Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sirajan Munira: Pelita Yang Menerangi

Rate this book
Sudah tercatat dalam lembaran sirah, bahawa al-Quran berjaya melahirkan generasi manusia yang berkeperibadian mulia, iaitu para sahabat r.a.. Keteguhan prinsip, ketakwaan serta budi pekerti mereka cukup disegani sehingga masa kini. Namun, mengapa kita yang turut membaca kitab yang sama — tidak berupaya meneladani mereka?

Barangkali situasi ini berlaku kerana pembacaan sirah kini hanya berlegar sekitar pengetahuan tentang peristiwa yang berlaku, lokasi ia terjadi dan sesiapa yang terbabit. Sedangkan salah satu tujuan daripada pembelajaran sirah adalah untuk memahami proses pendidikan wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan generasi para sahabat.

Sirajan Munira digarap dengan tujuan untuk membantu para pembaca memahami kepentingan melihat sirah sebagai “tafsiran” kepada al-Quran. Kronologi sirah di dalam buku ini membawa perspektif segar terhadap hubungan antara al-Quran dengan kehidupan yang boleh dijadikan ibrah agar kita tidak hanya meneliti al-Quran, malah turut berinteraksi dengan sirah hidup Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda.

287 pages, Paperback

Published January 1, 2023

9 people are currently reading
13 people want to read

About the author

Muhammad Syaari Ab. Rahman

32 books121 followers
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (40%)
4 stars
3 (60%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
16 reviews2 followers
June 5, 2025
Dalam banyak-banyak buku, buku ni memang susah nak dihabiskan membaca. Dah macam buku rujukan. Sangat-sangat hargai kehadiran buku ini, sebab ia menjadi salah satu rujukan saya ketika menyediakan modul pengajaran kelas-kelas al-Quran yang saya sendiri kendalikan. Alhamdulillah...
337 reviews15 followers
January 18, 2025
Berinspirasikan ahli tafsir Abul Ala Al-Maududi, Sirajan Munira merupakan sirah surah iaitu gabungan sirah dan bahagian-bahagian surah yang berkaitan. Sirah dibahagikan kepada 6 fasa. Setiap fasa ditulis sirah, surah dan ibrah. Bukan setiap ayat Al-Quran dapat ditemui Asbabul Nuzulnya.

Pembelajaran melalui penceritaan antara teknik yang memberi motivasi untuk faham. Itu kelebihan Sirajan Munira.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.