Jump to ratings and reviews
Rate this book

Badass Wife Ungku Jabbar

Rate this book
Ungku Jabbar
Sejak bergelar anak yatim piatu, hidupnya berubah. Demi Jiyad, Jabbar sanggup korbankan segalanya. Dia perlu pastikan adik kesayangannya tidak berasa kurangnya kasih sayang tanpa dibesarkan oleh mama dan papa.

​Namun kemunculan seorang gadis di sisi Jiyad, buat Jabbar tak senang hati. Dia tahu gadis itu berniat jahat terhadap si adik.

​“Perempuan tu tak sekufu dengan kita. Dia tak layak. Kalau sekadar untuk suka-suka dan isi kekosongan masa Jiyad, along benarkan kamu berdua berkawan.”- Ungku Jabbar

​Itu kata muktamad Jabbar. Dia yakin dengan arahan itu Jiyad tak akan membantah. Tapi lain pula yang berlaku setelah Jiyad betul-betul tinggalkan gadis itu. Munculnya gadis itu buat hidup Jabbar menjadi huru hara.

​“Cukup Ungku tahu kami berdua dah terlanjur. Dan saya nak keluarga Ungku bertanggungjawab.”-Nilam

​“Sekali kau dah masuk dalam hidup aku, aku akan buat kau menyesal seumur hidup. Dan kau tak boleh pergi melainkan aku yang halau kau pergi!”- Ungku Jabbar.

​Bergelar suami kepada Nilam tidak semudah yang dijangka. Wanita itu kuat melawan dan sering mencabar kesabarannya. Setiap kali dia mahu mengenakan si isteri, dia pula yang terkena.

​“Aku nak kau tukar baju ni.”- Ungku Jabbar

​“Tak naklah. Saya suka baju ni. Cantik. Manalah tahu malam ni saya dapat jerung yang lebih besar dari Ungku.”-Nilam

​Walaupun hampir setiap hari bergaduh, hati masing-masing sudah mula terusik. Sehinggalah Jabbar hampir rebah ke bumi saat menerima kenyataan sebenar. Munculnya Jiyad kembali menambahkan masalah dalam rumah tangga mereka.

​“Saya akan minta along lepaskan awak. Kita kahwin.”- Ungku Jiyad

​“Aku tak bodoh nak lepaskan jerung besar berbanding diri kau yang tak ada apa-apa.”- Nilam

​Jiyad terus mendesak untuk bersama kembali. Mana mungkin dia akur sedangkan hatinya sudah berubah sejak bergelar isteri Jabbar. Saat sekali lagi dia dihidangkan dengan pengkhianatan seseorang, Nilam tak mampu lagi hidup di sisi Jabbar.

​“Tolong, Ungku. Saya merayu. Tolong biarkan saya pergi.”- Nilam

​“Baik. I izinkan you pergi dari rumah ni. Tapi itu tak bermakna I lepaskan you.”- Jabbar

450 pages, ebook

Published December 1, 2023

18 people are currently reading
130 people want to read

About the author

Mia Azwari

80 books371 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (53%)
4 stars
21 (25%)
3 stars
16 (19%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
December 17, 2023
suka gila mulut Nilam and banter Nilam Jabbar bestt HAHAHA jabbar ni man with act of service. tak perlu manis mulut manjang pon dia tunjuk dengan perbuatan.

cumanya saya tak berkenan part adik Jabbar tu takde hukuman setimpal dengan perbuatan jenayah yang dia buat tu je la spoil😀
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
June 24, 2024
Sekali hembus je baca 😆 Plot dia menarik jugak la. Tapi lagi best kalau tunjuk part Jabbar tu menyesal dgn pujuk Nilam tu lagi banyak scene dia.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
May 22, 2025
Versi buku
Ceritanya kalau baca, laju je boleh habiskan. For me tajuk dia a lil bit misleading, tak rasa pun watak Nilam tu terlampau badass sangat.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
December 9, 2023
Mia Azwari bila menulis ebook tak pernah tak mengecewakan. Cerita dalam ebook lebih padat tetapi cukup segala point dan rencah sehingga kita rasa cukup. Watak Jabbar juga tidak ditulis secara manis berlebihan. Biarlah sekadar itu. Terlalu manis itu boleh mendatangkan penyakit.

Jabbar sejenis manusia yang lebih mementingkan diri. Bagi dia cukup untuk adiknya sahaja. Bila dia lihat adiknya Jiyad berkawan dengan Nilam, dia tidak suka. Tambahan pula secara tiba² Nilam mahu Jabbar bertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh Jiyad terhadap Nilam.

Jabbar rasa Nilam itu mahu ambil kesempatan atas kekayaannya. Dia rasa Nilam itu pisau cukur. Dalam masa yang sama dia mahu melarikan diri dari terus dipaksa oleh Mak Usunya dari menerima Melinda. Atas sebab itu Jabbar bersedia berkahwin dengan Nilam.

Walau permulaan perkahwinan Nilam sering dihina oleh Jabbar, dia tetap kental menerima hinaan itu. Nilam bukan seperti perempuan yang lain. Walau hati disakiti dia tetap kuat. Dia tidak mahu terlihat lemah sehinggalah Jabbar tahu kebenarannya dari mulut Jiyad sendiri.

Yang bersalah itu adalah Jiyad. Yang menghukum itu adalah Jabbar. Yang mangsa itu pastilah Nilam. Namun Nilam itu berjiwa besar yang sanggup memaafkan mereka. Kemaafan itulah yang akhirnya membawa Nilam bahagia dengan suami dan anaknya.

#Under Hash Aulia Publication memang begini ya penceritaannya. Lebih kurang sama. Apa yang sama? Cuba baca dan rasakan aura itu!
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
July 26, 2024
Full Review: https://www.tiarasaphire.com/2024/06/...

Mengisahkan Nilam yang mahu membalas dendam kepada Jabbar dan adiknya, Jiyad. padahal Nilam bercinta dengan Jiyad dan yang membuat onar merosakkan maruah dia adalah Jiyad tapi Nilam memaksa Jabbar untuk bertanggungjawab sebab Jabbar pernah menghinanya plus Jabbar terlebih sayangkan adiknya.

konflik bertambah menarik apabila satu persatu rahsia mula terbongkar, Jabbar mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada Nilam dan Jiyad. so at the end dia kena pilih untuk melindungi Nilam ataupun adiknya.
Profile Image for Eyqa.
20 reviews
May 31, 2024
Jalan Cerita dia best. Tambah ada grovel part & Jabbar jatuh cinta buatkan dia Sweet tanpa dia sedar. Tapi cuma nak tahu. Mangsa rogol tak ada trauma ke? Sebab dari cerita ni Nilam lebih nak balas dendam & tak ada pula macam dia trauma sebab selamber jer bersama dengan suami even dia tahu suami dia bukan cinta dia sangat pun mula-mula.

Tak pernah ada kenalan rapat yang pernah ada trauma macam ni (minta dijauhkan) jadi saya tak tahu perasaan tu. Tapi setahu yang saya baca bertahun juga nak ambil masa untuk redakan trauma tu.

Cerita mula-mula agak kelam kabut. Tapi dah nak habis baru rasa smooth sikit. Saya cuma suka part Jabbar tunjuk sayang & cemburu tapi tak obses sangat.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
June 24, 2024
Cerita yang ringkas tapi terlalu banyak konflik. Actually konflik tu tak lah banyak sangat cumanya macam dua tiga konflik berjalan serentak, bukan datang satu-satu. I am sorry, I am a fan of Mia Azwari, I love most of her books but this one is just not my cup of tea. Saya faham author nak buat watak badass heroin, but what I felt is just a plain rudeness. It is not savage at all. Mind to tell, I read the novel.

Plot and Writing - Again, author punya writing memang sedap. Smooth and Clean. Untuk plot, okay je walaupun orang kata macam common plot. Maybe uncommon nya sebab heroin berkahwin dengan abang kepada bekas kekasih. Kebiasaannya, tunggu bekas kekasih meninggal baru kahwin dengan abang atau adik mereka kan, ha yang ni berbeza sikit.

Watak Hero - Jabbar, pro's dia is that dia tak di describe as a character yang too good to be true instead a responsible man yang ready to settle down walaupun kena paksa kahwin. Also, a good thing dia betul-betul jaga amanah parents dia untuk jaga adik dia and all that. The con's terlalu berahsia, noooo bukan berahsia. he just don't want to talk about it. It's either it is non of his concern or he just think it is not important. Sebab kalau nak kata dia berahsia, he told everything to his best friend (Kelvin). Kat situ je dah bermacam konflik keluar contohnya Nilam start berdendam dengan Jabbar sebab terdengar yang Jabbar warn Jiyad yang Nilam ni tak setaraf and bukan perempuan yang elok. He should have told the reason kenapa dia warn Jiyad tu. Sebab nya i don't think Jabbar ni jenis judging orang.

Watak Heroin - Nilam, terlalu ego. Sampai kesudahnya ye ego dia tu. Dah ego-ego lepastu tak percaya orang pulak. ahhh penatnya nak layan orang macam ni. I still tak faham kenapa dia nak benci Jabbar just because Jabbar tak suka dia sebab dia terdengar perbualan Jabbar and Jiyad. I mean terima je la, tak semua orang boleh suka kita dalam dunia ni. Kita hanya boleh ubah perspektif orang then ubah la. Tapi sebab perangai Nilam ni macam make it even worse. I try to faham dia jadi badass (kuat) sebab dia nak balas dendam but i feel she just pruly rude. Whatever came out of her mouth macam memburukkan lagi perspektif and keadaan antara dia and Jabbar. Bila dah gitu, Jabbar yang memang tak suka dia ni memang makin buat Nilam sakit hati la. Lepastu nak provok. Cucuk-cucuk sangat sarang tebuan tu.

Watak adik Hero and bekas kekasih Heroin - Saya pun tak faham kenapa watak Jiyad ni boleh jadi watak yang buruk sedangkan dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh abang dia. Dia terlalu disayangi untuk menjadi budak yang seakan di abandon untuk meraih perhatian. Lama-lama tu jadi tak percaya orang yang diberi kasih sayang sepenuhnya boleh hancur sebab orang lain. Kebiasaannya watak macamni jenis kurang kasih sayang. Mungkin author nak buat kelainan. Okayyyyy saya faham hehe.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 29, 2023
sweet. dengan cara yang tersendiri.

jabbar, lelaki yang bertanggungjawab. walaupun sikap itu terselindung di sebalik kekerasan dan kebekuan dirinya.

bukti? betapa dia sanggup tanggung segalanya selepas kematian ibu dan ayahnya. jiyad langsung tak dilepaskan walaupun adiknya nakal dan buat perangai.

kepada nilam juga. dia tak lepaskan walaupun pertemuan mereka tidaklah baik mana. dan walaupun nilam pernah ada hubungan dengan adiknya.

taklah badass mana nilam ni. dia sebenarnya insan yang tersakiti. kadang manusia yang tersakiti ni akan bertindak luar jangka hanya kerana hendak puaskan hati untuk sementara.

kan?
Profile Image for Nurfarah Alyaa.
26 reviews
August 13, 2024
finished in one sitting je fuhhh. dah baca ebook version and honestly i love both!! 😍😍 lurve strong character Nilam 😍 character Jabbar pun lurveee yihhh dalam kata tak suka tu member angau jugak kat si Nilam ni HAHAHAH banter between Nilam and Jabbar memang lurvee 🫦🫦🫦 act of service sangat si Jabbar ni. plot dia best je dari awal sampai akhir. memang lurveee 💋💋 it would be nice of theres more grovel scnees between Jabbar and Nilam biar dia menyesal sikit HAHAHAH biar padan muka!! mulutnya laserrr nauuu.
Profile Image for Siti R.
66 reviews
June 1, 2024
Plot ada cuma watak lelaki utama,Jabbar tu red flag teruk. Walaupun towards the end he okay tapi for me still red flag & watak heroin, Nilam, yes dia berani tapi seriously girl, you sanggup rendahkan martabat you just for the sake of balas dendam & hanya biarkan saja orang merendahkan diri you.

Overall gaya penulisan & pace okay tapi jalan cerita terlalu normalizekan maafkan perangai red flag sangat tidak okay
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Sarah.
235 reviews
June 26, 2024
Buku ni memang best 2 hari terus habis.
Mula2 Nilam bercinta dgn adik Jabbar, Jiyad. Jiyad pulak punye jealous Nilam rapat dgn lelaki lain, rogol pulak Nilam. Sampai dia mengandung, pastu Jiyad janji dgn Nilam akan bertanggungjawap. Bila Jiyad dpt peluang belajar luar negara, dia terus amik peluang.
Nilam nak balas dendam kahwin la dgn abg Jiyad, Jabbar. Jabbar pulak boleh bagi syarat kat Nilam dan jatuh hati dgn Nilam. So sweet…..best cerita dia.
Profile Image for Paulinecpr.
32 reviews
August 14, 2024
Demi untuk membalas dendam, Nilam kahwin dengan Jabbar, selepas ditinggalkan Jiyad, boyfriend dia merangkap adik Jabbar
Lebih teruk lagi Nilam mengandungkan anaknya akibat di*****
Plot twist dia gempak dho, tapi 'bukti' yang didakwa ada tu patut dihuraikan juga
Overall best bagi I
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for lisa mukti.
27 reviews7 followers
July 24, 2024
karya mia memang superb..keep.on writing good storyline...
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.