Berkahwin dengan seorang yang ego tidak termasuk dalam perancangan masa depan Zhila. Tetapi dek kejadian yang tidak terduga, Zhila berkahwin dengan pengantin bidan terjun.
Fikhri yang kecewa dengan tingkah kekasihnya mula mencipta sandiwara bahawa dia akan berkahwin agar kekasihnya itu sedar dan mengaku silap sendiri. Rupa-rupanya sandiwara Fikhri menjadi kenyataan apabila dia betul-betul berkahwin!
Maka bermulalah kehidupan rumah tangga pasangan yang asing ini. Seperti permainan Tic Tac Toe, apabila seorang memulakan langkah, yang seorang lagi menghalang atau mulakan langkah baharu. Masing-masing mahu menang. Zhila yang menjadi menantu kesayangan tidak akan mengalah pada Fikhri yang pandai berhelah. Siapakah yang akan menang dalam permainan ini atau kedua-duanya menyerah kalah pada cinta?
The beginning is a bit off... The feel is just not happening. Feel like scanning the book. The story is there but the olahan not so much or maybe it's just me, I don't know.
Watak2nya jelas in the beginning but as the story progress the watak jadi berkecamuk. For example, Fikhri.. Sometimes he's like a gentleman and sometimes not. Its like he has multiple personality and do not know how to act on it. The same goes for Zhila. Sometimes Nampak dia strong but at times dia easily crumble macam tu je. So I was like, eh.. eh... eh...
And then there are few illogical parts that I don't want to elaborate. Have a go and you'll understand... :)
Luckily towards the end, the story gets better although still not to my taste but the feel came at last.
And oh! btw.. I definitely hated both of them for what they did to Gebu-gebu in the beginning. Seriously!!!
Kisah ni kisah biasa perkahwinan yang diaturkan keluarga dan pengantinya pula kena ganti si pengantin lelaki tapi yang menariknya jalan cerita yang disampaikan.
-Fikhri berkahwin dengan Zhila atas sebab dia terpaksa gantikan tempat abnagnya Fakhri yang hilangkan diri pada majlis akad nikah.
-Kehilangan Fakhri ni menjadi tanda Tanya ahli keluarganya dan bila dia dijumpai apa yang diceritakan oleh Fakhri tiada siap yang hendak percayakanya. Kat sini baca memang lucu, kesian Fakhri, itu yang dikatakan bukan jodoh
-Zhila pula terkejut tengok bakal suami dia orang lain tapi dia tetap rela disebabkan oleh emak saudaranya yang beria-ria minta dia kahwin juga. Kisah kehidupan Zhila ni agak sedih sikit. Kenapa emak saudaranya tak berapa suka pada dia?. Tapi Zhila ni tabah dan kuat orangnya.
-Fikhri yang terlalu sayangkan si kekasih hati Afrina. Saat melihat kecurangan si kekasih hati, hati dia sakit sangat sanggup nekad nak putus. Tapi yang geramnya boleh pula dia maafkan balik si Afrina ni bila dah berkahwin dengan Zhila. Perjanjian dengan Zhila untuk bersama membina kebahagian dan belajar untuk menerima diri masing-masing dia abaikan. Grrrrrrrrrrrr rasa macam nak ja makan si Fikhri ni masa ni. Yang si Afrina pun apa lagi seronok la.
-Nasib ending dia happy hehe.
Semua persolalan dan jawapan tentang kejadian Fakhri hilang, kenapa emak saudara Zhila tak suka dia, mengapa Fikhri boleh baik dengan Afrina balik dan siapa Ramero kawan lama Zhila masa menuntuk diluar Negara semua ada dalam Tic Tac Toe.
Jadi boleh dapatkan buku ni. Memang akan rasa macam-macam perasaan dengan perangai si Fikhri ni, bila Zhila dah naik marah..haaaaa baru terasa hati ya Fikhri. Pening kepala nak pujuk. Terpaksa rendahkan ego
* watak paling disukai dalam buku ni ialah GEBU-GEBU akhirnya terjawab sudah kucing oren kat tingkap dalam cover tu
Tahniah buat penulis untuk buku ke 2 beliau bersama Jemari Seni.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Menarik, walaupun kisahnya simple dengan penggunaan bahasa yang bersahaja. Cuma permulaan cerita agak slow dan pada N, cerita ni mula menjadi menarik after Zhila dan Fikhri kahwin. Worth reading!
Perkahwinan memang belum ada dalam agenda hidup Fikhri. Apatah lagi bergelar suami kepada wanita yang sepatutnya menjadi kakak iparnya.
Disebabkan kecewa dengan kecurangan kekasihnya, Fikhri memberi kata dua kepada Afrina sama ada untuk mengaku kesalahannya atau Fikhri menerima cadangan kedua ibu bapanya untuk berkahwin dengan calon pilihan mereka sekaligus menamatkan hubungan cinta mereka.
Sandiwara Fikhri akhirnya jadi kenyataan bila dia terpaksa menggantikan tempat Fakhri untuk berkahwin dengan Zhila. Keluarga mereka menganggap Fakhri melarikan diri kerana tak mahu berkahwin dengan Zhila. Hakikatnya Fakhri diculik oleh orang upahan Afrina. Part ni memang macam kartun sikit sebab cerita Fakhri tentang dia diculik tu memang tak logik. Penculik tak minta tebusan dan kemudian tinggalkan orang yang diculik untuk melepaskan diri sendiri. Haha. Tapi, cakap apa pun dah tak guna sebab Fikhri dah selamat jadi suami Zhila.
Bermulalah hidup baru Fikhri dan Zhila. Awalnya memang nampak Fikhri ni okay, layan Zhila dengan baik walaupun kadangkala datang juga angin membulinya tu. Zhila pun sabar je layan kerenah Fikhri di samping cuba untuk terima sekaligus menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka ini. Tapi bila Fikhri mula berbaik-baik dengan Afrina, segalanya jadi kucar-kacir. Hidup mereka memang dah macam permainan tic tac toe gara-gara kedangkalan pemikiran Fikhri. Rasa nak luku je Fikhri ni. Dah dapat isteri yang baik macam Zhila tu pun ada hati nak cari Afrina yang hampeh tu. Haish.
Jadi, adakah salah seorang daripada mereka beralah atau kedua-duanya menyerah kalah kepada perasaan mereka?
Komen saya:
1. Sangat tak suka Fikhri. Ego, perasan bagus dan asyik nak menang. Lagi menyampah bila ego dia naik menjulang sebab Zhila selalu beralah dengan sikap dia. Hish! Mujurlah, dia akhirnya sedar juga tentang perasaannya sendiri.
2. Suka Zhila. Sebab karakter dia yang lembut tapi tegas. Sungguh pun suami buat hal, dia masih mampu berdiri teguh tanpa tunjuk kelemahan sebagai seorang perempuan.
3.Suka karakter Datuk Fakhrul, ayah Fakhri sebab dia pandai memanipulasi kelemahan Fikhri. Haha. Anak dia kan? Mestilah dia tahu tang mana kelemahan anak dia.
4. Suka Gebu-Gebu. Ehhh? Haha
5. Cerita ni agak keanak-anakkan sedikit. Bukan apa, memang terserlah sisi tak matang Fikhri tu bila dok bertarik tali dengan Zhila. Patutnya sebagai suami dialah yang kena jadi pemimpin kan? Ini dia pula yang tolong melingkupkan rumah tangga sendiri. Haish.
6. Saya belum berkesempatan untuk baca karya pertama penulis, maka tak dapatlah nak bandingkan keduanya. Apa pun, tahniah untuk kelahiran karya kedua ni. Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)
-Suke watak Datuk Fakhrul yg sporting dgn anak beliau, terutama Fikhri ^^ Hehe - Mula2 mcm xpercaya jugak dgn kisah Fakhri, tpi who knows, rupe2 nye betol. Haha
XTau nak review ape lagi. :/ Anyway, thumbs up Penulis :)))
Saya suka pada karyanya yang sebelum ini, Gadis Bertudung Merah. Kemudian saya harapkan, saya akan suka pada cerita Tic Tac Toe ini juga. Sayang, cerita Gadis Bertudung Merah saya dapat rasakan perbezaan yang sangat _____ dengan Tic Tac Toe. Kecewa tu tidaklah tapi saya harapkan sesuatu yang lebih baik memandangkan ini novel kedua Jill Naura dengan Jemari Seni. Saya tunggu nak beli cerita ni tau! Cuma bajet takda. Sejak tahu cerita ini bakal dibukukan saya dah listkan awal-awal.
Ps: Kek 7 jenis beri itu sesuatu yang sangat bijak. :) Who would've thought a blackberry could be the 7th 'lucky' berry?
santai jer novel nie... namun dalam kesantaiannya tetap terselit pengajaran. perkembangan cerita yang menarik. bahasa yang ringan dan tidak berbelit-belit, mana taknya 3 jam dah habis baca.. gaya pengolahan memang terletak dalam kelas yang tersendiri membuat pembaca takyah la letak buku atau cari penanda sebab nak stop baca... walaupun kisah cinta yang mungkin boleh sesetengah pembaca muntah darah tapi kalau kekuatan terletak pada gaya pengolahan haa... kat situ yang membezakan buku2 cinta nih... fikhri yang terpaksa menjadi bidan terjun bila abangnya fakhri tidak muncul pada malam pernikahan dengan zhila. alasan, fakhri di culik tanpa di ketahui sebab munasababnya.. fikhri ketika itu patah hati dengan afrina menerima saranan ayahnya untuk menjadi bidan terjun kerana tidak mahu memalukan orang tuanya.. zhila pula, walaupun fikhri tidak dapat menerimanya tapi dia tetap berazam mahu menjadi isteri yang baik. di sini tic tac toe bermula.... nak tau turun naik silang pangkah permainan mereka?.. hehe... carilah buku nie..