Ini adalah bahagian pertama menceritakan kisah kehidupan Isabella sejak dilahirkan sehingga menjadi ratu.
Isabella dilahirkan dalam istana dengan penuh kemewahan, hidupnya mula berubah setelah kematian ayahnya. Beliau dianiaya oleh abang tirinya yang tamakan kuasa. Keadaan Isabella menjadi lebih sengsara apabila ibunya mengidap sakit mental. Isabella terpaksa hidup di bawah pengawasan abang tirinya yang kejam. Isabella hampir menjadi mangsa perkahwinan politik yang diatur abang tirinya. Akhirnya Isabella berkahwin dengan Ferdinand putera Aragon, bintangnya cerah sehingga berjaya menjadi ratu.
Bahagian kedua nanti akan menceritakan pula bagaimana seorang perempuan yang pada masa kecilnya hidup menderita, bersikap lemah lembut dan penyayang boleh bertukar watak menjadi kejam dengan memaksa orang Islam menukar agama, dihalau keluar dari Sepanyol malah ramai yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup sehingga pada zamannya tidak ada lagi umat Islam di Andalus...
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.
Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.
Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
Tajuk 'Ratu Pemusnah Dunia Islam' tu agak 'misleading' berbanding dengan isi buku ni. Mungkin cerita ni terbahagi kepada 2 bahagian, saya tak pasti. Dalam ni cuma diceritakan tentang perihal Isabella dari saat dia dilahirkan sehinggalah peristiwa2 yang membawa dia menjadi Ratu. Dan dia digambarkan sebagai seoang gadis yg cantik, bersopan dan sangat mentaati agama. Kisah ini diakhiri dengan kejayaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand mempertahankan negara mereka sehingga berjaya menyatukan seluruh Sepanyol (kecuali Granada) menjadi satu kuasa besar. Dan sampai ke titik terakhir, masih tiada tanda2 Isabella menjadi 'sangat kejam' seperti yang digambarkan pada tajuknya.
Kalaulah saya ini buta sejarah dan tiada asas pengetahuan langsung mengenai pengaruh Isabella terhadap umat Islam di Andalusia dan tindakannya sehinggakan Islam terkubur di bumi Sepanyol, maka saya akan menganggap Isabella dan Ferdinand seperti wira yang harus disanjungi.
Isabella: Permulaan Sejarah Hitam Islam Andalusia, mungkin akan mengelirukan pembaca yang mengharapkan pembacaan tentang kejatuhan islam di Andalusia akibat Ratu Isabella. Buku ni lebih kepada pengenalan tentang Ratu Isabella, dari awal kelahirannya, tika dia remaja dan sampai lah dia memiliki takhta Castile dan Leon. Konflik atau pandangan Isabella terhadap Islam, serta Yahudi tidak disentuh sangat - hanya disebut skali dua pada awal-awal - buku ni lebih fokuskan kepada perang saudara antara Puteri Isabella dan Raja Enrique untuk merebut takhta Castile dan Leon.
Menyelami sejarah ini, kita dpt tengk fungsi gereja dalam sistem monarki Eropah, kedudukan wanita dalam keluarga diraja, perbezaan sistem monarki di Castile berbanding negara eropah lain (wanita boleh memiliki takhta sbb Castile tidak ikut undang2 salic yg hanya membenarkan lelaki mewarisi takhta), serta strategi dan muslihat pihak bangsawan dan pembesar gunakan untuk meraih pengaruh besar.
Boleh nampak mengapa ramai yang menganggap Isabella sebagai seorang wanita yang hebat. Kisah hidup dia jelas menunjukkan yang dia seorang wanita yang kental dalam menghadapi apa jua cabaran yang dilemparkan kepadanya disbabkan perang saudara yang dia sndiri tidak mahu turut serta. Buku ni sesuai sangat kepada mereka yang ingin mengenali siapa Isabella dan yg ingin tahu tentang 'War of the Castillian Succession' - perang saudara antara penyokong puteri Isabella dan puteri Joanna.
3* untuk isinya. 1* untuk effort yang aku curahkan. Yay!
Sebenarnya, aku tidak menyukai subjek Sejarah. Semenjak kecil, aku lebih rela ke kelas Kajian Alam/Tempatan atau Geografi. Lebih rela meneliti permukaan bumi berbanding sejarah manusia dan tamadunnya. Aku lebih sukakan subjek kira-kira daripada mengingat nama tokoh dan catatan peristiwa. Dan bila di alam universiti, kesemua subjek tamadun itu diambil hanya kerana ianya antara subjek wajib dalam kursusku. Perghh… teruknya perangai! *wink*
Tapi, dari dulu juga aku sebenarnya sukakan sastera. Dan sanggup memilih persatuan itu daripada dunia Sains & Teknologi. Jadi, bila ada insan yang sanggup menitipkan hal ehwal Sejarah dalam konteks yang lebih mudah faham, aku cukup teruja.
Dalam edisi pertama ini, merungkai kisah si Ratu Isabella ketika kecil. Bagaimana sukarnya hidup dalam buangan sebelum dirinya diangkat menjadi Ratu. Ironinya, kalau Isabella sendiri pernah mengalami kisah silam yang menyedihkan, kenapa dia tegar membunuh dan membakar hidup-hidup umat Islam di Andalus? Hmm, tu kena tunggu kesinambungannya.
Dan akhirnya aku simpulkan [lari sikit daripada cerita ini sebenarnya], manusia itu memang diberi kebebasan dalam beragama. Ada akal dan hujah tersendiri untuk menegakkan agamanya tersendiri. Itu memang adil. Tapi, masih adilkah kita? Bila sudah dibentang kebenaran, masih mahu menidakkan nur itu?
Musahabah. Diri. Sendiri.
Ps: Ini memang bukan review sebab aku tak tahu bagaimana mahu bercerita tentang novel fiksyen sejarah begini. Naa.. it’s ok Rina! Everyone has a first time :D
Mungkin lebih baik jika kisah Isabella dan perebutan kuasa diringkaskan dan digabungkan dengan kisah peranan Isabella dalam kejatuhan kerajaan Islam supaya buku ini menjadi lebih bermanfaat untuk dibaca.
Buku ni buat kita marah tau. bukan marah sebab ceritanya tak best, tapi sebab cerita ni mengingatkan betapa peritnya kejatuhan yang tak sepatutnya berlaku. Cerita Isabella ni bukan sekadar kisah seorang ratu, tapi kisah bagaimana Islam di Andalusia perlahan-lahan dirampas, bukan hanya dengan pedang, tapi dengan tipu daya, kuasa, dan pengkhianatan.
Bila baca pasal Sultan Abu Abdullah yang terpaksa serahkan Granada, and that line yang mana ibu dia cakap “jangan kau menangis seperti seorang perempuan untuk sesuatu yang kau tak dapat pertahankan seperti seorang lelaki” fuh rasa dia macam tertusuk. rasa macam ya Allah apa Aku dah buat ni, but then benda dah jadi. and that moment marks the end of something glorious. something that used to be ours.
Buku ni buat Dhira belajar yang kadang sejarah Islam jatuh bukan sebab musuh lebih kuat, tapi sebab kita sendiri leka. Kita terlalu sibuk dengan kuasa, ego, dan dunia, sampai lupa pada tanggungjawab sebenar. Itu yang hits hard.
dalam rasa marah baca buku Isabella ni, ada juga kagum, sebab dalam kejatuhan pun Islam masih tinggalkan warisan ilmu, seni, dan ketamadunan yang orang barat banggakan hari ni. it’s bittersweet, sedih sebab kita hilang, tapi bangga sebab jejak kita kekal. gituuu 🤭
for me Isabella ni bukan bacaan ringan. it stirs something inside you. it reminds you that faith, bila tak dijaga, boleh hilang dalam sekelip mata. dan bila dah habis baca buku ni, Dhira cuma mampu doa semoga kita tak ulang sejarah yang sama. InShaAllah aamiin aamiin yra 🤲🏻
Memberikan pembaca gambaran keadaan ketika itu membuatkan saya tidak berasa seperti membaca buku sejarah.
What I gained from this book is that when it comes to politics, the ruler that is weak will impact the whole nation especially with the presence of greedy, selfish people. When power is to be considered only as source of wealth, others will suffer.
Pengalaman akan mematangkan seseorang. Itu yang terjadi pada Ratu Isabella. Yang hak akan terus disokong walaupun kejahatan cuba sedaya upaya menutupi yang hak.
Tajuk tak kena dengan isi kandungan buku. Tajuk buku ialah Isabella: Permulaan sejarah hitam Islam Andalusia. Tanggapan pertama ialah "Oh! Buku tentang macam mana Isabella menakluk tanah Islam." Tetapi kandungan menceritakan 22 tahun pertama dalam hidup Isabella. Bermula dengan kelahiran, kanak-kanak, remaja, isteri, ibu, dan ratu pada usia 22 tahun. Selain itu, buku ini keseluruhannya menceritakan tentang perang saudara antara Isabella dan abang tirinya, Raja Enrique.
Bacaan ini sebuah 'introduction' yang baik tentang siapa Isabella sebenarnya. Tetapi pembaca perlu bertahan dengan nama-nama watak yang terlalu banyak dalam buku ini, dan juga nama tempat. Konfius kadang-kadang "eh Raja John ni sape dah? Paus Nicholas V ni paderi negara mana dah?"
Buku yang menarik dan menjadi pilihan pertama tatkala memandangnya kerana saya ingin mengetahui bagaimana Isabella menjadi ratu yang kejam dan era kegelapan Islam Andalusia diceritakan. Buku ini hanya menceritakan kisah Isabella tatkala sewaktu mempertahankan haknya.. Tak sabar menanti sambungannya. Sejarah yang yang disampaikan dalam bentuk penceritaan santai seperti ini lebih menarik dan terkesan apabila membaca berbanding daripada disampaikan dalam bentuk formal. Tahniah buat penulis.
hanya menceritakan kisah kehidupan ratu isabela ketika sebelum zaman kekejaman terhadap islam. saya mengharapkan penceritaan detik-detik kejatuhan kerajaan bani akhmar