Cukup dengan satu pertemuan, jantung Dhia Raihana berdegup kencang. Kacak! Cukup lengkap pakejnya! Itulah gambaran seorang Ehsan Eskandar di mata Dhia. Penampilan kawan baik abangnya itu buatkan perangai gatal seorang Dhia Raihana muncul. Dia mula mengejar lelaki itu.
"Kau ni gila ke apa?” – Ehsan Eskandar. “Gilakan abang Ehsan.” – Dhia Raihana. “Boleh tak kau stop jadi budak-budak? Stop ganggu aku!"- Ehsan Eskandar. "Kalau Dhia ganggu juga? Apa abang Ehsan boleh buat?"- Dhia Raihan.
Bila makin dikejar, lelaki itu makin menjauh, Dhia pasrah. Mungkin dia dan Ehsan tiada jodoh. Tapi tatkala Dhia berhenti mengejar, hati Ehsan pula mula meronta-ronta. Dia mula sedar, hatinya memang mahukan Dhia. Dan akhirnya, dia mengorak langkah untuk memiliki.
"Awak dekat mana sekarang?" - Dhia Raihana. "Somewhere. Tengah kerja cari duit untuk jaga kau nanti. Tunggu aku balik. Lepas dua tahun kita kahwin." – Ehsan Eskandar. "Kalau saya terkahwin dengan lelaki lain?" – Dhia Raihana. "Aku sanggup balik semula ke Malaysia. Kau hak aku. No one can take you away from me."
Mungkin bagi orang lain, semuanya nampak mudah. Tapi bagi Dhia, ia tidak mudah. Untuk menjadi isteri kepada Ehsan Eskandar, dia perlu kuat mental dan fizikal.
“Tak mudah untuk jadi isteri tentera. Apatah lagi tugas Ehsan tu agak berbahaya. Hidup dia, jiwa dia dan cinta dia semuanya telah diserahkan pada negara.” – Darwish.
Kuatkah seorang Dhia Raihana untuk menjadi isteri pada lelaki seperti Ehsan Eskandar yang sentiasa berdepan dengan bahaya?
Karya ini meleret² kisahnya diaorang berdua ni. F kurang faham apa panjang sangat. Benda yang tak related pun nak cerita. Watak² yang tak perlu ada diadakan. Alahaiii
Banyak bab yang tak perlu diceritakan pun. Masing² ramai sangat peminat. Semua peminat gila agaknya.. F rasa F pun naik gila baca karya ni.
Awal² dah rasa best layan tapi bila dah kahwin makin lama makin banyak pulak cerita. Banyak sangat konflik. Watak pun mengada² sangat.. ada la part yang sweet mula².. tapi bila Ehsan dah suka kat Raihana.. allaaa cam cringe lak bila Ehsan jadi romantik 🤭🤣
Itu belum lagi scene masuk banyak kali hospital. Kena tembak, kena langgar.. coma. Banyak betul keluar masuk hospital
macam shok sendiri je penulis ni, Meleret leret cerita dia, 2 kali di katakan mati, tapi lepas tu hidup balik..terseksa nk habiskan bacaan, banyak aku skip, terlampau panjang adengan romantic, terus tak jadi romantic, malah jadi bosan...tkda ape² yg bole di jadikan pengajaran dlam novel ni.
3/5. it came from wattpad so i didn't expect much. saya mengharapkan watak dhia raihana mungkin menjadi seorang yang matang selepas berkahwin, namun harapan saya terkubur. begitu juga ehsan eskandar, saya kurang faham dengan pekerjaan dia sebenarnya. ada kerja tetap, tapi keluar negara sana sini dan banyak kali keluar masuk hospital. tapi saya baca sampai habis juga lah sebab nak tahu apa penamat cerita ni. terima kasih, penulis.
Mengisahkan Dhia Raihana, seorang gadis yang membesar dalam keluarga tentera yang terjatuh hati dengan kawan baik abangnya, Ehsan Eskandar. Macam-macam yang dia lakukan untuk membuatkan Ehsan balas cintanya. Beraninya seorang Dhia, dia sanggup melamar Ehsan untuk menjadi suaminya. Tapi, lepas dapat tahu Ehsan dah bertunang, dia pun mengalah dan menjauhkan diri. Alih-alih, Ehsan pulak dah terjatuh hati dengan Dhia dan kerana satu kejadian, pertunangannya diputuskan dan dia mula mengejar Dhia.
Aku tak meletakkan expectation yang tinggi pun untuk buku ni dengan harapan bila baca aku akan rasa at least okay dengan ceritanya. Tapi, disebabkan ceritanya yang terlampau panjang dan meleret, terlalu banyak villains sampai aku pun malas nak ambil tahu, at some point, aku skim through the pages je. Lelah nak menghabiskan. Kalau penulis tamatkan at 400+ pages, aku rasa okay lagi.
Dhia Raihana di permulaan cerita, seorang yang gedik. Pantanglah muka kawan abang dia tu hensem sikit, mulalah nak mengusyar. Jatuh cinta dia tu cepat ya. Aku pun tak faham macam mana dia boleh suka gila-gila dengan Ehsan yang dia belum kenal betul-betul. Aku mengharapkan watak dia akan jadi lebih matang seiring cerita tapi sampai ke sudah sama saja.
Ehsan yang mulanya digambarkan sebagai seorang yang dingin dan tegas, makin lama makin hilang identitinya yang ini. Tapi, masih boleh diterimalah dengan alasan dia dapat berkahwin dengan gadis pujaan dia. So, klise novel watak male lead beku sebelum kahwin, cair lepas kahwinlah. Sifat dia yang protektif dan garang, nampaklah selaras dengan identitinya sebagai tentera.
Cerita pekerjaan Ehsan pulak tak diceritakan secara details. Tapi bagi aku cukup babak-babak aksinya. Jujur kata, kalau novel ni fully focused on romance between main characters, memang aku dnf aje kot. Tapi sebab ada babak-babak aksi dan suspens, aku teruskan bacaan (walaupun tak ada plot progression on the villains). Cuma itulah, berapa kali entah near missed death. Rasa macam setiap kali pergi misi, mesti kata mati tapi sebenarnya tak mati pun, itu yang makin meleret kot haha.
Bagi aku, novel ni banyak ruang yang boleh ditambah baik. Mungkin penulis boleh fokus pada satu dua villains dan bagi la backstory depa. Part dialog pun aku rasa boleh perbaiki lagi sebab serious, conversation antara Ehsan dengan Dhia ni macam berulang aje. Apapun, tahniah penulis untuk karya pertama!
Too much repeated scenes / storylines. New characters without any background story. Tiba - tiba muncul watak baru yang wujud di mukasurat tu shj. Mula - mula baca mcm ada potensi. But, went downhill. Persoalannya: apa kerja Ehsan sebenarnya? UTK ke, Tentera ke, Bodyguard ke? Trying very hard to make him a perfect character but did not manage to achieve it. For Dhia, kata cikgu tadika. Tapi tiba - tiba nothing pasal kerja. Berhenti ke? Bersara ke? Byk storyline baru tapi tiada penghujung. Atau cerita stop mcm tu je. Eijaz & Athalia - suddenly it was just there. Maybe just maybe cerita wattpad patut duduk kat wattpad je.
Tak boleh bagi banyak bintang sebab rasa mengarut. Dah beli lama rasa dekat 2 tahun baru harini rasa terbuka nak baca. Banyak kisahkan tentang diri sendiri je, pusing2 cinta cemburu, bagi la sikit ilmiah sikit. Mungkin faktor usia jugak la kot.
Jalan cerita agak cliche tu takesah sangat, tapi meleret sangat. Sy suka novel tebal2, selalu mesti abiskan baca, tp novel ni baru baca separuh sampai maleeka tiba2 muncul terus rasa takde mood nak abiskan jump terus ke chapter last.
Buku apa ni siak? Storyline entah pape. Personality character pun tunggang langgang. Sekejap baik, sekejap jahat. Sekejap suka, sekejap benci. Mende dowhh? Aku banyak skip je baca ni. Sumpah menyesal gila beli. Aku pun tak tahu kenapa aku pergi beli dulu. Membazir coupon siswa aku je. Author ni sumpah berangan. Cerita ni elok kau simpan and baca sendiri jelah elysha oiii. Tak payah nak buat novel, membazir pokok je nak oii.
Plot cerita yang membosankan. Banyak ayat yang berulang ulang. Cara penulisan memang betul betul standard Wattpad and should stay there. So basically tak worth it untuk dibaca. Nasib dapat buku ni free.
Ini merupakan novel pertama saya sebelum saya ada hobi membaca. Saya rasa jalan cerita dia okey je. Tiada masalah. Lebih kepada hidupan , how mereka macam tu apa semua. Bosan? Kurang bosan. Baca medium sahaja, tak laju tak slow. Sedih dengan plot twist sikit. Tapi happy ending.
⭐️⭐️⭐️ This book overall is okay. The storyline is abit too lengthy. However, I like how funny both main character interact with each other before marriage. But i’m kinda shocked and unexpected when Ehsan changed his personality so quickly from chill to cheeky man.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ The second book; His Code Name:Alpha 2 Continuous from the first book, the storyline is better! Not too lengthy. It feels like a rollercoaster while reading it! There’s also a life lesson in the book which i think many people can relate in a relationship. I really like the part when Dhia trying to get Ehsan back and how Ehsan trying to get Dhia back. It’s like mixed emotions~~Love it!