Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hotel Eternity: Sebuah Kompilasi Seram

Rate this book
1. Hotel Eternity
Hati Mardiah hancur apabila suaminya curang. Dalam kesedihan dia memandu di lebuh raya hingga tersesat ke sebuah jalan yang sunyi. Di situ dia berteduh di sebuah hotel yang aneh. Apakah nasib Mardiah selepas itu?

2. Makam
Kerana kasihankan sahabat baiknya, Wani membawa Azlin ke sebuah makam lama untuk memohon hajat. Sayangnya, Azlin ditimpa musibah. Mampukah Wani menyelamatkan Azlin?

3. Korban Kebencian.
Setelah puas berusaha, Azman masih gagal mendapatkan pekerjaan. Tiba-tiba, dia didatangi seorang tua yang sanggup mengubah nasibnya. Adakah Azman akan berjaya? Apakah balasan dan akibatnya?

230 pages, ebook

Published January 1, 2024

2 people are currently reading
8 people want to read

About the author

Maria Kajiwa

59 books109 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (63%)
4 stars
8 (36%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,059 reviews200 followers
December 6, 2024
Semua cerita best!

Paling suka korban kebencian. Tanpa kita sedar bila kita putus asa, jiwa kita lemah dan tanpa sedari kita buat sesuatu yang syirik.

Mujur cepat sedar... mujur hati tak hitam untuk berubah. Segala dugaan hanya Allah yang dapat bantu.
Profile Image for Eizalicious Noir .
28 reviews
November 29, 2025
📖 HOTEL ETERNITY (Versi Untuk Zine) ✍️ Maria Kajiwa

“Hotel Eternity” mengikuti pelarian Mardiah yang tiba di sebuah hotel lama dan sunyi — tempat yang kelihatan cantik, tetapi penuh rasa tidak enak sejak awal. Gangguan halus, pekerja yang terlalu ramah, dan kemunculan seorang wanita misteri membuatkan hotel itu terasa semakin pelik dan menekan.

Suasana yang berubah-ubah, lorong yang seolah memerangkap, dan detik cemas ketika Mardiah ternampak cahaya menjadikan kisah ini penuh ketegangan yang merayap perlahan

Penulis berjaya mengadun seram psikologi dan simbolik jiwa dengan penuh gaya, menjadikan pembaca tertanya-tanya tentang misteri hotel itu dan makna kejadian yang dialami Mardiah.

Ringkas, gelap dan meninggalkan kesan selepas dibaca.

#ZineHotelEnternity #MariaKajiwa #SeramLahOi #BatchAEnterprise #EizaliciousNoir


📖 MAKAM TOK YIT (Versi Untuk Zine) ✍️ Maria Kajiwa

Di sebuah makam lama yang terkenal sebagai tempat “meminta hajat”, ramai datang membawa harapan—dan ramai juga pulang dengan hajat tertunai. Tapi setiap janji ada harga, cuma tidak semua menyedarinya.

Azlin datang dengan satu permintaan kecil… namun pulangnya bukan lagi sebagai dirinya. Dia hilang arah, hilang kewarasan, dan hidupnya mula dirundung perkara yang tidak dapat dijelaskan. Sesuatu yang tidak pernah diminta — tetapi kini mengekori.

Apa sebenarnya yang terjadi pada Azlin?
Siapa yang mampu menghulurkan tangan ketika semua orang lain menjauh?
Dan persoalan yang paling menakutkan—

Kenapa Azlin?
Apa yang makam itu mahukan daripadanya?

#ZineMakamTokYit #MariaKajiwa #SeramLahOi #BatchAEnterprise #EizaliciousNoir
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
January 21, 2024
1) hotel eternity
disebabkan kecewa mardiah memandu dalam hati yang lara. dan dia tersesat di sebuah hotel.

2) makam tok yit
azlin kecewa. dan kerana dendam dia ke sebuah makam yang dianggap keramat untuk memohon sesuatu.

3) korban kebencian
azman yang dalam kesempitan mula goyah bila dihulur bantuan.

tiga buah cerita yang sedap baca dan punya banyak pengajaran. dalam tiga cerita ini, akak tertarik dengan cerita korban kebencian. kadang benda berlaku memang tanpa kita sedar atau mahu. sama ada tanpa sengaja menghina atau tanpa sedar terasa.

olahan dan penceritaan puan penulis tersohor ini memang tidak boleh disangkal lagi. sedap dan selesa dibaca.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
December 28, 2023
3 cerita dengan tiga permasalahan yang menguji diri.. Kesemuanya berkaitan dengan keimanan.. Setiap kita pasti akan ditimpa masalah namun kepada siapa kita meminta tolong menentukan keimanan kita.. Ohsem..
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.