Jump to ratings and reviews
Rate this book

Melayu Dari Marikh

Rate this book
Seorang lelaki bersama robot anjingnya berjuang meneruskan kehidupan, tatkala tapak kaki misteri menghantui sebuah pejabat di tengah malam. Apabila dua spesis bersemuka di medan perang, seorang kesatria memenuhi misi sucinya ketika matahari terbenam di Kuala Lumpur. Dan sebuah kunci jerangkung yang mengiringi pengembaraan tiga sahabat ke planet Bumi.

Persepsi bukan sekadar tiga dimensi, kerna dimensi keempat adalah imaginasi.

119 pages, Paperback

First published January 1, 2013

2 people are currently reading
14 people want to read

About the author

Raja Faisal

9 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (5%)
4 stars
9 (22%)
3 stars
22 (55%)
2 stars
6 (15%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
May 26, 2014
Tidak adil jika mahu membandingkan Invasi dengan Melayu Dari Marikh kerana kali ini Raja Faisal tampil dengan koleksi cerpen. Maka perisa ceritanya juga bermacam-macam walaupun masih mengekalkan acuan genre yang sama.

Apabila langsai membaca kesemuanya aku terus teringatkan potongan lirik Pelangi Petang nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad. "Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini." Begitu juga umpamanya buku ini. Dipancar dengan warna-warni imaginasi fiksyen sains yang sekadar berjaya mengapungkan aku ke ruang udara sahaja dan tidak sehingga menjangkau angkasa lepas. Hanya berlegar dalam lapis-lapis atmosfera bumi.
Profile Image for Rahema Salazar.
18 reviews1 follower
March 6, 2014
I am reading this and this is so upsetting to say that it is not worth buying, at all. RM22 for a vocab and grammar tunggang terbalik (in bahasa). Susah sangat kah nak letak 'ko' sebagai 'kau'? I mean if you want to write a book in bahasa, please please please make a proper one. To hell with the book and let me just continue my walk.
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
February 21, 2014
Untuk gabungan cerpen dan sains fiksyen yang kedua-duanya aku kurang gemar, buku ini ok ok sahaja. Prakata dari nadia khan kelakar. Seramsial macam cerita hantu biasa. Arnab dan kura kura aku suka sebab macam comel cerita kanak kanak diadaptasi menjadi isu berat. Kunci jerangkung tak berkesudahan. Hwri hari terakhir seorang superhero ok. Aku dan robot anjing bernama marty aku suka endingnya. Izaq hmm ok lah elemen kekeluargaan. Sepetang di kuala lumpur dan malam pertama macam tiba tiba ada cerita jenis tipikal lelaki hehe stereotype. Dan akhir sekali, melayu dari marikh expected jugak ada elemen elemen berbentuk perkauman. Overall, raja faisal memang power la buat cerita sci fi. Dari invasi lagi aku memang kagum. Boleh beli lagi buku dia next time.
Profile Image for Saya .
7 reviews2 followers
May 21, 2017
Cerita yang betul-betul pancing aku untuk membaca secara serius buku ni ialah Arnab dan Kura-kura. Cerpen ni mengisahkan tentang sengketa dua spesis ni yang kita tahu ada terdapat dalam cerita dongeng perlumbaan arnab dan kura-kura. Tapi untuk versi ni, cerita ni mengambil latar fantasi (bayangkan istana dalam cerita The Hobbit) dan juga kisah bagaimana dua spesis ni yang sedang berperang untuk mempertahankan kerajaan dan negara mereka. Kool jugak kan ideanya? Cerpen ni sedap baca sebab gaya penceritaannya yang taktikal dan terma militarinya yang tidak keterlaluan.

Seterusnya cerita yang juga tajuk buku ini, Melayu dari Marikh menceritakan pengembaraan tiga angkasawan yang mewakili kaum di Malaysia, dalam pencarian suatu ilmu dari seorang pendekar lagenda. Dalam pengembaraan itu mereka asyik bergaduh dengan sentimen perkauman dan akhirnya...hrmm malas la nak bagi spoiler. Korang baca sendirilah. Walaupun cerita ni nampak macam biasa tapi maksudnya sedap dan mendalam.

Seterusnya ialah Kunci Jerangkung. Cerpen ni menceritakan tentang seorang budak perempuan muda yang nak rebel dan nak cacah tatu dekat badan dia sebab dia nak jadi rebel dan kool. Kemudian dia telah ke kedai tatu untuk berbuat demikianlah kan. Selepas buat tatu tauke kedai ni bagi satu kunci pada dia, yang kononnya jika dimasukkan pada pintu yang betul kemudian pintu itu dibuka dunia di balik sana adalah seperti yang si pemegang kunci idamkan. Lebih kurang gitulah ceritanya. Endingnya aku tak faham sangat tapi aku tau cerita ni sebenarnya nak cakap tentang anak muda yang marahkan dunia sekelilingnya.

Hari-hari terakhir seorang superhero bagi aku cerita paling power dalam buku ni. Cerita ni membuatkan aku sedar apa yang membuatkan cerpen saifai tulisan penulis ini ialah pemaknaan di sebalik kisah yang diceritakan. Cerpen ni ialah kisah seorang superhero yang mempunyai kekuatan superhuman menyelamatkan kekasihnya yang ditangkap penjahat. Dan apa yang berlaku selepas itu bakal mengejutkan pembaca. Setelah bertarung dan membunuh konco-konco penjahat dan membunuh ketua penjahat kekasih superhero ni tanya, bila dia mengambil tindakan sebegitu apa beza dia dan penjahat itu? Haa amacam? Mesti korang pun dilema kan kalau kena tanya camni.

Aku dan robot anjing bernama marty ni agak cliche sikit dengan bancuhan latar pasca apokalips (ft. zombi) tetapi agak sayulah kisahnya dan disulam dengan tema kekeluargaan yang menjadi lah.

Cerpen izaq punya latar fantasi dan mitologi yang kuat dan diselang seli dengan kisah realisme yang punya tema famili juga ala-ala cerekarama tv3. Tak ada la banyak sangat yang tv3 tu tapi bolehlah.

Sepetang di kuala lumpur ni tak ada elemen saifai sebenarnya, mengisahkan tentang perbualan dua orang strangers tentang perkahwinan. Ada la kelakar sikit cerita dia.

Malam pertama dan @seramsial sebenarnya kisah seram yang agak jadi-jadian. Ceritanya biasa-biasa ja aku rasa.

Epilog-selamat hari jadi, sebuah cerita tentang koloni bawah tanah yang musnah struktur masyarakatnya akibat sifat manusia sendiri.

Prolog-sekapur sireh ialah perbualan dua orang pegawai tertinggi Nazi yang agak menarik juga dan aku rasa ok juga kalau nak dipanjangkan.

Ok itu saja lah komen aku dari segi ceritanya.
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
July 11, 2021
Some stories are good and some other are just ok...
Nasib baik lah buku ni free je. Kalau aku yang beli buku ni dan ceritanya banyak yang mehh.. memang mengundang makian. I even skip some stories sbb tak menarik.

This book is just not for me. Maybe you'll like it and suits your taste and style. Please read!
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
January 24, 2014
'Nak baca buku ni kena ada level fantasi yang tinggi... bukan level fantasi cikai macam aku,' ini la yang aku dok bebelkan bilamana aku tak dapat atau lambat nak hadam cerita yang disampaikan dalam beberapa cerpen dalam Melayu Dari Marikh (MDM) ni.

Selama aku kenal Raja Faisal ni, dia memang seorang yang mempunyai imaginasi yang tinggi dan penuh dengan trick saifai yang aku sendiri takleh nak capai ke situ (pasal aku kurang sikit dengan genre ni). Tapi dengan MDM ni, RF berjaya membuatkan aku hadam cerita saifai karya beliau walaupun kena baca 2-3 kali baris ayat untuk fahamkan cerita tu.

Dalam MDM, tiga cerpen yang aku paling suka adalah Izaq, Kunci Jerangkung dan Arnab dan Kura-Kura. Kebanyakkan cerita dalam MDM bagi aku adalah berat tapi tulisan RF berjaya 'meringankan' cerita, sekaligus membuatkan aku faham dengan apa yang disampaikan. Tahniah!

Tapi yang aku peliknya, RF juga berjaya menulis dua (ya, dua!) cerita bergenre seram dalam MDM ni. Beribu-ribu tahniah~ harap RF berjaya membuang igauan seram ciptaan sendiri :p



Profile Image for Sepasang.
13 reviews2 followers
April 9, 2014
#MelayudariMarikh

Koleksi cerpen yang santai.
Tiada cerpen yang cliche.
Setiap cerpen penuh dengan kejutan.
Bahan bacaan yang tak terlalu berat.

Sesuai untuk bacaan
-Atuk & Nenek
-Abah & Mak
-Pak cik & Mak cik
-Abang & Kakak & Adik
-Jiran sebelah rumah
-Sepupu sepapat
-Rakan taulan
-Umum.

Rating: 10/10
P/s: terbaik!
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
August 10, 2015
Sebuah usaha yang baik daripada penulis. Mengujakan apabila membaca tajuk. Tidak semua kisah dapat aku hadam dengan baik, ada satu yang aku skip terus, tak mampu nak teruskan pembacaan sebab agak bosan. Maaf.
Profile Image for Nadira.
98 reviews8 followers
March 23, 2014
So tak semua scifi dan yang scifi tak berapa scifi pun so agak suka lah.
Profile Image for Saharulnazri.
52 reviews3 followers
January 31, 2014
sebenarnya 2.5 bintang. Idea kreatif tetapi penceritaan agak klise dan stereotype
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.