Kisah Cinta Rayyan dan Aleeya berlanjutan walaupun setelah hampir tiga tahun berumah tangga. Biarpun cinta mereka sentiasa diuji kerana fitnah dan sifat-sifat negatif orang yang sakit hati kepada mereka berdua, Rayyan sedia menghadapinya demi kasih sayang dan cintanya kepada Aleeya dan anak-anak. Keimanan mengajar Rayyan erti pergorbanan.
Antara Islam, akidah dan harta, biarlah harta dikorbankan demi menyelamatkan akidah Fawwazn anak saudaranya yang dijaga oleh bapa kandung sendiri yang beragama Kristian.
Apatah lagi Aleeya sanggup berada di sisinya biarpun ketika berada di dalam kesusahan. Bagi Rayyan, cukuplah dengan adanya buah hati pengarang jantungnya itu.
kau cinta akhirku ni adalah sambungan cerita pengantin ekpress.... pendapat sy, cerita pengantin express best dan ade ending.... mungkin kisah mak dan adik rayyan julia boleh dijadikan fokus untuk sambungan cerita ni kerana dalam pengantin express, cerita utk watak-watak ni macam tergantung....malangnye, cerita dalam novel kau Cinta akhirku agak meleret.. banyak masalah rayyan dan aleeya nak menambah anak... masalah adik lelaki rayyan, alvin dgn keluarga isterinye, masalah aleeya nak berenti kerja, rayyan tak bagi... memang ade kisah mak dan adik perempuan rayyan tp fokus untuk kisah diorang ade dipenghujung cerita... of course la, akhirnye happy ending...
Lanjutan kisah Liya dan Rayyan -mereka sweet sangat -mereka bersama harungi cabaran dalam rumah tangga -mereka sentiasa diduga dalam pelbagai karenah 2 buah keluarga -mereka sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain -mereka, kadang-kadang gaduh-gaduh manja hehehe -mereka mempunyai 2 orang nak kembar girl and boy -mereka sentiasa memerlukan antara satu sama lain ibarat isi dan kuku
dalam novel sambungan ni kita boleh baca lebih lanjut kisah mereka dalam melayari bahtera rumah tangga. Pelbagai kisah suka duka terpaksa mereka tempuhi. Di fitnah dan balas dendam dari orang terdekat.
Suka la bila penulis banyak masukkan tentang peranan suami / isteri mengikut amalan agama Islam kita. Kat sini yang bukan muslim pun dapat membaca dan dapat manfaat. Kita pun boleh belajar balik dan ambil iktibar. Sekarang ramai orang kahwin terutama golongan muda dan banyak juga penceraian dan boleh dikatakan 1 hari di Malaysia ni pasti ada kes penceraiaan. Bila baca buku ni ada la 'tips' untuk kita ambil manfaatnya. Sebab orang kadang-kadang nak baca buku motivasi ni susah juga, bila baca novel senang ja. Jadi dengan apa yang penulis tulis ni ada la pencerahan sedikit dan ilmu yang dapat kita ambil.
Cuma kurang puas hati sikit hehehe -cerita fawwaz tu sikit sangat, kalau diselitkan bagaimana perjalanan fawwan ni pasti menarik lagi -cerita Husna dan Alvin tu kalau boleh di beri penjelasan lebih sikit terutama kisah silam Husna -pembalasan pada Ezzah dan terkantoinya perbuatan dia tu kalau dapat dikupaskan lebih lagi mesti menarik juga
* Kak Pitteriah tahniah untuk buku terbaru ni. Harap masa akan datang ada lagi naskah terbaru. p/s: tak sangka akak orang Kedah huhu. Sek Sultanah Asma tu
Kesinambungan kisah Rayyan dan Aleeya. Review saya:
YANG OK : 1. Cover depan menarik 2. Sinopsis best. 3. Bukan kahwin paksa. 4. Plot penceritaan tersusun.
YANG TAK OK : 1. Sama seperti PE, bahasa yg digunakan kadang kala keanak-anakan. 2. Letih asyik bergaduh, merajuk. 3. Jengkel sikit dengan ayat "Ha...ha...ha..." "He..he..he.." "Huhuhu..." "Huwaahhh" Kenapa tak tulis saja. Aleya ketawa. Aleeya menangis? Hal macam nilah yg buat pembaca tak feel. 4. Kisah Ju dan Puan Sarah dihujung cerita saja.
Saya pernah baca karya Pitteriah Abdullah sebelum ini. Teruja untuk membaca antara karya terbarunya walaupun saya tak baca buku yang pertama. Pengantin Ekspress. Tak ada masalah kalau tak baca yang pertama.
Karya terbarunya ini kurang memuaskan. Gaya penulisannya jauh berbeza dari yang dulu. Plotnya seperti mengikut kehendak pembaca dan sangat komersial. Tipikal sangat-sangat.
600 muka surat yang banyak ayat gaduh. konon tidak memahami.Asyik bersangka pada perasaan pasangan masing-masing. Bergaduh dengan perkara remeh. Rayyan marah ikut suka hati. 70% dari muka surat 600 tu. berkisar tentang itu sahaja.
Kemudian sekejap masuk pejabat. lepas tu cuti. lepas tu kerja dilepaskan begitu sahaja tidak profesional. Leeya pula masuk kerja asyik sign check sahaja. Rayyan pula asyik meeting. Tiada spesifik kerja atau projek yang diusahakan. Tidak realistik. Walaupun kaya. Walaupun bos rasanya tidak semua bos begini. Memang boleh lingkup.
100 muka surat pertama - Leeya berhenti kerja. Kena kerja dengan Rayyan.
200 muka surat seterusnya - Berkait dengan Husna, Alvin dan Syarikat.
300 muka surat ditengah - Isu keluarga Leeya. Ayahnya sakit kaki. Tiada yang boleh jaga ayahnya. Emak Leeya ambil Ain untuk dijaga. Kemudian Adam diambil Tuan Mirzal.
400 muka surat - Leeya bertemu Nik. Isu Leeya keluar dengan lelaki. Tentang persahabatan Leeya, Akma dan Puteri Shima.
500 muka surat terakhir - Isu Ezzah dan Edora. Puan Sarah dan Ju. Juga Fawwaz.
Isu yang tidak berkait tetapi kehidupan seharian yang dialami Leeya dan suaminya. Sebab itu bagi dua bintang.
Endingnya juga biasa sahaja. Saya Rasa tak perlu sampai 600 muka surat. Kerana ia perlu masa untuk tulis sampai 600 muka surat. Juga masa untuk membaca.
sekuel dr pengantin ekspress...sgt ohsem dan tidak mengecewakan...ku suka walau aksi rajuk dan pujuk memanjang.adat hidup suami isteri..namun agak stress dgn sikap si ibu yg sgt menitikberatkan si anak menjadi istri solehah.sehingga terkadang merasakan si isteri tiada ruang utk menyuarakan pendapt.nasib baik si suami yg swèet dan syg bini meneutralkan sikap si ibu...tahniah dear..kisah yg sgt ohsem..