mirul why… ???why???? kenapa tak nak selidik betul-betul dulu sebelum buat keputusan macam tu sekali.

Thanks to amalin bagi penampar sekali dekat mirul, bagi kesedaran sikit dekat mirul yang hanyut dengan perasaan sendiri.

😭😭😭abah la orang pertama yang maafkan min selepas min masuk dalam keluarga mirul.. abah yang nampak apa yang terpamer dari sinar mata min..
Profile Image for Nad.
375 reviews3 followers
December 15, 2023
Jangan pandang buku ni nipis, jalan cerita pun tipis. Takkk, cerita dia sangat la pain that I actually bawling my eyes out. Dua dua watak aku faham. Satu nak selamatkan orang yang dia sayang. Satu nak balas dendam sebab betapa sakitnya kalau benda buruk jadi dekat satu family kau. So, I kinda get it ML's behavior tapi itu tak bermaksud kau boleh buat isteri kau macam plaything, no? You deserve jail time man.



34 reviews
December 29, 2024
tak nak tulis panjang2.

sejujurnya aku mungkin agak terlambat baca karya yg satu ini. dan aku terpaksa akui yg Dingin adalah antara karya terbaik RM sebelum menjelmanya Anak Dato Pengarah.
plot dia yg menggetar jiwa dan raga dan face pace pastinya tidak meleret. cukup puas. jgn panjang2. cukup padat.
cukuplah sampai sini. sekian.
Profile Image for Wan Nur Ain.
5 reviews
November 30, 2023
Tak tahulah nak kesian pada siapa tapi kesian kat semua termasuk diri sendiri yang baca bersungguh-sungguh dengan macam2 perasaan. Seperti mana Mirul cakap, Mukminin masih Mukminin, RM juga tetap RM. Sekarang tengah cuba untuk move-on 🥲
Profile Image for Neida.
353 reviews19 followers
December 8, 2023
Rehan tak pernah mengecewakan.
Plot yg bagus.
Amirul dan Mukminin.
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
February 22, 2024
kejap nak proses sebab rasa macam tak puas nak baca coretan Rehan Makhtar.
Profile Image for Ju Muharam.
72 reviews1 follower
March 15, 2024
Tidak pernah mengecewakan. Mata pasti masuk habok 🥲
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.