Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kita Akan Baik-Baik Saja: Belajar Berdamai Dengan Rasa Insecure Melalui Refleksi Surah al-Dhuha

Rate this book
Nabi Muhammad SAW juga seperti kita, pernah lost, tak tahu nak buat apa. Pernah rasa insecure, semua orang memusuhi Nabi. Pernah rasa takut sangat - setiap penjuru ada bahaya yang menanti.

Allah turunkan surah yang indah ini, Surah al-Dhuha, di tengah-tengah gusarnya jiwa seorang Baginda, untuk menenangkan, merawat, dan mengajar Baginda apa ertinya menyerah ketika kita merasa sedang kalah.

Insya-Allah... di balik setiap ayatNya yang begitu menusuk, dan maknanya yang benar-benar memujuk, kita belajar untuk berdamai dengan rasa takut, rasa insecure, dan perlahan-lahan kita sembuh dengan Surah al-Dhuha.

Paperback

Published January 1, 2023

5 people are currently reading
42 people want to read

About the author

Muhammad Syaari Ab. Rahman

32 books120 followers
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (68%)
4 stars
13 (29%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
June 17, 2024
Kita akan baik-baik sahaja.

Kerana Tuhan selalu bersama kita. Kerana Tuhan tidak pernah meninggalkan kita.

Buku ini adalah campuran antara tafsir dan refleksi Surah Ad-Dhuha: surah yang diturunkan istimewa buat memujuk Rasulullah S.A.W di saat baginda berada di titik terendah.

Di saat “terputusnya” wahyu, sehingga musuh Islam jahat menuduh bahawa Allah meninggalkan Muhammad .

Nabi Muhammad juga seorang manusia. Baginda melalui fasa lost, bingung, tak tahu nak buat apa. Baginda juga pernah rasa takut kerana di setiap penjuru ada bahaya menanti.

Allah turunkan surah indah ini, di saat gusarnya jiwa seorang Nabi: untuk menenangkan, merawat dan mengajar Baginda bahawa jangan berputus asa.

Hidup ini akan ada graf naik turunnya. Setelah gelap malam menyelubungi, nanti pagi akan terbit juga.

Allah sentiasa ada, dan kita akan baik-baik sahaja.

Jika dahulunya sewaktu kecil, kita membaca Al-Quran sebatas tahu mengaji huruf, dan membaca terjemahan.

Bila dewasa, umur di mana segala ujian dan fitnah membadai; mengajar kita tentang realiti kehidupan; Al-Quranlah menjadi pedoman.

Di usia kita susah dimatangkan pengalaman dan pemahaman, saya fikir, inilah masanya untuk kita berusaha upgrade diri, dari sekadar membaca kepada memahami ayat-ayatNya.

Terima kasih Ustaz @syaariabrahman untuk naskhah ini: yang memudahkan orang awam seperti kita untuk memahami makna mukjizat agung ini.

Fenomena healing yang membadai industri buku negara 3-4 tahun terakhir ini menerima pelbagai reaksi: majoritinya negatif.

Namun, naskhah ini - berbanding mengecam tanpa menawarkan sebarang alternatif - cuba mengisi dan menjawab akar permasalahan sebenar.

Kerana healing itu, pada saya, hanya simptom. Ada “penyakit” yang lebih parah tersorok dan sedang membarah di kalangan manusia, lagi-lagi setelah terbungkam lama sewaktu COVID-19 dahulu.

Mari belajar tentang Ad-Dhuha di sini > https://s.shopee.com.my/AKFUmcb7qM


#kitaakanbaikbaiksaja #alqurantafsir #addhuha #malaysiamembaca
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
February 5, 2024

Kali ini saya memilih membaca buku ini, kerana saya suka Surah Ad Dhuha, dan kerana editor dan penerbit buku ini ialah pasukan Tentang Kita. Dan mungkin juga kerana ada sentuhan seorang Hafizul Faiz.

Buku ini nipis sahaja sebenarnya, tulisan perkataan di dalam muka suratnya pun tidak lah penuh. Tetapi ambil masa juga saya nak menghabiskannya. Yang saya sangka boleh tamat dengan sekali duduk, akhirnya jadi kena berkali-kali duduk.

Mungkin kerana gaya olahan buku ini yang memerlukan kita sendiri membuat refleksi. Ini bukan macam buku tafsir atau tadabbur yang biasa dikeluarkan syarikat penerbitan kami, ini buku yang telah disesuaikan untuk dibaca pelbagai peringkat masyarakat dengan pelbagai masalah.

Buku ini kategori ‘self-healing’, yang cuba merawat dan memujuk. Tetapi paksi dan asasnya ayat Ad Dhuha, dengan kupasan menarik dari sudut bahasa dan penggunaan perkataan-perkataannya. Menjadikan kita akan lebih menghargai, surah yang kita hafal sejak kecil ini.

Buku ini juga akan menyebabkan kita sepatutnya semakin dekat, semakin mencintai Rasulullah SAW. Tauladan dan contoh terbaik pelbagai segi untuk kita, yang bukan sahaja Nabi tetapi Baginda adalah manusia.

Ya, rasa ini yang paling dominan ketara saya rasai, rasa sangat berterima kasih kepada Baginda, rasa kasihan kepada Baginda, rasa betapa banyak derita yang Baginda lalui demi menyampaikan risalah ini buat kita.

Ad Dhuha adalah hadiah dari Allah SWT buat Baginda, dan Baginda menghadiahkannya buat kita.

Satu sahaja yang saya kurang puas hati sedikit tentang buku ini ; harganya 😂.

Namun, kita akan baik-baik sahaja, kerana kita ada Ad Dhuha.

Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
June 3, 2024
Buku Ustaz Syaari tentang Surah Ad Dhuha. Surah yang biasa kita baca tetapi sangat hebat! Surah yang pernah mengubat duka Nabi.

Tentunya penawar juga untuk kita!
Profile Image for Edziani Nabila.
57 reviews10 followers
January 31, 2025
"Renungkanlah, wahai setiap yang berduka, Allah SWT menyukai kita menjadi speerti matahari yang aktif menyebarkan manfaat pada orang lain. Jangan tenggelam terlalu lama dalam kepiluan hingga hilang ceria dan potensi diri."

Saya akui pada mulanya saya agak skeptikal dengan buku daripada Tentang Kita, tapi setelah membaca penulisan Ustaz Syaari dalam Kita Akan Baik-Baik Saja, benar-benar terkesan dan menyentuh hati keras saya.

✨️ Buku ini membawa saya menyelami Surah al-Dhuha dengan cara yang sangat berbeza—lebih dekat dengan emosi dan pengalaman hidup.

✨️ Ustaz Syaari bukan sekadar menghuraikan maksud ayat, tetapi membimbing pembaca untuk merasai ketenangan yang Allah sampaikan melalui surah ini.

✨️ Saya turut tertarik dengan subtopik keajaiban struktur ayat surah Al-Dhuha di mana corak ayat menaik dan menurun dalam surah tersebut merupakan simbolik bagi kehidupan manusia yang sentiasa ada turun naiknya.

✨️ Gaya bahasa yang santai, disertai dengan contoh kehidupan sebenar, sertai dikaitkan dengan sirah Nabi SAW menjadikan pembacaan lebih menyentuh jiwa.

✨️ Jika anda pernah merasakan diri tidak cukup baik, merasa terasing, atau kehilangan keyakinan diri, jawapan yang anda perlukan mungkin ada dalam naskhah ini.

"Dan untuk aku dan kamu, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada. Renungilah hikmah surah Dhuha ini dan insha-Allah kita akan baik-baik saja."
Profile Image for Saadah.
54 reviews20 followers
June 23, 2024
Buku ini sarat dengan jiwa dan refleksi yang positif. Ia berkisar tentang Surah al-Dhuha yang merupakan antara surah terawal turun di Mekah sebagai ubat dan pujukan kepada Rasulullah SAW. Kandungan buku terbahagi kepada tiga: Prolog, Tafsir, dan Refleksi. Penulis memang bijak mengupas ayat dengan segar, penuh dengan kupasan bahasa, dan dikaitkan dengan isu yang dihadapi ramai dalam mengubat jiwa dan ketahanan mental.

Setiap manusia berhadapan dengan 'al-Dhuha' dan 'al-Layl' juga 'Badar' dan 'Uhud' yang saling berganti, supaya kita mampu mengawal emosi. Kata penulis, ungkapan 'al-Dhuha' dan 'al-Layl' juga mengajak kita untuk melihat kisah semalam sebagai cahaya dan jangan menghukum dalam keadaan gelap.

Ingatlah bahawa Tuhan tidak akan pernah meninggalkan hambaNya.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
January 23, 2024
Rating sebenar : 4.2/5.0 ⭐️

Menarik, saya suka dengan anotasi-anotasi dan nota-nota kecil berwarna hijau di dalam buku ini. Ada juga info-info yang saya baru tahu. Bahasa yang digunakan dalam buku ni tidak begitu formal jadi rasa macam tidak begitu berat untuk hadam (namun saya prefer jika ia disampaikan dalam bahasa formal sepenuhnya)

Part yang paling menarik bagi saya adalah di penghujung buku di mana ditunjukkan perkaitan ayat-ayat di dalam surah Ad-Dhuha (Eg : ayat 8 dan ayat 11 seingat saya dan selanjutnya)
Profile Image for Liana Taj.
24 reviews
August 9, 2025
Buku ini merupakan tadabbur dan refleksi penuh makna terhadap surah Ad-Dhuha. Surah ini mengandungi 11 ayat yang sarat dengan kasih sayang dan pujukan daripada Tuhan kepada hamba-Nya.
Setiap ayat dalam surah ini dihuraikan satu per satu oleh penulis dan membawa kita menyelami peristiwa yang menyebabkan turunnya wahyu ini.
Menurut jumhur ulama tafsir, surah Ad-Dhuha diturunkan untuk memujuk Nabi SAW ketika wahyu terhenti buat seketika. Ketika itu, Ummu Jamil, isteri Abu Lahab, mengejek Nabi SAW bahawa kononnya baginda telah ditinggalkan Tuhannya. Lalu Allah SWT menurunkan surah ini sebagai pujukan dan janji bahawa segalanya akan baik-baik sahaja.
Apabila kita belajar tadabbur, kita mula menyedari betapa indahnya susunan dan pemilihan kata dalam Al-Quran. Misalnya, mengapa Allah bersumpah dengan waktu dhuha dan malam dalam surah ini? (silalah baca buku ini untuk tahu jawapannya)
Surah ini juga mengajar tentang kesementaraan. Tiada satu pun di dunia yang benar-benar milik kita. Segala yang kita miliki hari ini hanyalah pinjaman daripada Allah. Dan bila-bila masa sahaja semuanya boleh diambil semula.
Surah ini juga boleh dikatakan sebagai penawar bagi hati yang gundah dan masalah depresi. Bila hati rasa berat, bila dunia terasa sempit, surah ini hadir sebagai pujukan terus dari Yang Maha Mendengar.
Jika kita sedang bersedih, bacalah surah ini.
Tiadalah pujukan yang lebih menyembuhkan, selain pujukan daripada Rabb mu sendiri.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ♡ Aliah ⸜( ˃ ᵕ ˂ )⸝♡.
65 reviews2 followers
June 18, 2024
'Buku healing' that came at the right time. This book is like a cubit2 manja or a 10-minute straight bebel from my mom and a warm embrace afterwards.

Would I recommend that you get this book? Definitely! But it's a must-read, not a must-buy haha. If you can get a preloved copy, it would be nice. Save the earth, people! <3 Also, save your money hahaha.

Okay on a serious note, please please read it. I teared up several times. Also, this book would be very helpful to those in need. To the ones who are feeling helpless, hopeless, useless, and most importantly lifeless :) Later you can try to find other materials or lectures online that talk about Surah Ad-Dhuha. It's beautiful I promise.

P.s. To dear self, baca quran every day tau. Satu muka surat pun takpe. Solat on time. Do it even if you are lazy (if u believe u are lazy la). Never ever tinggal solat. Don't ever think about it.

#1M1BC
#aliahreads2024 #16
Profile Image for Linda Tahir.
99 reviews
May 16, 2025
Jika pernah rasa keseorangan atau rasa sedih untuk apa2 sebab, bacalah buku ni. Ia akan membuat kita lebih memahami impak surah Al Dhuha dan kenapa surah itu antara surah yg terbaik utk kita baca ketika kita merasa “down”.

Penulisan Ustaz Syaari tidak pernah mengecewakan. Seperti memujuk dan mengingatkan kita yg Allah sentiasa ada, dengan cara memahami maksud surah al Dhuha dgn lebih mendalam diselitkan dgn sirah Nabi SAW. Yg paling saya suka adalah “catatan2” ringkas spti nota2 penulis di tepi2 perenggan yg memberi penerangan lebih tentang sesuatu perkara. Ada juga ayat2 yg diwarnakan agar ia memberi lebih kesan kpd pembaca. Tidak mustahil kalau ada yg tanpa sedar, menitiskan airmata ketika membaca buku ini.

Rating saya: 5⭐️

4 reviews
March 7, 2024
Buku ini benar-benar membuatkan mind-blowing. Saya dapat merasakan ketenangan apabila lebih memaknai surah al-Dhuha.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
May 28, 2024
Huraian surah ad-Dhuha dengan cakupan yang luas, diselitkan beberapa aspek kajian tafsir, sirah dan bahasa Arab. Hasilnya adalah tadabbur yang sangat relevan dengan situasi moden.
Profile Image for Norhidayati Podari.
17 reviews
June 11, 2024
Good explaination about surah Al-Dhuha. Penceritaan yang menarik. Dari satu ayat ke satu ayat. Sangat mudah difahami.
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews6 followers
June 24, 2024
Alhamdulillah best sangat.. gaya bahasa lembut.. mmg mendamaikan..
Profile Image for Haikal Iqbal.
25 reviews
December 30, 2024
Secara peribadi, ilustrasi atau reka bentuk "conteng-conteng" pada setiap halaman muka surat memang sukar untuk membuatkan saya baik-baik saja.
Profile Image for Nurul.
2 reviews
September 12, 2025
Emotional. May Allah never leave us even in a blink of an eye. Aamin

Allah loves us just as Allah loved Rasullulah. May Allah keep us steadfast in His deen. Aamin
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.