Jump to ratings and reviews
Rate this book

Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure

Rate this book
Thariq Ridzuwan, seorang tentera di bawah unit khas berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah.
Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang.
Husniya Radwa, gadis dingin dan kasar. Dia juga suka memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih sayang sahabat.
Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang.
“I wish I could tell someone the whole story of why I am the way I am”- Husniya Radwa.
Tidak mudah menjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekeliling kerana sikap dinginnya.
“Marry me, Husniya. Let me take care of you. I can’t promise to fix all your problem. But I can promise you won’t face them all alone.”- Thariq Ridzuwan.
Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya dengan penyakitnya dan sentiasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan lagi keadaan.
Mampukah Thariq melindungi isterinya daripada orang yang ingin menjatuhkan wanita itu? Dapatkah dia mempertahankan perkahwinan mereka? Atau ia akan berakhir di pertengahan jalan.

Paperback

First published November 1, 2023

112 people are currently reading
1010 people want to read

About the author

Hudanajwa

9 books168 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
329 (60%)
4 stars
80 (14%)
3 stars
52 (9%)
2 stars
29 (5%)
1 star
51 (9%)
Displaying 1 - 30 of 67 reviews
3 reviews
January 1, 2024
Better jadi bacaan watpadd je la . To be honest watak prmpuan tu mcm over gila . Lebih kurg penulis jgk sbb sllu tngok penulis meroyan dkt ig . So yeah . Tak bermanfaat pn baca story ni🤷🏻‍♀️
1 review
April 6, 2025
I can't even consider giving this book a 1-star. More like, this story shouldn't have even existed at all. Maybe because considering my background and being born in a military-based family, when I read this book, all I could say was that this writer knew nothing of the life of a commando and what will happen when you become one of their spouse one day.

First of all, the car choices for ML and FL are already laughable enough because as long I've been living in this military camp, I've never seen a single sports car, let alone a Range Rover unless you are mentioning the specific Range Rover for military transports. The fact that he is just a lieutenant, let me tell you their salary ain't that big enough to buy that Lambo thingy. Ada je askar keluarga kaya, tapi kebanyakannya smua humble pkai Proton X50 or Toyata Hilux jela - Husnozon shjalah ni fiction but terlampau jauh imaginasi writer ni

Don't let me start on the FL. I can tell with that character, she can't even survive when joining the 'BAKAT', which I'm kinda weird the writer didn't insert that in her book. Maklumlah the writer x buat research lebih lanjut sebab maybe nak fokus more on those lovey dovey stuffs.

I know this is supposed to be fiction, but a reader like me already has doubts when reading this. Is this how you feed people's delusions, and is that the reason why girls lately 'nak suami Komando'?

I'm just saying, the moment you step into this military life, all I can say whatever fantasy you think based on this book is nothing close I've seen in real life. First of all, when this person is working in Special Forces let alone 21 GGK, they will choose work over their own family. You (if one day kau jadi isteri askar) gonna be independent as hell and also need to prepare for war yourselves because if one day your husband goes overseas to Lebanon or whatever place they'll be assigned to, you will be alone and kau secara tidak langsung jadi ketua family.

Ni belum tentu lagi klau laki yang kau pilih ni jenis cakap depan setia tapi banyak sembunyi perempuan simpanan, or worse abusive.

Fikir-fikir kan lah ya..
Profile Image for Sleepy Hunter.
15 reviews1 follower
April 7, 2024
-1/100
Penulisan macam rempit, cringe, watak female lead sangat annoying.. Senang cakap storyline lebih kurang macam made up story yang aku berangan before tidur. Mampu baca halfway je, tak mampu teruskan sampai habis sebab every pages yang aku baca pasti berserta makian ke atas penulis di dalam hati, so untuk elakkan diri dari terus berdosahh sebaiknya tutup buku ni and letak jauh2 dari rak buku sebab buku ni tak layak duduk berdekatan buku2 yang aku dah approved ☹️
5 reviews
December 20, 2023
DNF

Ada10 juta pembaca pun masih tak mampu buat aku suka novel ni. Takleh go dan rasa cringe somewhere. Gaya penulisan pun tak berapa kena. Maybe bcs its from wattpad idk 😶🤷‍♀️
2 reviews1 follower
May 11, 2024
Cerita ni okay tapi patut stay dekat wattpad. Tak semua cerita patut di buat novel. Penerbit perlu bijak pilih cerita yang sesuai untuk diterbitkan.
Profile Image for Zafrishasy.
24 reviews3 followers
August 3, 2025
Sorry not sorry, but is this the raw manuscript???

I have a lot to say about this book.

Sejak dari awal, watak Thariq ni sendiri pun dah redflag. Tak perlu justify panjang-panjang why he do that, sebab fakta yang dia curang, tak dapat ditutup dengan alasan yang diberi.

Sebagai penulis, elakkanlah menggunakan segala jenis makian yang wujud dalam dunia ni, masuk ke dalam buku anda. Your reader, bukan hanya pembaca yang dah berusia, but also came from middle and high school students. Sedikit sebanyak, ada pengaruh yang tersebar.

Talking about the plot, it could be done better. Agak tak tersusun, kacau bilau dan kadang kala sedikit tak masuk akal. Go touch some grass, okay.

I do actually believe this could be a good manuscript. Penulis dah ada idea, but the execution is exteremely poor. Kalau ditambah baik, tatabahasa diperbaiki, penggunaan perkataan yang lebih sesuai, pembuangan segala jenis makian yang ada, this book could be one of my fav. Tapi sebaliknya, itulah yang menjadikan rating dan review ini wujud. Please, seek a professional editor that could improve your manuscript, your writing.

This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
October 4, 2024
DNF! Stay kat wattpad je la imo. Adoi level delulu penulis and cringe cerita dia tak tau nak describe macam mana 😭 budak sekolah mungkin suka la kot. Plot cerita tak tersusun, pening baca. Pemilihan nama characters tak catchy langsung semua pelik-pelik ejaan. Gaya penulisan tak menarik sangat. Lepastu tak masuk akal ML ada allowance 5 figures, ada Lambo, Range Rovers, other cars as well + gaji komando yet you decided to give your wife 1k????? That’s like giving her SERINGGIT bro. Even gaji 10k paling sikit i could think of pun for ml tapi apa kedekut sangat bagi 1k HAHAHAH lepastu wife happy je with that amount?! Suami kau kaya kot ada lambo and you’re happy getting seringgit from him haha patut dah alang alang author nak delulu bagi la terus monthly around 50k hm. Afterall not recommended 👎
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
March 5, 2024
Alamakk camne lah F boleh tersuka terlayan karya² dari wattpad ni. Maaflah jujur cakap eventhou agak cringe but F suka jalan cerita dia.

Cuma ramai sangat peminat Thariq and Radwa. Like semuanya cam obses dengan watak hero heroin ni. Hero Thariq pulak ada aura dia sendiri.. anak² dara, anak² kecil sampai animals pun tertarik pada Thariq.

Satu lagi F curious.. black panther Radwa camne leh mampu beli dengan gaji 8k. Rasa cam tak logik tapi yelah imagination kan

Kisah Radwa yang ada anxiety ni kesian pulak F baca. Tersentuh hati. Kesian dia. Bertubi² kena. But F suka cara Radwa defend diri dia.

Baca buku ini kena banyak sabar.. sebab agak tak kemas jalan cerita dia. Cam melompat².

Semangat kawan² Thariq buat F gelak je. Yes agak kebudak²an tapi itulah lelaki.. masa kerja serious.. bila tengah free.. perangai diaorang agak sengal. F terhibur dengan telatah Megat Hafiz and Tengku Daniel. Diaorang ni sengal tahap bodoh kalau bergurau.

Thanks penulis. Tahniah atas karya anda.
Profile Image for Wanie_b2uty.
11 reviews
July 17, 2025
Start reading it sebab curious on this whole director controversy thing. As a book lover, obviously I side with the writer. Tapi memang betul la orang cakap, curiousity kills the cat. Separuh mati aku mencuba nak habiskan buku ni sebab aku tak suka DNF.
1) Grammar ke laur
2) Guna perkataan “jakun” in the wrong context
3) Orang cakap the lady red flag and the commando greenest flag. For me sama, dua2 red flag
4) Tulisan rempit. Baik baca version wattpad je la. Tak sakit hati sangat baca published version ni.
5) While reading this it got me thinking, patutla drama Melayu macam ni. Tak habis2 pasal nak rampas suami orang dan stupid ladies
6) The exciting parts macam on missions macam terlalu pendek tapi certain parts macam luahan perasaan tu macam terlalu panjang. But that one maybe memang sebab writer nak focus on their lives instead of the missions
Profile Image for izz4hx .
46 reviews
June 27, 2025
Rengseknyaa nak habis buku ni hahshshaab. Baca sebab takmau fomo tak kenal Thariq Ridzuwan dekat tiktok. Buku macamni ramai budak sekolah suka sebab feed delulu memasing nak dapat laki komando + quotes yang life-related konon...novel ni sebijik macam drama tv3. all plots macam lahh awatt aih. Nama nama yang pelik, susah nak sebut. Kawan Thariq yang ramai dengan sekali nak harung nama bini bini depa lagi jadila rasa macamm tak payah kot...tapi credits jugak dekat writer sebab boleh bagi aku terus nak baca jugak sampai habis...
Profile Image for Wady.
36 reviews
April 22, 2024
Cant read to the end , the taste not fit me like dr scene ke scene ni dia mcm x de gap and boom another scene yang mcm tiber...

Also husniya sooo cringy , like before married she so tough tiber lepas kahwin so crybaby sgt omooo , i really hope that she stay with her tough character which is x mudah lemah but sadly it turn opposite that annoy me

Got a part where thariq want to take revenge for husniya cause his makcik and his daughter hurt husniya but husniya halang and say it ok abang im fine ... DAMN YOU dh ade org nk revenge biar la nk halang buat ape let them know that you also someone treasure suka suka je nk maki hamun org hempuk tau la

Mak si husniya ni pun satu pilih kasih amat , aq rase israfil (kaf by elvoresth) amat diperlukan utk bunuh mak ngan adik bradik husniya skali makcik makcik bawang kat rumah nenek thariq ....

The End .,?
4 reviews
July 13, 2025
Since kecoh kat TikTok isu berkait novel ini bakal diadaptasi,
ok, aku pun cuba baca sebab ada beli time PBAKL haritu
(konon nak cuba baca novel cinta cuz dah lama tinggalkan)

tapi lps baca, aku rasa errrrkkkk...ewww
cringeenya laah, gaya penulisan pun mcm budak-budak
pendapat aku, penulisan yang tak enak dibaca.. fakta banyak yang melalut
plot bersepah seolah2 penulis tak tahu plot tu apa
dialog pula, entahlah...

so aku DNF...
bila diberitahu penulis ni dari Wattpad, ohh ok faham
padanla cringe. dan aku faham kenapa ada sesetengah
nasihatkan.. karya dari Wattpad kena hati2 b4 membeli
sebab bebudak Wattpad suka buat tema cerita lebih kurang
dan dialog acah bagus, dengan nk buat watak kerekla apala
padahal menggeletis. buat rugi duit aku je..
Profile Image for Alfeesya.
116 reviews2 followers
April 30, 2025
Jalan cerita yang agak berterabur. Penggunaan tatabahasa pun kurang, publisher and writer kena proof read betul2 sebelum publish buku, lagi yang ayat2 English. Sejujurnya ayat English tu agak cringe 😭 Characters cerita ni agak kurang ajar, especially when Husniya talked with Thariq, ada part dia maki2 suaminya. To me menunjukkan lead character sangat rude.
Profile Image for nor elliena.
4 reviews
November 25, 2025
tak faham gaya penceritaan.. mcm mi esposa juga.. lps pada tu tak beli dah buku dpd hudanajwa.. maaf 🥺
Profile Image for Qihaa.
41 reviews
August 8, 2025
baca sebab tengok orang hype kan kat TikTok nak jadi drama. sorry tapi tak suka sangat dengan gaya penulisan dia terlalu Wattpad 🥲
2 reviews
January 27, 2025
Jalan cerita macam jalan cerita dekat story wattpad.
Husniya tu cam over and terlalu mengada ngada.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
May 4, 2025
My thoughts?

1. Walaupun buku ni unnecessary long, I think I like this book better than Mi Esposa. Karakter Thariq ni aku dah suka since Mi Esposa. Awal2 baca ingatkan dia red flag sebab curang dengan Husniya. Selamba je minta maaf ada gf lain without proper explanation.

2. Pastu lepas dah jadi ex eh boleh pulak kau nak get back dengan Husniya. Senang2 macam tu je? Aku macam what the hell is this?!! Nasib baik la lepas dah kahwin he's the most green flag husband on earth. Dengan nak hadap family gila Husniya, emak sedara dan sepupu yang shibal, nak kena calm downkan mental issue Husniya lagi. Fuhh. Kalau aku? Dah shoot to kill everyone dahh 🤣

3. Thariq ni punya la ramai orang dok berebut sampai aku serabut gila 🤣 dengan si Husziya adik Husniya dok hamak kat laki kakak sendiri. Si Aina sepupu Thariq pun sibuk dok hamak kat sepupu sendiri. Even colleague Thariq pun si Anita? si Farah? Adoii stress. Ramai betina hamak kat laki orang macam si qurqy. Macam mana la Husniya tak jadi saiko kalau macam ni? 🤣

4. Macam bangang je semorang baru kahwin 6 bulan tak mengandung terus kena chop mandul. Terus suruh cari bini lain. Abis tu yang ttc bertahun2 baru dapat anak tu? Baran aku. Ingat nak dapat anak ni macam order teh ais ikat tepi kat warung ke? Banyak la benda yang buat aku baran dalam buku ni haha

5. Paling suka watak Thalia dan Haider dalam buku ni. Ada tak buku kisah diorang eh?

6. Aku puas hati gila pengakhiran si Aina. Mampus kau di tangan lelaki yang kau hamakkan sangat tu!

7. Aku stress sebab 2x penulis toying with my feelings 😂 Please la kalau nak mati stay mati je. Kalau mati hidup balik pun biar sekali je. Jangan banyak2 kali. Stress aku tau tak
Profile Image for hana..
47 reviews
June 26, 2024
At this point, I think I am still here only because of the chaotic and hilarious HD troop scene; the only one that I am looking forward to in each chapter 😭

Again, perlu banyak improvement dari segi pemilihan dan penggunaan ayat, grammar dan misspelling error. (Team editorial and proof reading kena kerja lebih sikit 😅). Penulisan agak kurang smooth bagi saya sebab kena baca banyak kali untuk fahamkan apa sebenarnya isi dan penceritaan yang cuba untuk disampaikan oleh penulis.

Plot penceritaan setiap babak agak okay cuma terlalu banyak naik turun yang hampir sama dgn buku pertama (watak mati, hidup balik, hampir mati) yang membuatkan cerita jadi meleret, bosan dan agak hambar because it seems like I could already knew what was going to happen. I have to put the book down, before picking it up again to be able to continue reading because the thrill had already gone.

Looking forward to seeing a better writing from the author in the future 👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Cutie_pie28.
389 reviews8 followers
April 30, 2025
Di sbb kan Thariq nk kua drama.. ku gigih kan baca.. cerita agak cringe.. tp best… suka ngn bonding Thariq dgn HD.. and the wives also.. mmg slay..

Sedih bile baca ttg anxiety Radwa.. die sorang yg manja sebenar nyee.. tp di sbb kn satu hal dlm keluarga, die di sisih kan.. sampai keee sudah laaa mak dan adik die tk trime die..

Patut laa anak soh install lgu Flashlight by Jessie J.. sbb nnt Radwa nyanyi sambil main piano.. ngn sy skali laaaa da terikot nyanyi.. 🥰

Mcm biase, si Daniel dan Hafiz tetap buat kn kite asyik tergelak ajee..

Pengakhiran untuk Aina ptut Thariq buat lebih lgi.. stakat mcm tu jee tk best.. patut buat mcm Esposa.. sket² seksa.. mcm tu terbaikkkkk untuk langau mcm Aina tu.. 🤭

Profile Image for jajareads.
67 reviews7 followers
December 30, 2023
3.5/5. jalan cerita yang best - pada 10 juta pembaca tapi pada saya, okay saja. thariq ridzuwan - lelaki ciptaan terbaik oleh tuhan, sungguh sabar dengan karenah husniya radwa yang emosi dia kadang kadang macam rollercoaster tu. jalan cerita setiap bab kadang ada kesinambungan, kadang macam tiba-tiba pun ada juga. part husniya lahirkan thea radea pastu tetiba dia hilang ingatan, macam tak masuk dek akal. saya macam, “ehhh? apa ni?” apa apa pun, saya terhibur baca novel ni. terima kasih penulis.

p/s: paling tak suka kalau husband and wife tu guna perkataan aku kau walaupun sekadar bergurau. kitanya hati tisu, so kita tak suka kalau suami cakap macam tu. 🥲
Profile Image for Siti Hajar.
5 reviews
September 19, 2025
-ve review
1. I can't even read a chapter, rempit dan kacip level tahap siling

+ve review
1. If you have a soldier boy/policeboy-
fetishism, might be a good read for you, lol
Profile Image for harz.
7 reviews
March 10, 2025
Thariq Ridzuwan : His Commando Treasure
- HudaNajwa.

nota kaki 🐾 : semua comment terhadap karya ini adalah pendapat pembaca sendiri. no harm & harsh. strictly, this is my own opinion.

- Minta maaf sangat, terlalu fomo dan teracun dengan booktok jadi korbankan rm30++ untuk sebuah karya dari Huda Najwa.

Penulisan ( 2🌟)
Bagi saya, penulisan agak mendatar dan santai. Mungkin target audience & pembaca penulis ni adalah sesiapa yang suka akan penulisan santai. Saya lebih suka ayat ayat yang ada kiasan sikit. Penulisan agak tak matang, tatabahasa agak kurang memuaskan. Mungkin boleh improve lagi. Not a big deal. Isi yang disampaikan masih dapat difaham dengan jelas.

Jalan Cerita ( 4 🌟 )
1. Jalan cerita ada some part yang bagi saya boring & hampir buat saya DNF / turn off. Action scene tu bagi saya kurang 'kick' dan hampir buat saya rasa cringe. Saya agak terkejut dengan scene Radwa mati but turns out, rupanya kerja Farez?

2. Terlalu banyak lelaki yang sukakan Radwa and nak usha dia sampai buatkan saya keliru dengan watak dia. mula - mula zafir, lepastu farez, lepastu suami sepupu Thariq. sampai satu tahap saya fikir "cantik sangat ke husniya ni sampai ramai sangat yang suka dia?"

3. saya suka bila penulis tekankan pasal isu kesihatan mental ni. cumanya harap dapat kembangkan lagi secara mendalam. tahniah. tak semua mampu tulis cerita tentang kesihatan mental.

4. agak turn off bila banyak scene melompat. kadang saya tak dapat catch up scene lain.

5. biggest jaw drop bila scene Radwa meninggal tiba tiba eh hidup lagi rupanya. Dan scene radwa sedar siapa suami dia ni cepat sangat. Macam tergopoh - gopoh nak habiskan cerita ni.

6. Feel bad dekat Radwa sebab macam macam dia
kena masa dekat rumah nenek. macam dah melampau betul. wujud jugak ya manusia macamtu.

Bahasa ( 1 🌟 )
1. Sangat TURN OFF ya bila banyak sangat carutan. This is a big deal since buku ni lebih banyak budak budak bawah umur yang beli even saya sendiri tak sanggup nak baca sebab ada carutan. setakat bodoh, i can accept it. but S**"l , F**k , and so on. ini penulis kena banyak improve. Novel ini ada terselitnya ilmu serta beberapa ilmu agama. janganlah satukan bahasa kotor dengan ilmu.

Watak & Perwatakan ( 4 🌟 )
1. Thariq Ridzuwan - Too good to be true. Lelaki macam dia susah jumpa. I even cant imagine rupa Thariq ni sebab mustahil sangat nak jumpa atau bayangkan. Suami yang baik dan seorang ayah yang hebat. Bravo Thariq!

2. Husniya Radwa - Too hard to handle. Wanita macam Radwa ni ada banyak dekat malaysia. Someone yang dah mati mentalnya ( mentally exhausted ) yang terpaksa kuat sedangkan dia hanyalah manusia yang masih memerlukan kelembutan. Faham sangat kenapa dia bertukar jadi manja bila dengan suami dia. Its just her innerchild yang masih memerlukan kasih sayang dari manusia. jadi dengan Thariqlah tempat dia penuhkan rasa kasih yang dia dahagakan.

3. Ahli Holy Dragon - Tak matang. panggil bodoh dekat isteri sendiri. Tak pernah serius even waktu selamatkan Thea?? You guys are grown man. cuma iyalah, diorang ni jadi penyeri. takkan manjang nak serius kan?

Overall - 3.5/5 🌟

tahniah HudaNajwa.

🙏🏻 - maaf andai ada yang tidak senang dengan pendapat saya. abaikan typo ❤️


This entire review has been hidden because of spoilers.
2 reviews
Read
November 25, 2024
Thariq Ridzuwan - a commando, dimples, tall, flirty, gentlemen, the greenest.

Cheated on her first love, for her own safety. Currently his wife. A very very kind man. Prioritize his wife, always!

Husniya Radwa - a strong, independent yet very fragile.
Have lot I mean lots of this PTSD, trauma, stress, anxiety and depression, overthinking, constantly abuse. She's sassy that one thing about her, she love nuggies!

Hard to get at first but will eventually gave in and give love a try, again... (understandable).

A love story of how a commando try to win over his wife trust, heart, soul, mind and ....? He did it, he got them, he treasure them.

'Treasure' that her nickname.
Profile Image for Treasure .
9 reviews1 follower
June 5, 2024
Thariq memang really ii soft spoken dgn radwa walaupun radwa always hilang kawalan sbb her mental health issues.

Tak berapa suka family radwa yang terlalu selfish especially adik and maknya.

Buku ni sangat menguji kesabaran. Semua orang nak kacau rumah tangga thariq.
Emosi macam roller coaster
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nur douce étoile.
2 reviews
June 3, 2025
Ada la watak tu..yang entah le..nak cakap..lailer betul.Elok la drama seberang yek. Aku pun nak anxiety jugak lama-lama baca. Berpinar terus.

Entah le ye..macam ada yang tak kena. To be honest, I didn't enjoy reading this book. Baca sebab bakal di adaptasi dalam bentuk drama, congratulation kepada penulisnya.Sayang ye tak macam ombak rindu..you know what i mean?'structured storyline' .Too many plot twist, spinning and unrelevan. Awal-awal boleh terima..lama-lama menekan yek..

So k..keep writing to improve your writing talent.
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
February 13, 2025
HomereviewThariq Ridzuwan Commando's: His Treasure by Hudanajwa
Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure by Hudanajwa
-February 11, 2025
Assalamualaikum, good day dearest!



Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure by Hudanajwa



Tajuk: Thariq Ridzuwan Commando's: His Treasure

Penulis: Hudanajwa

Mukasurat: 778

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Idea Kreatif

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672803386

Blurb:

Thariq Ridzuwan , seorang tentera di bawah unit khas berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah.

Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang.




Husniya Radwa, gadis dingin dan kasar. Dia juga suka memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih sayang sahabat.



Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang.



"I wish I could tell someone the whole story of why I am the way I am." - HUSNIYA RADWA



Tidak mudah menjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekeliling kerana sikap dinginnya.




"Marry me, Husniya. Let me take care of you. I can't promise to fix all your problem. But I can promise you won't face them all alone." - THARIQ RIDZUWAN



Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya dengan penyakitnya dan sentiasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan lagi keadaan.

Selepas kecewa dengan Thariq yang berpaling tadah dalam hubungan cinta, Husniya semakin menjauhkan diri daripada kaum lelaki. Tekanan daripada keluarga, terutama si ibu sedari kecil membuatkan dia mempunyai masalah anxiety dan depression. Pertemuan semula dengan Thariq menyedarkan Husniya bahawa perasaannya kepada Thariq tidak pernah berubah. Lamaran Thariq saat dia dihimpit dengan jodoh pilihan umi umpama jalan keluar yang dia tak minta.

Pertama sekali, watak Husniya Radwa ni sangat menarik bagi aku. Walaupun dia ada anxiety, dia tetap berani melawan balik untuk pertahankan diri. Tak tunggu suami datang untuk pertahankan dia, dia dulu dah sembur orang-orang yang mengata dia. Savage pulak tu dia punya balasan. Thariq pula seorang pelindung yang sempurna untuk Husniya. Tak cukup protect dia daripada keluarga mentua, dengan keluarga sendiri pun Thariq protect. Dan Thariq sentiasa faham perasaan Husniya and selalu ada untuk berikan rasa selesa dan selamat pada Husniya.

Jalan ceritanya pun menarik cuma agak meleret. Penat jugalah nak menghabiskan kisah ni. Kalau penulis pendekkan ke 400-500 pages pun aku rasa dah cukup dan memadai. Konflik kekeluargaan yang diketengahkan membuatkan aku tertarik nak teruskan bacaan. Serius, family Husniya ni gila. Yang umi dah serupa meroyan, adik beradik pun naik minyak sama dah kenapa. Bapak pulak eloklah jadi tukang tengok. Ish geram aku. Penulisan santai dan ada beberapa perkataan yang dieja dengan gaya pasar yang sesetengah orang tak suka tapi aku okay je.

Side characters geng Holy Dragon yang masing-masing ada buku sendiri semuanya menarik. Lagi-lagi bila ada Kevin dengan Haider. Manjanglah masuk air. Nampak menyerlah juga bonding mereka semua as family-friend. Aku tertarik juga nak baca kisah mereka semua ni tapi tengoklah dulu, macam malas pun ada sebab ramai sangat yang nak dibaca. TBR aku ni pun tak ada gaya nak menyusut. Apapun, tahniah kepada penulis untuk novel ni. Ramai betul peminat Thariq eh.
Displaying 1 - 30 of 67 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.