Jump to ratings and reviews
Rate this book

Wahai Orang Yang Berselimut

Rate this book
Kelebihan:

1. Tadabur surah al-Muddatstsir secara ringkas, tetapi sarat dengan ilmu, fakta dan kupasan.

2. Dilengkapkan dengan infografik dan inti pati surah pada setiap hujung bahagian bagi membantu menambahkan kefahaman pembaca.

3. Pembaca boleh mengingat fakta menggunakan kod bernombor.

4. Disediakan kompas pada awal bahagian yang memandu pembaca untuk kekal fokus kepada ayat al-Quran dan tema yang sedang dikupas.

5. Inti sari keseluruhan surah dinyatakan dalam bentuk “ring composition”, hasil tadabur penulis terhadap surah ini.

6. Kesimpulan surah disampaikan dalam bentuk akronim, memudahkan pembaca fokus kepada isi penting surah.

Antara Isi Menarik Buku Ini:

4 perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW agar menang dengan seruan dakwah.

6 punca penentangan ke atas dakwah Rasulullah SAW zaman-berzaman.

3 bentuk respons musuh terhadap al-Quran.

5 sifat utama Neraka Saqar kepada kumpulan penentang dakwah dan al-Quran.

4 sasaran penceritaan Neraka Saqar.

3 objek sumpah yang digunakan oleh Allah SWT sebagai pembuktian kebenaran Neraka Saqar dan hari pembalasan.

4 kelakuan utama sebagai penyebab seseorang dihumban ke Neraka Saqar.

4 sikap kaum kafir meskipun selepas diturunkan surah al-Muddatstsir terhadap mereka.

Sinopsis:

Surah al-Muddatstsir merupakan surah yang sering dikaitkan dengan persamaannya dengan surah sebelum, Surah al-Muzzammil dari sudut makna yang membawa erti “orang yang berselimut”. Tidakkah anda tahu makna orang yang sedang berselubung atau berselimut menjadi analogi kepada pendakwah bahawa kebenaran itu tidak akan tersingkap jika pendakwah itu berlama-lamaan terperangkap dalam selimut ketakutan.

168 pages, Paperback

Published January 1, 2023

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

Muhammad Syaari Ab. Rahman

32 books121 followers
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (80%)
4 stars
3 (20%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
June 9, 2025
Penyampaian isi buku yg menarik. Kupasan banyak dari sudut bahasa dan sirah. Ada mindmap di setiap permulaan topik. Pembaca mudah untuk lihat flow surah. Sangat membantu utk bimbing hafazan surah.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.