Karya ini merupakan karya pertama dalam bahasa Melayu yang menjelmakan kerangka umum ‘aqīdah ahli sunnah menurut Imam al-Nawawī. Penulis cuba menggali khazanah keilmuan Imam al-Nawawi dari dua karya beliau yang telah dinyatakan tersebut dalam usahanya menggambarkan pendirian Imam al-Nawawi dalam ilmu akidah.
Seterusnya penulis bukan sahaja sekadar menyenaraikan dapatan yang diperoleh malah mengolah semula gambaran umum tersebut dan memberi sentuhan baharu menjadikan karyanya lebih bermakna dan bermanfaat. Kitab ini memuatkan juga sedikit latar belakang Imam al-Nawawi untuk kita menelusuri hal-hal dan suasana yang melatari dan pengaruh dalam pembinaan manhaj dan pemikiran keilmuannya.
Sesungguhnya karya ini sangat bagus untuk perhatian para pengkaji dan juga golongan terpelajar mahupun penuntut ilmu untuk diteliti dengan tuntas kepada usaha memahami pandangan Imam al-Nawawi dalam bab aqidah ahli sunnah wal jamaah. Risalah ini juga amat sesuai dijadikan sebagai pengajian umum kepada masyarakat awam sebagai gambaran awal pandangan aqidah ahli sunnah wal jamaah yang amat bersepadu dengan manhaj pembelajaran aqidah ahli sunnah di bumi Nusantara ini.
Buku ini mempunyai dua fokus: 1) bahagian akidah matan Maqasid al-Nawawiyyah sebagai karya akidah Imam al-Nawawi, 2) pemikiran akidah Imam al-Nawawi.
Pada fokus pertama, biasanya kita mengenali Imam al-Nawawi dengan al-Majmu', Minhaj dan Syarah Sahih Muslim. Tetapi, menerusi ini, kita dapat mengetahui beliau juga ada mengarang karya akidah secara khusus.
Pada fokus kedua, biasanya kita mengenali Imam al-Nawawi dalam bidang hadis dan fiqh. Namun, melalui ini, kita dapat mengetahui pula pandangannya dalam bidang akidah. Secara umumnya ia selari dengan pemikiran al-Asha'irah.
Menarik apabila melihat terdapat keselarian antara kaedah pembentangan sifat Allah antara Imam al-Nawawi dan Imam al-Sanusi. Ia menunjukkan bahawa kaedah sifat 20 sudah diperkenalkan lebih awal lagi iaitu pada kurun ke-7 Hijrah.
Dan tak lupa juga saya mengucapkan 'terima yang penuh kasih' kepada insan yang menghadiahkan buku ini.
This book offers an accessible introduction to the corpus of one of the greatest theologian of Islam: al-Razi. It also provides a selection from al-Razi’s works that field a robust defence of ilm-kalam, or theology- especially against the sophists and sceptics who believed none of our intellections would ever arrive to a level of veracity (yaqin).
Of course, for a commoner person like myself, I have limited knowledge on the entire breadth of the theology in Islam, except the very basic I was thought during my brief sojourn to Pasir Tumboh.
But, I do appreciate that theology and metaphysics are the two quintessential aspects in not just understanding, but also experiencing Islam.
Theology is proscriptive, while metaphysics is prescriptive in nature. Theology elucidates the boundary between right and wrong, and metaphysics provides the form of experiential knowledge we can intuit within the boundary of right.
Metaphysics without theology would results into blindness, while theology without metaphysics would results into emptiness. It is of no coincidence that great figures of Islam such as Imam al-Ghazali and Imam al-Sanusi and many more were masters of the two fields.
I have followed the author’s institution Rawdah al-Hikmah for a while now, but had not get the chance to join their activities. After visiting the page, I adored the institution’s effort to make theology available to everyone, even through online courses, which I believe highly relevant to today’s circumstances.
Buku percuma sempena Inisiatif Belanjawan, ambil kat Pelita Dhihin PJ dua tahun lepas. Done sambil jaga exam ✅ Buku ni tunjuk betapa hebatnya Imam al-Nawawi; the polymath. Banyak juga hurai tentang sifat 20 hehe best je baca walaupun banyak teks arab. Terlalu banyak subtopik tentang akidah yang brief tapi cukup. 4/5 ⭐️