Jump to ratings and reviews
Rate this book

Koyak

Rate this book
Hackers Malaya. Masyarakat menganggap mereka sekadar kumpulan anak muda yang punya banyak waktu berpeleseran di dunia maya. Ada yang menyokong. Tidak kurang yang mengecam. Tapi H dan rakan-rakan tidak peduli. Ada misi baru yang menanti. Ada rahsia pempengaruh selebriti yang perlu dibongkar; pendakwah songsang, usahawan penipu, pengarah setan.

Walau dirancang dengan teliti, setiap tindakan Hackers Malaya cekap ditangkas musuh. Target mereka ternyata bukan calang-calang. Antara pengaruh dengan khabar angin, yang mana lebih dipercayai? Tatkala kebenaran disuakan, masih ada rahsia yang tersimpan rapi. Adakah H digula-gulakan rakan-rakan sendiri?

Persoalannya sekarang, “Siapa pula yang patut kita koyakkan lepas ni?”

412 pages, Unknown Binding

Published January 1, 2023

20 people are currently reading
165 people want to read

About the author

Aini Bakar

1 book10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
93 (49%)
4 stars
74 (39%)
3 stars
18 (9%)
2 stars
2 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 71 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,046 reviews202 followers
July 2, 2024
F rasa macam baca buku penyiasatan Enid Blyton. Yes erti kata buku kanak². Sangat² sesuai untuk para² remaja eventhou ada few words yang agak kasar. Alaa cam korang tak pernah dengar or cakap kan 😊

Thanks to penulis sebab letak footnote at least ada few words yang F kurang faham tak susah² F nak cari dictionary. Thank you. Benda² kecil begini amat bermakna bagi seorang reader yang pemalas nak bangun bila dah landing baca buku 😂

Banyak pulak twist yang F tak jangka.. mula² pasal Berns.. then Ilham.. and Kamarul. Sampai F ulang balik "ehh betul ke apa yang F baca ni".

Overall, F suka plot cerita ini. Ni cliffhanger kan? Sebab OKT dah terlepas.. jeng jeng jeng
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
January 8, 2024
Permulaan yang perlahan. Dengan banyak watak yang perlu diperkenalkan, ia sudah dijangka. Rentaknya mula rancak seiring dengan cerita yang bergerak. Pandai penulis buat cangkuk pada separuh bab-bab terakhir, membuatkan kita nak tahu apa yang terjadi selepas itu.

Nampak macam open ending, tapi pengakhiran cerita untuk watak-watak utama sangat memuaskan hati. Pun begitu, jika ada sambungan, sangat dialu-alukan. Boleh jadi siri penyiasatan macam siri Lima Sekawan Enid Blyton kot.

Elemen persahabatan dan keluarga dalam cerita ini juga pekat. Antara bab kegemaran saya adalah ketika kali pertama geng berlima ini berkenalan dalam alam maya dengan identiti anon masing-masing.

Ada unsur komedi yang menghiburkan. Juga disyorkan buat pembaca yang suka cerita misteri dan aksi (lite).

Syabas buat penulis. Semoga dapat menghasilkan lebih banyak lagi karya-karya menarik selepas ini.
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
June 21, 2024
hmm, i think this story is not my cup of tea & not for me. I almost DNF sebab a bit slow & dry lepastu dengan banyak pengenalan watak, macam ada scene yang lawak tapi tak lawak (sorry its me). Tapi saya tetap teruskan bacaan sebab ramai yang cakap best, so makin dibaca the plot macam getting better, banyak twist & teka teki dalam ni. Overall enjoyable but not really woww for me. Rasanya nanti macam ada sambungan sebab ending tu macam mintak disambung kan?
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
February 24, 2024
♾️/10 ⭐️ sumpah best gila wehh. Banyak betul plot twist dia sampai aku rasa lepasni aku kena ulang balik baca. Penulis sangat brilliant!!!! Ni yg kita mahukan, penulis buat research! Tak sabar tunggu next novel.
Profile Image for nikillas.
36 reviews4 followers
December 6, 2023
KOYAK ni adalah salah satu siri terbaru dalam Siri K-Lit Karangkraf. Sebagai kipas-susah-mati siri K-Lit, adalah satu kemestian untuk dapatkan buku ini.

Buku ni pasal hacker. 5 org hacker tempatan yang terkenal dengan membongkar rahsia-rahsia dan menegakkan kebenaran. Tapi diorang pun ada misi mereka tersendiri di alam maya. Dome of Rebels, game MMORPG, game yang mengikat tali persahabatan mereka.

Cerita dia fast pace. Tapi ada satu bab tu macam terlompat-lompat. Macam susah sedikit nak hadam di situ.

CAMEO!! UNEXPECTED CAMEO!! Dah jadi tradisi dalam k-lit mesti ada cameo. Tapi ni sangat unexpected. Tapi smooth je cameo tu boleh masuk dalam cerita ni. Aku mindblown.

Sebagai seorang pemain mainan video, dapat relate lah dengan perbualan mereka di dalam ruang sembang alam maya tu. Bab AFK lah. Bab tertidur masa voice call lah. Bab kena buat susu anak lah. Bab adik beradik menjerit kat belakang lah. Itu semua sangat biasa kalau main permainan online.
Tapi, lagi best bab lawan-lawan ada diceritakan sekali.

80% towards the end of the story. Pembacaan menjadi semakin laju sebab gila berdebar. Feeling i want to know what going to happen next. Sedar sedar dah habis baca.

Ending dia.. I want more..
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
December 11, 2023
genre; crime thriller💥💻
🗝️ gamers, hacker, society issue, revenge, secret, friendship, justice, fast-pace, straightfoward storyline
rating; 5/5🌟

📝 Pernah dengar pasal grey hat hacker? ataupon dark hero? Ya, ini kisah 5 sekawan. Satwa Tenggara, juga dikenali sebagai Hackers Malaya yang menjadikan parasit masyarakat dan negara sebagai target mereka. Selepas dua kes besar mereka berjaya tumpaskan, Berns mengajak Hisyam, Dave, Sid dan Dip mensasarkan Perusahaan Sarif sebagai mangsa 'koyak' mereka yang seterusnya. Ada apa dengan perniagaan itu? Kenapa Berns bersungguh sehingga tekad menghantar H ke sarang bagi memudahkan kerja mereka? Paling penting, berjayakah mereka untuk kali ini?

plot; SUSUSAN PLOT DIA MEMANG GILA dan buat saya impress teruk! sangat tersusun all the flashbacks and backstories just nicee. Plot building langsung tak terburu-buru dan tidak juga terlalu memaksa. Sedikit demi sedikit penulis buat kita lengkapkan puzzle. focus to the detailing! untuk seorang yang suka dengan genre begini, this such a page turner✨ talking about their games, BRILLIANT rasa real gils!

watak; loving a book where all the characters contribute to the storyline! suka bila semua watak akhirnya didedahkan KELAKAR HAHA the banter and potential between S dan H?? Chefkiss is understatement🤌🏻 Ash the Great buat kita nak tahu how it all started!

Another shout out to author and publisher is for putting directly the little information or knowledges that readers need at the below of the book! So kita yang membaca ni tak perlu bersusah payah nak bukak encik gugel pulak untuk tahu apa maksud peribahasa atau entiti yang disebut. Sangat lurveeee

Mungkin saya pelik tapi saya suka pengakhirannya, thats how you should end the thrill by putting another thrill, lets just say 'a bomb at the ending'✊🏻

Saya baru baca dua buku dari K-lit but everyone keeps talking about the cameo in this book, a sign for me untuk cuba buku K-lit yang lain juga😍 Kalau korang sukakan kdrama Police University dan Fabricated City, this one is for you! HIGHLY RECOMMENDED.

'You Have Been Hacked by Hackers Malaya'

Siapa pula yang patut kita koyakkan lepas ni?
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
August 2, 2024
Koyak - mengisahkan lima orang anak muda yang berkemahiran dalam bidang teknologi.

Berns, Hisham, Sid, Dave dan Dip, bukan sahaja gamers atau ahli Satwa Tenggara, yang menerokai dunia games dengan pelbagai gelaran lucu (Beruang Katik Bertatu Api, Harimau Ganas Bermata satu, Mawas Nerd Bercermin Mata, Kambing Licik Berjanggut Panjang dan Serigala Sado Berskirt Tutu), tetapi juga merupakan anggota Hackers Malaya yang membongkar jenayah golongan elit daripada pelbagai latar belakang. Kebanyakan 'jenayah' yang disentuh oleh penulis adalah daripada isu-isu semasa yang sedang melatari dunia.

Isu sexual grooming oleh golongan bergelar 'ustaz', isu pengarah filem yang mengambil kesempatan ke atas para pelakonnya, baik wanita mahupun lelaki, yang mana ia mendedahkan perihal seks songsang. Isu usahawan selebriti yang berselindung di sebalik kerja-kerja amal yang ditayangkan dalam saluran media sosialnya, dan isu pemerdagangan manusia.

Corak penulisan Koyak, berselang di antara garis masa kini dan garis masa sebelumnya. Ia memberi tanda tanya pada garis masa sekarang, dan ia memunculkan sedikit hints pada babak di garis masa sebelumnya.

Ada sindiran terhadap masyarakat (biasanya ahli keluarga) yang memandang 'games' sebagai satu aktiviti membuang masa dan tidak memperlihat apa-apa sumbangan baik dari segi kewangan mahupun menambah nilai dalam masyarakat. Ada betul dan tidak bagi kenyataan ini. Jika gamers itu seorang pro-gamers, ia mendatangkan dapatan berbentuk kewangan. Games, pada masa sekarang sudah menjadi seperti satu pekerjaan di bawah kategori e-sports. Ada kejohanan yang dianjurkan, yang membawa nama negara dalam liga-liga tertentu.

Gamers yang hanya bermain santai, mungkin tidak mendapat hasil dalam bentuk kewangan, tetapi mungkin (jika benar mahir), ia sebenarnya satu aktiviti yang menggerakkan akal. Ia masih memerlukan kita berfikir. Sama ada mengatur strategi, membina persefahaman dalam kumpulan, mengasah kemahiran melihat kekuatan dan kelemahan pihak lawan dengan menggunakan SWAT analysis.

Tanpa kebijaksaan dalam teknologi, sukar bagi kelima-lima watak ini untuk mengumpul bukti dan membuatkan musuh terhenyak, lalu sedar hakikat yang sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ke tanah juga.

Semuanya dengan ilmu. Hackers bukan sekadar hackers! Gamers, bukan sekadar melalaikan waktu. Ada matlamat, ada strategi.

Cerita ini seharusnya membuka minda banyak pihak terhadap kepentingan teknologi yang seharusnya seiring dengan kepentingan manusiawi. Hackers Malaya membuktikan hal ini apabila mereka bersatu hati meneruskan misi walau gadaiannya nyawa! Malah, ia bukan sahaja demi membenam musuh negara, tetapi mengangkat nilai persahabatan di antara mereka yang pernah teraniaya oleh manusia celaka. Yang dendam dibalas tanpa membelakangkan undang-undang.

Perjalanan cerita menjadi rancak dan lebih thrills apabila latar belakang watak kumpulan Hackers Malaya alias Satwa Tenggara ini terbongkar. Siapa Berns, siapa Dave, siapa Ilham, dan siapa Tuan Ash. Bagaimana rupa watak dan perwatakan Sid dan Dip.

Keseronokan cerita ini adalah pada watak undercover. Ia satu keterujaan apabila watak undercover disimpan identitinya sehingga jauh ke belakang cerita.

Ia juga tentang manusia baik yang berniat menolong orang. Yang membina kekayaan untuk dinikmati oleh orang yang bersama-sama mendukung perniagaan tersebut, terutamanya golongan pekerja. Malah, catatan Hamdan jelas meninggalkan satu legasi bukan berbentuk harta dunia, sebaliknya sesuatu yang berbentuk harta akhirat. Pesanan dan harapan seorang ayah terhadap anaknya dalam membina kehidupan bukan untuk diri sendiri, tetapi masyarakat.

Di dalam novel Koyak, ada beberapa serapan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Contoh: Perkataan 'meeting' ditulis sebagai 'miting'. Permulaan bacaan, saya keliru. Eh, apa maksud 'miting'? Apabila baca konteks ayat, baru tahu, ia merujuk kepada 'mesyuarat'.

Begitu juga dengan perkataan 'boxing' yang ditulis sebagai 'boksing'. 'Team' ditulis sebagai 'tim'.

Mungkin hal ini sudah mula diterima sebagaimana yang diamalkan oleh negara Indonesia yang kebanyakan perkataannya adalah daripada bahasa asing yang diserap menjadi bahasa Indonesia.

Apapun, ia satu cerita yang mengujakan, terutamanya ketika menghampiri pengakhiran. Tentang penamat cerita, pada saya ia sesuatu yang diharapkan. Sewaktu di tengah pembacaan, sudah terfikir 'bagaimana kalau' … Dan, ternyata ia benar.

#booktuber #norsamilasamsudin #ulasanbuku #kotak #ainibakar #karangkraf #klit
Profile Image for Iza B. Aziz.
224 reviews29 followers
May 27, 2025
Kagum dengan susun atur plot & gaya penulisan. Yes, karya yang menghiburkan. Sekadar cukup sekali baca. Cuma bab pengunaan perkataan 'nuansa' dan kesilapan kecil nama watak mencacatkan bacaan saya. Saya juga tak nampak sangat kerja "hackers" tapi mereka lebih kepada "internet sleuth". Kerja godam diubah kepada penyamaran pula. Eh? Apa pun karya penulis berjaya buat saya baca sehingga tamat walau pada awalnya sarat dengan istilah pengkomputeran dan adegan interaksi alam maya. Rasa tak canggung sama sekali dan ia terbayang baik dalam bentuk rangka tulisan.
Profile Image for Latte Tiramisu.
47 reviews4 followers
February 17, 2024
Rate : 9.8/10 🌟

Genre seperti buku bertajuk 'Koyak' ini adalah genre pertama yang Latte pernah baca. Best sesangat. Setiap helaian muka surat tu macam-macam emosi ada🖐️ Ada yang tergelak-gelak. Ada yang serius. Ada juga sakit hati.

Meh Latte cerita sikit, pasal apa 'Koyak' ni kan? Koyak tak time baca? Adalah terkoyaknya🐢 Hmmm~ mengisahkan Hisyam atau gelaran hackersnya H seorang penganggur dan mempunyai seorang abang yang tegas, garang dan strict. Bila baca bahagian abang dia marah tu, dengan Latte sekali bergegar gegendang telinga.

H ni duk terperap dalam bilik aje lebih lepas tu syok sendiri. Dia punya tidur luar biasa, siap boleh mimpi Selena Gomez lah😌 Semua retis-retis. H ada kawan-kawan hackers tapi tak pernah jumpa face to face. Dalam talian saja. Berns, Sip, Dip dan Dave. Berns yang paling misteri sekali❤️ Yang lagi 3 tu kuat mengusik.

Dari awal part, Latte dah jatuh suka dengan watak Berns🐱 Dia cam something fishy cemtu. Rupanya sangkaan Latte betul. Ada kisah di sebalk hidup Berns. Serius kisah dia... complicated dan ada plot twist.😶‍🌫️

Orang yang selalu kita nampak baik tulah rupanya melebihi syaitan. Mungkin syaitan pun terkedu dengan sikap manusia seperti ini. Latte pun speechless 😌

Penceritaan dalam karya ini sangat smooth dan mudah faham. Walaupun ada plot twist & complicated but still mudah faham dan memuaskan hati ✨ lepas ni nak grab karya Aini Bakar yang lain 😚

Kenapa rating kurang 2 percent? Spoilernya kat ending. Bukan setakat terkoyak. RABAK TABRAK DAH HAKU. AKU CAM MENDE DOH 🤌 HAISH GEWRAM 😭

Tahniah auhtor @nurulainibakar 🌟 pls nak buku cam Koyak ni lagi. Tajuk mungkin Rabak ke 😂

Recommended tersangat sangat ✅✅✅
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
June 16, 2025
Pada awalnya, aku rasa susah nak cerna segala suasana online games yang diceritakan. Susah nak masuk, la kiranya. Semakin cerita bergerak ke depan, aku mula faham sikit demi sikit.

Penggunaan istilah nuansa macam tak kena pada tempatnya. Seperti apa yang aku baca dari Threads editor, Shamsul Amin, nuansa bukanlah bermaksud suasana. Selain perkara ini, menjengah sahaja pembongkaran siapa Berns, aku terkesima jugalah. Dari sini, aku mula mendapat rentak cerita yang semakin mendebarkan dan penuh tanda tanya. Beberapa perkara lain yang buat aku rasa terkejut dan tak sangka juga menambah keterujaan aku pada novel ini.

Jalan cerita sedap. Cara penulis susun babak dari mula, kemudian imbas kembali, seterusnya sedikit demi sedikit pembongkaran perkara sebenar, bagi aku, sangat menarik.

Cerita semakin menarik sehinggalah masuk babak-babak terakhir, OMG, ya Allah, penat-penat segala usaha, macam tu jadinya? Argh aku stress. Hahahaha.

But overall, cerita ni bagi aku best dengan elemen online game walaupun aku tak faham sangat dan kisah pembongkaran kes khianat yang cukup mengujakan.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 17, 2024
Apakah perasaan bila orang yang paling kita percaya dan orang yang kita Anggap sebagai keluarga mengkhianati kita? Hingga sanggup melibatkan nyawa?

Hackers Malaya, penggodam elit yg telah mendedahkan jenayah berprofil tinggi. Mereka dianggotai oleh Hisyam, Berns, Sid, Dave Dan Dip. Mereka walaupon drpd kumpulan yg sama, Tp mereka cuma berhubung Di Alam maya. Pernah menyelesaikan jenayah berprofil tinggi yang melibatkan kes amang seksual Ustaz selebriti dan kes rogol pengarah sohor hinggakan mereka yang terbabit ‘koyak’
.

Kisah lama kembali digali oleh Berns. Dia ingin menyelesaikan satu masalah yang melibatkan perusahaan Sarif yang dulunya dimiliki oleh Arwah Hamdan. Kenapa tiba2 Berns berminat dengan hal tersebut? Kerana dia adalah salah satu mangsa kekejaman Sarif terhadap Hamdan. Targetnya satu. Membongkar kegiatan Sarif sekaligus membalas dendam atas kematian ayahnya
.

Itulah realiti. Orang yg kita anggap seperti keluarga sendiri sanggup menikam belakang demi kepentingan diri sendiri. Hingga sanggup bermain dengan nyawa
.

Setelah menggali, banyak rahsia2 lampau yang Hackers Malaya dapati. Yang mampu menjatuhkan Sarif dan orang kanannya Kamarul
.

Kalau korang tengok dr segi cover, korang Akan nampak novel ni berkaitan apa. Ia melibatkan dunia IT. Bagaimana kepakaran mereka yg Çelik IT ni mampu membongkarkan rahsia dengan cara mereka. Selain terlibat dengan penggodaman, mereka jugak ade terlibat dlm sebuah game Dome of Rebels(DoR). Bab game ni aku xberape tau. Better korang baca dan korang Akan faham bahasa2 game
.

Overall novel ni sangat menarik bagi aku. Dunia2 hackers ni. Tapi yang paling tak disangka, orang yang memegang gelaran Berns. Serius aku macam terkedu. Awal2 memang aku tak jangka dia sebenarnya Berns
.

Thumbs up penulis. U did a great job.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
January 20, 2024
6/2024

-Koyak
-Aini Bakar

Meneruskan target bacaan 2024, dengan buku K-Lit yang popular di media sosial. Fokus utama cerita ini pada sekumpulan penggodam dikenali sebagai Hackers Malaya yang dalam misinya menumpaskan kerja kotor orang korporat.

Bermula dari halaman pertama, pergerakan cerita sedikit perlahan. Saya faham barangkali penulis ingin mengembangkan watak watak yang ada memandangkan mereka berlima. Namun, semakin banyak halaman cerita yang diselak, semakin ceritanya mengisi rasa debar dalam jiwa saya. Penulis sangat bagus dalam menggerakan jalan cerita.

Saya fikir jadi begitu, tiba tiba jadi begini pula. Bijak ye penulis memanipulasi minda. Oh ya, kalau betul adakah watak Senaskhah Hidup ada muncul dalam novel ini? Saya harap betullah tekaan saya sebab 'Eh macam kenal nama ni?' Haha. Dan yang saya tidak boleh hadam, pada halaman terakhir penulis tetap juga sempat membuat plot twist. Sudahnya, adakah novel Koyak ini bakal ada yang kedua?

Tahniah buat penulis Aini Bakar untuk karya penuh debar ini. Novel ini juga antara karya terbaik perlu ada dalam senarai wajib baca 2024.
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews15 followers
June 8, 2024
Sepanjang pembacaan masa baca Koyak ni, aku tak tahulah dah berapa kali aku kena game dan digula-gulakan macam tu je dengan penulis. Aku teka satu je, guys.. Berlagak gais dapat teka satu betul. Tapi penulis tepek lagi plot twist dekat dahi. Satu, dua, tiga. Sampai dah tak terkira lagi berapa banyak aku kena game! Fine, aku koyak!

Cerita ni lain daripada apa yang pernah Kirah baca selama ni. This is my first time baca cerita yang ada unsur penggodaman, gaming plus crime thriller sekali gus dalam satu buku. Super interesting weh, dia buatkan kita rasa macam diri sendiri wanita terpaling brilliant at the moment masa baca.

Koyak mengisahkan penceritaan 5 orang teman maya yang masing-masingnya misteri. Yang mereka tahu tentang satu sama lain cuma avatar di game masing-masing saja.

H, Berns, Dave, Sid dan Dip. Itu nama samaran mereka.

Dan di alam permainan video itu, mereka satu kumpulan dikenali sebagai Satwa Tenggara. Apa yang lagi menarik, gaming tu sekadar isi masa lapang dengan nak uji kepakaran IT masing-masing je.

Yang lebih utama, mereka sebenarnya kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Hackers Malaya yang dah banyak smack down mana-mana 'penjenayah' yang nampak baik di mata dunia, rupa-rupanya setan di rumahnya. Eh, tak baik setankan orang.

Hisyam, dah cukup lama dia menganggur. Dan disebabkan terlalu banyak anggur yang dia tanam, akhirnya dia kena perhambat dek abang dia, suruh cari kerja ASAP. Sudahnya, direkrut juga member tu di satu perusahaan yang cukup terkenal, Perusahaan Sarif.

Tapi, di sinilah semuanya bermula.

Overall, best gila weh! Serius tak tipu. Walaupun topik cerita ni tentang jenayah berprofil tinggi dan ada banyak isu korup yang berlaku, penyampaian penulis yang bersahaja tu buatkan aku tak kering gusi time baca. Plus, chemistry antara watak dalam cerita ni tersangatlah menghiburkan Kirah 🤣. Serius, lawak nyah. Kau baca tu macam real je dialog-dialog watak ni. Even though tak ada unsur 'romance' ketara, tapi kimia antara watak tu sampai okeh. Apatah lagi bromance dia. Mantap chok.

Dan bukunya buat Kirah rasa bijak. Sebab plot dia tu tak pernah dibuat orang. Tak ada yang tak baik boleh kita cakap pasal buku ni melainkan baik-baik belaka. Serius, dua rius, dan tiga rius. KORANG KENA BACA.

Rating: 💯 / 5⭐

Btw, Kak Aini nak kena karate ke buat ending gitu? Ada masalah kita boleh bincang tepi 🤣. Cepat akak siapkan Koyak 2 sebelum netijen-netijen datang godam akak pulak. Akak jangan memain HAHAHAH

Thank you so much @ untuk bukunya for an exchange of honest review. To be honest, buku-buku Alaf sekarang memang dah buat lonjakan saujana daripada segi plotnya dibandingkan dengan yang dulu. Serius worth reading 😭😭😭🤌🏼!

Highly recommended dan thank you sebab dah nyelit jadi top read kita this year.
Profile Image for Su Zainudi.
145 reviews
February 20, 2025
Hacker Malaya a.k.a Satwa Tenggara ialah sekumpulan hacker yang terikat dengan PDRM. Merekalah yang membongkar 2 kes besar hingga pelaku dapat ditangkap.

Konspirasi disebalik Perusahaan Sarip menjadi salah satu kes yang ingin mereka bongkarkan. Oleh itu 'umpan' perlu disediakan.

Di sini la H, Sid, Dip, Dave dan Berns berusaha membongkarkan segalanya hal yg berkaitann dengan Perusahaan Sarip. Peristiwa tragis 24 tahun lalu bakal terungkai.

Penulisan yang smooth. Makin nak hujung makin fast pace. Tiada istilah-istilah yang complicated untuk difahami walaupun buku ini close dengan computer and its term.

Part yang paling saya suka ialah, penulis memasukkan beberapa peribahasa yang jarang didengari. Dan maksud peribahasa tersebut diterangkan dalam foot note dibawah muka surat yang terlibat dan bukan di page paling belakang as usual.

Good job author dan publisher!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
July 29, 2024
Weh best gila novel ni. Korg kena baca. Jgn baca epilog. Aku dah pesan ni ya. Paling suka bab plot twist tu. Arrgh harap ada sambungan
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
December 10, 2023
"Tanpa sesiapa menduga, hari yang sepatutnya menjadi hari paling bersejarah buat Perusahaan Hamdan itu, telah berubah menjadi hari paling tragis buat semua ahlinya."

Ayat ini sudah memberikan bayangan yang nyata. Anda tidak akan tenang membaca kisah ini!

KOYAK, sebuah crime thriller. Mengisahkan sekumpulan anak muda yang bertemu di alam maya. Mereka membentuk kumpulan bernama Hackers Malaya. Ahlinya terdiri daripada 5 orang - H, Berns, Dave, Sid dan Dip. Tujuan mereka untuk mendedahkan kebenaran kepada masyarakat umum. Mereka juga adalah gamers yang menyertai pertandingan Dome of Rebels (DoR) dengan nama Satwa Tenggara.

"Siapa pula yang patut kita koyakkan lepas ni?"

Dato' Sarif seorang business influencer terkenal. Dia merupakan CEO Perusahaan Sarif yang amat disayangi pekerja. Pada mereka, Dato' Sarif seorang yang merendah diri, sering menjaga kebajikan para pekerja dan suka menderma. Pesonanya itu sememangnya tidak dapat disangkal lagi, hingga pendedahan yang dilakukan Hackers Malaya.

Cerita ini mengadunkan dunia realiti dan dunia maya dengan cermat dan bijak. Saya sentiasa meneka-neka siapa mereka sebenarnya. Pembaca ni biasa ada gerak hati, bila akhirnya tahu siapakah mereka itu, rasa teruja tak dapat disembunyikan😁. Dialog-dialog dalam cerita ni juga sempoi dan real.

Saya bukanlah seorang gamer, tetapi tetaplah seronok membaca kisah ini. Avatar yang digunakan untuk mewakili setiap ahli dalam pertandingan DoR cukup menarik dengan karekter yang unik. Ada kambing, ada beruang, harimau tapi ditambah dengan elemen lain. Sambil baca, sambil bayangkan rupa avatar tu.

Cameo - dah jadi elemen penting dalam novel-novel k-lit. Tercari-cari juga siapa cameo dalam cerita ni. Sekali...cis...mamat tu yang keluar 😑. Nampak je nama dia terus mengundang kemarahan, walaupun munculnya sekejap saja.

Kisah dan jalan cerita memang bergerak pantas, sedar tak sedar habis sudah ceritanya. Cerita ini juga memupuk rasa persahabatan yang erat, susah senang sentiasa bersama. Kerjasama dan strategi bijak mereka akhirnya membongkar rahsia lama.
Profile Image for Eiffelynne.
Author 3 books15 followers
January 11, 2024
Ulasan pendek, aku dapat goosebump bila baca cerita ni.

Yes aku bagi 5 bintang sebab bagi aku buku ni sangat menarik. Menceritakan tentang Hackers Malaya yang sentiasa berjaya membongkar aktiviti-aktiviti illegal yang dibuat oleh orang-orang ternama. Seronok ya tengok kali ini diorang ada cabaran sendiri dalam membongkar tentang usahawan viral. Gaya penulisan juga mudah faham dan ringan untuk pembaca muda. Ah, Lynne memang suka buku Koyak ni.

Ulasan panjang yg more to Bakar Karakter ada di youtube: jemput tengok kayy
#LynneREVIEW | Koyak by Aini Bakar
Profile Image for Hikmah Reads.
18 reviews2 followers
Read
December 23, 2023
Di dunia media sosial, mereka dikenali sebagai Hackers Malaya. Di dunia permainan maya, mereka adalah Satwa Tenggara.

H, Berns, Dave, Sid dan Dip, 5 orang anonymous hackers yang datang dari latar belakang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain di dunia nyata tetapi sanggup bersatu untuk menumpaskan individu-individu yang membuat onar dalam masyarakat dengan cara mereka sendiri.

Hacker ini ada 3 kategori, white hat, black hat dan grey hat. Saya kira Hackers Malaya ini adalah grey hat hackers kerana niat mereka baik mahu menumbangkan watak jahat tetapi cara mereka tidaklah mematuhi undang-undang sangat.

Memasuki lebih kurang 100 halaman pertama, masih tak begitu jelas siapa antagonis sebenarnya kerana mereka pandai bermuka-muka. Begitulah pesona di media sosial, bukan 100% orang yang kita kenali di media sosial adalah begitu sifat dan perwatakannya di dunia nyata.

Saya jarang membaca genre crime thriller tetapi novel Koyak ini saya sangat puji dari sudut penyusunan jalan cerita, perkembangan watak, plot twist, dialog. Saya sudah syak Syahirah ini sesuatu, dan sangkaan saya tepat! Tetapi Tuan Am agak tidak disangka. Setiap watak ada perbezaan yang signifikan menjadikan kita seronok untuk mengenali setiap satu.

Penulis membiarkan kita banyak berteka-teki. Hujung-hujung baru reveal sedikit demi sedikit. Ini membuatkan kita mahu meneruskan bacaan bagi merungkai banyak persoalan.

Ini adalah karya kedua Aini Bakar yang saya baca selepas Sebenarnya Ilusi. Semoga Aini Bakar dapat menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti dan menepati selera pembaca. Terima kasih Alaf 21 atas pemberian novel ini. Kita sokong penulis yang bagus dan berbakat!

Ini pertama kali saya baca novel K-Lit terbitan Alaf 21, dan saya suka akan konsepnya. Orang kata dalam setiap novel K-Lit ada watak cameo daripada novel K-Lit yang lain, tapi disebabkan saya belum baca yang lain, tak tahulah yang mana satu. Tapi watak-watak cameo antara Koyak dengan Sebenarnya Ilusi memang smooth.

Awak sudah baca novel Koyak ini atau belum? Cepat dapatkan di karangkrafmall.com untuk koyak bersama Hackers Malaya!
Profile Image for Iryani .
54 reviews
January 19, 2024
This is the first title from Aini Bakar that I read and I love it so, so much!

Koyak follows the adventure of 5 friends - Berns, H, Sid, Dip and Dave. While gaming, they're Satwa Tenggara. While slaving for the Malaysian police force (because they got caught and got arm wrestled to join a special task force, heh), they're a group of hackers known as Hackers Malaya.

Being too free with not a peep from their police handler since their last mission, Berns proposed their next target. Dato' Sarif, the influencer entrepreneur of Perusahaan Sarif. Revered by all as the angelic philanthropist, always ready to help anyone, anytime. But not all angels are from heaven, as the 5 friends found out as the mask slipped bit by bit. And the truth from the horrors of 24 years ago began to unfold as the story progresses.

The story flowed smoothly, I love every interaction and every banter. Though it did feel a bit slow at the beginning, the pace sped up nicely. I wish a bit more was elaborated on Satwa Tenggara members, especially Sid and Dip. Like a brief description of their circumstances/special abilities. Their motivation to hack, maybe? The members are fun while bantering with each other, but it stopped there for me.

To me it felt like their roles are mainly to tease Hisyam. Hisyam who got teased and scolded by almost everyone around him. Teased by his teammates. Scolded by his brother, his work predecessor Syahirah, his boss Kamarul. Personally, Berns would have been a better choice for Satwa Tenggara leader. I just need one defining quality that solidify Hisyam as the pack leader. A scene of his genius while playing Dome of Rebels perhaps?

Now, let's talk about the surprises. The surprises in Koyak are top tier. You may be bamboozled into thinking, okay, we know who the baddies are earlier on, what's left? The way everything got revealed, is just, splendid. Thrilling. My favorite reveal is the spy bug/camera. That one totally got me! I am truly delighted with the reveal delivery.

Human relation is Aini Bakar's forte. The sibling dynamic, virtual friends dynamic, were all portrayed excellently. My favorite character's got to be Tuan Am. He entertained me the most. Heh.

If you're looking for an action packed, fun, infuriating, thrilling, heartwarming read, Koyak is your answer. Kudos to Aini Bakar!
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
May 9, 2025
4.9⭐️

𝘚𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘶𝘭𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘬𝘰𝘺𝘢𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘯𝘪?

Hackers Malaya. Bagi masyarakat mereka ni cuma anak muda yang suka buang masa main di dunia maya. Umpama macam tiada life lah dorang ni. Tapi H dan gengnya buat tak tahu, sebab ada misi yang perlu dikoyakkan. Misi apa kalini? Rahsia apa yang disimpan geng H ni?

✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐✧˖*°࿐

Boom!💣 another best book yang Ad baca. Storyline sangat menarik. Banyak persoalan tergantung untuk setiap chapter buat Ad tak senang duduk & takde rasa nak letak buku langsung. Tambah bonus point sebab short chapter 😍 serious kagum sebab author bijak sangat susun cerita & selit plot twist. So soo good! 🔥 Awal-awal baca tu yes ada a bit confused, but that's normal untuk genre macam ni. But, dijamin ni confused yang ketagih 😝 rasa lagi geram nak tau.

Ad lurve bila genre macam ni author buat pembaca pon bersoal jawab sambil baca. Jadi tak bosan tau. Bukan main lah kita ni teka eh lah salah, pastu tak yakin betul ke tak eh salah jugak rupanya 🤣 habis dicontengnya buku tu 😌👉🏻👈🏻 but after terbongkar semua.. 🤯 tau pulak the plot twist 🫨 fuhhh mengena teruk. Last part, untuk ending dia. Memang akan persoalkan if siapa tak agree, but bagi Ad accept je sebab genre macam ni best ending gitu 😏

So proud ada buku melayu yang genre macam ni. Suka sangat 🫶🏻 nyesal tak baca awal (sebab now dah pandai nak bermood eh dia). 2 hari masa diperuntukkan untuk baca buku ini maksudnya apa? ... means best hehehe. So korang pergi baca pulak okay😏 happy reading 🌻

"𝚈𝚘𝚞 𝙷𝚊𝚟𝚎 𝙱𝚎𝚎𝚗 𝙷𝚊𝚌𝚔𝚎𝚍 𝚋𝚢 𝙷𝚊𝚌𝚔𝚎𝚛𝚜 𝙼𝚊𝚕𝚊𝚢𝚊."
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews6 followers
October 23, 2025
Saya beli novel ni preloved dari kenalan di IG. Satu, boleh jimatkan duit semestinya. Lagi satu, ramai sangat orang yang cakap novel ni best. Penulis nya juga agak terkenal dengan novel sebelum ini iaitu Hanya Ilusi. Jadinya, saya pun teringin nak cuba baca novel yang diperkatakan ramai ni, lagi-lagi dalam group KRC (Karangkraf Reading Challenge).

Awal cerita, dapat dikenal pasti yang latar cerita adalah tentang perusahaan/company yang nampak berjaya. Namun ada sesuatu yang mencurigakan. Seolah macam dari luaran semuanya nampak okay tetapi hanya segelintir yang tahu perkara sebenar.

Di scene yang berbeza tetapi pada latar waktu yang sama, ada sekumpulan gamers yang selalu bertemu di alam maya untuk bermain game bersama. Mereka juga adalah sekumpulan hackers yang sering menyebarkan maklumat tentang kegiatan haram/tidak bermoral golongan yang tertentu. Jadinya, di situ lah titik pertemuan antara dua kumpulan untuk setting novel ini. Iaitu, Perusahaan Sarif dan juga Hackers Malaya.

Saya suka bila penulis begitu pandai untuk mengaitkan watak-watak yang penting dalam usaha geng hackers ni untuk merungkai misteri yang ada dalam company yang nampak suci tetapi sebenarnya corrupt ni. Ada beberapa watak yang memakai dua topi pada waktu yang sama. Ketika itulah kita sudah mula berteka-teki dalam meneka. Menarik bila sebuah novel mempunyai elemen yang kita lah detektif dalam merungkaikan misteri haha.

Terma gaming yang diguna pakai nampaknya telah dikaji dan diteliti dengan baik oleh penulis. Setiap helai saya baca tanpa ada rasa bosan. Walaupun mungkin boleh diagak dengan cepat, ‘siapa’ dan ‘apa’ yang berlaku, tetapi saya tetap tidak ada rasa bosan dengan plot. Suka lah novel ni. 5 bintang !
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
July 13, 2024
My thoughts?

1. I think I need some pembasuhan otak selepas berturut-turut baca buku spicy. Entah kenapa past few days pilih TBR dapat semua macam tu. Bila baca tajuk macam ok je haha. Luckily kali ni tak salah pilih. Koyak definitely one of the best.

2. Sebelum ni dah pernah baca karya penulis Sebenarnya Ilusi. Yang tu pun best tapi slow paced sikit dan bawak isu mental illness. But Koyak is a whole new different. Ceritanya lebih santai, fast paced dan ada elemen surprise yang kau tak suspect pun.

3. Seriously aku memang tak sangka bila dapat tahu siapa Berns yang sebenarnya. Aku ingatkan dia tu just some character yang nak siasat kematian ayah dia. Mind blown betei.

4. Aku pun tak sangka bila dapat tahu siapa abang H yang sebenarnya. Aku ingatkan memang typical seorang abanglah asyik dok membebel kat adik dia. Memang connected betul ye semua 😆

5. Part last tu rupanya H sorang jela yang dipermainkan semorang dalam kes ni haha. Aku mati-mati ingatkan semua scene tu beneren. Rupanya memang komplot diorang. Siot betei 😂

6. That ending leave me speechless. What the.. sia-sia je semua 😂
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
March 31, 2024
5 anggota Satwa Tenggara yang juga dikenali sebagai Hackers Malaya melondehkan skandal-skandal jahat individu yang tidak dapat dikesan oleh Polis.

Ceritanya agak perlahan dan watak utama mula berkembang pada selepas 200 muka surat baru rasa ada aktiviti hackers. Sebelum itu hanya sembang2 biasa dalam dunia gaming tapi pun secara mendatar.

Tapi, ia tetap best di penghujung novel apabila satu per satu pendedahan dibuat dan kaitan antara satu watak dan watak yang lain. Itu memang menarik.

Cuma endingnya memang sengaja bagi pembaca koyak. Hehe
Profile Image for Noor.
21 reviews
December 22, 2023
Buku yang saya kira banyak memberi ilmu, plot dia tersusun dan kemas. Kita dibawa menelusuri dunia dari kaca mata hackers. Mereka ada motif dan saling tak berjumpa di dunia nyata namun misi mereka amat penting.
Saya baca dan terkoyak juga. Tahniah penulis untuk karya yang satu ini. Saya akan beli dan baca karya anda seterusnya.
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
March 12, 2024
Senang kata, aku KOYAK baca KOYAK!

Kasih sayang antara adik beradik dan sahabat dalam cerita ni memang terbaik.

Kejahatan yang ditentang pula memang layak dihumban dalam neraka (kalau tak insaf)

Lucu, marah, sebak, debar... ada belaka.

Cuma... aku KOYAK.
Profile Image for Nurfarah Alyaa.
26 reviews
January 26, 2024
seronok gais baca. tahu tahu je habis. awal-awal agak bosan sikit lah tapi okk jee sebab intro kan. but as the story goes on, memang gempak. adrenaline i cenggini ha 📈📈📉📈📈📉📉📈.

memang my kind of book. setakat ni buku from Aini Bakar never fails.
Profile Image for Syafkri.
8 reviews
October 12, 2025
1️⃣ Maklumat Asas Buku

Tajuk Buku/Novel: KOYAK

Nama Penulis: AINI BAKAR

Penerbit: ALAF 21 SDN BHD

Tahun Terbitan: 2024(Cetakan ke-2)

Jumlah Halaman: lebih kurang 397 halaman.

Genre: Fiksyen/Thriller/Action/crime/mystery


2️⃣ Sinopsis Ringkas

Cerita berkenaan satu kumpulan Hackers Malaya yang sentiasa menjejak orang orang ternama dan meng"kantoi"kan perbuatan jahat mereka. Satu kes yang mempunyai sejarah silam yang dipenuhi tragedi bakal berulang dan hanya Hackers Malaya saja boleh hentikan mereka....ternyata sejarah itu lebih gelap daripada yang mereka sangka...


---

3️⃣ Tema Utama & Isu yang Dikupas


Banyak tema dan isu yang boleh dikupas.
Antara tema besar yang ada dalam novel ni adalah tema persahabatan dan keluarga.

Selain itu tema keadilan juga sangat kuat dinyatakan memandangkan cerita ini melibatkan polis dan penjenayah.


4️⃣ Kekuatan Buku

▶️Jalan cerita yang tidak terlalu complicated tapi menarik.

▶️Kepelbagaian karakter menyebabkan cerita ni lagi best.

▶️Penuh mesej dan pengajaran. Cerita yang ditulis kita boleh relate dengan realiti dunia sebenar.

▶️Sikap dan sifat watak memang membuatkan pembaca seronok dengan telatah mereka.

▶️Gaya bahasa. Aku rasa penulis memang bagus tatabahasa dan perbendaharaan katanya sebab lain daripada yang lain...ada peribahasa ada juga istilah melayu yang tak selalu digunapakai kalau nak dibandingkan dengan penulis lain.
---

5️⃣ Kelemahan Buku .

⚠️open ending yang sebenarnya tidak ada masalah tapi sedikit mengecewakan sebab kita nak tengok pembalasan kepada penjenayah dan mangsa mendapat pembelaan. Barangkali ada buku kedua kot?.

⚠️Ada beberapa part yang memerlukan imaginasi tinggi dan kadang kadang pembaca tak dapat bayangkan pun scene tu lagi lagi part main game.


6️⃣ Nilai atau Pengajaran

✅Jangan mudah percaya orang di sosial media. Tak semua influencer tu betul betul baik.



7️⃣ Komen Peribadi


Kandungan/ penceritaan :-


▶️ Banyak karakter yang perlu diambil perhatian dalam buku ni menyebabkan aku rasa buku ni bukan lah buku yang "bersahaja" tetapi well written dan sedikit kompleks.

▶️SLOW start. Tapi pembangunan dan alur cerita tu memang berbaloi.

▶️Sebagai pembaca, buku ini perlukan imaginasi lebih sebab genre dan jalan cerita yang berkaitan dengan alam maya, dan hacker.

▶️Hisyam kuat tido kuat mengigau.... asyik mimpi artis aja😂.

▶️Jalan cerita tak bosan, ada rasa macam drama dan friendship serta dihiasi telatah dan perangai beberapa karakter. Ada juga beberapa momen yang lawak.

▶️Ada 3-4 plot twist. Antaranya plot twist identiti. Tapi lepas je plot twist pertama, pacing cerita ni lebih thrill dan rancak dan kebanyakannga plot twist berkaitan identiti.

▶️Tak tau kenapa tapi aku tetap ship kan hisyam dengan syahirah dan berharap mereka ada hubungan yang lebih romantik.


▶️Antara part yang menarik yang aku nak highlightkan :-

⚠️Mungkin ada sedikit spoiler⚠️:-

🔹M/s 57: ada part kelakar bila syahirah dan mala kantoi mengumpat dan mengutuk Tuan kamarul tapi dia sempat cover🤣.

🔹BAB 10. Bab ketika mana mereka bermain Dome of Rebel sebagai satu pasukan bernama "Satwa Tenggara". Memang bab ni memerlukan imaginasi tinggi tapi best.

🔹Bab 14. Pertemuan kali pertama Hisyam dengan Syahirah...Kelakar dan macam dalam siri drama.

🔹Momen adam dengan mak dia sambil terkenang arwah Hamdan....sedih dan terharu

🔹ADA PLOTWIST pasal identiti Syahirah & Tuan Am😭

🔹 Syahirah ni tak boleh pikir kee ada geng tuan kamarul dah hendap dia💆🏻‍♂️ even hisyam pun dah warning💆🏻‍♂️

🔹 Ending yang sebenarnya mengecewakan sikit la,sebab dendam tak terbalas dan pembelaan tak mendapat keadilannya.


8️⃣ Penilaian Keseluruhan

⭐⭐⭐⭐☆ (4.5/5)
Profile Image for Fathnin Alyea.
80 reviews
June 21, 2025
3.5-4/5 ⭐

Okay, I'm so confused right now? macam tu je pengakhirannya? Jadi..apa konklusinya sebenarnya? Aku macam keliru kejap. Tak tahu nak rasa apa.

Buku ini mengisahkan tentang lima orang penggodam elit yang dikenali sebagai Hackers Malaya, melaksanakan misi-misi mereka untuk mendedahkan jenayah2 orang2 ternama. Target baharu mereka merupakan usahawan pempengaruh, Dato' Sarif, yang dikenali sebagai seorang yang dermawan dan peramah dalam kalangan masyarakat. Hackers Malaya membuat rancangan untuk infiltrate syarikat Sarif dengan menghantar salah seorang dari pasukan mereka untuk mengintip sasaran mereka.

Tak banyak nak cakap tentang buku ni sebab sy juga mengambil masa yang agak lama untuk meghabiskannya. Pertama sekali, sy memang suka dengan gaya penulisan penulis. Senang untuk dibaca dan santai. Aluran cerita juga tak terlalu laju dan tak juga terlalu perlahan. Nice saja pacing dia! Penulis tak dedahkan banyak butiran tentang watak, misi, dan situasi mereka pada awal cerita tapi along the way, the writer gives us crumbs bits by bits that by the end of the story it all fits like a puzzle! Memang tak sangka betul bila part character revelation tu. Tak adalah rasa macam plot twist gila tapi cukup untuk buat sy rasa macam 'Lah?!'.

Tentang watak2 hmm..okay lah. Pada sy buku ni tak fokus pada watak sangat. Kalau ada watak yg sy rasa attached lepas habis buku ni, mungkin Hisyam kot. pada sy Hisyam ialah watak paling menarik dalam buku ni.

Cuma ending dia tu buat sy macam 'Eh?!' Nani tf?!!! Tak tahu siapa yang koyak. Sarif? Hackers Malaya? Pembaca?!! Kenapa begitu pengakhirannya??? Tak tahu apa yang jadi pada Adam. Hidup ke? Mati ke? Dengan syaitan2 tu sekali terlepas. Aik? Kira misi gagal lh kan? Entah. Mungkin ada sambungan yang baru? Harap2 lah ya.

Overall, saya enjoy baca buku ni. A good book to pass the time. Tak serabut, boleh baca santai2 sahaja. It's fun, chill and quite cool actually. Cuma the setting is set among elite hackers kan, so might have some expectation that it'll dive a bit more into that? Like give a little bit more detailed explanation about how it's done ke apa. Tak perlulah guna coding atau terms yang susah2, just enough explanation yang boleh buat Hackers Malaya ni nampak lagi cool. Tapi considering the author pun is not an expert on codings and such, it is understandable.

Masa baca part dedahan semua jenayah last2 tu, memang teringat scene Fabricated City. Goosebumps betul. Hopefully penulis ada smbungan kisah Hackers Malaya kita. Takpun tulis buku baru and cameo2 kan Hackers Malaya ke hehe. Dekat dalam buku Takhta Mayaloka ada cameo Berns, Tuan Am etc. Sebab st baca Takhta Mayaloka dulu, baru baca Koyak jadi jenuhlah jugak belek2 nak fahamkan buku2 ni.

In conclusion, love it! Hoping for more from the author in the future!❤
Profile Image for araasyafii_.
32 reviews
December 12, 2025
𝐊𝐨𝐲𝐚𝐤 | 𝐀𝐢𝐧𝐢 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐫

Sekumpulan hackers yg terdiri drpd 5 orang —H, Berns, Dave, Sid & Dip telah disatukan di bawah satu kumpulan yg bernama Hackers Malaya. Dan mereka juga berhubung melalui satu online game yg dipanggil Dome of Rebels (DoR) dgn membawa nama Satwa Tenggara. Tujuan Hackers Malaya hanya satu— mendedahkan kebenaran kpd masyarakat umum. Mereka dah berjaya mengantoikan pelbagai jenayah drpd orang2 ternama. Kini, mereka kembali dgn satu misi. Misi Sarip Dol! Dapatkah mereka mengoyakkan Dato' Sarif & konco-konconya?

WOW! Definitely a whole different genre for me! Thank you yg suggest buku ni. Terubat terus reading slump! Rasa mcm... gempaknya jadi hackers ni haha 😂

Mula2 tu, jujur cakap a bit slow sikit. Maybe sebab kita baru nak diperkenalkan dgn watak2 dlm kisah ni. Mcm tertanya la jugak apa lah link antara Syahirah dgn hackers2 ni semua. Rupanya ooo woww style, beb! Paling best bila dapat tahu kebenaran di sebalik scene waktu interview tu. Sis mcm... "Ehh ooo patutlahh!"

Macam biasa, bila buku tu mula buat kita tertanya2, makin ligat la otak ni dok buat assumption sendiri. Tak dinafikan, ada beberapa plot twist yg Ara dah boleh predict. So mcm seronok la kejap sbb rasa mcm bijak bila dapat teka betul. (P/s: Siapakah Berns yg sebenarnya?)

Character wise, Ara suka bonding 5 sekawan ni. Even tak pernah berjumpa face to face (kononnya), tapi chemistry diorang ni memang something yg patut dipuji. Masing2 ada peranan tersendiri. Bila 5 sekawan bergabung, MELETOP! 🔥

Buku ni pun sesuai jugak for those yg nak cure reading slump. Maybe nak try genre yg berbeza, bolehlah grab this book. Cause it works for me!

Scene yg paling best bila nak akhir2 tu ingatkan hackers2 ni tak ada backup plan. Ingatkan memang terkandas. Tapi apa yg jadi tu memang A BIG CLAP laa.. Suka betul bila Hackers Malaya dapat kantoikan perangai busuk & buka 'topeng malaikat' si Sarip tu. Puas hati sis haa! Rasa kau hebat sangat kan? Haa ambik kau!

Tapi... kenapa ending dia macam tu? Adakah ini bermaksud... akan wujud Koyak 2.0? 🤭

"𝑺𝒊𝒂𝒑𝒂 𝒑𝒖𝒍𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒕𝒖𝒕 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒌𝒐𝒚𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝒏𝒊?"
Profile Image for Hamidah Effendi.
358 reviews4 followers
May 4, 2025
Ulasan Buku "Koyak" oleh Aini Bakar

Sebuah karya penuh plot twist, emosi berlapis dan jalan cerita yang buat aku... KOYAK!

Sinopsis ringkas:

Cerita ini tentang seseorang yang cepat berputus asa, tapi suka salahkan orang lain. Geng hackers berlima jadi tunjang utama—mereka penuh strategi dan tak bertindak sembarangan. Fokus cerita lebih kepada penyiasatan mereka untuk bongkar kebenaran dalam sistem yang rosak.

Adam dan watak-watak lain hanyalah pelengkap, kerana spotlight sebenar milik geng hackers ni.

Antara isu yang diketengahkan: salah guna kuasa, penyelewengan wang, dan pengurusan yang pincang.

Plot twist yang buat aku ulang baca:

Watak dua muka banyak—aku hampir terpedaya!

Watak Bern dan abang-abang yang sayangkan adik-beradik—rupa-rupanya peranan mereka jauh lebih besar daripada yang dijangka.🥰

Dan Dave... wow! Disangka pekerja biasa, dia cuba selesaikan benda yang bos dia sendiri tak mampu uruskan dengan bantuan 4 kawan hacker🤪.

Perkara yang patut diberi perhatian:

Watak Naemah agak celaru. Awalnya sangat menyokong pihak pengurusan, tapi di hujung cerita tiba-tiba dia kata tak percaya dari awal. Mungkin lebih sesuai kalau dia cakap: “Tak sangka orang yang aku percaya boleh buat macam ni.”

Kesimpulan:

Ending dia betul-betul buat aku koyak. Baru nak happy, tiba-tiba penulis bagi open ending! Ada signal untuk buku kedua ke ni, Aini Bakar?


---

#KoyakByAiniBakar #PlotTwistGila #HackersTeam #AkuKoyak
Displaying 1 - 30 of 71 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.