Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mencari Mr. Charming

Rate this book
Sinopsis:

Adakah lelaki romantik hanya wujud dalam dunia khayalan wanita?

Indah Lara aka Lara Alisya ,seorang penulis novel cinta yang tak
popular , tetapi mempunyai 'hater' yang tegar bernama indah water .
kehidupan indah Lara Huru-Hara apabila dia kerap menerima e-mel kritikan daripada indah water yang boleh 'membunuh' semangatnya untuk terus menulis.

Indah water, individu misteri yang mempertikaikan setiap karya indah Lara. Dia menyampah Sungguh dengan watak hero ciptaan indah Lara yang terlampau kacak dan romantik . katanya , indah lara tidak berpijak di bumi yang nyata. Lelaki sebegitu memang tak wujud di dunia. Semuanya hanya khayalan .

indah Lara rasa tercabar. Dia yakin lelaki kacak dan romantik memang wujud . Dia akan terus mencari prince charming dan akan buktikan kepada indah water bahawa dia boleh dapatkan lelaki yang romantik seperti yang digambarkan dalam novelnya. sehingga dia bertemu dengan sam , lelaki
yang cukup sempurna di matanya. Lelaki yang membuatkan dia mengalami penyakit.... jatuh cinta pandang pertama !

Tetapi , benarkan sam itu prince charming yang dicari selama ini ? Apakah krateria prince charming ?
Dapatkah indah Lara menjadi penulis yang Berjaya ? Berjayakah dia berdepan dengan pembaca dan pengkritik yang cuba hendak menjatuhkannya ? Dan yang paling penting ... siapakah indah water ? Kenapa indah water membenci indah Lara ? adakah indah water itu prince charming yang dicari ?

662 pages, Paperback

First published January 1, 2014

13 people are currently reading
154 people want to read

About the author

Anna Lee

30 books549 followers
Anna Lee is a published author living in Kuala Lumpur, Malaysia. Writing fiction since 2009. Before Anna Lee, she also known as Zuliana Abuas and Julia Esqa.

She holds a Bachelor's Degree in Economic (Natural Resources) from the University Malaysia Terengganu a.k.a KUSTEM. Previously, she worked in Oil & Gas Industry before she decided to be full time writer.

Her first novel Viva Sakura (2009) and then Bunga Di Rimba (2011). Korea I'm In love (2012) is her third novel under nickname Zuliana Abuas. She also published fantasy novel Puteri Karla (2011) under nickname Julia Esqa. Now she's stick with Anna Lee.

Under the name of Anna Lee she is the author of
Terukir Cinta (2013),
Mencari Mr. Charming (Dec 2013)
Aku Dia dan Pinky Promise (2014).
Mesej (2015)
Hello (2016)

She also author of many number of mini novel such as Diary Mrs Ben (Limited Edition - Yang Luar Biasa 2013) and latest mini novel Bukan Awak Tapi Dia (Limited Edition - Yang Aku Cinta).

Twitter : @annaleejue
Facebook Page :
https://www.facebook.com/pages/Anna-L...
Blog :
http://novelannalee.blogspot.com
http://www.instagram.com/annaleejue



Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
78 (40%)
4 stars
65 (34%)
3 stars
36 (18%)
2 stars
8 (4%)
1 star
4 (2%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
August 12, 2016
Perbezaan antara Mr Charming dan Prince Charming pilihan Lara Alisya a.k.a Indah Lara :

Mr Charming

1. Tipikal lelaki Melayu.

2. Berterus terang dan tak hipokrit (contohnya hal berkaitan penampilan wanita yang disukai mereka)

3. Misteri dan penuh teka teki untuk di terokai. (Ceh, ayat...)

4. Bertanggungjawab

5. Berhati-hati sebelum meluahkan perasaan

6. Romantik bertempat

7. Ego bertempat

8. Lebih gentleman sebab tak bertangguh untuk jumpa keluarga wanita yang disukainya

9. Tak bermulut manis. (Atau boleh kita kata lebih praktikal dan lebih realistik dalam perhubungan?)

10.Sentiasa bersederhana dalam apa jua tindakan mereka (tapi bukan slow motion okay?)

Prince Charming

1. Semestinya kaya dan tak kedekut berbelanja dan berhabisan untuk wanita yang disukai mereka.

2. Matang

3. Romantik tahap pencair hati

4. Bermulut manis

5. Suka buat kejutan

6. Agak gopoh sewaktu meluahkan peras aan (tanpa peduli perasaan pihak yang satu lagi – atau mungkin juga terlampau yakin?)

7. Kadangkala lebih suka melebihkan ego berbanding merasionalkan diri

Jadi, berjayakah Indah Lara dalam pencariannya? Antara Mr Charming dan Prince Charming, siapakah yang berjaya menambat hati Lara Alisya?

Komen saya: Kisahnya ringan dan straight forward. Tak perlu konar sana sini untuk cari siapa sebenarnya Mr Charming dalam hati Lara Alisya. Tanya hati, siapa yang diingini. Kadangkala kita lebih leka dengan pesona sampai kita terlupa kehendak hati. Jadi, jangan sesekali tertipu dengan pesona sampai terlupa berpijak di bumi yang nyata. Punyalah metafora punya ulasan. Hahaha. Apa pun, tahniah Anna Lee atas terbitan garapan terbaru ini. Terima kasih juga atas perkongsian panduan ini. Haha. Moga jadi panduan (yang baik saja, tak termasuk part berpeluk dan berpegangan dengan bukan mahram tu ya) bagi anak-anak gadis memilih Mr. Charming mereka. ;)
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
March 23, 2016
Aiyorkk mcm dah lama sgt buku ni terletak dlm list currently reading ya

Menarik juga kisah ini cuma rasa mcm baca dua cerita dlm satu buku.
1.Kisah Indah lara si penulis novel
2.Kisah Lara Alisya yg huru-hara(huru-hara betul hidup makcik ni adeh)

walaupun "terambil" masa yg lama utk menamatkan kisah ini, tapi okaylah mencuba dengan jayanya dan pilihannya sudah jelas dari awal lagi siapakah sepatutnya yg dipilih. Siapa lelaki budiman sebenarnya taktik2 memikat Fazrin Adam sangat jelas walaupun klise. Paling tak dijangka siapa sebenarnya si Indah Water tu.
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
December 26, 2013
Tersengih² baca novel ni. Sgt best.. cerita yang simple, x ada konflik berat. Diolah dengan cara yang santai dan menghiburkan. Pendapat orang lain x tau la mcamana tapi saya sukaaaa sgt. Mmg x rugi beli walaupun x ada dalam perancangan pun nak memiliki naskah ni. Tp sebab dah terserempak dengan penulis (bole dapat tt... hehe) dan promoter FP yang sangat bijak menggoda, saya cair dan terus beli. Haha. Memang x nyesal beli!

Cuma saya perasan ada beberapa perkataan yang sepatutnya ada double 'g' tp jadi single 'g' je. Contoh : Menggoda tp jadi mengoda. Itu yang saya ingat sangat sebab banyak kali perkataan tu digunakan.

Overall saya bagi 5 bintang ***** :* Luv U Anna Lee!!!
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
February 9, 2014
alahai..bestnyer cite ni..x puas bacaa..sweet ending..suka sgt bila tahu siapa pilihan si Lara..kalau dia pilih juga si gentleman tu..menangis laaa...

thanks Anna Lee for the awesome novel..lain dari yg lain..okay..skrg tunggu novel seterusnya dari Anna Lee pulak..
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
October 12, 2022
Jangan terlalu mencari kesempurnaan seperti Prince Charming, kerana sempurna itu belum tentu menjamin kebahagiaan.

Perjalanan hidup si Indah Lara @ Lara Alisya dalam mencari Mr Charming. Seorang penulis novel tak popular. Tiba-tiba diambil bekerja sebagai baby sitter pada Tania, anak Sam. Berjiran pulak dengan Fazrin Adam, pelakon popular yang handsome. Dapat pulak tinggal dekat kondo mewah.

Dua karakter berbeza antara Sam dan Fazrin. Tapi saya suka Fazrin. Suka sangat baca part ada Lara dan Fazrin. Chemistry sangat ngam. Perangai pun gila-gila. Memang jauh sangkaan Lara terhadap Fazrin. Tak seperti yang dia bayangkan. Selama ni Lara memang peminat susah mati Fazrin. Best kan dapat berkawan dengan artis.

Sam pulak memang menepati citarasa Lara. Jadi, Fazrin yang banyak tolong Lara untuk memikat Sam. Sebelum tu, ada seorang lagi insan bernama Indah Water yang suka mengutuk novel Lara.

Kasihan jugak dengan Fazrin ni, bila time nak luahkan perasaan ada je halangan. Lara tu plak minah blur. Bahasa kiasan pun still tak faham.

Ending pun comel.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
May 16, 2014
Pertamanya, selamat hari guru! Mari habiskan hari ini dengan Mencari Mr. Charming.

~3.5 lompat bintang.
Cerita Lara Alisya pseudonym Indah Lara, penulis novel cinta dimulakan dengan surat kritikan pedas dari pembaca bernama Indah Water. Kemudian dia berpindah rumah dan tinggal sebagai pembantu rumah@babysitter kepada Tania, 15 tahun anak Samsul Adli yang sangat Prince Charming( dari pandangan mata Lara). Encik Sam ini bukan selalu di rumah jadi perlukan pembantu rumah segera yang boleh kendalikan anaknya yang muda remaja. Di kondo kediaman Mr. Sam ini juga dia berkenalan dengan Fazrin Adam (pelakon popular) dan Syikin (juga pelakon). Fazrin seorang yang tiada langsung ciri lelaki 'charming' yang Lara impikan seperti dalam drama-dramanya. Oleh kerana Fazrin ini jirannya, terpaksalah Lara mengadap kerenah pelakon mulut celupar ini. Tak sangka dua-dua boleh ngam dan jadi kawan yang baik. Siap si Fazrin ni tolong Lara ubah penampilan diri untuk pikat Mr Sam.

Ulasan:
Lama tau nak habiskan cerita ini. Pertengahannya sangat tak masuk dengan jiwa sebab perkenalan Mr. Sam dan sikap Lara yang agak tak 'bijak' dalam pergaulan. Lara seorang yang berani tapi tak tegas.Kadangkala menyampah sebab Lara suka-suki masuk rumah orang, kasi pegang-pegang, nak pakai cardigan pastu boleh pulak tukar bila orang suruh etc seperti tiada prinsip. Premis dia tinggal rumah Mr Sam dengan Mr Sam yang tinggal kat hotel itu, kabur. Mr Sam dah tinggal kat hotel tapi boleh sesuka hati balik rumah macam tak tahu Lara ada. Gentlemankah itu? Saya suka dengan sindiran/pernyataan penulis yang membela penulisan novel yang orang gelar picisan/sampah. Good one! Saya pun tak suka orang suka double-standard bila cakap pasal novel pop Melayu ni. Ntahpape je. Nak judge orang, tapi tak pernah baca. Syabas bete. Kalau perasan, banyak sangat typonya. Terpinga-pinga selalu, apakah? Tapi apapun novel ni menghiburkan bila sampai ke penghujung. Apapun yang Anna Lee cuba bawa dalam penulisannya, saya sokong.

Kalau heroinnya seorang penulis novel saya lebih minat pada Safiah Shuhaimi.

ps: Perasan tak dekat GR ni, nama Anna Lee adalah seseorang yang pernah migrate dari Reschica, Rusia. Wah~~betulke? Tengok-tengok balik. Hemph...meh. (-_-)?
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
July 24, 2022
Permulaan buat F curious siapalah si Indah Water ni.

Laser betul mulut dia dalam email tu.

Bila Lara bekerja as babysitter.. Lara jugak berkenalan dengan si popular Fazrin.

Makin lama baca hati tertanya "siapa ekk yg Lara choose?"

Sam hebat.. kaya gentleman pendek kata memang sempurnalah. Tapi 15 tahun menyendiri as duda.. adakah Sam susah nak lupakan memory lama @ bekas wife dia?

Watak Fa F suka. Masa Fa cerita permulaan dia suka Lara alalalalla² rasa cute sangat!

Akhirnya dapat tahu gak siapa itu Indah Water 😁
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
April 3, 2014
Kisah ini masih berkisar tentang anak gadis yang sudah berumur 28 tahun, tiada kerjaya tetap tapi mempunyai impian untuk mencari Prince Charming. Apatah lagi Indah Lara a.k.a Lara Alisya itu seorang penulis novel cinta dan kebanyakan watak hero yang dijelmakan olehnya sangatlah terlalu sempurna sehingga mendatangkan kritikan misteri dari Indah Water. Indah Lara ni walaupun sudah menghasilkan 6 buah novel tapi masih lagi tahap penulis yang suam-suam kuku. Kadang kala poket untuk tidak selalu berisi. Tapi dia berkeras tidak mahu bekerja tetap dan juga impian tinggi menggunung untuk terus mencari jejaka idamannya kerana dia yakin masih wujud lelaki yang benar-benar charming.

Disebabkan terlalu taksub untuk tinggal tempat mewah, 'rezeki' Lara datang bergoleh. Kerana salah faham dan juga Lara dapat bertemu calon Prince Charmingnya. Lelaki yang pada Lara hampir sempurna tapi macam banyak juga misteri lelaki tu. Majikan Lara yang memberi kebebasan untuk Lara tinggal di kondo mewahnya sebagai babysitter anak gadis 15 tahun, Tania. Hubungan Lara-Tania memang kamceng sangat. Tania yang periang dan ceria. Sam juga lelaki yang amat prihatin. Dan ciri-ciri Prince Charming impian Lara ada duda beranak satu ini.

Dalam pada masa yang sama, Lara bagaikan 'berjodoh' dengan pelakon pujaannya, Fazrin Adam. Walaupun pertemuan pertama mereka tidaklah secantik mana tapi hubungan aku-kau memang nampak unik di mata orang lain tapi tidak pada mereka. Fazrin yang bermulut pedas, langsung hilang segala pujaan Lara terhadap jejaka itu. Dalam duduk bergaduh tu, Fazrin masih juga mengambil tahu tentang Lara dan penampilan Lara berubah dari gaya makcik-makcik kepada gaya yang lebih sedap mata memandang sehinggakan Sam tidak teragak-agak untuk melamar.

Aduhhhhh, Lara pula cuba bermain tarik tali bila Sam sudah berterus- terang. Apatah lagi Lara sudah tahu rahsia siapa bekas isteri Sam itu. Antara mahu menerima atau menolak, Lara perlu berfikir dengan bijak.

Tiba-tiba penulis yang suam-suam kuku ini mendapat tahu karyanya diangkat untuk diadaptasi menjadi drama. Masa ni Lara sudah menggelabah sebab selama ini dia berusaha untuk tidak mendedahkan identiti dirinya.

Sama ada rezeki Lara mahu menjadi membesar di kondo mewah Sam atau dia menolak tuah untuk mencari Mr. Charming lain, jawapannya akan ditemui dalam karya ini.

Komentar:

Dari awal lagi penulis sudah maklumkan bahawa idea menulis karya ini disebabkan petanyaan berkenaan masih wujudkah lelaki sebegitu dalam dunia. Jadi plot dan garapannya banyak juga diselitkan post dari wall FB dan juga ada beberapa kerat kiriman emel antara Indah Lara- Indah Water.

Bahasa yang santai dan juga plot yang tidak banyak krisis menyebabkan kisah ini tiada 'rahsia' yang terlalu mengejutkan di akhir kisah.

Walaupun penulis seperti 'menyindir' tentang penulisan karya tempatan masa sekarang yang banyak berkisar tentang kisah cinta yang kosong tetapi masih banyak lagi yang perlu ditambah.

KakChik rasa bagaikan ada rasa yang tertinggal, tidak terlalu mencengkam rasa.
Profile Image for Siti Raudhah.
168 reviews10 followers
February 19, 2014
Cerita yg sangat simple dan menarik bg saya..Indah lara a.k.a Lara Alisya nak cari prince charming tetapi dpt mr charming ok la kan. walaupun bukan tahap romantik yg lara impikan..yg penting caring sgt2 kan Si Fazrin Adam ..asyik tersengih je baca novel ni...Tahniah Anna Lee. Novel kedua Anna Lee yang saya baca selepas Terukir Cinta..jalan cerita yang tidak mengecewakan..lepas ni nk baca lg satu koleksi Anna Lee yg saya ada..Korea I'm in love (Zuliana Abuas)..dh berkurun dh beli tp belum berkesempatan nak baca lg
Author 2 books29 followers
March 16, 2014
seronok baca novel ni. menarik dan santai sangat. saya rasa sangat dekat di hati mungkin sebab sy juga penulis. isu dan gosip2 ni mmg sesuai dan berdesup menuju di hati. tak nafi, bidang penulisan ni mencabar. dan mmg indah water ni bolej wujud kot utk semua penulis? pengajaran juga jelas nyata. popular is nothin! yes, itu yg saya cakap pada diri saya.
suka dengan watak2 dan jalan cerita tak klise. kelakar ada, and so sweet. sweet dia bukan jenis sweet yg asyik abang cinta ayang,ayang cinta abang,kiss kiss honey bunny eh tak ada... baca, dan nilai. tahniah jue @anna lee.
p/s:ku juga perahsia seperti indah lara :-) peace!
Profile Image for Jessica.
171 reviews
July 28, 2014
Sehari sebelum raya masa on the way ke kampung telah menemui perkataan tamat. awesome. lain dari yang lain. I like Fazrin. hahahaha....

Kisah mereka buat saya ketawa dan jatuh cinta. yeah! I like juta-juta kali. huhuhuhuhu...

Sam yg romantik terlebih & Lara yg selamba badak memang bikin saya terus baca. Saya suka. Lagipon ini cerita takde langau macam biasa. hihihi...

Jadi meh baca... best punya woo!
Profile Image for Noorhasnizah.
39 reviews3 followers
January 31, 2014
Prince Charming & Mr.Charming. Adakah kedua2nya mempunyai makna yang sama? Indah Lara vs Indah Water...bermusuhan di alam maya tetapi realitinya mereka berkawan baik. Untuk tahu siapa mereka ini kena la baca ye...Gud job Anna Lee, satu lagi karya anda yang memuaskan hati saya..teruskan menghasilkan karya2 yang best & ada pengisiannya...
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
January 8, 2014
berbeza dengan novel2 sebelum ni..satu cabaran sbb nak cerita pasal artis popular.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
January 22, 2015
novel ini agak berbeza dari novel yg lain. lari dari tema kahwin paksa rela.. aku terhibur..
Profile Image for xxx.
58 reviews1 follower
August 8, 2022
One of my most favourite books ever, dekat di hati dan lekat di jiwa 💟

"Kau ingat tak kau pernah ajar aku macam mana kita nak tahu sama ada kita sukakan seseorang tu atau tak?" tanya aku.

"Ingat." Dia memandang aku sekilas. Dahi dia berkerut.

Aku meletak tangan aku di dada dia. Merasa denyutan jantungnya. Dia tergamam. Merenung aku seketika.

"Degupan jantung kau sekarang sama macam degupan jantung aku malam tu," ujar aku membalas renungan dia.

Tangan dia memegang tangan aku yang melekat di dadanya. Genggamannya semakin erat. Dia terus meneliti wajah aku.

"Nama dia Lara Alisya."




Trope ♡⸝⸝ ˖ ࣪ ˒
+ Friends to Enemies to Lovers
+ Protective ML
+ He falls first
+ Forced Proximity
+ Love Triangle
+ Slowburn
+ Everyone can see it but them

Loved  ✿ ୭̥
+ Fast pace
+ Funny and very likable characters
+ Wise words
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
September 27, 2015
Cerita yg tak bosan...
percaya tak kalau aku katakan telah masuk Kali ke-2 aku dapat hadamkan novel ni dengan cukup berpuas hati...
Mula2 bila aku baca aku hanya banyak gelak dari memahami stuasi perjalanan cerita..
tapi bila Kali ke-2 bukan shj gelak ttp aku lebih faham apakah yg di maksud "Mencari Mr. Charming" dgn Mencari Prince Charming.
ingat sebenarnya kita lah yg mencorakkan pasangan kita sama ada menjadi Mr. Charming atau Prince Charming... :) ;)

so aku kena tukarlah... dari 4 bintang kpd 5 bintang & boleh di jadikan koleksi novel terbaik dalam rak aku.... he he!!!
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
January 2, 2014
the last book I baca from anna lee was terukir cinta which I gave 4++ star...and for this masterpiece I give solid 5 stars...homaigwad....she really delivers ....good plot..awesome storyline and dialogue. ..I just loves it!!!! again a must have book....light reading tapi good input...awesome work !!!
Profile Image for Zuhaira.
47 reviews15 followers
Read
September 28, 2014
Ayat mudah...
plot cerita menarik...
dekat dengan hati...
Hero arkitek.. wau wi...
hero lagi satu pelakon....

080414 -baru sampai page 220.
how you defined romantic?
--> shopping together?
--> buat kan sambal belacan mangga muda untuk kamu?
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
February 28, 2015
suka2...sgt.. thumbs up utk penulis kesygan saya ni....
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
March 17, 2021
Habis baca novel ni...
Kisah mengenai Lara Alisha merupakan seorang penulis novel cinta dengan nama pena Indah Lara. Dia selalu menerima email daripada Indah water yg selalu mengkritik karya2 dia yang kadang2 kadang sehingga dia menjadi sangat stress.
Lara diterima bekerja part time sebagai baby sitter menjaga anak Sam, gadis remaja, Tania yg berumur 15 tahun selama 3 bulan di kondo milik Sam. Perkenalannya dengan Sam menyebabkan dia crush dengan Sam yang kaya raya, handsome, romantik, gentleman. Di kondo itu, dia berjiran dengan seorang pelakon popular, Fazrin Adam yang diam diam menyukai dia.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
July 28, 2017
Novel cinta mengenai seorang penulis yang terlalu taksub dengan prince charming.. Lara berjaya jumpa dengan prince charming tapi dalam masa yang sama, muncul Fazrin.. Siapakah sebenarnya yang Lara cinta.. Sam yang sweet macam manisan atau Fazrin yang kasar, suka menyindir dan tipikal lelaki Melayu?
Profile Image for Jeklin.
32 reviews
March 1, 2018
Tidak sabar mengetahui siapakah yg dia pilih
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
April 21, 2015
* drumrolls
credit to the cool way of writing skills..anna lee really speak from her perspective as a writer in Lara character.
well, actually i make comparison of her with my two favourite novelist, which is not fair. but i can't help to dislike those 'touching' & 'romantic scene' between Lara & Fazrin (with sam too).
i mean...there's a barrier we should be alert, right.

lara is a cool girl,with her humour & a bit childish character sometimes. that's the interesting part. she is not noble or what but she learn through her mistake. even though at first she quit hard to admit it. i am not hoping a perfect lady character in her, but i admire her perception about small things such as 'the tunjuk alim guy with kopiah'.

maybe i have some kind of expectation, so i'm quit disturbed by the ittle thing i mention earlier. i am sorry. i like the storyline & how you write it.keep it up, anna lee.
Profile Image for Mask D.
132 reviews6 followers
April 27, 2014
MMC merupakan buka pertama Anna Lee yg kita baca, (terukir cinta -anna lee, dah beli, baca belum), ternyata tidak menghampakan, best sangat, 5 bintang. Mula2 kita TEAM SAM, sebab dia memiliki ciri-ciri Prince Charming, but as i read along, realise bukan kesempurnaan yg di cari, tapi sebaliknya, keserasian, jadi by the middle of the book, telah beralih arah, masuk TEAM FAZRIN hehehe. Fazrin yg poyo, sarkastik, tapi merupakan sahabat Lara yg setia & memahami, walau mulut laser. Watak sampingan yg berjaya mencuri tumpuan kita jugak watak Atuk di Kg ( kelakar lah atuk lara ni, mulut pun boleh tahan menyengat bila bercakap), Yaya (fazrin junior) & Tania & Ayun yg sweet. Tapi d hujung cerita tu, puzzling sikit, Fazrin & Lara baru pun bertunang, tapi menurut Tania, mcm mama & papanya dah get back together again, cepatnyer, syikin mendapat sam balik. Apa2 pun highly recommend buku ini.
Profile Image for Nazril Abdul Razak.
31 reviews3 followers
April 12, 2015
Kisah seorang novelis Indah Lara yang secara tidak sengaja diupah menjadi seorang baby sitter seorang gadis remaja Tania. Majikan yang handsome, iaitu Sam seorang duda, bapa Tania, suara husky menarik perhatian Indah Lara untuk jatuh cinta. Ciri-ciri lelaki idaman novel. Tetapi bila berjiran dengan pelakon popular, Fazrin Adam, amat menjengkelkan. Tipikal lelaki Melayu, sarkastik, mulut laser memang memualkan. Emel diterima daripada pembaca bernama Indah Water yang menganggap karya Indah Lara tidak layak untuk menjadi bacaan remaja. Dikutuk oleh pembaca, menjadi friend di facebook membuatkan mereka sering bersua di alam maya dan bertelagah pendapat. Apakah yang terjadi kepada lelaki idaman Indah Lara? Adakah ciri2 tersebut mampu menggoyah perasaannya?
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
May 28, 2016
2 1/2**

Mungkin kerana berterusan baca karya Anna Lee, jadi kisah Lara Alisya ini sedikit melelahkan untuk saya habiskan bacaan.

Berbeza dengan naskhah yang sebelum-sebelum ini yang saya baca, membuatkan cerita Lara Alisya dan Fazrin Adam berada di tahap biasa (untuk karya Anna Lee) untuk saya yang mencari faktor 'luar biasa' seperti karya Anna Lee yang lain, yang bagi saya unik dan tersendiri.

Saya 'kenal' Anna Lee dengan karyanya yang agak lain daripada yang lain, jadi bila saya menekuni naskhah ini, saya mengharapkan buku ini juga ada kelainannya. Tapi tidak.

DAN baru saya sedar, ini antara buku beliau yang terawal terbit! *ampun*

~tbc
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
February 24, 2014
Mencari Mr Charming~ Mula2 terbayang, siapakah Mr Charming yang Indah Lara cari? Dan siapakah Indah Water sebenarnya... Seorang hater atau dah jadi follower?
Cerita ni mmg menarik hingga ke penghujungnya. Dah lama tak baca satu buku berulang2 kali...
Sangat digalakkan membeli dan membaca. Lain dari karya2 Jue yang sebelum2 ini... Muahhhh~
Displaying 1 - 30 of 39 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.