Raif Imran, jejaka yang telah mencuri hati Irdina. Mereka berkenalan, mereka berteman. Dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk meluah rasa. Tanpa diduga, satu tragedi yang mendekatkan dua hati sehingga akhirnya mereka digelar suami isteri. Hari-hari yang dilalui begitu indah dan bahagia. Namun, kebahagiaan itu direntap apabila Yasmin kembali ke Rahmatullah.
Pemergian ibu tercinta telah merenggut seluruh semangat dan jiwa Irdina. Dia kemurungan. Raif diabaikan. Tiada lagi kemesraan di antara mereka. Apabila hubungan jadi kaku dan beku, muncul pula pihak ketiga untuk mengganggu. Rasa curiga mula meracuni. Kesabaran diuji. Kejujuran dicari. Dapatkah mereka pertahankan ikatan itu? Mampukah Raif mengembalikan semula Irdinanya yang dahulu?
Dengan menggunakan nama pena Hezzy Azra, anak bongsu daripada tiga adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Puteri Pandan sebelum bertukar ke Sekolah Rendah Convent Bukit Nanas (2) Kuala Lumpur pada tahun 1984. Meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas sehingga tamat tingkatan enam pada tahun 1992. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat diploma di TL Management Centre (usahasama dengan Swansea Institute of Higher Education, United Kingdom) dalam jurusan Business Management. Kini bekerja sebagai Eksekutif Akaun dan Pentadbiran di sebuah syarikat pembinaan milik bumiputera yang beroperasi di Kelana Jaya, Selangor.
Atas dasar ingin mencuba bakat, mula menulis manuskrip pertama pada tahun 2006. Setelah lima tahun dalam bidang ini, empat novel telah berjaya dihasilkan iaitu yang pertama Melodi Kasih (Disember 2007), Kenangan Terindah (November 2008) Cinta Tak Beralih (Julai 2010) dan Aku Pilih Dia yang baru berada di pasaran pada Disember 2011.
Tajuk : Sah, Aku Cinta Kamu! Penulis : Hezzy Azra Terbitan : 2014 Harga : RM23 Penerbit : Alaf 21
Sah, Aku Cinta Kamu sebuah novel yang membuai rasa dengan ayat ayat cinta RAIF IMRAN. Setelah membaca novel ini, anda Sah akan tersenyum, anda Sah akan jatuh cinta dengan watak utama Raif Imran, anda Sah akan cair dengan ayat ayat bergula Raif Imran, anda Sah akan bermain di bibir kata-kata dear, hun,dan love, anda Sah akan mengalirkan air mata menangisi nasib Irdina Jasmin, anda Sah akan meneruskan pembacaan tanpa dapat menghentikannya!!!
Pada peringkat plot permulaan novel Sah, Aku Cinta Kamu telah digambarkan dengan pertemuan pertama antara Raif Imran dengan Irdina Jasmin di lif hospital. Raif menemankan abangnya Ian dan Irdina menemankan atuknya, atuk Jamil di unit fisioterapi. Pertemuan pertama telah membawa kepada pertemuan kedua, ketiga dan seterusnya.
Sikap ambil berat dan mulut BERGULA Raif Imran telah menyebabkan dia disenangi oleh ramai gadis. Ala-ala buaya daratlah si Raif ni sehingga semua perempuan yang berdampingan dengannya dipanggil DEAR..... Dear Mayza, Dear Atilia, Dear Sue Ann, Dear Zoey termasuk memanggil setiausahanya, Melissa dengan panggilan ‘yang’....aduhai Raif Imran, panasaran semua gadis di sekelilingnya.sehinggakan dalam masa sehari, Raif Imran boleh dating dengan empat perempuan sekali gus. Memang Hebat! Bak kata Irdina angka yang cukup untuk memaksimakan jumlah poligami.
Dalam plot perkembangan pula, terdapat satu insiden, iaitu Irdina atau dipanggil oleh Raif sebagai Idin, telah terlibat dalam satu kemalangan. Salah satu bahagian badan Idin telah terkena minyak panas sewaktu Idin hendak membeli pisang goreng ketika keluar bersama dengan Raif. Ekoran kemalangan itu, Idin telah mengalami kecacatan kekal pada bahagian tersebut. Atas rasa tanggungjawab, ibu kepada Raif, Datin Raudhah telah bertindak merisik Idin bagi pihak anaknya, tanpa pengetahuan Raif kerana ketika itu Raif berada di Bangkok atas urusan kerja.
Sekembalinya, Raif dari luar Negara, Irdina telah mengadakan pertemuan empat mata bersama dengan Raif untuk mengesahkan sama ada pinangan itu datang daripada Raif atau ibunya. Selepas puas diasak oleh Irdina, akhirnya Raif melamar juga Idin menjadi isterinya. Sebaik sahaja berkahwin, panggilan kepada Idin sudah bertukar menjadi ‘Love’. Raif dipanggil ‘hun’ oleh Idin. ‘Sweet overdose’ nya pasangan ini sehingga dikurniakan seorang cahaya mata, Raeesah Ilana.
Pertemuan empat mata Raif dengan Irdina : “Saya nak tahu, sebenarnya lamaran tu ikhlas daripada awak sendiri atau umi awak?” – Irdina “Er....” – Raif Imran “Kalau awak rasa, awak perlukan lebih banyak masa lagi untuk jawab...kita boleh teruskan dengan soalan lain.” – Irdina “Next question, please” – Raif “Kenapa saya” – Irdina “Kenapa dengan awak” – Raif “Awak tak jawab soalan saya!” – Irdina “Saya pun perlukan jawapan juga,” – Raif “Kenapa nak kahwin dengan saya? Awak ada banyak pilihan lain.” – Irdina “Siapa pilihan yang saya ada?” – Raif “Kenapa tak kahwin dengan Mayza? Atau wati yang tudung stail turban tu? Atau Zoey yang di Kuching? Atau mungkin Atilia? Kenapa tak pilih saja Fawzia?- Irdina
“Mayza is not my cup of tea. Atilia...she’s a high maintenance lady. Botak kepala saya kalau jadi suami dia nanti. Zoey? Saya bukan jenis yang rampas isteri kawan sendiri. Wati? Kadang-kadang karakternya buat saya keliru. Dia bertudung tapi suka melepak di kelab. Syikeen? Umi kata seksi sangat. Jehan? Tiga pupu saya tapi saya tak berminat untuk kahwin dengan saudara mara. Azie? Dia tua daripada saya dan dia janda. Elyza? Dia baik...tapi clumsy dan nerd sikit. Ai Leen?Saya rasa dia tak berminat untuk bersuamikan lelaki Melayu. Dan IRDINA JASMINE? I love to be around her. And umi likes her too” – Raif Imran
“Awak masih tak jawab soalan pertama saya tadi.” – Irdina “Dah tak ada soalan lain? Next please?” – Raif “Raif Imran....awak ke yang suruh umi lamar saya? “ – Irdina “Next question?” – Raif “Atau umi lamar saya tanpa pengetahuan awak?” – Irdina “Yang saya tahu, lamaran itu membolehkan saya jadi suami awak dan awak jadi isteri saya dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Kahwin dengan I, Idin? Sebab I sayang you Idin...sayang sangat-sangat” – Raif Imran
Ayat-ayat “ sweet overdose” Raif Imran kepada Irdina Jasmin
“You make me want to kiss you, And this is the part that I would love to kiss every day and every night!” – Raif “Berbangga sebab suami I ada ramai bekas teman wanita? – Irdina “Dalam ramai-ramai tu, I kahwin dengan you. Listen here, Love! Why do you have to recall about my past, when my future in you hand..hmmm? – Raif “Mana ada perempuan boleh sentuh I kecuali you, Idin. You dah dapat hak eksklusif, tahu tak? Cop mohor you merata-rata kat badan I ni,” – Raif
“Kali pertama kita beraya bertiga” – Irdina “Tahun depan, berempat pulak” – Raif “Hello...gimme a break, okay? – Irdina “Tapi kalau I tak sempat brake...nak buat macam mana? - Raif
Kebahagiaan Raif dan Idin direnggut dengan peristiwa Yasmin, ibu Idin meninggal dunia kerana kanser. Hubungan antara Idin dengan ibunya amat akrab bagai BFF. Idin bagai hilang punca dan hidup terasing setelah kematian ibunya. Pembaca seolah-olah berada dalam diri Idin merasai kehilangan, kesedihan dan kekosongan hidup setelah kematian seorang ibu. Garapan penulisan sangat sedih ketika ini sehingga membuatkan pembaca menitiskan air mata. Sedihnya menjadi seorang Irdina Jasmin!
Sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah kehilangan ibunya, alam perkahwinan mereka dilanda badai pula apabila rumah tangga mereka dilanda fitnah oleh setiausaha Raif , Delisha yang juga menaruh minat terhadap Raif. Idin yang baru kehilangan ibunya, hilang tempat bergantung apabila merasakan Raif hanya mengahwini dirinya dalam keadaan terpaksa setelah percaya akan fitnah tersebut. Walaupun badai melanda rumah tangga mereka, Raif tetap melayan Idin seperti biasa sehinggakan walaupun dalam keadaan bergaduh Raif tidak lupa untuk mencium bahagian badan Idin yang cacat itu.
Bahagian manakah pada badan Idin yang cacat itu? Bagaimanakah pengakhiran novel ini? Berjayakah Delisha menghancurkan rumah tangga Raif dan Idin? Bolehkah Irdina hidup tanpa ibunya, Yasmin? Tegarkah Irdina hidup sebatang kara dengan anaknya sahaja? Berjayakah Raif mencari dalang di sebalik penyebaran fitnah tersebut? Adakah Raif mengahwini Irdina kerana tanggungjawab? Atau adakah Raif mengahwini Irdina kerana mencintai Irdina?
Semuanya akan terjawab setelah anda Sah menghabiskan novel ini. Sesungguhnya, karya keenam penulis Hezzy Azzra ini telah menunjukkan garapan yang luar biasa dalam gaya penulisannya. Garapan beliau yang hebat dalam novel ini menjadikan novel Sah Aku Cinta Kamu menjadi sebuah karya yang SANGAT AWESOME! Dapatkan segera di pasaran. TAHNIAH. SAH 5 Bintang untuk Novel Sah Aku Cinta Kamu!
Susah jga nak bagi bintang. Lama juga lah nak khatam kan kisah Raif dan Idin ni bukan x best tp terlalu banyak mcm terlalu byk rintangan dan kesusahan yg kita perlu lalui utk menikmati kebahagian dan bila dah susah barulah kita akan lebih menghargai apa yang kita ada tet tiba2.
Bagi yang sudah membaca karya penulis terdahulu yang bertajuk Aku Pilih Dia pasti sudah dapat gambaran tentang Raif Imran bukan? Raif Imran (Raif) si mulut manis yang berhubungan dengan ramai wanita. Tapi dalam ramai-ramai tu hanya Irdina Jasmin (Irdina) yang dekat di hatinya. Perkenalan mereka bermula di hospital bila mana Raif menemankan abangnya, Ian Redza menjalani rawatan fisioterapi manakala Irdina pula menemankan datuknya. Siapa sangka Irdina yang berperwatakan sederhana dan selamba itu benar-benar menambat hati Raif? Bagi Irdina pula walaupun hubungan rapatnya dengan Raif sudah ke pengetahuan keluarga, dia tak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana sudah maklum dengan hubungan baik Raif dengan wanita di sekelilingnya.
Suatu tragedi menimpa Irdina menyebabkan Raif rasa bertanggungjawab atas apa yang menimpa Irdina. Belum sempat membuka mulut, umi Raif sudah memulakan langkah. Haish. Kesian juga Raif. Sudahlah tersepit dengan masalah kewangan, uminya melamar Irdina tanpa pengetahuan pula. Namun, bila jodoh sudah tersurat, siapa yang mampu menolaknya bukan?
Perkahwinan mereka memang membahagiakan. Sungguh pun masih dihantui kisah warna-warni Raif sebelum perkahwinan mereka, Irdina masih mampu bertenang tanpa rasa ragu dan cemburu berlebihan atas rasa percaya dengan Raif. Phew, tabik! Kebahagiaan mereka makin bertambah bila Irdina disahkan mengandung. Kegembiraan mereka sekeluarga terbantut bila mengetahui tentang penyakit mama Irdina. Memang sedih bila ditimpa musibah begini tapi berkat sokongan keluarga terdekat mama Irdina berjaya bertahan sehingga Irdina melahirkan Raeesah. Tapi siapalah kita untuk menentang ketentuan? Mama Irdina akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya kerana jangkitan kuman pada paru-parunya.
Kematian mama Irdina benar-benar menguji tahap kesabaran Raif sebagai seorang suami. Irdina diserang kemurungan selepas pemergian mamanya. Siapa pun bila kehilangan seorang ibu pasti merasai perasaan yang sama. Masakan tidak, selama ini mamanyalah tempat dia bergantung. Bila hilang dari hidup seumpama hilang seluruh semangat. Cuma ada ketikanya saya rasa Irdina agak mementingkan diri sendiri bila Raif diabaikan disebabkan Irdina melayan rasa sedihnya. Hmm...
Saat-saat begini datang pula si penggangu yang mengambil kesempatan untuk memporak-perandakan rumahtangga mereka berdua. Mampukah mereka mempertahankan mahligai yang semakin rapuh in?
Komen saya:
1. Seperti biasa, karya Kak Hezzy Azra tak pernah menghampakan. Nipis tapi banyak isi yang boleh kita kupas.
2. Suka Irdina yang lasak dan berdikari. Bukan jenis yang suka ambil kesempatan walaupun Raif banyak bagi peluang untuk dia berbuat demikian.
3. Suka semangat setiakawan Raif . Walaupun kawan yang dibantunya perempuan tapi yeah, dia tak pernah tinggalkan kawannya yang sama-sama tak bernasib baik dalam pelaburan. Sama-sama berikhtiar mencari alternatif untuk recover kerugian yang dialami.
4. Sikap percaya dan toleransi tu sangat penting dalam perhubungan. Bila keduanya wujud, nescaya anasir luar pun susah nak menjengah masuk. :)
5. Kesedihan yang kita alami bukan tiket untuk kita abaikan insan-insan di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi orang yang rapat dan patut kita beri lebih perhatian.
6. Yang di sekeliling jangan pula tinggalkan orang yang bersedih tu sendiri. Kena pandai cari kesempatan dan kaedah untuk memulihkan kesedihannya.
7. Kesusahan dan kesempitan orang lain bukan tiket untuk kita ambil kesempatan. Jadi, saya benci Delisha. Titik! :P
8.Saya rasa kisah yang dibawa penulis kali ni agak ‘berat’ berbanding kisah-kisah terdahulu. Ke saya yang terlebih menjiwai ni? Haha. Apa pun tahniah Kak Hezzy sebab berjaya juga buat saya sob sob (sikit) bila membaca kisah ni. Hehe. Harapnya tahun depan bakal ada buku baru lagi. ;)
Cerita yg sweet,smooth, konflik pn x berat.tp byk pengajaran boleh dpt dlm hidup berumahtangga.
Si hero Raif sgt la bermulut manis, ramainya perempuan dlm hidup dia, semua dia panggil 'dear'.mana la si isteri x cemburu..tp watak Raif yg sgt bertanggungjawab pada kerja dan keluarga adalah bonus untuk dia. Raif x cepat melatah bila ada yg cuba membuat onar dan fitnah dlm rumahtangga mrk.walaupun pada mulanya dia mendiamkan diri seolah2 mengiakan fitnah tu membuatkan Irdina makan hati dan curiga. Irdina walaupun makan hati tp x terburu2 menuduh si suami.
Tapi sy tertunggu2 scene Raif dan Irdina pergi bungee jumping mcm yg dorg katakan as 'partner in crime' smpai ke hjg cerita,tp tak ada. but its ok cuma sy jela yg berharap since dorg suka buat kejutan tuk pasangan.huhu.
p/s: lepas ni nk cari buku2 penulis yg lain..sudah jatuh cinta. :)
Rating mengalahkan kekanda Ianhaha. Tak pasti kenapa, apakah kerana Raif? Atau si Irdina? Atau si cilik Raeesah? Ha, nasib takde nama Raisha. Kalau ada, mungkin markah penuh hahaha
Walau saya pernah crush kat Raif Imran , tapi baru sekarang ada masa nak baca. Lol
Raif masih Raif yang dulu. Manis mulut, mesra terlebih, terlampau menghargai setiap perempuan bukanlah label seorang buaya darat. Tapi, bab beri harapan pada perempuan itu satu-satunya perkara paling saya tak gemar tentang lelaki ini. Raif, perempuan ni hatinya cepat tersentuh. Hahahaha. Apapun, tahniah Irdina. Sebab, berjaya raih hati Raif. Menjadi wanita di sisi Raif, banyak cabarannya. Harap awak tabah. Lagi satu pesanan saya, jangan cepat melatah. Ramai yang nak sayang Raif, kalau awak tak sayang. Delisha. Saya baca sebagai delusi :p
“Sah, Aku Cinta Kamu” (SACK) is the sixth novel by one of my favourite novelists, Hezzy Azra (HA). Sebenarnya dah habis baca novel in in a day and a half… even sempat baca for second time… tapi baru berkesempatan nak review. My obsession over The Wedding Breaker took most of my free time. :P
Anyways, back to the subject… For an avid fan of her novels, memang I sentiasa anticipate her newborn baby. I love the fact that HA sentiasa menghidupkan watak-watak di dalam dunia yang telah direka. Ever since “Melodi Kasih”, I rasa sangat connected dengan watak-watak rekaan HA sampai I “kenal” sangat dengan watak-watak yang pernah ada dalam her past novels. When you read her novel, you rasa berdebar nak tengok siapa yang akan buat special appearance. I said the same thing before… Sounds like a broken record.
With that said, however, this time, kaitan tu memang berkait rapat la sebab peneraju utama dalam SACK merupakan salah seorang “heroes” dalam novel HA yang ketiga. Hero yang “kalah” dengan hero “sebenar”…
SACK menceritakan kesinambungan kisah Raif Imran yang memainkan peranan penting di dalam novel “Aku Pilih dia” (APD), tapi I tak consider this novel a sequel. Not really… I anggap novel ini seperti novel-novel HA yang previous; each novels HA are separated and yet they’re connected. You’ll get what I mean if you read all of her novels.
Raif Imran kena portray sebagai seorang yang suka berdampingan dengan perempuan… He is not a playboy though, tetapi seorang lelaki yang terlalu “hormat” pada perempuan, and likes to make them feel special. At least, that’s how I see him. Budi bicara dia semanis gula bila bersama kaum hawa sampai ada yang “perasan” dengan layanan istimewa dia. Di antara semua kawan perempuan dia ne, Irdina Jasmin (Idin), was the only girl yang dia bawa balik jumpa parents dia without reasons, i.e. majlis or the day being hari raya.
Idin merupakan satu-satunya anak kepada Yasmin, seorang janda yang diceraikan oleh suaminya sejak Idin masih kecil. Sejak dulu lagi, kedua anak beranak ini were very close and acted very much seperti sahabat. I sangat suka dengan hubungan ini kerana jarang sekali novel memaparkan keakraban seorang ibu dengan anak perempuan. Ada, tapi I jarang nampak. The fact that Yasmin was a single mother, made it real sebab I know some girlfriends yang membesar with only a mother to support them and they are very, very close with the mother. Idin bekerja in a car company dalam bahagian Human Resource, I think (dah lupa), and at the same time, dia ada menjalankan business online. I feel very close to her character sebab I’m also an online seller.
Pertemuan demi pertemuan di hospital telah menyebabkan hubungan terjalin di antara Idin dan Raif… tetapi status hubungan itu masih kurang jelas. Bagi Raif Imran, dia selesa dengan Idin; di antara semua perempuan yang didampinginya, Idin merupakan yang paling istimewa… Bagi Idin pula, dia merasakan there’s something between them tapi dia tak berani nak buat assumption, lebih-lebih lagi when she observed the fact Raif masih berhubung dengan perempuan-perempuan lain yang he tended to call “dear”. Unlike perempuan-perempuan perasan tu, Idin berpijak di bumi yang nyata… and dia ne masih ada rasa self-conscious.
Satu tragedi telah menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan; tragedi yang meninggalkan bekas di bahagian belakang Idin. Perkahwinan ini pula direncanakan berlangsung shortly after Raif dilanda masalah kewangan. However, dengan desakan daripada parents dia, dan nasihat daripada abang dan kakak ipar kesayangan, Raif decided to consent. I love how much Raif tended to lean on Ian’s advice on everything.
“Raif, saya bertemu jodoh dengan Ian melalui awak. Mungkin jodoh awak dengan Idin melalui Ian. Perancangan ALLAH sentiasa yang terbaik. Berlapang dada dengan ketentuan Ilahi. A piece of advice from your sis in law” – Loved this part and I’m quite in agreement!
I love the fact that this marriage is an arranged marriage, and I like the fact that both parties didn’t feel obligated to go on with it. Plus, hati dia pun mula menerima kenyataan that he actually do have feelings for the girl. In the lady’s part, dia memang dah ada feeling, tetapi menanti kenyataan daripada si lelaki.
I suka dengan perjalanan mereka sebelum berkahwin. The preparation, and Raif’s stand of not being in the same room alone with her before the marriage. Setelah melangsungkan perkahwinan, these couple hidup dengan bahagia, no drama and tak ada unsur terpaksa, eventhough the marriage initially diatur oleh keluarga. I love the fact that bahagian belakang Idin became Raif’s most favorite spot to kiss. Made me melt everytime he did that! I also love the fact that they kekalkan their endearments for one another… also, I found it interesting that they bahaskan diri “saya” when they’re not happy. Really love this couple!
Setelah kehilangan ibu tersayang, Idin started to abaikan suami dan anaknya. I have mixed feelings about her condition. In one hand, I understand how she feels… on the other, I hate that she let her grief got out of control. However, I love that this made her start berhijab. One thing led to another, kesetiaan suami dipersoalkan…
I thought the watak antagonis ne would be Mayza… color me surprise to find her redha dengan jodoh Raif. What a sensible kind of lady… Semasa “Yang” Raif, Melissa, decided to letak jawatan, I have a haunch that the new secretary would be the problem and apparently, I was right! Really hate the character… however, I love how Raif dealt with her in the end.
Gaya penulisan HA never cease to amaze me. The last time I read her novel, I found myself think exactly the same as I’m thinking right now. Gaya penulisan yang sangat professional. The only time penulis menggunakan bahasa yang “santai” (but, tak really santai pun) adalah semasa beliau menulis dialog. Terdapat banyak perkataan yang jarang ada semasa membaca novel lain… Currently, I bought and read novel-novel dari penulis baru. Sangat jauh gaya penulisan mereka, if compared to penulis “veteran” ini. In terms of idea, maybe penulis-penulis baru yang lebih creative, but in term of writing, belum ada yang setanding dengan penulis lama. This is, however, just my personal opinion.
Penggunaan bahasa Inggeris yang “almost” perfect. Selalunya I said perfect sebab I didn’t see anything wrong… tapi this time, I terdetect some grammatical errors. Tak banyak and not really “nampak”, but still ada la… I salahkan editor! haha... Anyways, I always thought that HA knows when to add English in her writing. She doesn't have the urge to letak kesemua dialog in English.
Dari segi plot and watak, like always, based on reality. Pertemuan dalam elevator ne I’m not sure if it’s cliché, but it worked. Then somewhat ada a bit of “kahwin paksa”, with different take on the subject… Climax of the novel would be the way couple ne handled their troubled marriage. I love the fact that Raif knew his wife that well! A very interesting and amazing ride indeed.
As always, I love the fact that HA did her homework about the issues and the professions yang she created for her characters. Ada pengisian dalam aturcara kerja, perjalanan projek, pembelian barang-barang untuk perniagaan online, also dijelaskan dengan lebih lanjut about the investment thingy, etc... If you see her "I nak projek ini menjadi", it will not stop there. I guess HA did kajian about everything. :)
In this novel, couples from the first novel, Ahmad Fariq and Zahara Inas made their special appearances as two of the investors involved dalam investment Raif… and mereka turut terjebak dalam masalah yang dihadapinya. Then, we get to see Emir Hadhri and Raina from “Semerah Red Velvet” bersama-sama dengan baby mereka! Also, the obvious, we get to see Ian Redza and Johana yang melalui saat-saat happy with their own baby… I love “living” in HA’s world!
All in all, a very amazing piece of work by Hezzy Azra. I hope to see more. A very much recommend read!
Sinopsis:
HANYA dengan senyuman nakal milik Raif Imran, sekeping hati Irdina sudah tertawan. Mereka berkenalan dan akhirnya menjadi teman. Namun terdetik di hati Irdina, siapa dia jika dibandingkan dengan gadis-gadis lain di mata pemuda itu? Jadi teman wanita pun masih 50-50. Jauh sekali kalau hendak diikat sebagai tunang.
Irdina Jasmin - “Hari ni dia jemput aku. Entah esok lusa dia jemput siapa pula. Pada aku, ditinggalkan keretanya. Tapi siapa pula gadis yang dipanggil ‘dear’ itu?”
Pada Raif, Irdina teman paling istimewa. Tapi dia perlukan sedikit masa. Ada banyak perancangan di benaknya sebelum menyunting si dia sebagai suri hidupnya.
Raif Imran – “Yang saya tahu, lamaran itu membolehkan saya jadi suami awak… dan awak jadi isteri saya dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.”
Satu tragedi telah mendekatkan dua hati ini. Akhirnya mereka bergelar suami isteri. Rumah tangga yang indah dilalui dengan kasih sayang. Namun tiba-tiba, sesuatu membadai hubungan mereka. Kesetiaan dan cinta Raif dipersoalkan satu per satu.
Raif buntu. Bagaimana dia mahu meraih semula kepercayaan si isteri? Irdina pula semakin membeku. Benarkah suaminya bermain kayu tiga? Antara mereka terpaksa memendam rindu kerana fitnah dan salah sangka.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
First time baca novel by Hezzy Azra. Overall, I really like it. Suka sangat dengan watak Raif and Irdina.
Kemunculan watak Delisha agak predictable. N dah agak dia akan buat hal. Beriya-iya nak cuba menggoda Raif, tapi acap kali ada jer yang interframe sampaikan N tertanya-tanya, "Ni cerita komedi ke aper?"
Apabila karya yang ke-6 dari penulis ni berada di tangan, baru KakChik terhegeh-hegeh membaca karya beliau yang sebelumnya, Aku Pilih Dia. Sebab dari review menunjukkan dari kesinambungan dari kisah tersebut.
Kalau dalam APD lebih banyak berkisar tentang cara nak mengumpan dan mengayat tapi pada KakChik SACK ni membawa kisah yang lebih berat. Walaupun pada hakikatnya Raif Imran masih lagi lelaki yang bermulut manis, terlalu ramai kawan wanita dan juga masih jejaka idaman bagi wanita yang mengejar kesenangan hidup.
Perkenalan Raif-Irdina pun disebabkan sikap Raif yang memang amatlah peramah. Walaupun pada dasarnya Raif nak mengorat Dr Syauqina yang berdarah Arab tu. Namun mungkin sebab 'kelainan' pada Irdina tu yang telah menarik Raif untuk bertegur sapa. Walaupun pada permulaannya Irdina nampak jual mahal.
Setelah berbulan-bulan berkawan, Irdina masih tidak tahu apa statusnya dalam hidup Raif. Dia sering curiga malah dia cuba tetapkan hati untuk tidak jatuh kasih terhadap Raif. Apatah lagi Raif tidak pernah meluah rasa dan melayannya bagaikan teman-teman yang lain. Raif yang sentiasa ligat di luar rumah.
Kerana peristiwa minyak panas telah menjadi penyebab yang terpaksa Raif terima untuk terikat dengan ikatan perkahwinan. Walaupun pada dasarnya lamaran tersebut dari Datin Raudhah, tapi disebabkan sikap tidak berterus terang Raif telah buat Irdina rasa keliru sehinggalah Raif meluah rasa ketika mereka 'berperang' dart.
Mereka bahagia dengan cara mereka. Dengan sikap Irdina yang selamba dan berdikari dan juga sikap Raif yang masih bersembunyi. Irdina yang cuba untuk menerima kesibukan suami. Tetapi kadang kala bukan mudah untuk dia menghurungi rasa cemburu dan curiga. Apatah lagi Raif bagaikan main-main sembunyi-sembunyi. Namun Irdina cuba bertahan kerana rasa cinta dan juga kehadiran zuriat yang dibawa.
Keadaan mereka semakin parah selepas pemergian Yasmin. Hubungan yang sudah sedia kusut tambah berselirat dengan pelbagai dugaan. Email misteri yang membawa perkhabaran tentang kecurangan Raif di luar rumah, kata-kata hinaan dan juga rahsia yang dikepung Raif selama ini menambah kemurungan Irdina. Sehingga satu saat, dia sudah letih untuk bertahan.
Mereka berada di bawah bumbung yang sama tetapi bagaikan terpisah oleh jarak tidak tercapai. Di depan mata tapi rindu tidak terluah. Semuanya bagaikan sudah hilang seri. Cuma Raeesah yang mengikat mereka. Sikap berdiam diri hampir memakan diri mereka.
Bukan mudah untuk pertahankan mahligai andai kata terlalu banyak yang menjadi rahsia. Apatah lagi ditambah perit dengan fitnah yang dicurah oleh manusia yang dipercayai.
Apa yang pasti, bahagia itu untuk dicari dan juga mahligai itu akan bertahan kalau kedua hati menjadi titik yang sama.
Komentar:
Karya ini cukup rasa dan rencah. Bahasa yang mudah dan juga plot yang lancar banyak membantu pembacaan.
Penulis berjaya buat air mata KakChik berderai. Huwaaaaaa. Seriusly, sudah lama rasa tidak mengalir air mata ketika membaca tapi kali ini kisah Irdina yang terpaksa berjuang untuk bangun semula tu memang menikam rasa. Susahnya apabila hilang tempat untuk mengadu dan hati tercalar dengan sikap orang yang dicintai.
Tapi kisah Irdina buat kita berfikir, kalau kita rasa ujian yang kita dapat tu sudah terlalu berat tapi ada lagi orang yang mendapat ujian yang lebih berat dari kita.
Cerita ni tentang Raif Imran digambarkan seorang yang berperwatakkan lelaki yg bermulut manis dgn setiap perempuan..rasanya semua perempuan dia panggil 'dear..dear'. Jadi ,mana semua org x tergoda. Raif ni memang menjadi idaman setiap wanita. Tapi dalam byk2 perempuan yang dia kenal hanya Irdina Jasmin (Idin), perempuan yang paling istimewa dlm hatinya. Tapi Raif tidak pernah meluahkan rasa hatinya pada Idin dan Idin pula x nk lah terlalu berharap kepada Raif kerana dia tau bukan dia sahaja perempuan yg selalu berdamping dengan Raif.
Raif ni agk bercita2 tinggi. Sampai sanggup melabur sebanyak 350K. Tapi akhirnya dia ditipu. Dalam menghadapi masalah itu, ibu bapanya boleh merisik Idin tanpa pengetahuan Raif. Bukan Raif x nk berkahwin dgn Idin, dia memang sayang kan Idin tapi bagi Raif selagi cita2nya tidak tercapai dan masalah kewangan yg dihadapi dia tidak mahu berkahwin lg. Idin pula serba salah sbb dia x tau adakah Raif ni ikhlas untuk jadikan dia isteri kerana Raif memang tidak pernah berbincang tentang hati dan perasaan kepadanya. Lagipun Idin tidak mahu Raif berkahwin dengannya sebab merasa bersalah disebabkan kemalangan yang menimpa Idin sebelum ini.
Bila abg Raif, Ian Redza menasihati Raif, barulah Raif setuju untuk berkahwin. Raif pula meluahkan perasaan kepada Idin. Selepas berkahwin, kehidupan mereka sangat bahagia. Memang romantik betul layanan Raif kepada Idin. Masing2 yang suka usik mengusik menjadi rencah dalam rumahtangga mereka. Tapi satu je yang silap, Raif tidak pernah meluahkan segala masalah yang dia hadapi pada Idin. Jadi bila Raif yang sentiasa menjawab panggilan telefon tanpa mahu Idin dengar, jadi Idin berasa curiga. Tapi segala curiga dapat dipadam bila Raif yang sentiasa mengutamakan dirinya.
Perkahwinan mereka bertambah bahagia bila Idin disahkan mengandung dan seterusnya melahirkan seorang anak perempuan. Tapi sebulan kemudian, mama Idin telah pergi untuk selamanya. Idin mengalami kemurungan kerana selama ni Idin sangat rapat dengan mamanya. Raif pula makin buntu bila Idin yang mengalami kesedihan yang berpanjangan. Dari sini lah konflik bermula..bila Idin yang menerima email layang yang membongkar rahsia Raif..
Ingatkat si Mayza yang akan jadi watak perempuan jahat. Rupanya orang lain..tapi kacang je nak hapuskan..Suka bila segala dah dibongkar..
** sejujurnya ni karya Hezzy Azra pertama yg saya baca. Selidik punya selidik rupanya cerita ni kesinambungan Aku Pilih Dia karya Hezzy Azra sebelum ni. Tapi kali ni Raif Imran yang menjadi heronya. Dalam APD cerita tentang Ian Redza-Johana. Kena lah cari lepas ni kalau nak baca.
When I read this book, I automatically macam tertanya-tanya, mana ku pernah terjumpa nama ani ah. Rupa-rupanya buku ini adalah sambungan daripada Aku Pilih Dia. But obviously you don't really need to read Aku Pilih Dia but if you have already read Aku Pilih Dia, you'd understand watak Raif Imran more.
In Aku Pilih Dia, Raif Imran tidak "dipilih" oleh Johana but this time in this book, Raif Imran FINALLY found love! Macam opposite attract pulak tu! Irdina suka adventure, white water rafting and all sorts of extreme sports but Raif Imran? He's more into business, investment and the sorts. What I like about Raif Imran ani, he's still the same helpful guy, the one any friend can depend on, yang selalu ada bila diperlukan and very caring! Tapi kesiannye! Banyak dugaan yang dia terima dalam satu tahun perkahwinannya dengan Irdina. He's the ALMOST perfect man except maybe dia ni mistakenya he likes to keep things to himself yang akhirnya membuatkan his relationship dengan Irdina, on the rocks! Kesian!!
What I also love about this book is, ia memberikan pengajaran kepada kaum-kaum kita yang sudah berrumahtangga *clearsthroat* communication itu penting, there shouldn't be any rahsia-rahsia (walaupun sebenarnya what she doesnt know wont hurt her itu memang kadang-kadang betul) it's really important to share any problems that you are facing. Masalah Raif Imran ni berat tapi he keeps it to himself and what hurts irdina more is, she didnt know it from him, she found out dari other people! Haih, rasanya review ni more towards literature reading review macam waktu-waktu colleage pulak! Haha terkenang daku zaman english literature!
Very well done to the writer. I just wished that I had discovered about her earlier so I could have followed her books. Ni dah novel ke 6/7? And I have read only two!!!
Seronok baca cerita kak Hezry Azra ni...selepas Semerah Red Velvet ni buku ke 2 dia yang asaya baca. Nampaknya saya dah jatuh hatila pada tulisan dia :)
-Mulut manis Raif Imran tu semua perempuan yang dekat dengan dia pun cakap dia mulut manis sampai ada yang taruh hati pada dia. Tapi Raif Imran bukan senang ditakluki hati dia. -Pertemuan dengan Irdina pada mulanya hanya pertemuan biasa yang bertukar jadi kawan. Makin lama kenal Irdina, Raif rasa Irdina lain dari kawan perempuanya yang lain. Cara hidup Irdina yang suka bergurau dan minat pada sukan lasak ni membuatkan Irdina istimewa dimata Raif. -Bila Irdina dibawa kerumah orang tua Raif, umi dia pula dah terpaut. -Raif masih berbelah bahagi tentang perasaan dia pada Irdina. Adakah teman biasa yang mesra atau dia sudah terpaut pada Irdina. -Tapi dengan terjadinya suatu peristiwa menyebabkan Raif mendapat jawapanya.
*cerita ni gembira ada, sedih, yang paling penting, hubungan kekeluargaan yang ada pada setiap watak. Raif yang sabar meghadapi pelbagai dugaan. *watak Delisha menambahkan lagi seri buku ni. Pening kepala kalau ada setiausaha macam Delisha ni haru.
seyesly super ohsem!!!! mmg x menyesal beli dan baca... gile gile gile gile punya suka.. excited nie.. dan masih lagi excited.. hehehe. lurve RI mucho..
Jujurnya, dah lama tinggal novel- novel dari Alaf 21. Entah la. Walaupun novelis makin bertambah tapi tetap rasa susah nak cari novel Alaf 21 yang kena dengan selera. Padahal, 12 tahun dahulu, aku bermula dengan novel dari Alaf 21 dan CESB. Tapi kini.....?
Namun, untuk novel ini, memang rasa seronok baca. Sweet kemain si hero. Terlebih sweet aku kira. Tapi takpe, tetap menghormati sang isteri. Suka dengan layanan dia terhadap si herioin.
Dan konflik pn tak ada lah berat sangat. So, kita yang baca pn tak rasa serabut. Cuma, tak puas hati dengan penamat si Fawzia. Nak jugak tahu tentang kesudahan si penipu ni.
Sambungan kisah Raif Imran selepas Johanna dah kahwin dengan Ian yg super duper hot tu.
Raif yang asalnya hanya menganggap Irdina sebagai sahabat tertawan dengan ketenangan yg Irdina. Lalu bila ibu Raif melamar Irdina, Raif tidak membantah.
Dan selepas berkahwin, barulah Irdina sedar yang Raif banyak berahsia dengan dia. Dan curiga mula bermaharaja di hati Irdina.
Antara karya terbaik dari Hezzy... sekarang ku tak silap orang lagi :D
Watak utama saya suka sangat. I think Raif & Irdina adalah couple dalam novel paling sweet, kisah hidup dan percintaan mereka realistic dan jalan cerita pun just nice. Ini buku pertama karya Hezzy Azra buat saya dan membacanya sangat puas hati. Penulis ni salah seorang yang paling hebat mengalun bait-bait katanya, baik BM mahupun Bahasa Inggeris. Kehilangan Yasmin - Mama Irdina yang tewas kepada kanser membawa lara bahkan kesan nya hampir menjadi badai memusnahkan istana kasih dua insan bercinta selepas kahwin Irdina & Raif. Cumanya, konflik dalam cerita ni macam samar-samar... penangan watak perempuan (cuba tapi tak jadi) perampas - Delisya, kurang menyengat atau tak membahang sangat, mungkin sebab dia beraksi dari jauh / dari belakang tabir.
My mid-reading review ; I'm on page 163 of 604 of Sah, Aku Cinta Kamu!: Salah satu novel terbaik utk saya; kisah cinta sweet, watakx2 hidup melengkapi realiti kehidupan. Page 164-175 sangat bergemerlapan di hati. This is where Raif proposes to Irdina? Or more precisely Raif confirms he wants Irdina & not the other 10 women as his wife... sambil mereka berdua beradu main dart. Tapi satu lah, phrase "...dengan lengan kemeja dilipat ke siku.. maskulin". Byk buku ada ni.
Cerita yang bermula dengan baik dan menarik tapi malas pula nak layan character yang syok sendiri, sampai tak dapat nak habiskan. Nantilah, tengok boleh sambung tak...
Hari ini turn SACK untuk direview. Sah, Aku Cinta Kamu tulisan kak Hezzy Azra! :) Dah lama tak review mana-mana novel dlm jangka masa dua ke tiga bulan ni, sebab sibuk siket. Tapi malam ni review jugak sebab SACK ni novel yang dinanti-nantikan. Selalu sangat baca 'tepek-tepek' cerita dkt status kak Hezzy buat hati rasa tak tertahan nak tahu jalan cerita keseluruhannya macam mana. Plot cerita dia camna, yang penting ending dia! (:
Bagi sesiapa yang nak baca SACK, mohon baca Aku Pilih Dia. Dia lebih kurang kesinambungan cerita Raif Imran. Sweet talker eh? yang dear sana dear sini. haha.
Kak Hezzy Azra
Selepas membaca berulang kali, rasanya tak overdose kot kalau nak cakap Raif Imran telah mencairkan hati saya walaupun dulu saya cakap hanya Ian sahaja dihati.eceh.Pernah tak saya cakap, akak seorang penulis yang hebat dalam men'describekan' seseorang punya watak. Cara dan olahan yang buat saya rasa macam oh, Raif ni macam ni, kiranya gambaran jelas. Erk ,saya tahu saya bukan orang yang layak untuk tulis camnih, tapi inilah yang saya rasa setiap kali saya baca novel dari tulisan akak.
Jalan cerita yang menarik. Ada sebab yang logik untuk Raif dan Irdina bersatu. Tragedi minyak panas ' yang menyebabkan mereka bersatu.Part kena minyak panas itu macam saya pulak yang rasa sakit.Auhhh. Akak suka imagine scene yang tak pernah orang lain fikirkan kan ?haha. Tak pernah orang fikirkan tapi still logik dan tak mengarut! hehe
Overall, tulisan akak kali ni memang terbaiklah. Jalan cerita yang dari mulanya happy( Irdina dan Raif kahwen) Lepas itu , diorang happy sampai masa diorang tahu mama Idin sakit, kena tahan sikitlah kalau tak boleh banjir.hehe. Waktu ni, Raif macam banyak mengalah dengan Idin, sukalah watak Raif selepas kahwin dari sebelum.haha! Dia macam berubah pula. Lagi matured, lagi memahami.haha. Okay part Delisha memang out la. Tak sukala. Saya harap tak semua pa or s/u macam delisha cepat perasan.Hikhok! Idin yang nakal, dan saya rasa sweet sangat, idin yang give up lepas mama meninggal, Idin yang tenggelam dalam kesedihan sampai lupa Raif Imran itu siapa, dia macam rencah hidup kita, Dalam hidup ada masa kita rasa happy,ada masa kita sedih tepaksan berhadapan ujian,so sama lah dengan Raif dan Idin. Tapi diorang sangat cool laa..
Dan lagi cool sebab ada watak Ian, Johana, Fariq, dan Ganesh. Haha. The best novel ever.hoho.Oh ya kali ini saya baca dari awal bab tak macam selalu baca part ending dulu.hikss :) May Allah bless u kak, Moga terus menghasilkan karya yang terbaik. Love you. XOXO
#Sah, Aku Cinta Kamu! Karya Hezzy Azra Terbitan Alaf21
SACK merupakan naskah ke-6 penulis bersama Alaf21.. Naskah ini mengisahkan percintaan antara Raif Imran dgn Irdina Jasmin.. Mereka bertemu dihospital dan bermula dari situlah bibit bibit cinta mereka mula berputik.. Raif Imran boleh dikatakan memilikki wajah yg tampan tp seorg playboy dan juga anak kepada Datuk Ilyas dan Datin Raudhah.. Manakala Irdina yg hidup bersama ibunya Jasmin yg juga seorg ibu tunggal yg ditinggalkan suami krn wanita lain.. Raif sering melabur dan sering mendapat pulangan sehinggalah suatu masa Raif ditipu dan mengalami kerugian hampir RM350 ribu yg dikongsi bersama rakannya.. Tidak itu sahaja Raif juga dikejutkan oleh ibunya dgn peminangan Irdina utknya.. Peminangan itu dirancang oleh ibunya tnpa pengetahuaannya kerana Datin amat menyukai Irdina berbanding gadis-gadis yg diperkenalkan oleh Raif.. Selain dari itu ibu Raif meminang Irdina akibat rasa tanggungjawab selepas kejadian Irdina terkena minyak panas sewaktu Irdina membeli pisang goreng.. Permulaan perkahwinan hidup mereka bahagia sehinggalah Raif mengambil Delisha sbg setiausaha yg dlm diam Delisha meminati Raif dan sering membuat onar dlm perhubungan Raif dan Irdina.. Delisha mengambil kesempatan semasa Irdina kematian ibunya Jasmin akibat kanser dimana sewaktu itu Irdina spt kecewa selepas ibunya meninggal.. Delisha sering menghantar email kpd Irdina yg memburukkan Raif yg sedikit sbnyk Irdina mempercayainya sehinggalah segalanya terbongkar.. Apakah yg terjadi seterusnya anda harus baca naskah ini yg djual pada harga RM23(sm) RM26(ss) tahniah buat penulis kerana menghasilkan naskah SACK ini.. Naskah ini amat menepati cita rasa sy.. Selain itu cover SACK amat menarik perhatian sy.. Tahniah sekali lg
# p/s ini hanya pendapat peribadi terhadap naskah ini dan setiap pembaca mempunyai cita rasa yg berbeza
Pendapat peribadi aku kalau baca karya yang boleh buat aku nangis dan 'naik bulu roma', aku 'guarantee' buku tu memang 'AWESOME'. Aku rasa karya terbaru penulis ini mempunyai sentuhan gaya penulisan yang agak luar biasa dan lebih 'menyengat' dari karyanya terdahulu. Kali ini aku rasakan pengisian yang cuba diketengahkan oleh penulis lebih kepada pergolakan perasaan dalam melayari bahtera ikatan perkahwinan yang penuh ranjau dan duri...kalau nak tahu lebih lanjut klik link di bawah :-
TERBAIK!!! Penulisan Hezzy Azra tak boleh disangkal lagi. Sebuah kesinambungan yang begitu mantap. Plot penceritaan sangat tersusun dan lenggok bahasanya tetap menarik. Tiada konflik yang terlalu berat. Sentuhan 'sweet' HA masih menyengat. Kisah Idin (Irdina Jasmin) dan Raif yang begitu awesome! Apa2 pun tetap menanti karya 'sweet' Hezzy yang seterusnya. Oh, tak silap, ada juga secuit babak Raina n suami, lupa nama dah dr novel Semerah Red Velvet.
Best!!! ini juga sinambungan dr Aku pilih dia..kali ini bertumpu pd Raif Imran da Irdina Hubungan awal mereka sekadar kawan bertukar bila saling tertawan dan jatuh sayang!
Dugaan dlm rumahtangga mmg lumrah..begitulah mereka... Irdina agak terganggu bila menerima email entah dr siapa masa ni rasa kagum dgn cara Raif menangani masalah mereka dan tk prnah sangka angkara dan perbuatan Ihavenofear...mmg pendek akal betul sipembuat angkara tu! fuh!
so sweet citer Raif & Idin...couple of crime gitu..Mereka ni ada kimia bila salah sorg terpikir nk buat benda tu mesti sorg lagi akan bg kejutan...xsuka seketeri Raif yang psiko...nak tahu kena beli & baca ye.