Manusia suka melihat hasil tanpa mempedulikan proses. Jika kes naik di mahkamah, banyak difokuskan kepada menang atau kalah kes tersebut.
Pernahkah kita terfikir, bagaimana sebenarnya seorang peguam kriminal bekerja bagi memastikan keadilan tertegak? Adakah mudah membela tertuduh yang terlibat dalam kes jenayah?
Peguam Kriminal Extended merupakan karya sekuel Peguam Kriminal karya Ariff Azami. Kali ini, penulis membawa pembaca menyelam babak-babak dalam dunia kepeguaman dengan lebih terperinci dan mendalam. Penulis mendedahkan realiti yang terjadi ketika berhadapan dengan pertuduhan. Buku ini akan membuka mata pembaca untuk memahami bahawa profesion peguam itu mempunyai disiplin ilmu yang perlu diikuti.
Menelusuri kisah-kisah di kamar mahkamah serta perjalanan di sebalik tabir peguam kriminal, penulis menghidangkan kepada kita dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahami bagi mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang guaman.
“Jika ingin merasai denyut nadi rakyat marhaen, jadilah peguam kriminal, peguam jalanan.”
Bab-bab dalam buku ni bukan bersambung-sambung, jadi boleh pilih untuk baca bab mana yang kita nak, tapi sudah tentu every chapter is a must-read sebab semuanya ada nilai dan tarikan tersendiri! Setiap kata-kata dan nasihat penulis yang terdapat dalam buku ni jugak saya rasa begitu sesuai dibaca bakal-bakal peguam di luar sana yang akan berkecimpung dalam kerjaya ini. Tapi, yang bukan peguam atau sebagainya jangan takut untuk membaca dan memiliki buku ni;) Walaupun pembaca takda latar belakang tentang bidang perundangan, tapi bahasa yang diguna dalam buku ni yang santai dan tak begitu rumit walaupun ada jargon undang-undang digunakan, menjadikan ia lebih mudah untuk kita fahami dan selami setiap intipati. Perasaan saya bercampur-baur bila baca bahagian penulis berkongsi pengalaman-pengalaman beliau mengendalikan kes-kes yang berbeza dalam kamar mahkamah. Memang satu bacaan yang memuaskan!
P/S; buku warna merah ni sebenarnya sekuel kepada buku yang pertama; Peguam Kriminal, tapi saya langkau dan terus baca buku ni dulu But no worries, nak baca sekuel atau prekuel buku ni dulu ke, takda masalah sebab buku ni pun bukan novel fiksyen bersiri (yang pada awalnya sangkaan saya begitu)