Bermula dengan insiden kecil bersama lelaki bermata biru di sebuah kompleks membeli-belah telah membuatkan kehidupan Qayra huru-hara.
Dia langsung tidak menyangka lelaki itu adalah pensyarah baharu di kolejnya! Dan sikap Prof. Isaac yang misteri membuatkan hati Qayra terganggu.
Hidupnya bertambah kacau apabila berlakunya insiden ketika latihan teater di kolej yang menyebabkan Qayra tercampak ke satu tempat yang sangat asing. Dia menyangka semua itu hanyalah gurauan rakan-rakan. Namun apabila semua watak dalam skrip teater muncul di tempat asing itu, Qayra mula sangsi.
"Kau ... betulkah Kapten Heider?" - Qayra
"Semua orang di sini kenal aku." - Kapten Heider.
Dia yakin Prof. Isaac selaku penulis skrip teater tersebut pasti tahu apa yang berlaku.
Namun, bagaimana untuk dia mencari Prof. Isaac di tempat asing ini? Apatah lagi identitinya yang meragukan menjadikan dia pelarian yang diburu.
Ketika cuba mencari jalan pulang, sebuah rahsia mula terungkai. Jawapan yang dicari selama ini, terjawab di tempat asing itu dan menjadikan dia berat untuk melangkah pergi.
Saat langit punya cerita yang sama, ruang yang berbeza menidakkan mereka bersama.
First sekali aku suka novel ni sebab cover dia berwarna ungu.. tapi aku mulanya tertanya kenapa langit ini berwarna ungu, rupanya ada cerita disebalik warna ungu .
Tipikal adik beradik tiri tidak sefahaman. Itulah yang terjadi antara Qayra dan Tina. Tina terlalu cemburu dengan Qayra hingga sanggup merampas Kamal drpd Qayra .
Qayra terlibat dalam teater. Begitu juga Tina dan Kamal. Malangnya atas arahan Prof Isaac, Qayra tidak memegang watak utama seperti tahun sebelumnya. Dia hanya memegang watak antagonis, iaitu seorang pencuri di Adhara .
"Cinta itu ajaib. Adakalanya ia datang dari arah yang kita tak sangka." - Prof Isaac .
Ketika latihan, scene dimana Qayra ditikam, dia telah disabotaj hinggakan Qayra cedera. Dan koma .
Sedar2 dia di bintang Adhara. Tempat yang sangat asing baginya. Dia sangkakan itu cuma jalan cerira yang ditulis oleh Prof Isaac. Malangnya ianya adalah sebuah realiti. Dia tercampak di Adhara. Dan disitula dia mengenali Kapten Heider. Salah seorang org penting di Adhara .
Satu persatu rahsia terbongkar. Dan Ia berkait dengan rantai pemberian arwah mamanya .
Mampukah dua jiwa yang berasingan dunia bersatu?
Adakah Kapten Heider mampu menolak cinta Puteri Katherine, demi seorang manusia yang berasal daripada bumi? .
Jujurnya, aku terlalu suka dengan jalan cerita ini. Melibatkan sci-fic. Olahan yang sangat menarik. Jalan cerita tersusun. Tahniah buat penulis dan penerbit untuk kelahiran naskah yang sangat awesome ini .
Wahh tak sangka penulis bukan penulis yang baru dlm dunia penulisan. Sorry sis Ezi. Saya tak tahu langsung pasal karya awak sebelum ini. Nampaknya saya kena start cari balik karya awak yang dahulu.
Membaca LJPC memang inilah signature Prolog. Kesemua karya under Prolog saya beli kerana saya yakin karyanya kena dengan jiwa saya dan serius bila membaca cerita ini saya rasa dibawa mengembara bersama Qayra di dunia Adhara. Walau Kapten Haider itu tidaklah manis mana tetapi saya dapat rasa cinta dia yang ikhlas terhadap Qayra.
Sebenarnya teater Kerlipan Adhara yang ditulis oleh Prof Isaac banyak maknanya. Selain teater itu yang tidak ada kata penamat, teater itu jugalah yang merungkai apa yang dialami oleh Qayra 5 tahun sebelum itu. Misteri kehilangan Qayra dan juga cinta yang telah dipateri bertahun lamanya oleh Qayra dan Haider. Mungkin itulah salah satu cara untuk Prof Isaac mahu sedarkan Qarya yang sedang tidur lena itu tentang siapa dia dan juga Haider?🤷♀️
Adhara membawa Qayra mengenali diri dia yang sebenarnya. Rahsia yang mamanya tutup ketat waima dari pengetahuan papanya sendiri. Qayra sering tertanya kenapa mamanya tidak mahu pulang ke Adhara walau mamanya itu tahu cara untuk pulang ke sana tetapi bila endingnya tiba barulah Qayra sedar kenapa mamanya tidak mahu pulang. Seperti juga Kapten Haider yang mahu tetap bersama Qayra. Kerana cinta itu tiada taranya!
Overall, apa yang boleh saya kata bacalah. Tak rugi beli. Cerita ini sebenarnya sesuai juga diletakkan di perpustakaan kerana bahan bacaan yang bersih. Selain cinta, ada juga diselitkan teka teki dan of course ada misteri yang perlu dirungkai😉
i rasa i dah lama tak baca romance, and suprisingly the romance in this book is actually quite good lol ^♡^ but just a heads-up the interactions between the MCs were quite free (pegang tangan, peluk). just a note in case anyone prefers a cleaner romance
this book is a love story between two parallel universes; bumi dan bintang
jujurly i love how author knows how to lure readers in. cerita ni buatkan i nak tahu lagi dan lagi walaupun dah boleh predict few things. world building in Adhara is easy to grasp, olahan cerita menarik, plot tersusun. cuma towards the end pacing a bit rushed and timeline macam pening sikit nak follow
buku ni guna POV1, so tak puas baca sebab i wish we could get Heider’s pov. nak tahu jugak apa yang dia rasa agagaga and how he fell in love (i don’t think it was love at first sight) cuz WE LOVE TO SEE A HEAD OVER HEELS LOSER ML. still, the chemistry is THERE
a stress free read sebab tak ada konflik berat, and those yang minat ROMANCE fantasy can give it a try
1. Bagi aku buku ni best. Genre fantasi. Love story antara dua planet. Bumi dan Adhara. Kiranya manusia bercinta dengan alien la 😆 Kapten Heider si male lead ialah alien, Qayra si female leadnya pulak manusia.
2. Tapi plot twist rupanya Qayra ni hybrid antara manusia dan alien haha. Dan dia royalty kat planet Adhara ni.
3. Aku suka watak prof Isaac. Dia macam completely different person dari Heider. Heider kan cold, man of action. Isaac pulak the exact opposite. Caring, soft spoken.
4. Aku tak puas hati sikit ending dia je. Ending dia macam all over the place sikit. Heider eksiden tertransport balik ke Adhara pastu end up datang balik.
5. Pastu buku ni tak ada ayat-ayat sweet potong kaki yang korang selalu blushing bila baca novel romance tu ye. Bagi korang mungkin hambar la sikit bila tak ada. Korang la. Aku tak 😂
Walaupun pada saya konfliknya tidaklah begitu rumit, dan gaya penulisannya cukup ringkas juga, tapi saya kagum dengan bagaimana cukup mudah penulis ganggu perasaan saya sampai boleh buat jatuh air mata dengan kisah Qayra dan Heidar ini.
🪻Mengisahkan tentang 𝑸𝒂𝒚𝒓𝒂, seorang pelajar yang juga tidak kurang hebatnya bakat yang dia ada dalam melakonkan watak utama untuk pementasan teater. Sehinggalah satu hari ni, dia diberikan bukan watak utama dan semestinya membuatkan dia rasa tidak puas hati.
🪻Pertemuan dengan pensyarah baru di kolejnya iaitu 𝑷𝒓𝒐𝒇. 𝑰𝒔𝒂𝒂𝒄 serba sedikit mengusik hati dan fikirannya sebab tindak tanduk Professor tersebut seperti ada rahsia yang dia simpan dari Qayra tentang skrip teater dan juga setiap watak yang ada di dalam cerita tersebut.
🪻Sewaktu scene Qayra ditikam, dia betul² kena tikam dan dalam sekelip mata dia berada di satu tempat yangs angat asing. Disitulah dia bertemu 𝑯𝒆𝒊𝒅𝒆𝒓, jejaka yang sangat mirip dengan Prof. Isaac.
🩵 PERSONAL REVIEW 🩵
Sejujurnya, aku tak habis lagi blushing dengan Heider ni. Siapa Heider? Itu seyes aku tak nak spoil sebab nak korang rasa sendiri watak seorang Heider kepada Qayra. Sumpah aku blushing teruksss (lagi² bab yang dah nak hujung²)
Okay² back to racun korang utk baca. Kisah ni more to fantasy. Tapi gambaran tempat yang Qayra pergi ni korang boleh imagine sendiri berdasarkan cover page buku ni sendiri. 😍
Tak puas rasanya nak baca kisah ni dan haih sweetnya sampai sekarang terasa. Kalau baca buku ni quite relaxing walaupun ada je scene yang intense tapi takdelah stress sangat sooooo totally recommended!
Thank you penulis @ezi_afiza untuk novel yang awesome ni!
Macam biasa la, bila beli buku PM, biasanya aku tak sempat peram, tup tup dah habis baca. .
Sekali lagi, inilah identiti Prolog Media. Cerita fantasi la jugak. Nak kata time travel, bukan. Dimensional Travel la kot. Macam parallel world gitu. .
Kisah Bumi dan Bintang. .
Sebab tu, tajuknya macam tu. Bila pandang langit, nampak bintang. Dan sebenarnya di bintang tu, ada dunia lain yang diluar jangkauan kita. .
Kisahnya, Prof Isaac, pensyarah muda bermata biru, menghasilkan satu skrip teater bertajuk Kerlipan Adhara. Dan Qayra memegang watak pencuri yang akan diselamatkan oleh Kapten Heider. .
Semasa latihan tersebut, insiden terjadi yang menyebabkan Qayra berada di tempat asing. Dan dia jumpa Kapten Heider! .
Apakah sebenarnya rahsia di sebalik insiden tersebut? .
Okay, permulaan cerita, bagi aku agak slow. Sebab bila baca blurb, aku tahu, turning pointnya ialah part insiden teater tu. So, agak lama la aku duk tunggu part tu. .
Dan buku ni gunakan POV 1. Best je. Cuma aku berpendapat lagi best kalau guna POV 3 sebab aku nak tahu POV Heider. Atau guna je POV 1, tapi ada special part untuk POV Heider. aaa gitu. (Aku pandai sembang je, kalau suruh aku yang tulis, memang hancur) .
Dan bila baca buku genre sebegini, mesti otak aku berfikir extra sikit. Aku ada la curiousity sikit, tapi kena tanya penulis kot. Sebab kalau nak tulis kat sini pun, aku tak reti nak tulis. Kang jadi spoiler pulak. .
Overall, aku akan sentiasa recommend buku PM. Memang aku biased. .
oh ya, aku dah pernah baca buku penulis yang sebelum ni. Tak ingat dah tajuk apa, tapi cover hijau terbitan Besq. So, nak cakap, beliau memang pandai menulis. Sekian.
Cerita yg bagi saya agak fast paced tapi awal awal tu lambat sikit spark antara MC jadi bagi saya tetap slow paced HAHAHAHAHAHAHA. Cerita ni ikutkan kita as reader boleh je teka heider tu siapa isaac tu siapa tapi penulis pandai buat kita rasa nak tahu lagi dan lagi. Ada lah jugak rasa tak logik tapi mmg dah cerita fantasi okay je boleh terima. Tapi act boleh terima jalan cerita sbb korang kena baca lah. Nanti spoil pulak kalau cerita.
Cuma bila dah hujung hujung tu sumpah sedih gilaaaaa cuma tak nangis lah 😔 sayang betul heider dgn qayra tu, sanggup carik qayra dan qayra pun sanggup tunggu heider 😭😭😭 betul betul cinta sejati walaupun tak logik sikit sbb katanya bila dah cinta dah tak kesah asal usul tapi kalau saya, saya still kisah asal usul seseorang tapi tulah cinta itu buta.
Dan cinta Heider–Qayra ni sangat ikhlas dan agak sentimental. Baca tajuk buku ni 100 kali pun tetap tak faham tapi bila dah baca baru faham 🥹�� dua sang kekasih yg sentiasa merenung langit jika rindukan kekasih 😭😭😭 nasib baik still ada cara utk lepaskan rindu.
Papepun paling tak expect kerja heider tu. Penulis mmg pandai ya buatkan pembaca suka dgn pekerjaan ml 🤣 cuma dunia jelah yg berbeza. Heider ni dia tak tunjuk dgn jelas yg dia suka qayra tapi ke mana saje qayra pergi dia mesti ada. Senang cerita sampai ke perbualan qayra pun dia dpt dengar. Nampak tak betapa dia mengekori qayra hahahaahahahahah. Tapi tulah cinta tu pun dtg tiba tiba kan. Penulis takde explain kenapa heider ni boleh jatuh cinta. Dia mcm tiba tiba je eh engkorang ni dah suka sama suka hahahahahahahaha
Siapa yg sukakan genre fantasy romance, ya ini untuk kamuuuu 🫵🏻
Kepada yang mahu membaca buku yang santai2 sahaja, korang boleh baca buku ini!
Siapa orang malaysia yang minat baca manhwa mesti suka baca buku ni... sebab buku ni banyak merupai genre manhwa bak kata orang pergi ke dunia lain gituu...Sebab character dalam cerita ni kalau nak pergi dunia lain mesti like macam dah nak mati.... lebih kuranglah....
Jalan ceritanya memang kemas...tiada banyak persoalan sepanjang saya baca buku ni. Bila dah habis baca pun takdelah rasa macam tak puas hati ke dengan cerita dia. Plot twist dia mungkin ada tapi bagi saya macam tiada. Seperti yang saya katakan tadi buku ini sangatlah santai.
Sebuah karya yang menarik untuk dibaca dengan gaya bahasa mudah. Plot ceritanya tidak terlalu laju tetapi tidak juga mengganggu penceritaan. Penulis berjaya memasukkan unsur kejutan yang membuat kita tertanya-tanya. Saya dapat membayangkan karakternya berkomunikasi dan betapa langit juga punya cerita sedih untuk dikongsi. Saya tak kedekut beri lima bintang untuk karya ini kerana ia sebuah karya yang kena dengan jiwa. Penulisannya kemas dan watak-wataknya ada karakter yang kuat. Tahniah penulis.
Jalinan kisah antara dua dunia dikarang dengan indah. Cerita Qayra dan Isaac, kemudian Heider, dipacu dengan lancar. Watak utama begitu cekal dalam mengharungi dugaan dua dunia.
Bukan sahaja cantik, malah kulit buku ini juga turut menggambarkan perjalanan cerita ini sendiri. Langit ungu dan bintang yang tergambar ternyata sungguh molek, sama dengan jalan ceritanya juga. Latar tempat yang terlakar dalam novel ini sangat gempak.
Penamat novel ini membuatkan mata saya berkaca membacanya. It was such an awesome read! 🤩
Sepanjang baca buku ni puas aku pikir mcm mana dia nak twist cerita ni supaya x jadi 100% cerita cinta. Mungkin perang tu la kut. Ohh tak.
Cerita neh menarik untuk aku, sebab tu aku boleh baca sampai habis. Cuma aku masih mencari dimana umphhhhh nya. Eh, mcm2 lak kehendak aku kan. Hahaha...
Cinta menjangkau semesta Heidir beri yang terbaik untuk mendapatkan balik kisah cintanya sehingga menukar identiti menjadi prof Isaac. Rupa-rupanya Qhayra hilang 5 tahun kisah dia ke bintang Adhara.
Jalan cerita simple tapi masih ada faktor untuk keep making me read the novel till the end.
This entire review has been hidden because of spoilers.
saya suka the idea yang dieorang dari dimension yang lain. saya suka cerita dia. cuma saya nak pov dari kapten tu.... mesti sweet kan pastu control macho
Wow jalan cerita dia memang best , sesuai untuk peminat romanca dengan fiksyen . Walaupun penulis mungkin baru tapi nampak gaya penulisan yang agak matang
Bayangkan, kau orang bercinta tapi lain universe. Dapatkah cinta itu berkekalan? Itu sedikit sebanyak tentang buku ini. Hujung hujung rasa macam dipercepatkan mungkin nak habiskan cepat tapi aku tetap enjoy baca. Kudossss to the writer!