Bertahun dia menunggu ZAQUAN tapi rupa-rupanya Zaquan sudah ada kekasih lain. Lebih menyakitkan apabila kekasih Zaquan itu adalah kawan baiknya sendiri, FILZAH.
NAZEERA reda. Dia nekad mengundur diri. Namun, tiba-tiba sahaja Zaquan kembali menagih cintanya. Apabila dia enggan tunduk dengan kemahuan Zaquan, Zaquan mengugut akan memberitahu Filzah tentang hubungan mereka.
Nazeera tersepit antara kekasih hati dengan kawan baik sendiri. Yang pastinya, salah seorang daripada mereka akan terluka...
Character dia x la banyak mana tapi confused jugaklah bila baca. Plot dia pun not so smooth, banyak lompat2. Rasa macam baca karya budak darjah 6 pun ada.
Tapi yalah, there’s nothing much you can do in 100 pages.