Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tok Alang #1

Tok Alang

Rate this book
Ada yang percaya, ada yang sebaliknya. Namun perkara yang ghaib itu sememangnya wujud. Malah kewujudan benda-benda ghaib ini telah termaktub di dalam Al Quran 1400 tahun yang lalu. Sebagai hamba yang beriman. Kita diwajibkan untuk mempercayainya, tetapi bukanlah bergantung harap padanya.

Namun ada di antara kita yang terpilih untuk dibuka hijabnya malah memikul tanggungjawab tanpa sebarang imbuhan melainkan ganjaran dari Allah semata-mata. Kisah ini membawa kalian, menyelami dunia yang dilalui oleh salah seorang manusia yang terpilih bernama Tok Alang.

la berkenaan kehidupan seorang pengamal ilmu kebatinan yang sentiasa membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Pelbagai cabaran yang ditempuh bersama sahabatnya Pak Usop dan Tok Deris, pasti akan membuka minda kalian betapa perkara ghaib itu wujud dan ada di sekeliling kita. Hanya kita sahaja yang dihijabkan agar tidak dapat melihat sesuatu yang halus.

Kisah mistik ini mengandungi pengajaran dan tauladan yang baik untuk kita semua. Yang pasti, perkara ghaib itu sememangnya ada. Tanya pada diri kita, adakah kita benar-benar mempercayainya?

473 pages, Paperback

First published July 31, 2023

4 people are currently reading
43 people want to read

About the author

Mohd. Faizullizam

7 books19 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (75%)
4 stars
6 (18%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
December 27, 2023
Tok Alang seorang pengamal perubatan tradisional yang sering membantu mereka yang memerlukan. Sering ditemani oleh Pak Usop dalam proses pengubatannya. Pelbagai rintangan dan halangan yang cuba mengganggu usaha baiknya itu.

Membaca naskah ini membawa SH ke zaman kanak-kanak di mana antara bahan bacaan yang SH gemari adalah Siri Bercakap Dengan Jin. Walaupun naskah ini mempunyai vibe yang hampir serupa tetapi garapan dan nada penceritaannya berbeza. Namun masih membawa keseronokan membaca yang sama.

Tok Deris adalah watak yang membuat SH tidak kering gusi. Bagi SH dialah penyeri dalam penceritaan ini. Tanpa kehadirannya mungkin cerita ini akan jadi agak serius. Walaupun pada mulanya SH rasa 'eh kau ni kenapa ek' , tetapi seiring pembacaan, Tok Deris adalah salah satu watak kegemaran SH dalam naskah ini. Ada sahaja ulahnya yang mampu mengundang tawa. Dan SH amat berpuas hati dengan pengakhiran bagi watak Tok Deris ini.

SH sukakan kerendahan hati Tok Alang dalam menerima nasihat, tunjuk ajar dan ilmu meskipun daripada orang yang lebih muda darinya. Sebab selalunya orang yang sudah agak berusia sering dikenali dengan sifat keras mereka dalam menerima nasihat. Tetapi Tok Alang mampu terima nasihat dan masukkan daripada orang yang jauh lebih muda darinya.

Plot twist yang dibawa di hujung cerita juga memberi satu impak kepada SH bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu keinginan mereka tanpa peduli apa natijahnya. Kekayaan, kuasa adalah antara yang sering dikejar oleh manusia-manusia berhati tamak ini.

Sebenarnya banyak yang boleh dijadikan iktibar di dalam naskah ini. Tentang hasad dengki manusia, tentang ketamakan manusia dan betapa hitamnya hati manusia yang sanggup bersekongkol dengan syaitan.
Profile Image for Beelah.
310 reviews18 followers
April 12, 2024
Masyuk!
Cerita menarik dan mengujakan. Macam wujud pula watak Tok Alang ni dalam dunia nyata.
Rupanya ada penampilan khas watak dari Hikayat Si Kembar: Kebangkitan Cahaya Sukma.

Ada lima cereka yang berkisar tentang kerja Tok Alang. Macam drama ala2 Tok Adi gitu. Ada pengajaran yang disampaikan menerusi lima2 cereka.

Kalau ada sambungan lagi cerita Tok Alang ni, saya pasti beli.
Profile Image for Sky.
105 reviews15 followers
September 21, 2025
“Kopi O in one hand, jampi in the other—Tok Alang is the kampung Ghostbuster we all need.”

Tok Alang reads like a late-night lepak with the coolest village uncle—if that uncle moonlights as a full-time spirit-slayer. Mohd Faizullizam keeps the action sizzling from page one: Tok Alang stays calm while chasing hantu faster than you can slurp your teh tarik. Sidekick Tok Deris? Pure comedy gold; every banter feels like kampung open-mic night. It’s a perfect mix of goosebumps and giggles, with just enough kampung gossip and moral bite to keep you hooked. Ghost stories have never tasted this spicy.
Profile Image for Fatin.
43 reviews
April 6, 2025
Cerita perjalanan Tok Alang bersama sahabatnya dalam menyelesaikan masalah berkenaan alam mistik.
Kadang seram nak baca malam². Penerangan yang detail stp babak pertarungan dan babak hantu. Tak bole terlepas walau 1 ayat supaya bole faham keseluruhan cerita..
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
January 10, 2024
SOLD~

Solid 5 ⭐

Aku dah khatam siri hikayat si kembar dengan jayanya. Sejak saat tu, aku sangat tertarik dengan olahan cerita dan gaya penulisan penulis. Bila dapat tau ada buku baru, aku terus sambar tanpa ragu².

Dan dalam masa yang singkat, tamat sudah pembacaan aku. Apa yang boleh aku simpulkan, Tok Alang adalah watak yang sangat ampuh, walaupun beliau digambarkan sudah mencecah separuh abad. Keperibadian, ketenangan dan tingkah lalu nya selalu menyenangkan. Diserikan pula dengan watak² pembantu yang turut mengukuhkan jalan cerita. Ada ketegasan, banyak pengajaran dan diselitkan dengan telatah² yang tak kering gusi, serta penampilan dari novel sebelum, itu sudah memadai bagi aku.

Tahniah diucapkan kepada tuan penulis, semoga terus berkarya, ku tunggu naskhah seterusnya, in shaa Allah.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
November 15, 2025
Tok Alang adalah satu perubahan nada yang menyegarkan daripada karya fantasi epik Mohd Faizullizam yang terdahulu, tetapi masih mengekalkan kepakaran beliau dalam mengolah elemen mistik tempatan. Novel ini membawa pembaca menyelami kehidupan Tok Alang, seorang pengamal perubatan tradisional yang terpilih, yang menggunakan ilmu kebatinannya untuk membantu mereka yang teraniaya oleh gangguan makhluk halus dan ilmu sihir sesat. Kisah ini adalah himpunan pelbagai kes ghaib yang ditempuhi Tok Alang, ditemani oleh pembantu setianya Pak Usop dan Tok Deris. Keupayaan penulis untuk menjadikan perkara-perkara ghaib yang termaktub dalam Al-Quran dan mitos tempatan sebagai latar cerita yang berakar umbi kepada realiti, menjadikan buku ini sebuah bacaan yang bukan sahaja menyeramkan tetapi juga sarat dengan pengajaran.

Kekuatan utama buku ini adalah kebolehan penulis menggabungkan elemen seram mistik dengan sentuhan humor yang tepat. Tok Alang sendiri digambarkan sebagai 'pembasmi hantu kampung' yang tenang dan berwibawa, tetapi watak pembantunya, terutamanya Tok Deris, memberikan comic relief yang luar biasa. Gurauan antara watak-watak ini dikatakan terasa seperti perbualan biasa di kedai kopi kampung, menjadikan penceritaan itu hidup dan bersahaja. Gabungan seram (sering melibatkan adegan 'syaitan jalang' atau perjanjian keturunan) dan gelak tawa menjadikan Tok Alang bukan sekadar novel seram, tetapi sebuah karya yang seimbang dari segi emosi.

Secara tematik, Tok Alang adalah sebuah karya yang mempunyai nilai tauladan yang tinggi. Walaupun kita dibawa menelusuri dunia kebatinan dan pertembungan ilmu hitam vs. ilmu putih, teras cerita sentiasa kembali kepada nilai keimanan dan kemanusiaan. Penulis mengingatkan pembaca tentang kewujudan perkara ghaib, yang wajib dipercayai tetapi tidak boleh dijadikan sandaran harapan. Watak Tok Alang sendiri menonjolkan kerendahan hati dalam membantu tanpa meminta upah, dan kesediaannya untuk menerima nasihat, walaupun daripada mereka yang lebih muda. Ini memberikan lapisan moral yang mendalam kepada aksi-aksi seram dan pertempuran yang dilaluinya.

Dari segi naratif dan plot, buku ini mengekalkan rentak yang pantas dan mendebarkan melalui pelbagai kes. Walaupun beberapa kes mungkin terasa sedikit berulang dari segi format (gangguan → Tok Alang datang → pertempuran ghaib), ia sentiasa diakhiri dengan plot twist yang mengejutkan, seperti pendedahan bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu dan keinginan, tanpa mengira akibatnya. Kualiti penceritaan penulis yang bersahaja dan mudah difahami menjadikan buku ini sangat sesuai, bukan sahaja untuk peminat genre ini, tetapi juga untuk mereka yang baru ingin mencuba bacaan seram mistik tempatan.

Kesimpulannya, Tok Alang adalah sebuah karya yang cemerlang dan layak menerima 5 Bintang penuh. Ia adalah sebuah novel seram yang bukan sahaja memberikan rasa meremang bulu roma, tetapi juga disulami dengan nilai-nilai moral yang kuat dan humor yang menghiburkan. Ia berjaya memotretkan dunia kebatinan Melayu dengan perspektif yang seimbang dan berlandaskan agama. Bagi sesiapa yang mencari kisah-kisah kampung ghostbuster yang penuh aksi, pendedahan ilmu ghaib, dan diakhiri dengan renungan yang mendalam tentang sifat manusia, buku ini adalah pilihan yang sempurna.
Profile Image for Dustfinger Baggins.
48 reviews1 follower
July 8, 2024
Buku ni lain dari yang lain. Kisah seorang perawat. Kisah adventure orang orang tua merawat orang yang terkena sihir dan jugak pelbagai gangguan. Dalam seramseram tu ada comelnya dan pengajaran. Cuma aku tak boleh terima bab saka saka, befriend dgn Bunian. Boleh la dijadikan bahan bacaan dalam tauladan yang penulis selitkan.

Buku ni cute, kecil montok dan rare. I loike. Dan aku jugak terhibur dengan perangai si Tok Deris.... dan aku pasti ulang membaca lagi.

Tahniah penulis.
tulis lagi ok....
Hikayat rimau rimau tu bagi anak baca dulu...depa suka sangat.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.