Rif’at, anak kelahiran Palestin yang dibawa ke Malaysia dan dijadikan anak angkat. Dia mengimpikan sebuah tali persahabatan yang terbina dengan reda Allah. Impiannya tercapai apabila dia mengenali Imran.
“Ukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. Supaya kita dapat bertemu di sana.”
Imran, pelajar yang bermasalah dan dianggap ketua taiko di sekolahnya. Dia mula insaf dan berubah ke arah kebaikan setelah mengenali Rif’at.
“Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, adalah peluang untuk kenal seorang sahabat bernama Aamir Rif’at.”
Amrullah, pengalaman menjadikannya lebih matang. Ketabahannya melayan kerenah Imran lama-kelamaan membuatkan ukhuwah mereka semakin rapat.
“Kalau dulu aku doakan kau tak jejak syurga, sekarang Allah kasi peluang untuk kita atur langkah sama-sama ke syurga. Indah kan aturan Ilahi?”
Ikatan persahabatan yang dibina di Vehaen University sangat berharga bagi Rif’at, Imran dan Amrullah. Namun, ukhuwah mereka diuji dengan pelbagai dugaan, seorang demi seorang. Mampukah mereka bertahan dengan ujian-ujian ini?
It's not a love story but this is their story. Rif'at. Imran. Amrullah.
"Orang beriman yang menjalinkan ukhuwah atas landas keimanan, tiada perpisahan yang selama-lamanya antara dirinya dan saudaranya. Sebab syurga Allah dah sediakan sebagai tempat pertemuan yang abadi." Rif'at
"Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, adalah peluang untuk kenal seorang sahabat bernama Aamir Rif'at." Imran
"Kau tahu, kalau ada seseorang ini diuji dengan fitnah sehingga satu dunia tidak percaya pada dirinya dan dia relaks sahaja, ini sebab dia pegang pada dua prinsip. Pertama, dia percaya Allah nak uji tahap keimanannya. Kedua, pada masa satu dunia tidak mempercayai dirinya, ada dua orang yang masih bersamanya, iaitu sahabat-sahabatnya." Amrullah
"Every story has an end, right?" "Our story ends at Vehaen." Vehaen, kalau disusun, boleh jadi heaven." "Everyone's destination." "Paradise." "Syurga..." "Jannah."
Kutitipkan lagi ini dengan harapan Ukhuwah kita tidak akan terputus Selagi hati-hati ini bertautan Selagi itu kumampu tersenyum sendirian.
Kata mereka kita berbeza Namun itu bukan penghalang Untuk kita menjalinkan ukhuwah kerana-Nya Janji hingga ke syurga.
One thing i realized about my reading habit is i tend to think of a book to be a good book with outstanding story when i keep thinking about it even after i've closed it. And this book, this story is one of those few books that i keep as precious treasure because of their amazing stories. A story of love, surprisingly between best friends, and not between man and woman as of usual. And that in itself is unique and extraordinary. And brave, tremendously brave, i would say. I had always loved stories that stress on friendship, and this one somehow surpassed what i've read so far. Good job, dear young writer. Look forward to more from u... I wish that this beautiful message of ukhuwah u introduce in this Vehaen: Satu Cerita exists in reality, and that we are blessed to experience it too, ameen... :)
Saya dapatkan naskhah ini di PB1M hari tu. Setelah membaca naskhah ini,, saya sedar bukan cerita tentang percintaan antara lelaki dan perempuan sahaja yang boleh menyebabkan air mata mengalir tetapi kisah mengenai tulusnya persahabatan, kisah mengenai ukhuwah juga mampu untuk membuatkan hati kita tersentuh. Kisah mengenai 3 orang sahabat (Rif'at, Imran dan Amrullah) yang ikhlas bersahabat kerana Allah. Pelbagai ragam mereka ketika di Vehaen University ada kalanya membuatkan saya tergelak sendiri. apa yang membuatkan saya suka tentang novel ini, penceritaan dengan bahasa yang mudah nak faham dan diselitkan juga pengajaran untuk kita renungkan. Kadang-kadang, bosan asyik baca novel yang berkisarkan kisah cinta antara lelaki dan perempuan dan vehaeh ada pilihan yang tepat.
Review Please turn on the soundtrack of this story 🔊 Warna-Warna Cinta oleh Brothers
3 orang sahabat yakni Rif’at, Imran dan Amrullah. Masing-masing kenal dan bersahabat atas ketentuan Allah.
Rif’at merupakan seorang anak kelahiran Gaza, dan diambil menjadi anak angkat sejak kecil oleh pasangan yang baru saja kehilangan anak. Rif’at dibawa tinggal di Malaysia dan menjalani hidupnya di sini sehingga dewasa. Meskipun sudah menjadi warganegara, Rif’at menanam impian untuk pulang semula ke tanah airnya untuk berkhidmat suatu hari nanti.
Imran merupakan jiran Rifat sewaktu mereka di menengah rendah. Imran ni seorang yang panas baran. Selepas kematian ibunya, sikap Imran berubah dan sering memberontak. Pelajar yang nakal dan corot. Kehadiran Rifat mengubah segala-galanya dari pelbagai aspek kehidupan Imran.
Amrullah Khairi merupakan sahabat Imran pada zaman nakal mereka. Khairi sangat nakal sehinggakan dia tidak boleh menerima perubahan Imran ke arah yang lebih baik. Berlaku pergaduhan besar sehingga kedua-dua mereka berpisah.
Fast forward, mereka bertiga bertemu di lapangan terbang ketika mahu menyambung pelajaran ke Universiti Vehaen. Kisah-kisah di Vehaen cukup membawa kita untuk mengimbau kenangan sambung belajar bersama rakan-rakan meskipun bukan di Vaehan dan di luar negara.
Kehadiran Rifat banyak membawa perubahan kepada diri Imran dan Amrullah yang sering bertelagah setiap kali berjumpa. Mereka hanya berbaik tatkala ada Rif’at sahaja. Suatu hari, perkara yang tak dapat dielak berlaku ke atas Rif’at sehinggakan Imran dan Amrullah bersetuju untuk berbaik. Maka, mereka ‘restart’ semula hubungan persahabatan itu atas dasar ikhlas, berukhwah kerana Allah bukan kerana Rif’at.
Kepercayaan persahabatan mereka diuji lagi sekali tatkala seorang hamba Allah datang memporak-perandakan hidup Amrullah. Atas sebab apa?! No spoiler. Memang geram sungguh 😂
Atas nama persahabatan, susah senang mereka hadapi sama-sama hanya kerana Allah. “Kalau rindu, doakan aku dalam setiap doamu…” begitulah tips yang diberikan Rif’at agar mereka yang jauh, bertemu kembali, agar hati masing-masing saling bertaut.
Dah lama tak rasa sebak macam ni bila baca buku. Tahniah adik Ainul Farihah berjaya buatkan saya tumpah air mata. Terima kasih Manés Wordworks kerana menerbitkan semula naskhah ini.
Baca Vehaen, saya kembali teringat kisah-kisah persahabatan yang akrab ketika zaman persekolahan menengah atas dulu. Masing-masing dah bawa haluan sendiri atas komitmen tapi saling ‘contact’, seorang lagi telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya dan Allah menyayanginya.
Osem! Ukhwah. Jannah. Aturan Allah itu indah. Setiap yang berlaku ada cerita disebaliknya. Rif'at. Lambang jiwa anak Palestin. Sangat kena membaca naskah ini di waktu begini. Tahniah adik Ainul Fariha. Siapa sangka ini tulisan seorang pelajar sekolah menengah. Dakwah melalui mata pena. Cinta. Bukan hanya pada laki2 dan wanita cuma.
Alhamdulillah..selesai buku pertama tahun ni. Wah, seminggu untuk habis satu buku..ish ish..not a good start..hehe..panaskan enjin dulu..cari bahan yang bagus untuk permulaan tahun yang bagus..inshaAllah.
Kisah mengenai persahabatan, kisah mengenai ukhwah lillahitaala..kisah mengenai 3 sahabat. Rif'at.Imran.Amrullah.
Satu-satunya buku, yang tiada watak heroin atau perempuan kecuali Dr Amina ibu Rif'at dan dua orang lecturer mereka.
Pertama kali karya dari penulis Ainul Farihah kubaca. Rasa seperti sudah lama mengenal beliau, lantaran gaya dan lenggok tulisan dalam buku Vehaen Satu Cerita banyak persamaan dengan novel-novel karya Hlovate. Tak pasti siapa antara Hlovate dan Ainul Farihah yang menulis dulu namun bagi saya Kedua-duanya sangat berbakat dan sangat membanggakan. Saya perasan penulis memasukkan elemen suspense beberapa kali supaya pembaca juga meneka apa yang jadi, siapa yang punya kerja menganiaya Am? Ketiadaan seorang pun perempuan sebaya Rif'at, Im dan Am dalam cerita Vehaen Satu Cerita bagi saya telah dilakukan begitu cemerlang oleh penulis. Alunan sayang dan cinta antara ketiga-tiga watak utama dengan ibu bapa, kawan-kawan sekampus dan tertinggi sekali cinta kepada Allah swt dan semua yang ditetapkan, cinta kepada Rasulullah SAW dan semua yang Baginda anjurkan, sudah cukup membahagiakan.
Kisah Rif'at, Imran Fatih dan Amrullah Khairi yang disulami persengketaan remaja, ukhuwah, konflik emosi dan keredhaan tahap tinggi pasti mendatangkan melancholic moments. Imran dan Amrullah yang acap kali juga diuji dengan pelbagai kesulitan akhirnya berdamai dan menyayangi, hati mereka bertaup lebih jitu kerana penangan Ukhuwah, Uhibbuka Fillah.
Watak-watak Adam Ezzudin (Qa'id) yang pernah menyebabkan penyesalan dalam Jiwa Amrullah dan Eizad yang pernah dianiaya dan kemudian menganiaya, juga berperanan besar dalam lakaran memori Rif'at, Imran dan Amrullah di Vehaen University Birmingham. Saya amat syorkan semua membaca buku Vehaen Satu Cerita karya Ainul Farihah. Ukhuwah menjalin Ummah. Fikrah Islam disebarkan bergentayangan oleh pemuda-pemuda kuat semangat dan jati diri. Karya fiksyen dengan tema ini yang Patut kita perbanyakkan.
agak lama untuk menghabiskan naskhah ini lantaran busy dengan kerja & memang tak de mood nak sambung. Bukan tak menarik, tapi saya ingin membaca dengan lebih santai. Mengapa? Kerana banyak info dalam novel ini & pengajaran yang perlu diteliti.
satu yang saya suka mengenai novel2 terbitan JS, selalu memuatkan info berkaitan dengan watak utama tersebut. Kalau watak utama tengah stady medic, banyak la term2 saintifik yang keluar. kalau bekerja dalam gudang misalnya, banyak input2 mengenai inventori etc semua yang keluar... sampai ade yang kena google!!
Tapi, tu la kelainan berbanding publisher lain. ye la, asyik2 keje office tapi tak tau buat apa.. asyik2 kena tackle dengan bos, bancuh air bos la walaupun jawatan eksekutif!!
berbalik pada naskhah ini, memang banyak terimbau kenangan masa std dulu walaupun stdy local je..heheh... first time rasanya baca novel yang memang tak ada heroin! mengenai keutuhan persahabtan 3 lelaki atas landasan keimanan, banyak diselitkan info, hadith & renungan untuk difikirkan sejenak.
tahniah buat penulis, saya sangat menyukai nashkah ini. Ada sesuatu dalam nashkah ini yang membangkitkan sesuatu yang lama telah mati.
Selesai bacaan novel tebal, Vehaen: Satu Cerita, tulisan Ainul Farihah.
Novel-novel penulis ni tak sah kalau tidak dibariskan dengan senarai panjang lagu-lagu merdu dengan lirik yang penuh makna. Untuk edisi ini dibuatkan satu senarai di belakang semua lagu yang disebutkan dalam buku.
Tulisan oenulis ini pasti mengundang sebak dan air mata. Puas mengesat air mata. Beliau bijak mengundang emosi pembaca.
Ukhuwah - bertemu dan berpisah kerana Allah. Rindu zaman belajar di universiti. Itulah yang diajar dan dirasai. Ukhuwah filLah till Jannah. Aamiin...
Di bumi Birmingham, Universiti Vehaen menyaksikan sendiri titian persahabatan yang dibina antara tiga sahabat. 𝗥𝗶𝗳'𝗮𝘁 si anak Gaza berperibadi mulia, 𝗜𝗺𝗿𝗮𝗻 si bekas taiko sekolah, dan 𝗔𝗺𝗿𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 yang membawa beban masa lalunya sendiri.
Dalam kemanisan bersahabat, mereka diuji dengan pelbagai dugaan untuk menguji keutuhan ukhuwah yang terbina itu. Mampukah mereka bertahan?
Sama macam novel Kak Ainul yang kita baca sebelum ni (YPPAT & STUK), novel Vehaen ni juga mengangkat tema persahatan juga. Namun, menariknya kali ini, novel Vehaen ni lebih mengetengahkan tema ukhuwah dan dakwah.
Masa kita baca buku ni kan, kita rasa sejuk je dengar nasihat dan dakwah yang disampaikan oleh Rif'at. Bahasanya sungguh Indah, peribadinya sungguh mulia. Teguran dan nasihat oleh Rif'at tu sedikit sebanyak boleh diambil iktibar sekali oleh kita semua. Rif'at punya bahasa tu memang sangatlah indah dan soft spoken sampaikan ada part yang membuatkan kita sebak bila baca. 😭
Kehadiran Rif'at banyak mengajar Imran dan Am tentang erti persahabatan dan hakikat kehidupan. Masa mula-mula Am dan Imran ni kenal dulu, diorang memang asyik gaduh je 24 jam. Macam anjing dengan kucing. Gaduh pulak bukan gaduh biasa, sampai bertumbuk weh. Nampak tak macam mana peribadi mulia seorang Rif'at ni mampu mengubah diri Am dan Imran. Dari gaduh, sampailah diorang sendiri barbaik. Bak kata Rif'at, "Aturan Allah itu cantik kan?" ❤️
Buku pertama ni bagi kita memang agak perlahan sikit phase dia. Tapi kita faham je sebab buku pertama ni la part yang paling banyak pengenalan tentang watak, backstory, dan setting novel itu. Sejujurnya, kadang kita agak keliru sikit sebab banyak sangat nama watak yang diperkenalkan. Sampai kita terpaksa tulis dekat kertas. (Penulis tidak salah, saya yang bermasalah sebab kitonyo short-term😭) Bila dah habis baca tu, baru kita perasan ada carta salasilah watak dekat page belakang. Fuhh nasib baik. 😆 - Another thing yang kita suka pasal buku ni adalah Kak Ainul memang describe semua watak, peribadi, backstory & even setting Universiti Vehaen tu dengan sangat terperinci. Bila baca tu, bukan setakat dapat mendalami kisah tiga sekawan tu, malah dapat menulusuri sekali persekitaran Universiti Vehaen. Kita memang dapat imagine dengan jelas. 😍🫶 Rasa macam kita ni terserap masuk sekali sebagai pelajar Universiti Vehaen. 🙈 - Bukan tu je, kita suka buku ni jugak sebab ada banyak gila illustration. Rasanya ni first buku Manes yang ada banyak illustration. So sambil baca tu, kita dapatlah sedikit gambaran tentang jalan cerita yang disampaikan. 😍 - Overall, kalau korang sukakan buku yang bertemakan persahabatan, ditambah pula dengan ukhuwah dan dakwah, buku ni untuk anda. ❤️ - #vehaen #maneswordworks #ainulfarihah #bookstagram #bookrecs #bookrecommendation
i can’t believe it’s been 12 years since i last read vehaen. Time awal2 baca kita muda lagi daripada watak2 dlm buku ni, tapi sekarang we’re close in age so it’s very refreshing jugaklah.
Membaca buku ini menjadikan saya 'malancholic' lah pula. Cerita tentang 3 sahabat, Rif'at, Imran dan Amrullah. Masing2 mempunyai cerita tersendiri semasa remaja. Bertemu tanpa sengaja,
Rif'at seorang anak Palestin yg dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga Malaysia yang kematian anak. Imran seorang anak yang bermasalah apabila kehilangan ibunya berpindah ke kejiranan Rif'at dan berkenalan dengan Rif'at bukan dalam keadaan biasa. Perkenalan dengan Rif'at mengubah dia dari menjadi seorang yg liar kpd seorg yg mendengar kata. Berpisah dgn Rif'at ketika menerima keputusan PMR.
Amrullah bertemu dengan Rif'at di sekolah menengah atas. Menjadi sahabat dan berpisah apabila bertukar sekolah. Imran bertemu dengan Amrullah ketika bersekolah menengah rendah sebelum berpindah dan bertemu Rif'at.
Akhirnya mereka bertemu semula apabila masing2 berjaya melanjutkan pelajaran di Vehaen. Imran yang tdk dapat melupakan persengketaannya dengan Amrulah tidak dapat menerima yg dia terpaksa tinggal se rumah dengan Amrullah.
Rif'atlah yg menjadi penghubung kpd ukhwah antara Imran dan Amrullah menjadikan mereka sahabat yg tidak boleh dipisahkan. Seperti mana dalam lain-lain persahabatan juga, persahabatan mereka juga diuji dengan fitnah dan salah sangka. Masing2 cuba utk menyelesaikan masalah2 tersebut hinggalah akhirnya mereka terpaksa berpisah juga bila Rif'at ingin kembali semula ke Palestin.
Apa yg dapat dipelajari dari buku ini ialah, ukhwah mestilah kerana ALLAH. Percaya kpd kawan dan elakkan dari syak wasangka. Jgn percaya kpd apa yg org lain cakap (fitnah) tapi sebaliknya dgr sendiri dari mulut sahabat itu sendiri.
Lagi satu yg menariknya ttg buku ini tiada langsung watak wanita melainkan watak ibu Rif'at iaitu Dr. Amina. Selain dari itu buku ini juga membuatkan saya mengalirkan air mata terutama ketika ukhwah Imran dan Amrullah bermasalah dan begitu juga Imran dan Amrullah.
Bacalah buku ini kerana ia membawa kita kpd erti persahabatan kerana ALLAH.
Quote dari buku
" Rif'at senyum saat terlihat ada nota kecil yang terselit di celah lipatan bungkusan coklat tersebut. Ringkas sahaja notanya Makan baca bismillah Rif. ps: Miss the old dude
Rif'at merebahkan kembali badannya ke katil. Tanpa sedar, titisan2 hangat mengalir membasahi pipi, Tak perlu nama pemberi, dia sudah tahu,
Miss you too, Imran..and our great time together."
dan saya juga turut mengalirkan air mata ... I miss her and our great time together....
This is my very first time to write a review since i am not really a bibliography but this one novel series hit me different. I read JS version when i was 12, and years later, i cant believe that i can read about them (again).
Pada saya, Vehaen adalah novel yang mempunyai banyak mesej mendalam dan relevan even sebenarnya novel ni dah +-10 tahun usianya. Setiap watak diolah dengan sangat baik. Amrullah, Imran dan Rif'at. Persahabatan yang semua orang cemburui, persahabatan kerana Allah. Plot dia ringan but still give a big impact to the readers.
For those yang mmg not into romance genre sgt, this novel is definitely for you. Real talk, this trio stucked in my head since darjah enam first time baca buku ni. Highly recommended!!
i dont know how to start it but tahu buku ni pun daripada kawan. belek2 tengok2 pastu nak pinjam. bila baca terus jatuh cinta sebab jalan cite die menarik sangat, tak cliche! cerita pasal persahabatann!! omg buku ni best sangat2 it tells you how important true, loyal and real friends meaning are. baca lah, trust me u will like it. Vehaen II pasal rifat pun best 🥰💖💕. to author, i hv to say, your story really amazing 🌹
This entire review has been hidden because of spoilers.
Omg i love this novel so much. Karya sulung Ainul Farihah. Mengangkat tema persahabatan. Bagaimana indahnya sebuah persahabatan itu terjalin. Sampaikan aku kata dlm hati bestnya klu ada sahabat seperti riffat, imran dan amrullah. Ikatan persahabatan mereka diuji tapi tak menggoyahkan ikatan tersebut.
Nak cari novel yg kedua takde. Klu ada preloved pun hargany mahal 😭 doakan semoga saya dpt memiliki novel kedua Ainul Farihah
Manisnya persahabatan dalam jalan cerita ni buatkan aku menginginkan persahabatan seperti ini. Dia juga mengajarkan kita untuk hargai persahabatn yg sedia terjalin tanpa meletakkan harapan yng lebih pada sahabat kita. Buku ni juga,buku pertama yang buat aku sentiasa tersenyum mengingatkan sahabat aku. Love you my sahabat 😘
Ahhh not ready yet to continue Vehaen 2 sebab ni pun dah menangis-nangis. Friendship punya story serious lagi painnn than lovey dovey one. Okay bye, brb, im crying. Please send support for me continuing the 2nd book.
Membaca Vehaen membuka kembali kotak-kotak memori sewaktu zaman I belajar dahulu. My 13-year-old desperately begged the parents to transfer me into the boarding school sebab I nak kawan. In there, I seek friendship dan dalam tak sedar, merasa juga kemanisan berukhwah tu. Sama seperti trio kita: Rif'at, Imran & Amrullah. Dan obviously, perangai masing-masing pun 360°.
Rif'at, seorang anak Gaza, sangat tenang orangnya. Even I dah habis baca buku ni kan, ayat favorite dia masih terngiang dalam kepala I: "Aturan Allah tu cantik kan?" 🥹 Tak tahu apa magis si Rif'at ni buat, sampai dua orang budak liar yg macam anjing & kucing tu terus jadi 'manusia' lah 😆
Disebalik ketenangan Rif'at itu, tersembunyi hasrat untuk kembali ke tanah air tercinta 🍉 untuk melaksanakan misinya (Ikuti dlm Vehaen II nanti). So what do I think about this book?
—— Macam I cakap dkt IG story, I jadi culture shock 😆
✨ Sejujurnya, buku first ni storyline agak draggy bagi kita. But I faham kenapa. Penulis perlu build up the character & plot slowly. Dengan nak kasi gambaran surrounding Vehaen University lagi, dengan tiga org budak tuuu lagi nak karang kisah & perangai masing-masing. It was hard to compress all together sbb nak balance kan, however, I genuinely love the process. Peluang kedua untuk Imran & Amrullah tu bagi I sgt chef's kiss dan BENAR YA, aturan Allah tu sangat cantik untuk mereka berdua 🫵🏼
✨For the writing style is soooo Jemari Seni-coded dan I dah lama tak baca style mcm ni. Setting oversea, ada Islamic element, dgn list-list lagu yg ada haha + brotherhood, pastu kan dulu-dulu suka gaduh & bermasam muka untuk hal-hal yg remeh...Haa itulah 😂 You would know if you pernah baca style mcm ni #iykyk
✨I tak menangis pun baca buku ni tapi I sebak sikit dgn pengakhiran trio tu 🤏🏼🤧 UNEXPECTED! Macam mana lah nasib Imran dgn Rif'at tu ye? 😭 Amrullah pun kesian dia, mesti member susah hati tuuu.
I enjoyed it and give this 3.5 stars✨ @maneswordworks btw, I ada buat annotation video dkt Tiktok juga 🤍 #trilogivehaen #vehaen #maneswordworks #friendship
Ini kisah kasih sayang tulus dan suci di antara tiga orang sahabat yang disatukan dengan iman yang jarang kali kita dapat dengar, baca dan lihat. Bacalah anda akan rasa apa yang kurasa P.E.R.F.E.C.T !
Isi buku yang jarang ditemui dalam karya pop zaman sekarang - ikatan persahabatan tiga lelaki lewat remaja / awal dewasa. Bak kata budak-budak gen z, apa dia, 'bromance'? Oh, ini bukan cerita cabul yang membakar nyalaan nafsu songsang. Tidak sama sekali. Jauh sekali sekadar cerita kasih sayang kosong yang membuai perasaan cintakan dunia dan takut mati.
Cerita ini berusaha menunjukkan ikatan persahabatan mengikut acuan Nabi dan para sahabat. Dengan halus tetapi tajam, mengingatkan kita supaya menghargai detik-detik bersama yang tersayang. And... it's alright to love your brothers in faith. (Or sisters, for that matter). Asal saja semua itu kau lakukan semata-mata kerana Allah.
Pada aku... mesej cerita ini sampai. Dalam hati, dalam akal. Boleh ditelan, dicerna dan dihadam dengan baik. Disampaikan dengan cara paling santai dan tidak bersyarah atau berceramah.
Kritikan? Pada aku, permulaannya agak perlahan. Dan pengakhirannya agak mengelirukan dari segi garis masa. Nasib baiklah aku ni jenis pembaca yang teguh hati dan gagah sanubari hendak teruskan juga pembacaan. Kalau tak, mungkin rugi sebab tak dapat menikmati manisnya gambaran kasih sayang antara insan kerana Allah.
Kesimpulan? Aku suka cerita ni. Empat bintang aku kasi. Terima kasih kerana membaca apa yang aku fikir tentang buku ni. Harapnya membantu kalian apa adanya ;)
Novel ini kubaca tepat waktunya tatkala harus mengucapkan selamat tinggal pada teman-teman pengajian. menyoroti setiap halaman cerita yang banyak sekali menyelitkan 'love letters Ilahi', aku bermuhasabah nilai ukhuwah yang dihadiahi Tuhan ; sama ada banyak kuhargai atau kusia-siakan.
Barangkali kalau penulisnya memilih untuk banyak membaca berbanding sekadar mendengar nasyid/ menonton tivi pastilah ide/gagasan tentang persahabatan itu dapat lagi dihayati sepertimana getar jiwaku ketika membaca Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Contengan Jalanan etc.
Miss writer, you had proven to us that we actually don't need that crazily-love-story between man and woman to make our tears dropped. The beauty of the ukhwah works better and I can't even remember that how many times did I literally cried over the story. Keep on writing. You have the talent despite your age. Mayy Allah ease your way to contribute to this ummah :)
terharu dengan persahabatan yang terjalin antara Amrullah,Imran dan Rif'at. Ukhwah yang terjalin berlndaskan Allah ,sangat manis... Ujian yang datang menguatkan lagi tali persahabatan yang dibina. Itulah sahabat, namanya...
1 bintang - penulis muda yg beridea matang 1 bintang - bukan kisah cinta basi 1 bintang - gaya bahasa serta plot yg santai 1 bintang - menjelaskan makna ukhwah dan persahabatan dgn cukup ringkas tp berkesan. Jumlah - 4 bintang Congrats buat penulis muda ini!