Jump to ratings and reviews
Rate this book

"Kenapa Kerja Tak Habis-habis?: Bagaimana Obsesi Mengejar Kejayaan Akhirnya Membebankan Diri"

Rate this book
“Aku dah penat berusaha, tapi kenapa ini saja yang aku capai …?”

“Hidup aku saja ke yang stuck? Orang lain semua macam dah berjaya.”


Mungkin kita pernah rasa yang hidup semua orang lain sepertinya lebih bahagia daripada kita. Dibandingkan dengan kawan-kawan seusia, ramai antara mereka sudah berjaya pada usia muda. Tak macam kita yang masih belum jumpa rentak untuk hidup pun lagi.

Kita mula rasa yang kita tiada pilihan selain daripada struggle dan hustle untuk menjadi yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan. Namun, senarai apa yang nak dikejar itu sepertinya tidak pernah berkurang, bahkan semakin bertambah!

Apakah ada apa-apa yang boleh dilakukan agar kita dapat mengecapi kebahagiaan seperti yang dinikmati orang lain?

Bagaimana pula caranya untuk kita berhadapan dengan rasa sesak dan lelah ini?

Melalui buku Kenapa Kerja Tidak Habis-habis? ini, para penulis menyedarkan kita tentang hakikat kehidupan masa kini yang sememangnya membebankan akibat lambakan tugasan dan rutin harian; seterusnya menggariskan kepentingan mempelajari kemahiran untuk kita memperbaiki kualiti hidup agar setiap hari yang dilalui akan menjadi lebih bermakna.

227 pages, Paperback

Published November 25, 2023

3 people are currently reading
20 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (30%)
4 stars
22 (61%)
3 stars
3 (8%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for cozyreading.
50 reviews11 followers
December 27, 2023
#imanpublication #kenapakerjatakhabishabis

alhamdulillah bersyukur banget karena aku bisa baca buku ini di usia aku sekarang, yang awalnya aku pikir isi buku ini hanya topik seputar ‘burnout’ dalam bekerja aja.. ternyata lebih luas dari itu. dan yang terpenting, buku ini juga menggunakan sudut pandang islam.

kalimat paling menohok dari buku ini yang ngena banget di aku adalah : “jika anda terjebak dalam mengejar dunia, ambillah masa untuk berhenti seketika. renungkanlah, apa sebenarnya yang kita mau kejar dalam hidup ini?” 🥲

buku ini membahas tentang bagaimana agar dampak negatif budaya kerja dizaman sekarang ini bisa kita atasi.

dan diantara poin-poin yang dibahas :

• semakin sering kita membanding2kan kemampuan diri dengan orang, yang akhirnya bikin kita jadi stress sendiri.

• kita jadi takut buat menggunakan waktu istirahat, memberi tubuh kita istirahat, karena takut tertinggal, takut di cap sebagai pemalas. padahal, istirahat bisa membantu kita lebih produktif.

• waktu yang kita punya semaksimal mungkin kita beri untuk pekerjaan, lalu apa yang tersisa untuk keluarga? untuk anak-anak? padahal kita bekerja untuk kebahagiaan mereka juga, tapi kalau kerjanya udah berlebihan.. bukannya quality time sama mereka juga jadi berkurang?

• ada yang justru menjadikan ‘kerja’ sebagai pelarian. apa benar itu membantu? atau malah membuat kita semakin ngerasa kosong?

• penulis bilang, produktif itu adalah hasil. bukan berarti semakin banyak yang dilakukan, semakin produktif.. tapi, semakin bermakna hasilnya, itulah produktif.

• berusaha yang terbaik, jadilah baik dan cukup di profesi masing-masing, tanpa mengejar kesempurnaan.. karena dunia ini bukan akhir dari perjalanan kita, pekerjaan emang usaha kita untuk menopang hidup, tapi kalau pekerjaan itu membuat kita menelantarkan hak Allah, hak diri sendiri, dan hak keluarga, bahagia dari mana yang bisa kita dapat?

dan poin lainnya yang sebenernya masih banyak ya, tapi kalian bisa baca langsung aja dibukunya.. aku rekomendasiin untuk dibaca sama pekerja atau pelajar kayak aku juga tetep ada banget pelajaran yang bisa kita ambil dan siapkan untuk kedepan.

bukunya bisa kalian beli di www.imanshopee.com 🤩✨
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
January 8, 2025
Buku ini membincangkan tentang kesan negatif dari obsesi untuk mencapai kejayaan yang sering kali mengganggu keseimbangan hidup. Buku ini mengajak pembaca untuk merenung dan mengenali tanda-tanda kecenderungan bekerja tanpa henti akibat desakan untuk berjaya, baik dalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi.

Penulis juga berkongsi cerita bagaimana tekanan untuk mencapai kejayaan sering kali membawa kepada keletihan mental dan fizikal, serta kesan buruk terhadap hubungan sosial dan kesihatan. Melalui panduan praktikal dan nasihat berguna, buku ini menawarkan cara untuk menguruskan masa dan tenaga dengan lebih bijaksana, serta memperkenalkan konsep keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.

Dengan mengajak pembaca untuk menyedari bahawa kejayaan bukan sekadar pencapaian material, tetapi juga melibatkan kebahagiaan dan kesejahteraan, buku ini bertujuan untuk membantu individu menjalani kehidupan yang lebih seimbang. Bacaan ini sesuai untuk mereka yang merasa terdesak mengejar kejayaan dan ingin mencari cara untuk hidup lebih harmoni tanpa mengorbankan diri.
Profile Image for Siti Salha.
78 reviews8 followers
October 16, 2025
Kalau kau rasa hidup kau ni memenatkan kerja siang malam tapi tak kaya-kaya, lepas tu burnout dengan kerja, dengan bos dan dengan rakan sekerja, eloklah kau cari masa sekejap untuk baca buku ni.

Nanti, kau boleh belajar macam mana nak susun kerja dengan lebih baik, macam mana nak uruskan orang sekeliling dan belajar mengasingkan hal peribadi dan kerja.
Profile Image for Khuzaimy Matusin.
3 reviews
April 8, 2024
Buku yg ringkas, tetapi merangkumi pelbagai sudut kehidupan. Penulisan yang tenang, sesuai untuk menenangkan fikiran dalam masa yang sama membuat pembaca menilai kehidupan harian. Terbaik.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews7 followers
December 29, 2023
Mindblown baca buku ni.

Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran saya terurai dalam buku ni.

Sesuai sangat dibaca menuju tahun baru ni.

Antara isi yang menarik perhatian saya adalah :

1) Kesan teknologi dan sosial media yang menjadikan kita 'bersaing' atau 'membandingkan' diri dengan 1 dunia. Instead of sebelum ada kemajuan ni, orang hanya membandingkan dirinya dengan orang-orang terdekat yang dikenal. Perlu kesedaran yang tinggi untuk habit menggunakan social media yang lebih sihat. Penulis ada beri beberapa cadangan.

2) Persoalan tentang kebahagiaan yang lebih kekal. Bukan pada material yang bersifat sementara. Hedonic treadmill, cycle yang penulis kenalkan tentang keinginan untuk bahagia yang takkan puas. Ada sahaja kekurangan lepas satu demi satu 'bahagia' yang dikecapi. Jadi, macam mana sebenarnya bahagia ni? Ha kena baca sendiri. Hee

3) Pencapaian kita bukan identiti mutlak diri kita. Ia hanya sebahagian dari diri. Kerja kita, anugerah yang kita dapat tidak menggambarkan diri kita sepenuhnya. Tetapi values yang kita pegang, akhlak kita, itulah diri kita.

4) Gila kerja rupanya salah satu eskapisme. Nak lari dari masalah lain, kita sibukkan diri dengan kerja. Akhirnya kita terus terusan lari dan terabaikan sisi yang lain.

5) Siapa yang suruh kita jadi yang paling terbaik. Tak cukup ke dengan jadi individu yang baik dan mampu memberi manfaat kepad diri & orang terdekat tanpa perlu pergi jauh? Kenapa kena jadi doktor paling hebat contohnya?

6) Banyak kali penulis mention tentang urus masa rehat. Rehat tu rehat betul-betul, jangan still buat kerja atau fikir kerja. Otak perlu rehat untuk susun info yang kita dapat.

7) Kepentingan deep work untuk dapatkan hasil kerja yang bermakna & kualiti. Ni pernah @mhafizulfaiz explain sikit dulu.

8) Terhad sebenarnya masa anak-anak dengan ibu bapa sebelum dorang membesar. Betul ke kita kerja keras demi keluarga.

Overall banyak sangat point best dalam buku ni. Bukan setakat bawak kita berfikir tapi banyak jugak konsep-konsep psikologi yang diperkenalkan.

Terima Kasih & tahniah Dr Amirsyahir83 & Fakhradzi atas karya yang baik ini. Moga memberi manfaat pada lebih ramai orang tentang work-life balance.
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
April 28, 2024
Kenapa Kerja Tak Habis-Habis adalah naskhah pembangunan diri (self help) tentang bagaimana obsesi mengejar kejayaan dan pencapaian akhirnya membebankan diri.

Pernah tak bila kita pandang sekeliling, kita lihat orang lain lebih berjaya dari kita? Berbanding dengan rakan seusia, kita masih di tahap itu-itu juga.

Masih di tempat kerja dengan gaji yang sama.
Masih belum melancong ke luar negara.
Masih pakai kereta yang sama.

“Semua orang berjaya, kecuali aku?”

Kita mula rasa kita tiada pilihan selain struggle dan huste untuk mengejar dan seterusnya berjaya mencapai yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan.

Dalam struggle dan hustle itu, kita mula terkejar-kejar, mula gila kerja sehingga kesibukan itu menggadaikan apa yang penting dan berharga: keluarga, masa, tenaga dan paling penting kesejahteraan jiwa.

Kita tertipu dengan alasan produktiviti: cuba multitask untuk selesaikan lebih banyak tugasan dengan habuan gaji lumayan.

Formulanya mudah: Kerja lebih masa = gaji lumayan = hidup bahagia.

Namun, sampai satu masa, badan mula bagi isyarat, minda perlu berehat; kerana kita suda burn out. Kita sudah terlalu obses terikut-ikut mengejar makna “bahagia” yang dikejar orang lain, sehingga kita terlupa untuk bertanya kepada diri sendiri, “Apa khabar kamu hari ini?”

Buku ini mengajak pembaca untuk berfikir semula: adakah berbaloi untuk kita terperangkap dalam rat race sehingga kesejahteraan diri terabai?

Berbaloi ke kita paksa tubuh, sehingga sudah pulang ke rumah pun, kepala masih fikir tentang kerja, kerja, kerja?

Buku Kenapa Kerja Tak Habis-Habis bantu anda untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Dan sebenarnya, anda sendiri pun sudah tahu jawapannya. Cuma sebagai manusia biasa, kita takut untuk menjawab bagi diri sendiri, dan mahu mendengarnya dari orang lain.

Nah, buku ini akan berterus terang: bahawa kita perlu tahu cara menjaga diri sendiri untuk terus hidup lebih bermakna.

Karya duo penulis @amirsyahir83 dan @fakhradzi terbitan @imanpublication

Anda boleh dapatkan buku ini di sini >> https://s.shopee.com.my/3q0k52tqCI

#KenapaKerjaTakHabisHabis #pembangunandiri #selfhelp #MalaysiaMembaca #bookstagrammalaysia
Profile Image for Shafiqahsamin.
209 reviews4 followers
June 14, 2025
Kerja tak habis-habis.

Bagi aku buku ni terbahagi kepada tiga.

1. Kenapa kerja tak habis-habis
2. Apa jadi kalau kita pentingkan kerja yang tak habis-habis
3. Solusi untuk kerja yang habis-habis. Rehat.

Buku ni lebih kepada peringatan sahaja untuk aku. Hakikatnya, kerja memang takkan habis, masalah akan sentiasa akan muncul, jadi rehat secukupnya untuk menghadapi kerja yang tak habis-habis tu. Itu aku pun tahu 😭. Tapi itulah yang susah nak buat. Rehat.

Masalah seterusnya, kehidupan aku terlalu berbeza. Jawapan kepada kerja yang tak habis-habis, yang disenaraikan dalam buku ni, satu pun aku tak boleh relate. Aku tak bandingkan kehidupan aku dengan sesiapa, aku tak kerjar pencapaian, aku tak kejar material, jadi kenapa kerja aku tak habis-habis? Kenapa? Takde sebab. Kehidupan memang macam tu.

Walaupun begitu, tetap satu peringatan yang baik. Jadi aku suka buku ni.

Oh, dan satu benda baru, point of view yang baru dan pertama kali aku dengar. Kebahagiaan = Menyelesaikan masalah. Hebat betul. Aku setuju.
Profile Image for Salina ab. .
11 reviews
May 17, 2024
Bacaan yang bagus untuk boost mood kerja yang adakalanya merudum.. ~~
6 reviews
September 11, 2025
Kepada overachiever dan perfectionist, buku ni memberikan jawapan kepada persoalan yang bermain di minda selama ni. Recommended!
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.