Jump to ratings and reviews
Rate this book

F.I.R.E: Financial Independence Retire Early

Rate this book
Tahukah anda perbezaan orang kaya dengan orang biasa bukanlah pada duit, tetapi pada cara berfikir dan habit mereka berkenaan dengan wang.

Ada orang yang mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah mewah tetapi dibebani dengan hutang yang bertimbun, tiada wang simpanan dan hidup tersepit dengan 1,001 masalah kewangan.

Ia tidak ubah seperti peribahasa “besar periuk, besarlah keraknya”. Apabila masalah-masalah kewangan yang mereka hadapi ketika bergaji kecil masih tetap ada sekalipun telah bergaji besar.

Sebab apa perkara itu berlaku? Sebab cara fikir mereka ketika nergaji keil tetap sama, sekalipun gaji mereka bertambah besar.

Cara fikir yang sama membawa kepada tindakan yang sama dan akhir sekali membawa kepada hasil dan kepercayaan yang sama berkenaan wang.

Ketika gaji kecil tidak mampu untuk menyimpan, ketika gaji besar juga tidak mampu untuk menyimpan apabila mempunyai cara fikir dan habit yang sama.

Berita baik buat anda! Sekiranya anda membeli buku ini dan membaca sehingga habis, anda berpeluang menjadi jutawan. Anda juga berpeluang menelusuri kisah benar 20 jutawan yang dikongsikan oleh pengarang buku ini.

368 pages, Paperback

Published May 28, 2023

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Afyan Mat Rawi

5 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (87%)
4 stars
3 (9%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
68 reviews1 follower
December 24, 2023
Buku kewangan terbaik yang saya pernah baca tahun ini dari penulis tempatan.

Kalau anda belum baca Rich Dad Poor Dad, tak keterlaluan kalau saya kata terus je baca buku FIRE ni akan dapat mindset apa yang Robert Kiyosaki cuba terapkan dalam buku beliau.

Sebab tu saya letak buku ni sebaris RIch Dad Poor Dad.

Buku ini ada 3 bahagian :
1. Bagaimana ia bermula : mindset orang yang berjaya
2. Langkah menuju FIRE
3. Mindset Juara vs Mindset Mangsa

So bagi saya, ia lengkap untuk tajuk ini, dan menjadi pelengkap bagi buku-buku kewangan yang lain.

Masa mula-mula belek buku ni, sedar tak sedar dah sampai mukasurat 100 lebih sebab asyik sangat baca. Bila habis je satu topik, ada ruang untuk buat exercise terus dan boleh conteng.

So siapa-siapa yang baru nak bermula, this book is a good start kalau tak tahu mana nak mula.
Profile Image for Afyan Mat.
Author 5 books10 followers
March 29, 2025
Terima kasih kepada semua yang membaca buku ini 😌

Bagi yang belum, boleh dapatkan di www.bukuFIRE.com

Ada beberapa hadiah percuma untuk para pembeli yang membeli melalui link ini :)
2 reviews
January 10, 2024
Buku ini terbaik merancang cara menabung duit dan menjana duit lebih macam poor dad rich dad book

All rating jimi 9/10 walaupun kt sini 5/5
2 reviews
January 9, 2024
Buku yg penuh dengan isi and pengetahuan mengenai kewangan
Profile Image for Nisa Mohd.
49 reviews
January 5, 2024
Menyusuri penerangan dan aktiviti dalam buku ini seperti menghadiri seminar kewangan, atau lebih tepat lagi, saya rasa hampir seluruh rakyat Malaysia pernah melaluinya, bengkel modul SPM per subjek yang dianjurkan di sekolah. Mirip sekali “feel”-nya.
.
Buku ini terbahagi kepada 4 bahagian utama dan saling melengkapi. Pembahagian silibus teratur dan berkesan. Bahagian pertama, lebih kepada pengenalan pasal asal-usul saudara penulis, ulasan buku-buku yang pernah beliau baca dan saranan bahan bacaan untuk rujukan para pembaca. Ulasan-ulasan ni membantulah sebenarnya supaya kita tahu apa yang sesuai denagn kemahuan diri sebagai pegangan utama.

Bila masuk bahagian kedua buku ni dan seterusnya, tempo terus berubah. Perkongsian daripada borak-borak kedai kopi terus jadi seperti resmi padi, berat-berat berisi(hasil usaha berjaya) tapi masih tunduk ke bumi (rendah diri). Punya interaktif dan berbagai ragam, membuatkan tak berasa bosan “menghadapi” lebih 300 muka surat seminar minda orang berjaya ini!

Bahan-bahan yang dipaparkan dalam buku ini semuanya boleh diulang-rujuk dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan juga, bukan sekadar pengurusan kewangan atau cara nak jadi jutawan sahaja.
.
Disertakan juga kisah-kisah inspirasi jatuh bangun nama-nama terkemuka seperti Khairul Aming, JK Rowling, Steve Jobs dan ramai lagi. Bahagian keempat lebih kepada “recap” dan apa yang boleh kita lakukan lagi untuk jangka masa panjang dan berterusan inshaAllah.
.
Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan awalan yang agak “menceceh” atau berseloroh membuat saya tidak dapat memberi markah penuh untuk buku ini. Namun begitu, sesungguhnya, buku ini tinggi nilainya. Suatu pelaburan yang berbaloi dan menguntungkan, biiznillah. Berharga dan harus dimiliki!

Highly recommended!
2 reviews
February 1, 2024
Buku ni BAGUS dan MEMBUKA MINDA untuk freshie dalam bidang kewangan macam saya ni.
Dah lama bertangguh nak baca buku Rich dad Poor Dad, 7 Habits pun tak habis2 baca.
Apa yang Hj Afyan berjaya merubah Minda, Sikap dan Habit saya ialah segalanya bermula dari bacaan buku2 ilmu pengurusan kewangan dan Minda jutawan yang disusun sempurna dan penyampaian menarik oleh beliau.
Sebaik sahaja saya menamatkan buku2 tulisan beliau, saya jadi aggressive untuk menambahkan lagi pengetahuan melalui bahan bacaan samada tulisan beliau sendiri baikpun buku2 yang dicadangkan oleh nya.

Saya dapat menyenaraikan masalah, langkah untuk diambil tindakan dan saya sedang berusaha untuk mencapai Financial Freedom seperti yang diajarkan dalam buku F.I.R.E ini. Langsung tak rasa RUGI membaca buku2 Hj Afyan Mat Rawi.
2 reviews
January 9, 2024
Buku FIRE pastinya telah membuka minda dan mengubah cara pandang saya mengenai ilmu pengurusan kewangan. Doakan agar saya diberikan kemampuan untuk mengikuti nasihat & petunjuk dari buku ini. Bagi anda yang masih terumbang ambing di luar sana, anda harus memiliki buku ini; fahami dan mulai melakukan perubahan. Terima kasih untuk penulis, moga kesihatan dan kesejahteraan selalu mengiringi beliau. Tq
2 reviews
January 10, 2024
Buku ini adalah antara rujukan buku berkenaan kewangan yang wajib dibaca kerana bahasa yang yang digunakan mudah difahami dan sangat menepati realiti masyarakat di negara kita. Saya menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan buku ini sebagai salah satu rujukan utama dalam bidang kewangan. Tidak salah kalau saya katakan buku ini boleh dijadikan silibus atau subjek utama di peringkat sekolah menengah. Wallahua'lam.
2 reviews
January 9, 2024
Buku ini boleh dikatakan sesuai untuk golongan yang ingin kembali kepada perancangan kewangan yang sihat. Ya, boleh dikatakan mirip seperti buku Robert Kyosaki “Rich Dad Poor Dad” tapi boleh saya katakan ia lebih kepada Malaysian style atau Asian style. Contoh² dalam buku ini adalah lebih mudah untuk difahami.
1 review
January 10, 2024
Saya dah habis baca, dan sangat bagus untuk semua orang kerana ini adalah sebagai pendidikan awal untuk set minda kita lebih berimpian, panduan dan juga cara untuk bersara dengan lebih tenang. Penting kerana masih ramai yang tidak mampu menyediakan duit persaraan yang mencukupi, dan ini agak membimbangkan.
2 reviews
January 10, 2024
Alhamdulillah dah baca buku ni. Cover habis bermula dari setting mindset, hinggalah cara menguruskan wang. Banyak benda baru yg saya belajar. Tq penulis komited utk berkongsikan tentang 'Pengurusan Kewangan' kpd pembaca. Teruskan usaha mendidik rakyat Malaysia lagi dengan buku-buku seterusnya.
2 reviews
January 9, 2024
The books is very straightforward and concise. The content is very easy to read and to understand. Very recommended to the others.
2 reviews
January 9, 2024
Buku yang sangat menarik dan mengubah persepsi normal terhadap pengurusan kewangan klasik.
Banyak tahap yang dibaca dan wajib diikuti untuk memahami apa yang tersirat dan tersurat penghujung bacaan.
2 reviews
January 9, 2024
Buku yang ringkas dan bagus untuk mereka yang baru nak atur kewangan
2 reviews
January 10, 2024
Comprehensive personal financial guides.

From have a correct mindset about the money,
Managing money,
Making money,
Protecting money,
Legacy the money
2 reviews
January 10, 2024
Buku yang lengkap dan advance untuk mengemas lagi perancangan kewangan dari segala aspek dan sangat membantu dalam kehidupan seharian masyarakat. Membina minda yang lebih matang terhadap kewangan.
2 reviews
January 10, 2024
Senang faham mengenai konsep kewangan dan mudah serta boleh terus diamalkan dalam kehidupan.
2 reviews
January 10, 2024
A book that must be read by anyone that looking forward to shaping their financial future. I learned a lot about getting rid of bad debt and the importance of savings.
2 reviews
January 10, 2024
Sejujurnya ini adalah buku ketiga yang saya baca daripada penulis yang sama. Padat dengan info kewangan yang membantu dalam saya menguruskan kewangan. Terbaik.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.