Jump to ratings and reviews
Rate this book

Takluk: Hanya Dia Penaklukku

Rate this book
Rengkoh terbelit dengan sihir ilmu hitam Kerajaan Balik Air, menjadikan dia harimau jadian. Aliran halus rindu kepada sesuatu membawanya kembali ke jalan yang benar dengan bimbingan seorang sahabat yang bernama Salim.

Bermulalah konflik Rengkoh dengan Kerajaan Balik Air pimpinan Rayi. Pertembungan makhluk-makhluk ciptaan Rayi dengan Rengkoh yang dibantu oleh Allamah al Hakim, ketua pemerintah kerajaan Jin Islam dari Bolson de Mapini sampai ke kemuncak apabila penduduk Neran Tunggal terlibat sama dalam fitnah dan percaturan Rayi.

Rengkoh dan Allamah merungkai banyak cerita.

Cerita tentang kita, juga cerita tenang bangsa...

229 pages, Paperback

Published January 1, 2023

4 people want to read

About the author

Tabtibau

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
3 (100%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews42 followers
May 1, 2024
Takluk

Rengkoh seorang manusia harimau jadian yang pada mulanya pengikut setia Rayi pemimpin ilmu hitam kerajaan Balik Air, mula berubah apabila hatinya dikurniakan hidayah. Dan dia dipertemukan dengan Salim yang membantunya kembali mengenal diri.

Sesungguhnya hidayah milik Allah dan keampunan boleh diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Ini adalah antara kata-kata yang SH suka dalam naskah ini. Pertanyaan Rengkoh tentang adakah dosanya akan diampuni sebenarnya sebuah soalan yang kita juga sering tanya kepada diri kita sendiri. Cuma kadangkala kita selalu merasakan dosa kita terlalu besar hingga tidak daya memohon keampunan walhal rahmatNya adalah lebih besar.

Jalan cerita SH rasa sangat menarik. Tambahan pula ada aksi pertarungan melibatkan bukan sahaja manusia tetapi juga kaum jin. Seolah-olah menunjukkan perbuatan mengalahkan kebatilan bukan sahaja untuk manusia tetapi semua yang beragama Islam.

Dalam naskah ini jelas menunjukkan liciknya tipu daya syaitan dalam usahanya menyesatkan manusia. Dan kejamnya Rayi yang mengambil anak kecil yang masih suci namun disematkan ajaran ilmu hitam demi mengasuh mereka menjadi tenteranya yang bersembunyi di kalangan manusia.

Cuma pengakhiran naskah ini meninggalkan tanda tanya adakah akan ada sambungannya. Kerana ia seolah-olah tergantung. Geram juga SH membaca pengakhiran kisah ini.

Pulang Senja

Kisah ini membawakan kisah hidup Kamal yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Ceritanya tentang memikat ayam namun hampir ditembak, kisahnya nakal di sekolah hingga dibuang asrama dan pelbagai lagi kisah.

Sebuah kisah yang penuh dengan emosi dan SH rasa boleh dikaitkan dengan kehidupan ramai orang. Di mana dia kecewa dek karenah birokrasi hingga gagal menyambung pelajaran ke luar negara. Walaupun ramai orang telah ditemui untuk meminta bantuan sebagai ikhtiar namun dia lupa untuk meminta bantuan dari Yang Maha Membantu. Dan dek kekesalannya, dia hampir lupa diri.

SH suka dengan watak ayah Kamal yang penuh dengan kata-kata pedas namun itulah tanda kasih sayangnya. Menegur dengan keras tetapi ada sebabnya. Nampak kasih sayangnya sebagai ayah walaupun tidak dizahirkan melalui perbuatan.

Walaupun Kamal digambarkan sebagai manusia yang bermasalah, namun tetap ada sisi baik dirinya. Hormatnya yang tinggi buat Ah Kaw yang menerimanya di kala dia rasa tersisih, sifat murah hatinya buat bawahannya hingga membuatkan mereka seronok bekerja di bawahnya dan rasa kasih sayang yang tak terhingga buat orang tuanya meskipun pernah membawa diri. Dan ini membuatkan SH rasa watak Kamal lebih nyata kerana bukanlah seorang yang terlalu sempurna. Ada celanya namun tetap ada baiknya.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.