Keputusan mereka untuk berkahwin bukan hanya sebab saling mencintai. Tapi ada lagi sebab lain.
Redza mahu menyingkirkan sipak buruknya. Dan, Zya pula ingin bersama Redza untuk menutupi kisah silamnya. Sepenuh hati, dia percaya Redza boleh menerima buruk baiknya.
Namun, segalanya bertukar apabila dia bertentang mata dengan lelaki yang diperkenalkan oleh Redza kepadanya. Lelaki itu alfa. Rupanya, tuturnya dan tingkahnya mampu menggoyahkan mana-mana hati wanita. Dia... Ziyad Al Falikh.
"Perkenalkan, ini daddy I. Harap you dan daddy I boleh get along." - Redza "Daddy?" - Zya Mikayla "In specifically, your sugar daddy?" - Ziyad Al Falikh
Ziyad Al Falikh pernah bergelar "sugar daddy" pada Zya tiga tahun lepas. Dan, itulah kisah silam yang cuba ditutup kemas olehnya selama ini. Sekarang, bagaimana dia mahu tinggal sebumbung dengan lelaki itu dan menganggapnya sebagai bapa mertua?
Gawat!
"Zya, I already told you before. Kau tah mungkin dapat lari daripada aku. Kau ingat lepas kau sedap-sedap kikis duit aku, kau boleh berhambus begitu saja? You're mine love. My only one." - Ziyad Al Falikh "Saya dan Redza akan berkahwin tak lama lagi. Tuan tak perlu ganggu saya lagi!" - Zya Mikayla "Should we play a game then? Attempt to get rid of me. I want to see how far you can go. You know, sayang... I really miss you." - Ziyad Al Falikh
Apa akan jadi pada hubungan Zya dan Redza? Apakah Zya mampu lari dari Tuan Ziyad yang sentiasa mengejarnya?
Sugar baby bertemu semula dengan sugar daddynya 🫠 Sugar baby bercinta dengan anak tiri sugar daddynya. Ini ke trend kegilaan pembaca muda sekarang?. Dari awal saya sedar akan kewujudan cerita ini di WP & tahu yang bakal diterbitkan. Saya masih tetap dengan pendirian saya yang karya ini tidak sepatutnya diterbitkan. Dalam banyak-banyak cerita. Cerita berunsurkan softporn & tiada hala tuju juga yang dipilih.
Kalau korang rasa romantik / macam ada rama-rama dalam perut/ jantung dup dap dup dap bila baca cerita sugar daddy & sugar baby ni. Kemungkinan something wrong somewhere. In real life kalau perkara sebegini terjadi. Korang sendiri fikir la macam mana teruknya kehidupan sebagai sugar sugar ni. Plus, apa punya dark la taste korang ni hm.
Zya yang tak boleh nak pertahankan diri dan maruah, tak tetap pendirian, lemah & lembik dengan godaan dan rayuan ML. Sedangkan dia ada banyak cara untuk mengelak dari Ziyad. Dan tak nampak apa perubahan yang menunjukkan yang Zya ni nak berubah.
Same goes to Ziyad Sejenis miang keladi ulat bulu. Pantang ada peluang dan ruang. Mesti dia akan mendekati Zya. Dan sejenis tak faham bahasa juga. Agaknya kena cakap bahasa lain kot? Sangat red flag & annoying. Argh apa benda la yang aku baca. TT . All the time nak kena mengatal ke hidup tu? . Ini memang stock cerita buat pembaca muda berangan ke?
Penulis, saya nak tanya. Kalau tak ada scene terlanjur tu boleh cacatkan cerita ke?. Memang kena ada? Apa yang membuatkan penulis rasa itu satu keperluan? . I wonder. Scene zina masih tetapi diselitkan dengan benda yang tak sepatutnya. Tak sensitif ke? . Kita yang baca ni yang malu. Awak simply letak yang tak berkenaan di scene yang tak sesuai. Ini ke cobaan awak untuk memurnikan cerita?
Nak ulas lebih pun tak ada guna. Benda pun dah viral merata tempat. Jadinya, bila tahu versi buku akan dimurnikan. Kita nak tahu juga dari lucah nak ke murni. Macam mana nak buat tu? . Ternyata -- sama saja plot cerita. Dialog lucah digantikan dengan benda yang tak sepatutnya. Double meaning merata ceruk. Tak kena gaya & serba tak kena. Siapa bekap buku ni. Meh sini sis nak cepuk. Dan for those yang bash orang yang bagi honest review pasal buku ni. Kalian kena tahu. Semua orang ada hak untuk bersuara especially bila berkaitan dengan perkara sebegini.
Sorry geng. Boleh pantau la sekeliling korang yang beli buku ni. Especially budak-budak bawah umur. Kita bagi awarness pasal benda ni sebab kita risau. Bacalah yang selayaknya dengan usia kalian okay?.
Untuk penulis. Rasanya sebelum buku diterbitkan pun. Sudah ada yang perkatakan mengenai isu ini. Jadi bila sudah diterbitkan jadi buku. Inilah yang awak kena terima (kecaman kecaman dan kecaman). Awak sendiri tahu mana baik buruk. Jadi, beringatlah selepas ini kalau nak keluarkan buku lagi. Followers awak datang dari banyak peringkat umur. Menjadi tanggungjawab awak juga untuk menulis sesuatu yang dapat berikan manfaat buat pembaca buku awak.
Tak nampak value pada buku ni. Memang plot semata-mata nak berdrama dan bercinta.
Watak lelaki red flag macam ni dianggap romantic? Mengongkong, ego, pandang rendah pada perempuan, objectify perempuan. Sebab mulut manis terus lemah lutut??
Not to mention watak perempuan yang langsung takde substance. Ya, the whole book takde substance.
Buku ni kalau ditulis oleh seorang penulis yang betul-betul serious dalam membawa karya kritikan masyarakat, it can be quite a good issue nak diketengahkan. But as it is, this book is nothing more than alat untuk buat pembaca muda khayal dan berangan benda-benda tak patut.
Tak payah baca. Tak dapat apa-apa. Kalau pun nak bagi kesedaran pasal dosa zina, perlu ke tulis babak mendekati zina tu? Siap explain detail sensasi jantung laju la, nafas mendesah lah. Dengan jokes double meaning yang berulang-ulang kali dan sangat kotor.
Sedih memikirkan buku macam ni popular dalam kalangan pembaca muda.
This is pure rubbish. I just don’t understand how this questionable piece passed the publisher’s QC.
Now that I have calmed myself down, here's more of my unsolicited opinion on this lapsap.
The author, planning team, editors, everyone involved in the process - are all problematic tbh.
Just what in the world is this..... Even the first page has made me frown, jaw dropped to the floor—not in a good way, obviously. This might or might not happen in real life, but what's the value of the plot? Is the author trying to portray that all the wrongdoings happening throughout the book are forgiven because the holy verses and hadiths are used to counter them?
Well, newsflash - that's now how it works. The audacity of this author.
Dear author,
You might be proud of your hot-selling piece of shiet work at the moment, but I hope when you are mature enough one day, you'll at least look back and be embarrassed that you even agreed to have this published as a physical book.
ko gi normalise sugar daddy suggar baby sorang sorang la dont need to feed this sick fantasy to others.
GELII
bebudak yang suka buku ni gi check otak korang balik💀💀 lucah merata dengan plot tah pape macam mana la penerbit boleh terfikir nak bagi lepas cerita macam ni
this story doesnt deserve any stars kalau ada button -1000 bintang mungkin itu lagi sesuai😇
tak faham apa yang nak disampaikan storyline pengajaran pun takdek ayat last kat bab akhir tu nak tunjuk seolah2 boleh caras anak sendiri punya bakal isteri and curang dengan bini sendiri KAHWIN PULAK DENGAN SUGAR DADDY 3 TAHUN LEPAS EUWWW bab 1 pon dah lucah macam apa TROPE PUN SUGAR DADDY X SUGAR BABY??? sibf ritu ramai budak sekolah beli kan? Cerita macam ni pun boleh lulus diterbitkan eh???
And Ziyad apa ke miang sangat ko ni takde kerja lain ke. 24jam dirty jokes dengan Zya DOUBLE MEANING YANG BETUL2 BOLEH BUAT OTAK TRAVEL PULAKK TUU TAKDE KIAS2 EK😀 And author, i think you can do better. Lepas tulis scene lucah boleh pulak selitkan ayat Quran? RUBBISH.
ramai cakap cerita ni tak layak jadikan buku. Sorry to say this, tapi saya setuju. Cerita ni tak layak diterbitkan. Saya tertanya2 penerbit tak nilai/hire editor atau PR ke untuk manuskrip2 yang dihantar? I rlly hope penerbit dan penulis boleh improve lagi di masa akan datang. Jangan harapkan sales marketing aje, tulislah yang baik2 InsyaAllah yang baik2 datang pada awak juga.
DNF! Buku apa aku baca ni ya Allah?? Ade jugak aku lempar buku ni dari tingkt 12. Asyik cium peluk cium peluk dah kenapa? Nak sgt beromen kenapa si ziyad tu. Ahh zya pun sama perangai gatal! Acah2 TAKNAK TAKNAK, last2 peluk cium jugak pegang dada ziyad jugak. Cerita ni pasal sugar daddy terlanjur siap dpt anak lagi. Penulis tulis cerita sugar2 ni macam halal je benda ni. Kawen lari kat songkla satu hal, buat maksiat kat rumah parents, kat kebun pun duk menggatal, asyik2 tak leh tengok each other, nanti rasa keras badan. 😭😭😭😭 Pastu tanpa rasa bersalah caras suami org. Sibuk suruh laki org tu bercerai dgn bini dia. Ya tuhannn. Mengucap panjang aku. Pastu dah sampi page 300 pun tak nampak ape klimak apa pengajaran ke apa laha**t. Enough!
Jalan cerita yg taboo bagi masyarakat kita. Cerita ni kalau ambil dari side positif, ada pengajarannya. Perjalanan seorang pendosa mencari jalan pulang. Yang tak boleh brain bila menyalahgunakan hadis pada tempat yang tak sepatutnya. Lebih baik buang atau gantikan dgn hadis/ayat al quran yg lebih bertepatan (Tertanya-tanya mana Pihak Editor masa ni ? Ghaib kejap ke). Moga jadi pengajaran buat penulis utk berhati-hati dalam menulis dan kalau boleh kurangkanlah tulis benda yg lagha.
akhirnya aku habiskan juga buku ni... satu je nak cakap... jangan biasakan situasi yg terang² haram 'diseronokkan' ... berhati²lah kalau menulis lagi ye...
terpaksa soroklah buku ni drpd anak²... tak sesuai... tag untuk bacaan dewasa tak menjanjikan golongan anak2 muda bersekolah atau remaja tak dapat membaca ye... macam² sumber mereka boleh dapat sbb nak tahu... wallahulam ...
Aku tak tahu softporn dia sampai tahap mana,sebab aku baca sampai muka surat 100 je pastu terus aku baca skip skip tapi yang aku tahu hero dia bapak gila RED FLAG.Siapa yg cakap hero dia sweet & nak suami macam si Ziyad ni meh sini aku sekeh kepala kau.Sumpah tak matang langsung perangai si Ziyad ni walaupun umur dah 39.Heroin pun jenis bodoh.
Maaf ye cik penulis,saya rasa cerita ni better stay dekat wattpad je untuk bacaan percuma.Sebab buku ni tak LAYAK langsung jadi novel.Jalan cerita entah apa2.Buat bazir duit orang je.Buku ni LAYAK lempar ke dinding je tak pun buat baling anjing 🙄
Secara keseluruhannya, saya agak kecewa dengan karya yang dikeluarkan dari cik penulis ni. Walaupun saya bukanlah pembaca tegar dari wattpad, tapi saya terbuka untuk baca buku buku dari penulis muda ni. Tapi saya agak kecewa dengan buku ni.
Pertamanya sebab plot development dalam buku ni tak ada. Konflik pun tak nampak mana. Yang banyak cuma babak babak suami isteri dalam buku ni.
Keduanya, gaya pengolahan dari cik penulis tak berjaya menambat hati saya. Ada banyak bahagian yang terlalu tiba tiba. Macam tiba tiba jadi ni. Tiba tiba jadi tu. Dan paling saya kesal bila cik penulis cuba masukkan ayat al quran yang tak berapa kena dengan tempatnya.
Saya harap untuk ke depannya, moga cik penulis akan boleh execute cerita dengan lebih baik. Dan moga cik penulis akan lebih berhati hati untuk masukkan ayat ayat al quran dalam buku cik penulis. Dan moga cik penulis dapat kurangkan babak babak suami isteri dalam karya penulis dan lebih fokus kepada penceritaan yang lebih menarik.
Geli. Maaf baca setengah ja pastu tak boleh nak teruskan. (aku baca kat wtpad dulu) . Ada yg cakap buku ni ada pengajaran, budak2 TT hype cerita ni kata bagus selit ayat Quran, hurmmm bagi aku kalau dah mula-mula pun ada part geli geli, part takleh nak tahan nafsu berkeladak, pastu membenarkan zina, kamu nanyiakkkk?? kamuu nanyiakk apa lagi harus dicari masa membaca buku ni, NOTHING ? Maaf ya cik penulis, tolong perah idea lain. Risau pembaca bawah umur tak matang rasa tak apa untuk berzina zina dahulu bertaubat taubat kemudian. Allah kan menerima taubat hambanya. Maaf ya bahasa agak kasar. Karakter org islam tapi carahidup tak islam.
Ada banyak yang ingin diperkatakan tapi saya list point ya saya boleh perkatakan sikit.
1. Buku ni nipis dan jalan penceritaan laju tetap tidak sampai. 2. Watak heroin yang dah berubah nak tinggalkan zaman kelam dia sebagai sugar baby tu tapiii bila hero comeback semula senang betul dia menyerah balik. Memanglah orang yg nak berhijrah ni banyak ujian. Tapi tak nampak effort kau pertahankan diri sesungguh-sungguhnya. Sebab tu orang kata jangan sesekali mendekati zina. Fikir dulu sebelum nak buat dosa tu. Jangan fikir duit dulu. Memanglah segala-galanya perlukan duit tapi duit tak boleh beli maruah yang dah tergadai. 3. Kalau nak letak hadis dalam sesebuah cerita boleh cuma kenalah ada penerangan yang baik berdasarkan sesuatu situasi tu. Kalau sekadar letak pastu tak kena tempat, cuba cakap apa yang nak disampaikan? Jangan main-main dengan ayat-ayat dalam Al-Quran dan hadis. 4. Novel ni sekadar sebuah cerita. Saya tak dapat pun emosi dan rasa keinsafan tu. Cerita dia macam kau letak konflik sikit pastu kau tinggal. Sudah. 5. Buat penulis, untuk novel yang akan datang... tulislah yang baik-baik. Jangan pilih topik berat tapi tak boleh deliver dengan baik. Tulis kisah yang ringan tapi sampai ke hati pun okey.
Ini novel lucah! Banyak sgt benda bukan2 yg author ni ajar. Sugarbaby/incest/pedo/curang. Lepastu kau pergi tepek ayat hadis@alquran tak kena tempat. Konon2 nak tunjuk kau bg 'pengajaran' dan 'ilmu agama'.
Stop this bullshit. Kalau tak ada ilmu jgn memandai mandai. Lagi satu aku nak tanya. Sebelum author tulis cerita ni dia tengok video porn ke untuk cari ilham? Sebab dari awal sampai habis penuh dengan scene lucah saja!
Aku harap penerbit dah tak buat cetakan kedua dan berhenti jualan serta merta. Dahlah banyak budak2 yang beli.
Kepada penulis, kau memang gila seks dan langsung tak berbakat dalam menulis novel. Tolong simpan segala angan2 dan fantasi kau dalam kepala otak kau saja. Sekian terima kasih.
baca buku ni tk sampai sekerat pun kt wattpad dh tkleh go. terlampau cringe for me. ziyad ni macam siterpaling alpha beta sigma possessive obsessive. zya pula siterpaling perempuan lemah. sorry tkleh nk go dh.
Srsly mula ii aq beli buku ni sbb story line diaa aq expect cerita dia yg sugar baby yg ringan ii like yg teman ii tu je rupanya sampai ke atas katil dilayan. Aq jenis mudah turn off bila watak utama dh melampaui batas such like ... i though you guys sendri fhm... Lagi terkejut dan turn off bila laki tuu dh ade wife tapi curang omg masa nii aq mmg terus tutup buku. Aq expect dia duda means what, maksudnya selama ni Zya tu tahu dia perempuan simpanan n rosakkn hubungan suami isteri srs mcm nk menggalakkan perempaun jadi perampas pulak.
Satu je soalan untuk penulis. Dah ada pengalaman dgn sugar daddy ke? Sebab macam banyak pengalaman je . Shame of you. Penulis prmpuan tp tulis crta xde moral macam ni. Sama je dengan penulis jejaka blue gadis hazel tu.
Macam mana boleh ada manusia yang kata cerita ni best? Punyalah teruk perangai hero.Ego,gersang,gatal,tak matang.Penulis cerita ni budak sekolah ke apa?
Sebelum tu saya nak mintak maaf jika apa yang saya tulis mengguris hati sesiapa.
Buat penulis.
Awak ramai peminat. Jika baik2 yang awak tulis, maka peminat awak akan dapat yang baik2 jugak. Bukankah itu lebih elok dari yang sebaliknya.
Saya mohon sangat, untuk buku seterusnya, janganlah tulis benda2 macam ni. Tak manis dibaca anak2 muda. Sangat tak manis.
Sampai satu fasa, awak akan rasa menyesal sebab pernah tulis babak2 sebegini. Percayalah. Dan saat tu, takkan boleh diubah lagi sebab benda yang dah ditulis, dicetak, dibaca akan selamanya akan ada didunia ni walaupun kita dah tak ada.
Sayang sangat dik, bakat awak ada. Jangan sia2 kan. Lepas ni ubah ya. Perlahan2 yang awak boleh buat dan ubah. Tulis baik2, insyaAllah dapat baik.
Buat peminat bawah umur
Tak salah jika meminati penulisan seseorang, meminati penulis. Tapi jika rasa sesuatu itu tak elok dibaca. Jangan baca dik.
Awak muda lagi. Jangan normalkan pembacaan babak2 sebegini. Nanti cukup umur, terpulanglah. Awak sendiri boleh fikir.
Cuma pembacaan yang tak manis akan mendorong kepada satu rasa yang aneh. Jangan biar rasa aneh tu datang dalam hati. Jika tak kuat rasa aneh itu akan mendorong kepada yang lebih teruk.
Hmmmm, story arrangement agak messy - tak berapa smooth dan kadang-kadang rasa scene tertentu tamat very abruptly.
Cara penulisan can know that author is very fresh; cara pembinaan ayat dan the way she expressed her ideas can be further improved.
Zya is an ok character, but rasanya kisah silam dia as sugar baby sampai akhir cerita masih a secret from her family.
Ziyad dah considered middle age guy tapi perangai kalah budak tadika, banyak misunderstanding boleh je resolve kalau dia jelaskan kepada Zya. Haih~
I wished the ending somehow menekankan tentang dosa/kesalahan gaya hidup sugar baby/sugar daddy ini, tetapi tak ada ye. This is a disappointing fact sebab memang jelas pun perwatakan dalam novel ini ialah beragama Islam termasuk Natalia.
As a non-Muslim reader, I find this quite a letdown sebab generasi muda sekarang tak macam kita dulu akan takut buat dosa, terlalu terikut gaya hidup barat.
Sakit hati baca buku ni, memang kalau berjumpa each other dengan cara jadi gatal je ke boleh nak express rasa cinta tu.Menyampah sangat.Paksa diri habiskan baca sebab beli guna duit
I'd like to personally meet the author of this book because I feel victimised by this rubbish of a book.
Rating: 1/5 stars
Okay, to be fair, I dared myself to read a 1-star book (because 5-star books are too overrrated, apparently)
I'd like to go through the bad things about this book but I think to myself, will it be worth my time though? Not really.
But here goes nothing... 1- Unrealistic plot (a near molestation, a near death, an ICU, a questionable amnesia, infidelity all within 10 pages - I'm not kidding) 2- Unlikeable characters (the author really thought it's cute to name all the characters with the letter Z innit? I don't know about y'all, but that's like an instant red flag for me) 3- Unflattering chemistry (the last 5 chapters are nothing but the two mains suggesting 'cari je lah pompuan/lelaki lain' only for them to return to 'you lah jiwa dan raga saya' cause the author thought it's cute innit?) 4- Frequent anti-climaxes and cliffhangers (not the author building possible side-plots and ending up disappointing) 5- Obsession over melodrama (Alaf 21 can never!)
The R-rated content barely scratches the surface, in my opinion, in comparison to most western adult romance novels they release nowadays. It was pretty 'meh'. So it's not as taboo as what booktok claimed it to be.
Those who thought this book was a 5-star need to revise their taste in books. This makes Birthday Girl look like a Booker Prize winner.