“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat.”
Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putuskan ke atas dia yang bernama Nurul Jannah. Hanya kehancuran. Dengan kedua-dua tanganku sendiri, aku akan tamatkan kebahagiaan dia yang selama ini. Biar dia juga mengerti apa itu penderitaan.
“Jannah… dia tidak bersalah.”
Kata mereka, dia tidak bersalah. Tetapi, bagaimana pula dengan aku? Pada saat aku tidur kelaparan, dia tidur kekenyangan. Pada saat aku meraung derita, dia bergelak tawa. Padahal, seluruh kehidupan Nurul Jannah yang bahagia itu adalah kerana penderitaan aku.
“Kau kena balas dendam!”
Seluruh hidup aku, itu yang telah terngiang-ngiang di telingaku. Itu yang telah dipaksa-paksa ke dalam otakku. Jadi, tidak kira apa-apa pun yang berlaku, aku perlu lunaskan dendam ini. Aku perlu buat mereka bayar balik atas segala-galanya.
Namun…
“Kau sayangkan Jannah. Kau cintakan dia.”
Aku telah tersilap perkiraan! Aku gagal mematikan perasaanku. Dan kerana itu… semakin aku menyakiti Jannah, semakin aku sendiri yang merasa sakitnya. Air mata Jannah… umpama racun di hatiku. Raungan Jannah… umpama belati yang menyiat-nyiat jiwaku. Jadi benarlah kata orang…
“While seeking revenge, dig two graves. One for yourself.”
Karya Kak SA kalini for me ok la. Btw, kitanya bias sikit, sebab mmg suka dgn writing style Kak SA. Buku ni aku baca sekejap aje maybe because the scene yg ada adalah scene yg sama dalam buku Dendam Bersulam Cinta.
So for those yang tak suka something yang kinda repetitive, you might not like this one. Tp for me, oklah rasa macam kita reread buku DBC tapi dapat rasa apa emotion Amsyar dan juga apa yg Amsyar fikirkan during that scene. Cuma yang kurangnya, bagi aku penggunaan ayat yang agak berulang untuk menggambarkan perasaan Amsyar tu. 🤔 Part tu jadi kurang sampai sikit.
Tapi dalam buku ni korg boleh know details on how Amsyar and Jannah met, Amsyar’s background and more pasal watak Khayla. Kitanya kesian kat Amsyar, tp idk 🤷♀️ la, still can’t justify what Amsyar did to Jannah 😤 Masih rasa geramnya tu hahha. Papepun an ok read overall. Walaupun karya kalini kurang mencengkam sikit for me, tapi tetaplah Kak SA author fav kita huhuhu 😌 Dah tak sbr tunggu next buku Kak SA 😉#emptycanvashida
Walaupun novel LBD ni berkisarkan tentang pov Amsyar,tapi tak jauh beza sangat pun rasanya dengan DBC.Cuma part ending dengan waktu diorang bercinta je yang ada tambahan,part lain tu banyak yang sama dengan DBC.Tapi, LBD masih lagi buatkan emosi aku naik turun dan menangis yaa.Kak Sara Aisha tak pernah mengecewakan!
Amsyar, sejak dari lahir tak pernah bahagia.Lahirnya dia tanpa dapat melihat pun ayah kandungnya.Zaman kanak-kanak dia tak macam orang lain.Kanak-kanak lain ditatang bagai minyak yang penuh tapi Amsyar dari kecil lagi sudah ditanam sifat dendam dalam diri.Ibu sendiri tak pernah mengungkap kata sayang.Lalu mahu salahkan siapa jika dari kecil dia dilayan sebegitu rupa?
Bila baca from pov Jannah, rasa kesian dengan Amsyar tapi bila baca from pov Amsyar, rasa kesian dengan Jannah pulak.Rasa macam nak cekik je Amsyar ni bila part dia cakap isteri sendiri macam pelac** tu.Lepas dah cakap pandai pulak kau rasa bersalah ya.
Memang semua ni salah ayah Jannah.Tapi tu tak bermaksud dia boleh buat macam tu dekat Jannah.Aku sumpah kesian dekat Jannah, cinta dia untuk Amsyar sangat tulus.Bila baca part diorang sewaktu 'bercinta' hati aku memang berbunga, tapi bila teringat yang Amsyar buat semua tu bersebab terus murung aku rasa.Aku macam boleh faham perasaan Jannah tu macam mana lepas dia dapat tahu kebenarannya nanti.
Mereka berdua tak bersalah, mereka adalah mangsa keadaan.Bila Jannah masih sudi bagi peluang kedua untuk Amsyar, aku rasa lega kerana bagi aku Amsyar juga layak untuk bahagia.Dan cara Jannah bagi peluang tu betul² tepat untuk orang seperti Amsyar.Suka dengan Amsyar yang hijau macam hutan tropika tu ye.
Semua tentang novel ni aku suka kecuali satu aje, aku rasa macam ayat yang kak Sara gunakan untuk menggambarkan tentang perasaan Amsyar tu agak berulang.Tu je yang buat aku turn off sikit dan aku rasa duit yang aku laburkan berbaloi dengan apa yang aku dapat.
Bagi saya bergantung atas minat masing-masing, if you can go with Dendam Bersulam Cinta then you can go with this too!! Yess you can expect some other scene yang takde in DBC for some circumstances since ni pov from ML. Dalam LBD kita dapat merasai perasaan dan emosi Amsyar dengan lebih mendalam sama macam kita baca pov dari Jannah. But i guess most of the parts same as DBC, it just different feeling and different pov je. Plusssssss extended ending for DBC since DBC more to open ending so yeah rasa completed with LBD.
The end of kisah Jannah dan juga Amsyar. Aku ingat lagi pertama kali baca kisah mereka masa tu as cerpen dia blog kemudian aku juga beli cereka cinta sebab kak Sara Aisha panjangkan kisah mereka sebagai novel pendek sampai lah ada novel panjang pasal mereka sendiri dan POV Amsyar ni.
Macam semua review, siapa yang dah baca kisah Jannah boleh je nak skip novel ni tapi bagi aku yang memang suka gilaaa kisah mereka aku tak kisah baca novel ni walaupun scene berulang cuma kali ni aku suka sebab kita dapat tahu isi hati dan POV Amsyar.
Dalam buku ni lagi detail penceritaan cerita Jannah dan Amsyar sebelum berkahwin dan aku suka ending novel ni yang jugak lebih detail kebahagiaan mereka.
Overall worth to read and sedikit sedih sebab no more Jannah-Amsyar 🥲
4.5 ⭐️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Rasa kasihan sungguh la dengan Amsyar dan Jannah. Mula-mula tu memang la sakit hati sungguh dengan Amsyar. Sampai bila dia nk simpan dendam tu. Dia tak akan puas walaupun dendam dah tercapai.
Saya terima lah dengan penyesalan dari Amsyar ni. Jannah pun sama. Masing-masing berpisah untuk kebaikan bersama. Mencari semula diri sendiri.
For me, it's 5/5 ⭐ ! Beberapa kali mental breakdown juga la sementara nak habis baca (padahal dah baca DBC sebelum ni). For me, this book was painful and hard to read. I cried A LOT TT
***sending virtual hugs to you, amsyar***
So better sediakan tisu banyak banyak, plot sama je macam DBC, cumanya kalini Amsyar's pov and dalam novel ni boleh tahu macam mana kehidupan Amsyar and why dia hidup dengan penuh dendam.
p/s: I don't know why you decided to write Amsyar's pov and I dont know who hurts you, kak sara. I just hope you're okay 😭😂
Amsyar's pov. Novel ni tidaklah berlainan atau berbeza dari novel sebelum ni which is from Jannah's pov, Dendam bersulam cinta. But still, it's always more ups and down bila baca kisah antara Jannah dan Amsyar. Like somehow, kita boleh faham and tahu kisah cinta antara dorang ni, hehe.
Okay, straight to the point. For me, the feeling of bila baca LBD adalah, perasaan tu tak sama mcm baca DBC. when i read DBC from jannah's side, it will make me more pity to amsyar dan a little bit tidaklah menyalahkan dia for whatever he do. I slightly backup him because of the things yang jdi waktu dia kecik dulu. TAPI, whenever i read LBD from amsyar side, i was likeee, Amsyar! Teganya kamu! Macam nak jerit, she is your wife yang tak berdosa dan please buang jauh jauh dendam yang obviously takkan pernah habis! But, i know that, in reality too, kalau kita hadap benda yang amsyar hadap, of course dendam tu akan semakin memuncak especially bila kita dah ada peluang yg sangat luas untuk kita lunaskan dendam tu. Tapi still, Jannah is not the witnesses. Jannah tak bersalah, and kalau lah ada dlm reality, haha i'm the first person who will 'pang' amsyar sekuat hati! But, i know jannah takkan benarkan, haha.
Next, i want to explain, berbaloi tak beli novel ni and baca? The answer is SANGAT BERBALOI! okay, honestly, saya berkira lah jugak nak beli because for me it's a little bit pricey lah kan, but sokayyy, duit boleh dicari. Mana tahu i hantar resume nanti kerja kat Ariada, ngehhh. And, i also mcm teragak nak beli sebab this book was published by sara aisha publication, dan saya tahu ianya tiada masalah. But, somehow, we as a reader tahu publication mana yang terkenal saat ini, and buku yg diterbitkan for me ada jalan penceritaan yg menarik dan lebih penting the typo or error is in the very minimum level. So kita baca satu buku tu pun tenang and mudah je. BUT, in this LBD novel, saya boleh jamin yang jalan penceritaan dan susunan kata dan bahasa sangat mudah untuk difahami. Typo or error also boleh kata ditahap yang minimum. So, korang takyah teragak agak nak beli okay!
But, there are a few reason also why i very love this novel:
✨ Susunan dan jalan penceritaan yang menarik, tidak bosan dan kreatif. Boleh dikatakan ianya tak cliche, kan which mean, of course kita maybe dah baca pun DBC, but the author sangat kreatif untuk menunjukkan kepada pembaca what is the real feeling of amsyar and apa yang dia dah lalui. Which deepest inside, kita akan lebih faham even ada lah jugak scene yang sama. But it still okay, sebab bila kita focus to Amsyar's pov, sometime i akan lupa yang scene tu actually ada je kat DBC and i have already read it. So kira boleh dikatakan, kita tak bosan baca novel ni even dah banyak kali, haha.
✨ I am lurvee with the relationship of amsyar and jannah. The suitable word for them is 'Matured'. Both of them sangat matang untuk lalui semua perkara, hence i know what amsyar do is not matured anymore. Tapi, for amsyar, like somehow, dia tak pernah angkat tangan dengan jannah atau mengasari jannah. For me, it still is logical thinking lah which he is jannah's husband and tidak pernah pun terfikir untuk curang. Bahkan, feeling guilty with Khayla. So, i still feeling proud of him. And, of course, a very big applause to our dearest Jannah. The strongest, beautiful and charismatic woman. Apa yang menyebabkan novel ni best which Jannah bukan seorang perempuan yang lemah yang hanya akan berharap dengan lelaki, that i think it was too cliche. Even though berlaku keributan di rumah dan masalah yang bertubi tubi, but still Jannah tetap dengan kerja dan takkan tunduk dengan Amsyar. That is something that i like. You go, girl! I'm at your back, pretty idol!
✨ Dendam. Pernah rasa sakit kan? Kecewa? Terkilan? And perasaan tu tak boleh dilupakan? The other people brtindak kejam and kasar dengan kita? So what we gonna do? Of course, the thing is lama kelamaan akan jdi dendam and we will have the thought untuk balas balik apa yang dah dibuat kan? But, read this book. We will understand about 'berdamailah dengan takdir'. Malah, dendam hanya akan lebih buat kita sakit, bukan kebahagiaan kita rasa, tapi rasa kosong, no peace inside our heart and will break ourself. Is that good? Tak. Ianya akan buat kita jadi lebih parah dan merosakkan orang sekeliling kita. So, from this novel, kita dapat faham, memaafkan akan jadi lebih baik dari dendam meskipun akan jadi pahit untuk ditelan. But, it doesn't mean forgive will always forget, right? Heal yourself after forgive the others. Find your own peace and happiness untill your life will full of the laugh and joy. Same as what Jannah do after she forgive her husband.
Last but not least. Thank you kak sara for this masterpiece. Feeling more excited to read your another novel. Thanks, Amsyar and Jannah for this beautiful journey.
1. Tak pernah baca DBC jadi saya tak tahu POV Jannah dan cukuplah dengan LBD dah buat saya serik.
2. Tak terasa sangat a man with revenge, yang saya nampak macam budak lelaki dalam hormonal phase. Dari segi monolog-dialog seakan keremajaan. Mungkin sebab Am ada tragic backtory, jadi dia tak membesar dengan matang. Itu fahamlah. Yang slacked off sikit dari segi penulisan. Dengan reaksi yang "uwek" "wow!" "aku lelaki" yang terlalu ditonjolkan supaya pembaca tak mudah amnesia ini POV lelaki!! Tapi malangnya hilang aura kejantanan dengan cara olahan yang sangat memaksa. Satu lagi, repetitive action – physical confrontation. Merengkuh sana sini. Rahang, pinggang, bahu dll.
3. Hero yang tersakiti. Rasanya semua orang dah tahu yang Am ni mereng. Babak dendam untuk Dato' secubit garam je tapi dengan Jannah kemain gersang tak sorok-sorok. Saya tahu Jannah memang target utama tapi saya lagi suka Am duduk dalam pejabat, bermuslihat nak porak perandakan Ariada tapi alih-alih 15% je kot diceritakan hal syarikat. Dato' punya screen time pun sikit tak berapa puas. Yang selebihnya, sibuk berduka lara dan lepas baran kepada isteri yang tak bersalah. Kemudian macam biasa, menyesal. Berubah jadi lebih baik. Kalau tak nanti ramai orang duk kecam dia.
4. Jannah yang masih menyulam cinta. Tak ada langsung fikir 1001 solusi untuk selamatkan diri sendiri. Kalau saya di tempat diaaa confirm malam pertama dah cabut lari dari bilikkk!!! Terus lancar restraining order against him 😭😭 Kitonyo kena jadi bengkeng! Memang Am ugut "Nak papa kau sakit jantung?" Dah tu sanggup duduk dalam toxic relationship macam ni? Sanggup rumah tangga berendam dalam air mata? Cuba la cari jalan lain yang boleh selamatkan diri & papa jugakk. Come on ma'am, put your thinking cap on and find a middle ground!! Kata ahli korporat? COO-berpengalaman-berpengetahuan-bijaksana tapi bila masuk bab cinta automatik jadi tak cerdik dah. Sempit sangat pemikiran sampai rela mental kena dera. Jangan eh bagi alasan tak berada di tempat Jannah, tak akan faham sebab serius saya cuba nak faham situasi sebenar tapi sudahnya... lagi sakit hati. Terang-terang bukan salah Jannah (Am pun bukan but he was the one who wanted hidup tunggang langgang to happen, so?). Ya betul, Jannah ada stood up for herself tapi dia beria layan derita dulu, habis semua keadaan kacau bilau barulah ada action. Kalau tak? Entah. Tak tahu sampai bila. Rela memanjang di-rengkuh-cemuh-ejek-tadah semua yang Am meroyan tak habis. Lagi mengarut di ms 657 terungkai yang Am sengaja diajak masuk untuk hamburkan dendam. Amboi senang pelawa 'harimau' masuk rumah. Bila dah kena baham, baru reti nak meraung. Ms 462: Nak provok Am sampai harga diri tak tahu letak mana dah. Apeni Jannah, you could've done better. Ms 477: The slayness moment gone wrong. Tu bukannya confident tau 😭😭 tapi bangga maruah seorang isteri dipijak lumat. Eh maghoh baca dialog merepek macam ni.
*Mungkin dalam DBC ada lagi penjelasan. Saya tak tahu amenda yang Jannah fikir tapi let this book alone judge the way she thought. Kalau tak apa gunanya?
5. Ms 672:
"Ana yang sekarang takkan mampu pulihkan abang."
"Ana manusia biasa, abang. Ana yakin akan ada masanya Ana jadi mengungkit. Ana akan ingatkan abang balik pada segala perbuatan abang. Masa tu, Ana akan anggap abang jahat. Dan Ana akan rasa menyesal sebab terima abang semula."
Saya dapat tangkap maksud ayat Jannah yang sangat tekankan perkataan "sekarang". Sekarang yang dua-dua tengah hancur, yang penuh kebencian. Bukan sekarang dan percaya kemudian hari mereka akan bahagia. Tapi jaminannya hanya sekadar ala kadar?
Selepas tiga tahun berlalu, Jannah tetap terima semula Am. Sebegitu bahagia? Itu jelah motif berkajang-kajang korang luah perasaan dari ms 641-678 sampai sebu otak saya nak terima dari sudut rasional. Seorang suami yang pendendam, per***l, lancang mulutnya hina isteri tak ada maruah, p*****r, akhirnya diterima dalam dakapan cinta semula? Kena faham yang bercerai bukan hanya setakat dianggap melepaskan tapi bercerai jugak boleh dikira sebagai berdamai.
Dan bila saya 'pusing balik' otak saya, teringat yang Am pernah cakap,
"Soal hati bukan boleh difikir realistik."
Ohhh terpulanglah. Nak berharap let this fiction stay as fiction pun tak boleh jugak sebab ada je terjadi dalam kisah sebenar. Jadi mudah kata, itulah nak dijadikan sebuah cerita cinta....
6. Side note: I'm obviously partial because I gave My Beloved Oppressor 4 stars (for now, since it's still ongoing). Similar plot but still, I'm not one to enable such a relationship *proudly oppose theirs. But IMO, MBO's plot was better since it was set in a historical era, revolving around political violence, and FL... her ways of getting cut from ML were depressing as hell 💀 Please bear in mind that I'm not invalidating their struggles, but LBD didn't really do a good job navigating the plot.
lelaki berpaksi dendam - Sara Aisha ➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶ Amsyar Mikael - Nurul Jannah Permulaan yang manis dipetengahan cerita dendam bermula dan pengakhiran yang bahagia. ➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶ same book same story but Dual POV ➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶ ╰┈➤ ❝ A man so much pain, that he only knows pain. sebab itu jugaklah, dia cuma nak berikan luka pada orang lain.❞- Nurul Jannah.
Nurul Jannah - wanita yang ditatang oleh ayahnya Dato Johari tanpa disangka cinta yang hadir itu adalah permulaan neraka bagi dirinya. Jannah sangat sayangkan Amsyar dan kerana cinta juga dia hilang dirinya. tiba-tiba dibenci oleh suaminya selepas berlaku nya Ijab dan Qabul. hari demi hari Jannah semakin tidak paham dengan apa yang terjadi sehinggakan dendam yang bersarang di dalam diri Amsyar sanggup untuk menghancurkan keluarga Dato Johari. hingga satu sama Jannah hilang Ayah dan Anak nya. Jannah cuba mencari kekuatan dengan kebenaran yang bermain difikiranya. Jannah sangat kuat dalam mencari semula dirinya dan hingga dia terpaksa beri kata putus untuk berpisah dengan Amsyar demi kebahagian mereka berdua.
╰┈➤ ❝Kenapa... aku turut berasa sakit sekarang Jannah? ❞- Amsyar Mikael
Amsyar Mikael - ditelinganya hanya dibisikan dengan 'dendam' selama berpuluh tahun hidup hanya itu tujuan hidup Amsyar. bila perjalan dendam mula diatur satu persatu maka Jannah menjadi sasaran utama dia. semakin dia cuba menyakitkan Jannah semakin sakit dan semakin dia tidak sanggup untuk memeruskan permainan dendam yang dirancang selama ini. Dato Johari, lelaki yang menjadi punca hiudp Amsyar hilang arah tanpa dan tnapa Amsyar sangka Dato Johari membernanrkan dia masuk kedalam hidup Jannah, dan dengan cara ini bagi Dato Johari boleh meminta maaf bagi kesalahan dirinya. setelah tahu kebenaran dari mulut Jannah Amsyar semakin hilang arah, cuba mencari cinta yang hilang dari Jannah tapi malangnya Amsyar hilang terus isterinya. ➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶➴➵➶
untuk kali ni Khayla dan Syaril ada more scene and dari POV ni juga kita boleh baca siapa Khayla. wanita yang setia bersama Amsyar selama sepuluh tahun, tanpa berganjak walau seinci. dia bukan typical wanita yang gedik dalam siri cinta buku, tapi dia wanita yang paham perasaan Jannah, Khayla berasa bersalah sebab apa yang terjadi pada Jannah.bermula dengan sikap dia yang ingin meneruskan permainan dendam bersama Amsyar pada akhirnya Khayla memberitahu perkara sebenar pada Jannah dan memberikan semula cinta dan kebahgian pada Amsyar yang sudah lama hilang kerana dendam.
Syaril. sahabat Amsyar yang menjadi pemangkin semangat Amsyar. Syaril tahu apa yang Amsyar buat tapi dia sebagai sahabt sedaya upaya nasihatkan Amsyar tentang dendam yang bersarang di dalam hidup Amsyar. dari mula sampai hujung kita boleh dapat tahu kenapa dan mengapa Amsyar jadi macam tu. alur cerita yang boleh kita paham dari siri buku ni. pada Amsyar dendam yang jadi lain pada Jannah Cinta yang bertukar sebaliknya
Dua jiwa yang terseksa kerana dendam dan cinta. Lelaki yang berpaksi pada Dendam dan Akhirnya dia Bersulam dengan Cinta.
tak ada kata yang boleh menggambarkan perasaan i pada buku ni. thanks again akk Sara Aisha kerana menjadikan Asmyar Mikeal dalam ver Lelaki berpaksi dendam.
Dia anak Adam. Membesarnya dia dengan janji kepada mak untuk membalas dendam kepada Dato' Johari yang telah menghancurkan keluarga mereka. Dia anak Johari. Kebahagian dan keceriannya menjelakkan Amsyar. Lantas rancangan diatur, anak Johari perlu sakit untuk dendamnya terbalas. Bermula dengan pertemuan yang disengajakan di Chiang Mai, Amsyar memulakan rancangannya untuk membalas dendam dengan mendekati Jannah. Setiap pergerakkan dan perbuatannya hanyalah dengan satu tujuan. Sangat calculated dan terperinci.
Since buku ni include a bit prequel, during and sequel, overlapping scenes dengan DBC tu tak dapat dielakkan. Tapi bagi aku setiap babak tu berbeza dengan babak-babak dalam DBC sebab diceritakan dari pov Amsyar. Rasanya lain. Setiap kali Jannah tersakiti dalam DBC, aku pun rasa sedih dan sakit tu, tapi babak yang sama dalam LBD membuatkan aku geram dan marahkan Amsyar. At the same time, aku kesiankan dia yang trapped in the past.
Seperti yang penulis tegaskan, buku ni bukanlah untuk justify tindakan Amsyar. Cuma nak ceritakan pihak dia. Membesar dengan kesakitan bukanlah alasan untuk seseorang itu mempergunakan dan menyakiti orang lain. Remember, don't be like the people that hurts you. Be better than them. That's how you should get your revenge. But of course, cakap senanglah. Kalau aku di tempat Amsyar, I don't know what will happen to me.
Ending dalam DBC aku rasa agak open - walaupun of course semua akan assume happy ending tapi dalam LBD ni memang dah close tak leh nak open. Bahagia sebahagianya. And I love this ending so much. Tiga tahun tempoh masa perpisahan mereka mendewasakan dan mematangkan mereka, mengajar mereka untuk mencari, memahami dan menyayangi diri sendiri, especially Amsyar, so that they could be better for each other.
To those yang pernah baca DBC dan tak kisah baca babak-babak yang berulang, jalan cerita yang sama, silalah dapatkan buku ni. Tapi those yang tak suka, this book might not be for you. Kepada yang tak pernah lagi baca DBC dan LBD, choose wisely korang jenis yang macam mana. Sekian pesanan khidmat masyarakat.
Amsyar's POV in DBC. We get to see from the beginning when he lost his family, his abusive keluarga angkat, his monologue when he's hurting Jannah. It's like reading a villain's backstory and why he made such choices.
Tolong sediakan tisu yang cukup sebab this novel is heart wrenching. Especially when he starts to develop feelings for her yet is still in denial.
Moment paling menyakitkan bila Amsyar hina Jannah dalam kereta after the dinner due to his jealousy. Rupanya dalam diam ML menyesal sendiri and despite everything, you can see how deeply cares for his wife.
For me author wrote the harsh reality. Amsyar has been living for at least 25 years with full of hatred. He was raised by his mother telling him to take a revenge against Jannah's family. Worse when he got abused by his foster parents, buat dia makin benci Dato' Johari.
Dan bak kata Ana, dendam 30 tahun takkan lenyap semudah tu. So I think their separation of 3 years shows how they try to move on and not to dwell on the past.
Dalam DBC kita tau keadaan Jannah sepanjang 3 tahun. What we didn't know Amsyar eventually seek professional help, and he even joined Syahril mendaki gunung as a hobby. His character development shows a person can change to be better if they wanted to.
Also we get to see all the private conversations between Amsyar with Khayla, Syahril and Nadia. Big thanks to Nadia sebab tolong lempangkan Amsyar.
Bonus point: a glimpse of after their reconciliation! Short but cute.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dua-dua best🥰 walaupun jalan cerita sama, yelah sebab pov je lain kan. hero heroin sama. Tapi saya suka LBD sebab jarang novel ada pov hero, kebanyakannya heroin.
Amsyar sangat menderita dengan kehidupan masa kecilnya. Tidak indah seperti kanak-kanak lain. Hari2 'dendam' saja yang dibisikkan ditelinga nya. Sehingga saat emaknya nak hembuskan nafas terakhir, hanya perkataan dendam yang dibisik pada Amsyar. Sedih sangat😭
Apa yang Amsyar dah buat dekat Jannah memang sakit hati. Eh tak, LEBIH dari sakit hati. Jannah hilang dirinya sendiri. Sama seperti Amsyar.
Tetapi, perpisahan yang memulihkan diri masing-masing. Semuanya sudah tertulis di luh mahfuz.
Akhir cerita sangat memuaskan! puas hati la baca! 9.8/10♥️
Reading this while knowing the plot and the ending make me skip a lot of it. Wish we could have more scene Amsyar dengan family angkat dia so that we can understand and sympathise him more. Sebab kalau nak nak cakap berdasarkan his experience with his mum while he was still young and just a little bit of sneak peak on how his adopted parents treats him, he wouldn't treat Jannah to that extent. He would give up long ago, in my humblest opinion lah.
Overall, a good read. Shed tears few times. It's good to know how Amsyar really felt all the times eventho it doesn't justify his action much. Anyway good job as always SA <3
this is one of the books i love but am scared to recommend to others... do amsyar really deserve that second chance? if i were in jannah's shoes, i akan berdamai semula or just walk away?
— of what dendam did to them, how it eats you up, and how they forgive and reconcile in the end. i really love that ♡ i cried a lot reading amsyar's pov. walaupun style writing dia macam agak simple, emosi dia sampai ke lubuk hati aku. the pain and the angst memang menusuk ㅠㅠ
walaupun buku kali ni buatkan reading progress aku slow sebab dah tahu apa jadi, but amsyar's pov lah yang buat aku terfikir banyak benda. and it made me sad for everyone. him, jannah, dato’ johari, his mom, even khayla :’) takdir diorang made me wonder "what if…" especially knowing what each of them carried :')
a good read! psst, can i request more melodrama (ni melodrama ke?) from SA please 👉🏻👈🏻