Andai Kesempurnaan Yang Kau Cari, Ternyata Bukanlah Diriku...
" Hati isteri mana yang sanggup melihat sang suami bercanda dengan perempuan lain. Sungguh aku tak tega Asyfar.”
Dek kekecewaan yang makin menggunung, Eisya melarikan dirinya jauh dari Asyfar. Di kampung halamannya, dia mengubat luka di hati. Kehadiran Firdaus dan Asyman mula memberikan semangat yang baru dalam hidup Eisya. Semakin hari dua insan itu membuatkan hidupnya bersinar. Keakaraban itu disalah ertikan oleh Asyfar yang mula dihimpit api cemburu.
“Eisya!!! Sampai mati pun aku takkan ceraikan kau. Aku lebih rela gantung kau tak bertali daripada aku lihat kau bersama jantan lain. Jangan haraplah kau akan bahagia atas kesakitan yang aku tanggung ini. Langkah mayat aku ini dulu. Kau memang takkan bahagialah Eisya!”
Cinta milik Firdaus adalah cinta yang utuh. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Walaupun Eisya masih isteri orang, dia tetap jua setia menunggu.
“Eisya, walaupun awak isteri orang, saya akan tetap tunggu awak. Datanglah pada saya bila status Puan itu hilang dalam hidup awak. Saya cintakan awak. Teramat cinta. Saya akan tetap menunggu awak sampailah saya mati.”
Eisya terpaksa akur. Akur dengan takdir Ilahi. Biarlah takdir yang menentukan siapa yang akan jadi pemilik hatinya itu.
“Asyfar, BISAKAH AKU KAU CINTAI? Bisakah aku tetap menjadi sang kekasihmu dunia dan akhirat? Jika aku tak bisa, kau lepaskanlah aku. Dan kau, Firdaus, BISAKAH AKU KAU CINTAI sedangkan aku tak punya apa-apa yang perlu dibanggakan? Aku ini hanyalah pemilik nama NUR EISYA BALQIS…
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Silap N baca buku ni time busy, jadi susah nak rasa emo walaupun N rasa citer ni best. N kategorikan citer ni as heavy-drama sebab ada part-part yang tak sesuai untuk mereka yang di bawah umur.
Pengolahan dan bahasa yang digunakan juga agak simple. Cuma ada a few struktur ayat yang pada N macam pelik. Bahasa Inggeris pula berterabur and grammar lintang pukang. But there's always room for improvement!
Eisya berkahwin dengan pensyarahnya sendiri untuk mengelakkan berkahwin dengan Mus, si bastard yang telah merogol Eisya. Tapi statusnya yang bukan lagi anak dara menjadi rahsia, walaupun dengan suaminya sendiri...sehinggalah Mus dengan sengaja membocorkan rahsia di depan Asyfar dan Eisya.
Sejak dari itu, Eisya bagaikan seornag perempuan yang kotor dan jijik di mata Asyfar. Eisya tak dilayan sebagai isteri, tetapi hanya sebagai tempat dia melepaskan marah dan nafsu.
Nak dilepaskan Eisya, tidak sesekali. Sayangnya masih ada, tapi setiap kali dia melihat Eisya, dia rasa tertipu.
Eisya pula semakin tertekan. Tak cukup dengan dugaan rumah tangga, rahsia papanya dengan Mus menggugat keimanan Eisya. Dia menjadi hilang arah. Tambahan pula dengan sikap sejuk-panas Asyfar terhadapnya.
cerita ni membuatkan sy makan hati dgn watak si hero Asyfar... sedih sgt dgn watak heroinnya Eisya. Dia di rogol disebabkan cagaran bapanya yang berhutang. Bila bertahun2 berlalu, Eisya pula disuruh berkahwin oleh ayahnya dgn org yg merogolnya. Eisya yang tidak ingin berkahwin dgn Mus cuba mencari calon suami. Tak sangka, Asyfar yg merupakan pensyarah Eisha menawarkan dirinya. Rupanya Asyfar dah jatuh cinta dgn pelajarnya sendiri. Eisya yg juga punya rasa cinta akan Asyfar mula terima Asyfar sbg suami. Tapi satu sahaja silap Eisya, dia tidak menceritakan kisah lampaunya kepada Asyfar sehingga dia sentiasa mengelak jika Asyfar ingin bersamanya.
Tapi belum smpat Eisya berterus terang, Mus telah memberitahu Asyfar buatkan Asyfar mengamuk... tapi setelah itu mulalah terbongkar kisah lalu Asyfar. Rupanya Asyfar ni pernah berkahwin..tp Rina isterinya telah tinggalkannya..
Bagi sy masing2 dua kali lima..tp Asyfar boleh mendera Eisya mcm dia x sedar lgsung dia pun ada buat salah..sakit hati masa ni..
masa tu pulak Rina kembali.. Yang amat menyedihkan bila majlis resepsi mereka ditukar pengantin perempuannya dengan Rina.. Eisya pula dipaksa menjadi pengapit..
Lepas tu Eisya mula melarikan diri dari Asyfar..dia tak sanggup nk tgok kebahagiaan Asyfar bersama Rina..
Tapi rupanya Asyfar ni terseksa juga dgn perbuatannya..padan muka masa Eisya x layan dia..sepatutnya Asyfar ni kena diajar sikit..ini tidak Eisya senang2 je maafkan Asyfar..