Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.
Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya. Apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.
Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.
Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka?
“Bisakah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?”
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
3.5 stars.
Menarik jugak cerita ni, walaupun maybe ada yang akan rasa pace-nyer slow.
Apa yang menarik perhatian N tentang novel ini adalah keseimbangan in terms of highlighting the characters. Biasanya dalam novel, watak yang lebih heavily featured is seorang, either the hero or the heroine. Tapi dalam LDHD, both the hero and the heroine are the stars.
Satu lagi, ia juga highlight tentang when you meet the right person, bukan seorang saja yang boleh dan akan berubah, tapi dua-dua individu yang berada dalam hubungan itu.
Diya seorang yang socially-awkward dan tiada kawan berubah slowly menjadi seorang yang mula pandai tersenyum dan berbual sejak berkenalan dengan Remmy yang agak gila-gila perangainya.
Remmy seorang playboy yang takut dengan perasannya sendiri. Diya terlalu baik dan polos untuk dirinya. Namun dia tak dapat menafikan kepentingan Diya dalam hidupnya. Daripada rasa bertanggungjawab untuk melindungi Diya, perasaannya bertukar menjadi cinta.
Menarik..tertarik dn tertarik bca bku .ni. Ada mesej dn gaya penceritaan yg tidak brbelit ..di sampaikn dgn gaya bahasa yg santai ..mudah difahami. Sewajarnya penulis di beri pujian krn buah tgnnya kali ini tidak mnghampakn spt karya2 beliau yg lalu.mabrook HI .
Karya keempat Hasliza Ismail. Naskah ini saya berikan 4 bintang. Plot penceritaan yang sungguh menarik! Tiada tema kahwin paksa dalam kisah ini menjadikan karya ini benar-benar segar. Betullah kata orang, masa silam bisa mengubah kehidupan mendatang. Namun, Diya perlahan-lahan bangkit daripada zaman kelamnya dengan kehadiran Remmy,Megat dan Ariani. Bahasa yg mudah difahami dan tak meleret menyebabkan karya ini senang dihadam. Apa yang boleh disimpulkan, kematangan Hasliza Ismail terbukti melalui karya ini. Apa2 pun menanti karya seterusnya daripada HA. Tahniah!