Jump to ratings and reviews
Rate this book

Masih Berharap

Rate this book
“Yang dinamakan cinta itu, bila dua hati saling sayang menyayangi.”

Selama ini Wirda sangka hati dia dan Emir memang di saluran yang sama. Tapi rupa-rupanya dia bertepuk sebelah tangan. Ikatan suci yang wujud antara mereka akhirnya terputus.

Dua tahun Wirda bawa diri; belajar untuk sayangkan diri lebih daripada orang lain; belajar jaga hati sendiri lebih daripada jaga hati orang hingga dia berjaya bangkit daripada kesedihan.

Tapi...

“Emir Rizwan? Mr Hot and Smexy a.k.a ex hubby kau tu, cari kau semula?”

“Ya.”

“Tapi kenapa tiba-tiba?”

Soalan si bff tak mampu dijawab Wirda. Dua tahun dah usia perpisahan mereka, kenapa tiba-tiba Emir
muncul semula?

Wirda cuba menjauh, Emir makin mendekat. Tatkala hati dah mula tercuit kembali dengan tingkah Emir, satu perkhabaran yang diterima buat Wirda tergamam.

“Ini sebab sebenar you muncul semula depan I, kan?”

“I’m so sorry, baby.”

“How could you, Em? How could you?”

Apa rahsia yang disimpan Emir sebenarnya? Mengapa Emir masih berharap sedangkan dulu dia yang memilih untuk berpisah?

340 pages, Paperback

Published January 1, 2023

2 people are currently reading
22 people want to read

About the author

Farah Husain

35 books209 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (34%)
4 stars
18 (56%)
3 stars
3 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,113 reviews204 followers
March 21, 2024
Maaf F lagi tertarik dengan kisah Dato Ali dan Wirda. Bukan tak best watak Wirda dan Emir. But watak Emir tu mula² buat F kurang berminat.

Wirda seorang yang cekal.. dia suka Emir tapi Emir tak suka dia. Emir salah masuk meminang.. Wirda ingat untuk dia tapi untuk orang lain.. perkahwinan terjadi jugak sebab Emir pun tak betulkan keadaan.

Siapa tak sedih bila dengar orang yang kita cinta cakap "its a mistake".

Diaorang cerai. Tiba² Emir cari balik Wirda. F suka bila Emir sedar salah dia.. Emir sedar hes falling in love dengan Wirda. Sampaikan dah kahwin balik dengan Wirda pun, jealous Emir tu kemain menjadi² nak² kalau Eddy muncul.. baca komen netizen pun Emir berasap 🤭 how sweet!

The ending - F almost nak rasa down bila Emir jual studio Wirda. Ingatkan Wirda follow jejak langkah arwah ayahnya.

“I love you, Wirda. Now and forever...”
“I love you too, Emir. Back then, now and forever.."
Profile Image for Amal Lee.
280 reviews33 followers
January 27, 2024
Fast paced. Awal bacaan terasa agak annoyed dengan perangai hero yang ntah-apa-ntah suka memaksa. Ishh rimas. Hubungan tarik tali antara Wirda dengan Emir pun bagi saya agak ermmm so-so-lah. Dan, sebenarnya sewaktu membaca cerita ini saya lebih tertarik dengan latar belakang cerita hubungan antara Wirda dengan ayahnya berbanding hubungan antara watak utama.
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
August 7, 2024
WEHHH????? LURVE GILA??????

even aku rasa macam cepatnya habiss tapi CUKUP RASA LA SEMUA the backstories the character development the angst the vibe THE FREAKING MR HOT AND SMEXY EMIR RIZWAN???? dont you just love ml character after divorced when he chase her back, fight for her, the way he treats her wayyy better, the sayang the baby??? ARGHDHDJSJDJ walaupon merah awal tu tapi hot for what sirrr😮‍💨

and my wife WIRDAAA SO MOTHER loving her after divorced character where she was more bold and firm tu yang emir lagi head over heels tak bangun bangun dahh HAHAHA i understand why it was so hard for her to open her heart back hence i actually wanted to see she makes emir grovel more tapi nanti jadi meleret pulak kan agaga

and aku suka plot tentang wirda dengan ayah dia nokkk sedih😭😭hits so hard tentang kita kena hargai masa yang ada dengan orang yang tersayang ego takkan bawak ke mana'(( and as a child kita pon kena faham love language parents kita and tak salah untuk kita ajar parents kita punya love language. we all human, everyone has a different way of expressing and receiving love✨

ngl this is first time aku baca buku FH and it reminds me a lot to RA! not entirely sama but you can feel their writing style and narative got the same vibeee

4.8/5🌟 for this book PLEASE READ IF YOU HAVENT
Profile Image for sooa.
67 reviews4 followers
April 4, 2025
4.5/5

this book buat i hooked dari awal sampai habis even this is my first time baca karya FH. oofhh rasanya macam dah lama tak baca buku yang second chance trope. i love the storyline and the tropes; divorce, second chance, independent cold-hearted fl, ml with full efforts to winning her love and chase her back, the angst, the tension between mc— lurvee and best gilss?? SUMPAH RASA TAK PUASS

lurvee dengan dedua mc punya watak walaupun memula tu geram dengan emir yang sangat jerk and red flag, but his character developments flows smoothly issa chefkithh. his efforst nak dapatkan wirda balik tuu and the grovelss— BRO IM SOLDDD tau tau i dah tak nampak merahnya. kena la dengan gelaran mr. hot and smexy beliau hahah. paling suka setiap kali emir yang sentiasa ada dengan wirda sedih setiap kali simptom dementia ayah dia datang🥹🫶🏻 andd panggilan manja from dear to sayang to baby?? JDHDKSKSJ BRO SHUTUPP I KNOW IM SINGLE and another part emir jealous dengan komen kat wirda punya posting ig hujung hujung tuuu afdjdlskjkdjsfzvx COMEL GILA SIOTT aih takleh haku mamat ni

wirda; sheeshh i love her so muchh. the ‘new wirda’ more stronger dan lagi keras hati langsung tak bagi peluang kat emir yang duk terkejarkan dia. bak kata hanna wirda so daringg jsdjshsh reall sampai kita yang baca pun head over heels macam emir lol. she literally atee with her character tho mother is mothering gurll💋💅🏻

tapi bila part conflict wirda dengan ayah dia— i terkedu jap. the angst was hits diff ngl me as someone yang tak berapa ngam dengan ayah sendiri, i boleh faham apa yang wirda rasa. tapi untuk wirda, i rasa lagi sebak lepas tahu kenapa ayah dia layan dia macam tu. it was so heartbreaking for me ‘)) buku ni buat i sedar yang kasih seorang ayah itu mungkin berbeza beza untuk setiap anak perempuan mereka. we never know apa yang sebenarnya yang terpendam dalam hati seorang ayah itu.

sangat suka dengan chemistry between emir and wirda tak cringe tapi manis itu ada. jalan ceritanya dan plot yang nice, backstories yang cukup buat cerita tak lohong langsung, the side characters; nadia and mama ika yang bagi aku step-family with good enviroments yang ‘aman damai’ i mean less with another drama la haha.

i beli dan baca buku ni with zero expectations sebab i cuma teracun dengan tropes tapi tak expect storyline pun best and fast paced. sukerr citer ni bagi aku best gilss.
cumanya, maybe kena improve part editing and typos everywhere sebab mengganggu sikit pembacaan but ngl the writing isso good.
Profile Image for fi🧣.
58 reviews11 followers
December 20, 2024
dah lama habis baca baru rajin nak up review kat gr

URGSHHDS another divorce trope that i loveeee in the list! 😫🫶🏻 I did put high expectation as I saw a lot of good reviews about this book but that was months ago. So, I sendiri ingat2 lupa what caught my attention to buy this book. When I belek dekat booth Byline time PBAKL, what got me buying without thinking twice is the blurb— 😳 i saw the word “ex-hubby” and ooffff i ain’t let this pass. SECOND-CHANCE ROMANCE IS MY MEAL SINCE FOREVER! THIS BOOK REALLY SUITS MY TASTE AS WHAT I’D ALWAYS EXPECT TO READ IN A SECOND-CHANCE LOVE TROPE

I suka penulisan kak Farah🥹 Tak perlu berpuitis dan berbunga-bunga but it has its own charms, gitu ayat ko😂 but no game i really really love kak Farah’s writing style. Senang faham, kena dengan tekak pun ya. As a malay fiction reader, I suka writing style yang gunakan perkataan di sebalik dengan apa yang selalu kita baca walaupun penulisan dia santai (faham tak😔) so I senang acknowledge perkataan baru! 💡

Flow and the idea of this ENTIRE book— i didn’t expect it to go that way. mind this book is a lil bit sexyy🫣 ada part yang buat i jaw dropped sekejap like oh damn gurl that’s daring. I was thinking, apa yang membuatkan Emir cari Wirda balik lepas bercerai 2 tahun yang lalu? Plot twist dia sedih sangat tau🥺 and when that happened, I understand both sides—Emir yang takut kehilangan Wirda sekali lagi dan Wirda yang takut untuk letak kepercayaan kepada Emir sekali lagi💔

THE ANGST— though some people would think I’m exaggerating (pain orang kan lain2) but i’d always love it when the angst is related to family or something that I can relate. Idk if I was being too emotional but I sobbed tiap kali muncul scene papa Wirda after they know the truth🤧 I put myself in wirda’s shoes… i would feel lost and numb too if that happened to me.

not to forget the flashbacks during their past marriage, ngilu je hati ni baca POV Wirda. Emir was a jerk. Memang bagus sangat rayuan dia tak dilayan dengan Wirda the whole time they were in Sabah tu🙄 BUT THE GROVELFHUDHFUFUF 😮‍💨😮‍💨😮‍💨🫶🏻 Walaupun kesalahan Emir tu taklah besar sangat sampai I harapkan dia melutut, but I WISH THERE WERE MORE SCENES OF HIM BEGGING TO WIRDA TO ACCEPT HIM BACK IN HER LIFE😔 I wouldn’t say Emir is fully a red-flag guy tapi dia beige flag. Awal2 tu memang nampaklah 🚩 dia but issokay sebab kau hot so i’ll turn into a bilnd eye ya🥰

I suka the environment between Wirda and her step-family. Not that typical evil step-mother-and-sister persis Cinderella hahah but their relationship is clean🫶🏻 some might point out the main leads’ characteristic but i want to say that i love Nadia’s personality! To have a sister like Nadia is such a bless. Kesalahfahaman antara keluarga yang kak farah ketengahkan dalam cerita ni buat i rasa nak reflect myself and look through the times i’m spending with my family again🤍

i’m such a loser if i don’t include my girlcrush in this review— Wirda’s character development issa chefkiths. She changed after the divorce and Emir loves the changes👀 from a timid and quiet to the outspoken and daring Wirda🫦 her monologues everytime Emir came back lepas dah kena halau and reject berkali2 HAHAHA SUMPAH LAWAK😭 QUEEN IS QUEENING☝🏻

I tak tahu kenapa I tak beli buku2 kak Farah yang lain time PBAKL kenapa i grab MB je ahfjdhfjd i’m regretting my life decision HAHA JK kalau ada rezeki lebih, kita pinang anak kak Farah yang lain. Kak @farahusain kena bertanggungjawab sebab saya dah jatuh cinta dengan penulisan akak ni🤧🫶🏻
Profile Image for Elurine.
91 reviews2 followers
September 9, 2024
Satu kata utk buku ni, TAK PUAS. Tak puas nak baca kisah Emir–Wirda. Dia mcm dah cukup kisah dua org tu sbb ending dia sangat comel family diorang complete bahagia. Tapi I’m craving more sweetness from them 😔. Emir patut bagi ayat gula gula biar Wirda jatuh tergolek golek dkt dia tapi walaupun Emir manis dlm tegas pun Wirda dah jatuh cinta bergolek golek dkt dia. Haih lurve betul dgn Emir ni.

Emir ni mula mula jual mahal, ego tak suka tapi hakikatnya dia pun menahan diri. Menahan diri dari melukakan insan yg tak bersalah. Alih alih sebenarnya dia dah gila bayang dkt janda dia sbb duk perhati Wirda thru socmed. Mula mula niat lain, lah lain jadinya bila berdepan empat mata dgn ex wife. Disebabkan Emir seorang lelaki yg sukakan cabaran, lagi Wirda menjauh, lagi Emir mendekat sampaikan Wirda sendiri takde peluang utk lepaskan diri utk kali kedua. Tapi paling kelakar, Emir ni boleh tahan kuat cemburu 🤣 nasib baik masih bertempat. Cuma Wirda lah pening kepala nak layan cemburu Emir tu hahahahaha

Kehidupan Wirda sedih. Semuanya bermula selepas penceraian dia dgn Emir. Tapi kalau penceraian itu tak terjadi, Emir sendiri takkan pernah sedar cintanya buat Wirda. Bukan mudah utk Wirda lupakan cinta pertamanya. Sekali dia cinta, lama terpahat di hatinya. Tapi sekali dia dah move on, masaklah si Emir tu nak pikat janda dia balik 😂

Konflik yg tidak begitu berat. Percintaan yg matang antara suami dan isteri. Tak bergaduh dgn hal yg remeh sbb salah seorang cepat sedar akan kesalahan masing masing. Cepat bertindak utk membetulkan keadaan yg tegang. Masing masing matang pada usia, sesuai dgn usia masing masing dlm buku ni. Bila seorang dlm masalah, seorang akan cuba utk tenangkan pasangan dan sebaliknya.

Apapun tak puas baca kisah Emir dgn Wirda tapi sebenarnya cukup je rencah dlm cerita ni. But I want more 😔🫶🏻. Biar Emir lagi sengsara tapi alasan alasan yg Wirda utk terima Emir tu pun dah cukup kuat dan Emir dia mmg haih jatuh cinta lah dgn Emir yg berwajah baru ni. Sekali dia tekad, dia takde nak patah balik dah. Dia terus maju ke hadapan dgn skil memikat dia pastu kata kata dia seiring dgn perbuatan dia, mmg suka dooh lah dgn Mr Hot and Smexy ni 😩🫶🏻


Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
December 15, 2023
Emir ~ "I wish I can be your favorite place to visit when your mind searches for peace, Wirda."

Wirda ~ I ada terbaca, ketika kita memaafkan orang lain, kita sebenarnya memberi ruang pada luka hati kita untuk sembuh lebih cepat. I don't know if it's true, but I like to try.

*****

Dah lama habis baca tapi baru nak beri sepatah dua kata. Lepas baca MB ni, I tarik nafas lega tau. Penantian I untuk baca cerita daripada karya asal 'Hey, It's Okay' ni akhirnya tercapai.

Mula-mula saya terfikir kenapa Kak Farah tukar tajuk Masih Berharap ya? Owh ni mesti sebab Emir masih berharap untuk get back balik dengan Wirda setelah dua tahun mereka berpisah. Tapiiii... rupanya masih ada maksud di sebalik 'masih berharap' itu. Yang bikin hati saya menangis. 😭

Watak Em masa awal-awal cerita memang annoying sangat. 😅 Tapi bila lama-lama kita boleh nampak kesungguhan dan betapa dia bersalah dengan apa yang berlaku dalam hubungan dia dengan Weird selama ni. Dan salah satu niat murni dia adalah untuk menyatukan 'hati-hati' yang dah lama retak. Hati-hati itu merangkumi apa yang terjadi dalam family Wirda. Kalau nak tahu kenalah baca sendiri. 😉

I love you, Weird! Hati dia sungguh kental. Memang berada di tempat dia tak mudah. Selain ku kesian dengan hubungan dia dengan Em dahulu, ku lagi kesian bila ada salah faham antara dia dengan orang yang paling dia sayang. Ku tak boleh betul kalau cerita fasal hubungan anak dengan ayah atau anak dengan mak ada dalam novel. Tahap kecengenganku akan meningkat. 😭 Mengharap orang sayang kita ni kadang menyakit. Tapi kalau boleh kita nak kekalkan berharap tu sampai bila-bila sebab dia adalah orang yang kita paling cinta.

Bila sampai dekat Epilog ceritanya, hati saya merusuh kejap. Sempat terdetik dalam hati, 'wehhh biar betul Kak Farah nak buat ending macam cerita #Ailovestory ke?' Dalam hatiku berharap lagi, tolonglah jangan... nanti aku boleh kemurungan. 😢 (hahaha.... terlebih overthinking) Cerita Aidid dgn Iman dulu sangat memberi impak dalam hidupku. Sampai sekarang tak boleh lupa. 😅 Tapi fuhh, selamat! Kebahagiaan itu masih berpanjangan.

Yelah, sebelum bab Epilog tu, Weird keluarkan ayat yang buat saya berdebar. Mana tak merusuh hati saya saat membacanya. 😌 Saya takut Wirda akan ikut jejak langkah Dato Mohd Ali.

"But it can happen, Emir." - Wirda

"Wirda ... I tahu you takut. And guess what? I sendiri pun takut, Wirda. I sangat ... sangat takut kehilangan you. So, please, sayang. Stop thinking about this." - Emir

But, worry not ... pengakhiran kisah mereka buat I menangis jugak, tapi menangis bahagia. 😍

Thank you Kak Farah Husain sebab memenuhi harapan saya untuk siapkan kisah Emir dan Wirda ni setelah sekian lama. Saya dah boleh simpan kemas-kemas kisah mereka dalam hati. 😘

Dan ingatlah, korang tak rugi pun kalau masih berharap. Sebab harapan itulah yang membuat kita kuat dalam menghadapi apa jua ujian hidup yang mendatang. Akan ada pelangi selepas hujan. Sinar kebahagiaan itu akan datang selagi masih ada harapan. 😊

Ps: ku suka cover MB ni. Kredit to Kak Moon. Cover-cover yang Kak Moon Leeya Zafrina buat semua lawa. Sedap mata memandang. 😁
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books107 followers
April 29, 2024
penulis seorang ni, kepakaran beliau membuai rasa pembaca. boleh senyum sorang-sorang, berdebar sorang-sorang. sebak rasa nak nangis sorang-sorang pun ada.

wirda disisihkan oleh papa sendiri daripada dia kecil lagi. anggapannya sebab mamanya meninggal selepas melahirkan dia. dan bila papanya berkahwin dengan mama ika, dia makin rasa menjauh sebab papanya meladeni kedua-dua iaitu isteri dengan anak tiri dengan baik sekali.

kemuncak bila dia bercerai dengan emir. papa menyalahkan wirda hingga buat wirda keluar dari rumah.

tahun berlalu. emir kembali dari dubai dan mula mencari wirda. pada awal dia punya agenda tapisetelah bertemu kembali, emir tak dapat menolak rasa yang dia sebenarnya cintakan bekas isterinya itu. cuma tak mudah untuk meyakinkan wirda.

akak suka dengan olahan dan susun atur cerita. semuanya berkembang dengan cantik. wirda si cantik manis tetap ada ketidak sempurnaan sifat. dia meluru, banyak buat tanggapan sendiri daripada mendengar. itu sebab ada masa dia salah buat perhitungan. emir juga, bukanlah hero yang sempurna. di sebalik wajah tampan dia juga sangat kuat cemburu.

penulis kali ini bawakan topik dementia. part ni memang sebak juga baca. walaupun akak tak pernah hadap direct pada mereka yang alami, tapi cara penulis menceritakan buat sama rasa pedih bila orang yang tersayang tak ingat pada kita. wirda bantu cipta kenangan pada mereka yang punya ahli keluarga yang menghidap dementia.

jangan tunggu hilang baru menyesal.
Profile Image for Ika.
25 reviews
August 19, 2024
Sebenarnya dah baca dua kali untuk naskah ni. Dua kali baca, dua kali juga la meleleh air mata ini sobs. Sedih yang menyentuh hati :'). Yang penting bukan sedih sebab orang ketiga ya. Itu yang lurveeee cerita ni.
Profile Image for hydrangea 🪽.
21 reviews4 followers
September 12, 2024
4.2/5

usually, i’m not into second chance trope. it depends on the character’s mistakes. if it’s something unforgivable, sorry, i won’t tolerate with it. but if the mistake is something that can be forgiven, then why not? this book is about a guy named Emir who’s trying to get close to his ex wife, Wirda. their previous marriage happened out of pressure and Emir wasn’t realise his feelings at the time. as for Wirda, she fell in love with him at first sight even before they got married.

after being apart for 2 years, Emir comes back trying to win Wirda’s love again. not for Wirda, she has learned from her past mistakes. her character has changed and she’s now focused on prioritizing her own feelings. but what she doesn’t realize is that her love for Emir still lingers deep in her heart.

for me, both characters have their own struggles and pain. they’re both trying to stay strong and learn from their mistakes. i appreciate how the author portrays these characters as imperfect and realistic, unlike many other books with the same trope. the scenes where Emir tries to reconnect with Wirda don’t come off as cringey. not to shade other books, but often ml is written as overly dominant or creepy. suruh bodyguard sana sini cari la apalah. unlikely with Emir. I can see how he’s genuinely seeking forgiveness and peace for Wirda when they’re together.

i totally get Wirda’s feelings. her character doesn’t give off that “damsel in distress” vibe. she’s smart and try to changed her lifestyle after the divorce. she’s not weak or overly fragile despite all the issues with her ex-husband during their marriage and her strained relationship with her father. she even didn’t have anyone to lean on, but she still managed to survive and thrive on her own.

the moment he realizes what he’s lost, the grovel scene delivers everything I wanted. Emir doesn’t just apologise,he reflects deeply on how his actions impacted wirda. he doesn’t expect immediate forgiveness either, which is crucial. instead, he works hard to earn her trust back, proving that his remorse is more than just words.

Wirda's response is equally compelling. she doesn't cave immediately and her hesitation is realistic given the hurt she endured. but as Emir shows consistent change and understanding, their reunion feels fully deserved.

one thing I can conclude from this book is that divorce aren't easy and shouldn't be taken lightly. communication and learning to truly understand your partner are crucial. don't wait until it's too late to regret it.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zulaika.
122 reviews11 followers
January 21, 2024
Lurve buku ni, second chance romance + family conflict

Memang seksa perasaan sendiri bila baca, nasib baik happy ending
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
297 reviews16 followers
December 21, 2024
Wish Emir grovel more sbb I want to see more of the love story. The part yg Wirda simbah Emir dgn Mocha tu deserve a standing ovation because I aldy did it in my mind first as soon as he started to open his mouth lol
The audacity of this guy 😑
1 review
August 23, 2025
Trope: She fell first but they both fell harder.

After 2 years senyap sepi tetiba ur ex husband datang and
“I want you back.” What the hell!!?

Act at first tu memang as a reader sangat lah skeptikal dengan watak si Emir ni. Emir ni pinang anak Dato Ali. Tapi Dato Ali tersalah faham. Emir dia berkenan dekat Anak tiri Dato Ali Nadia, so to act gentleman dia terus jumpa Dato Ali. So Dato Ali say ok. Then baru Emir jumpa Nadia bagitahu. Tapi Nadia tolak sebab dia tak bersedia pon nak tamatkan zaman bujang dia, banyak benda yang dia belum capai lagi.


Dato Ali pulak ingat Emir suka kat Wirda, so dia bagitahu Wirda yang Emir melamar Wirda, wirda ni dia memang dah suka Emir. So dia terima. Tapi bila baru kahwin wirda dah dengar yang Emir ni sembang dengan kawan dia Azri yang dia rasa menyesal dengan perkahwinan ni , dan Wirda pon baru tahu bukan dia sebenarnya yang Emir nak lagilah dia broken, hati dia retak.

After one year wirda minta cerai, Emir menolak pada mulanya, then kali kedua Wirda minta cerai Emir said Okay, ada sebab lah kenapa yang kali kedua tu Emir nak lepaskan Wirda. Actually, saya sangat-sangatlah teringin nak baca if ada POV Emir, sebab geram jugak dengan perangai dia tu. Emir ni sangatlah lelaki ego even lepas bercerai pon dia cari Wirda lepas Dato Ali minta tolong dia. Lepas jumpa kali kedua baru dia deeply fall in love. Itu pun dia awal-awal dia buat ikut kepala dia je nak kawal Wirda, dia buat macam Wirda still his wife. Aishh geram je aku. Wirda pon sejenis wanita yang lembut hatinya. Sebab dia memang masih sayang Emir.

Besides kisah Emir n Wirda ni , novel ini banyak menceritakan tentang ketegangan hubungan anak ayah antaran wirda dan Dato Ali. I’m deeply touched by the way kak Farah story tentang perasaan Wirda, surat Dato Ali. I was so touched that I couldn’t stop crying.

Then Emir n Wirda ni bernikah semula. Love how Emir bersungguh bersabar menjaga Wirda, how Emir always meyakinkan Wirda yang dia truly in love with his wife. Second chance yang worth it lah.


Jatuh cinta dengan penulisan kak Farah ni sebab saya suka olahan cerita dia, cukup rencah semua. Ayat mudah difahami. Terkadang cerita cliche, tapi sebab writer tu pandai mengolah ayat dia membeli jiwa pembaca, karya dia menjadi karya yang bagus. Kak Farah did very well blended her words beautifully into her manuscript.
Profile Image for Mika.
20 reviews
December 31, 2023
Kenapa comel sangat kak cerita ni 😠😠? Lepas baca, rasa geram pula dekat Emir. Sampai hati Emir buat Wirda macam tu. Tapi jangan risau. Heroin dalam cerita ni tak lembik. Kuat melawan juga. Itu yang kita suka.
Cuma part ayah wirda ada sakit tu, kita sedih sikit. Sensitif kalau cakap pasal hubungan antara anak dengan ayah ni. Kena guna tisu lebih sikit. Tapi jangan risau, cerita ni konflik tak berat sangat. Enjoy je masa baca.

Apa apa pun thumbs up dekat penulis farah husain. Tahniah kerana berjaya hasilkan karya yang santai tapi pada masa yang sama ada mesejnya yang tersendiri. Moga moga akan terus bersemangat untuk hasilkan karya yang bermutu untuk kami para pembaca.
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
March 15, 2025
Buku ni pun saya dah baca. Long time ago. Then lupa nak review.

Sebenarnya saya terbeli untuk dua tau. So siapa yg nak boleh pm saya.

Mula-mula marah jugak kenapa Emir ni datang cari Wirda semula. Wirda patut balas balik apa yg Emir pernah buat dulu. Tapi itulah, Wirda ni lembut hati kalau dengan Emir. Kalau dah sayang memang cepat je cair.

Yang sebenarnya Emir ni ada misi kenapa dia nakkan semula bekas isterinya ini. Yang tu kena bacalah ye.

Yang pasti olahan penulis ini memang saya suka tak kisah lah ceritanya jadi macam mana.
Profile Image for Yan.
124 reviews3 followers
March 28, 2024
Ahhhh, I’ve realized that I love second chance romance trope. Sebelum nie, rasanya takder lah minat mana pun trope nie. But, I love seeing the other partner kena berusaha lebih skit untuk nak dapatkan balik the ex…😉

Rating: 🌟🌟🌟🌟.5

Dua tahun bercerai dan bawa haluan masing2, si wanita terima panggilan daripada bekas suaminya. Katanya rindu. Nak bersama kembali. What the hell? Masa kahwin dulu, kemain cakap this marriage is a joke. Layanan pun dingin jer. Now, he wants her back. Not that easy, mister…😡 Tapi, betul ker dia rindu? Atau ada motif lain kenapa bekas suaminya cari dia semula?

ML - Emir Rizwan
Good looking. Confident. Suka sangat ML versi selepas bercerai nie. The way dia kejar FL, fuhhh, memang macam stalker dah. Kuat cemburu.

“𝑻𝒂𝒑𝒊, 𝒍𝒆𝒑𝒂𝒔 𝑰 𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂 𝒚𝒐𝒖… 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒓𝒂𝒏𝒄𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒔𝒂𝒍 𝑰 𝒕𝒆𝒓𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒄𝒂𝒎 𝒕𝒖 𝒂𝒋𝒆. 𝒀𝒐𝒖 𝒊𝒏𝒕𝒓𝒊𝒈𝒖𝒆𝒅 𝒎𝒆. 𝑰 𝒘𝒂𝒔 𝒄𝒂𝒑𝒕𝒊𝒗𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒃𝒚 𝒚𝒐𝒖. 𝑭𝒐𝒓 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆, 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆. 𝑰 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒚𝒐𝒖, 𝑾𝒊𝒓𝒅𝒂.” 𝑬𝒎𝒊𝒓 𝒕𝒐 𝑾𝒊𝒓𝒅𝒂.

*Melt* 🫠🥰😍

FL - Wirda / Weird / Weirdo
Bekerja sebagai photographer. Selalu kenalan rapat panggil FL ‘Weird’. Hanya ML sahaja panggil dia ‘Weirdo’. Masa berkahwin dulu, FL jenis naif. Baik. Banyak berdiam dari bercakap. Selepas bercerai, FL jadi lebih tegas. Bila ML muncul kembali dalam hidup FL, memang banyak kata2 sinis / sarcastic yang keluar. Berubah terus personaliti FL sejak bercerai nie.

Masa di awal cerita, memang agak annoying dengan perangai ML yang jenis tak faham bahasa. Dah gaya macam gila talak pun ada. Kesian FL. Dah macam2 dia buat and bagitahu yang dia tak nak get back together dengan ML. But no, ML nie jenis sukakan cabaran. Lagi FL cakap NO, lagi lah ML akan terus berusaha nak dapatkan FL.

Sampai kat pertengahan cerita, baru faham kenapa ML cari FL semula. Ahhh, masa nie, tak tahu nak hempuk ML ker tak. Jadi kesian pun yer. Tapi, masa mereka berkahwin dulu, memang nak hempuk2 jer ML nie. Ada sebab kenapa dia kata this marriage is a joke. Tapi, tue lah, ego lebih. Alih2, memang makan diri jer lah ego tue…🤬😡

Buku nie takder orang jahat. Conflict nya, cuma kepada salah faham and ego. Kita suka semua watak dalam buku. Especially watak Mama Ika. Ada juga watak ibu tiri yang baik dalam buku…😍

Buku nie, from time to time akan ada flashbacks. Perjalanan cerita smooth jer. Tak dragging langsung. Boleh dikatakan buku nie agak fast paced, sebab buku nie tak lah tebal mana pun. Tapi, somehow, ceritanya complete. Personaliti setiap watak, diceritakan dengan baik. Kita masih boleh faham and enjoy dengan setiap watak dalam buku nie.

Bila dah habis baca buku nie, baru faham kenapa tajuk buku nie ‘Masih Berharap’. Ahhh, bila teringatkan balik, nak nangis baca scene masih berharap nie…😭🥺 Buku nie juga mengajar untuk kita sentiasa menghargai masa dan peluang. Lagi2, kalau kita masih ada ibu ayah yang masih hidup. Ahhh, suddenly rindu kat Mama and Abah di kampung…😢

This book, antara satu bukti, di mana, walaupun buku tak panjang / tak tebal, tapi eveything is complete. Kadang2, buku tak tebal, tapi banyak benda tergantung. Macam banyak benda tak diceritakan. But, not with this book.

Penulisan pun sedap sangat. Setiap scene diceritakan dengan baik. Tak terburu2. Cuma, yang kita noticed, ada a few words missing dalam beberapa ayat. Membuatkan kita kena baca berulang kali ayat2 tersebut. Ada juga a few spelling errors. Hopefully, untuk karya yang akan datang, author akan lebih berhati2 dalam bab nie.

If you love second chance romance, di mana ML nya hijau, sehijau brokoli, sawah padi, hutan belantara bagai, then, read this book. Suka sangat ML versi selepas bercerai. The way he treats FL dengan penuh kasih sayang. And when they got married the second time, aahhhh, *chef’s kiss* 👨🏻‍🍳😘. Kali nie, FL plak yang ego. Nasib lah ML kena main kejar mengejar, pujuk memujuk dengan FL.

Untuk author, teruskan berkarya please. I’m going to wait for your next book. Jatuh cinta dah nie dengan penulisan author nie. All the best, author…👍🏻

P/S: Can I just say, I love how their names nama Melayu yang senang disebut? And the title pun dalam Bahasa Melayu…🥰
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
August 21, 2025
i think rata-rata yang baca buku ni akan marah, geram, benci perwatakan Emir sebab you’re so red for what sir. ego melangit. taknak mengaku yang dia mungkin dah jatuh cinta dengan Wirda walaupun perkahwinan tu ‘is a mistake’ for him. hence, dia buat perangai tak semengah. menyirap aku bila dia kata “this whole thing is a joke.” waktu hari penting pula tu 😭😣

tapi i just love the way Emir chase his teman lama back—memaksa sikitlah tapi—and the way Wirda makes him grovel 💅🏻 like yes sir beg for more i won’t easily accept you after what you’ve done to me, such queen behavior. Wirda after divorce is a new Wirda. she changed. a lot. sebab tu si Emir tak puas hati and that just fuels his energy to win back his ex-wife lolsss

mula-mula memang rasa nak drop dah, plus rasa macam second chance trope is not for me especially bila masalah tu berpunca daripada individu tu sendiri dan bukan sebab faktor keluarga. tapi aku teruskan baca sebab suka cara penulis lures readers untuk rasa curious especially about the conflict between Wirda and Dato Ali

don’t get me started on the plot the author put in regarding Wirda and her dad. wallahi, i couldn't stop crying 😞✊🏻. everything in those specific 2-3 chapters just hit differently. the message the author was trying to convey is such an eye-opener, especially when you realize that our parents aren't getting any younger, and their time with us is limited. and their expression of love is different walaupun benda tu buat kita keep questioning their action, that’s just how it is

all in all, suka buku ni. walaupun 300+ pages je tapi semuanya rasa cukup! tak meleret, straight to point. cuma tak sure cetakan lain dah okay ke belum, sebab yang aku beli preloved ni cetakan pertama hence banyak errors dalam buku especially redundancy in words
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.