Satu undian telah dijalankan di grup ASFC Facebook. Kesemua ahli grup telah diminta memilih topik kisah hantu yang paling ingin dibaca oleh mereka. Keputusan yang diperolehi membuatkan Arfan dan Wahidah sama-sama berkerut dahi. “Kum Kum?” - ARFAN 10 jenis hantu mendapat undian tertinggi. Daripada topik Kum Kum hinggalah ke topik Saka. Setiap tajuk memaksa Arfan bergerak pantas mencari cerita. Dalam masa yang sama berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dan masalah yang mengancam nyawa. “Darah daripada 40 orang anak dara… itu benar. Tapi Suraya tak buat semua tu…”- KAK SENAH “Arfan… engkau tu mudah sangat percaya pada orang. Sebab tu mudah sangat terkena.” - WAHIDAH “Kain kuning tu kain yang sudah direndam dengan air mandi mayat. Tanah tu tanah kubur. Kalau kamu buka bungkusan ketiga tu mesti ada kain kafan.” PAK ENGKU MUSTAFFA Demi tugasan yang diberikan peminat, Arfan melawan segala ketakutan dan kesakitan. Mampukah dia melepasi segala halangan? Dapatkah dia menyiapkan manuskrip dalam masa yang ditetapkan? “Hati yang sakit dan kotor, akan membalas dengan cara berdendam. Hati yang baik kalau sakit akan mencari Tuhan.” Kerana setiap cerita ada rahsianya…
Arfan seorang penulis novel seram kini dalam proses menyiapkan sebuah manuskrip baru. Dalam proses ini, dia terpaksa ke beberapa tempat untuk memburu cerita seram yang lain dari yang lain. Dan dia juga sering jatuh sakit semasa dalam proses tersebut.
Jalan cerita agak menarik cuma agak perlahan bagi SH. Tetapi untuk naskah ini elemen kejutan tidak terdapat dalamnya. Tiada plot twist yang membuatkan SH rasa wow. Tetapi flow dan susunan cerita cantik dan masih menarik perhatian untuk meneruskan pembacaan.
Cuma ada satu bahagian tiba-tiba ceritanya agak hilang di situ. Terus bersambung di tengah ayat. Jadi agak terganggu pembacaan. Tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi namun masih boleh diagak berdasarkan penceritaan di babak seterusnya.
Pengakhiran cerita seolah-olah tergantung. Masih ada persoalan yang tidak terjawab. Agak geram sedikit di situ sebab SH mahukan jawapan.
Tajuk: Garis Mati Penulis: @novelismariakajiwa Penerbit: @fajarpakeer
'Catatan seorang penulis kisah seram'
Demi kelainan dan mencabar diri menulis manuskrip cerita seram. Atas bantuan Wahidah. Wahidah telah meminta peminat Aafan untuk membuat undian cerita apakah yang mereka ingin baca. Aafan menyahut cabaran menulis berdasarkan undian yang dibuat di grup ASFC Facebook. Ada 10 jenis hantu yang mendapat undian tertinggi iaitu:
• Waris Kum Kum • Saka Penanggal • Hantu Raya Lubuk Sepalu • Penunggu Tiang Seri • Pontianak Kolam Pancing • Dendam Pelesit • Pocong Tanah Seberang • Ilmu Orang Minyak • Toyol Seratus Ringgit • Saka Mak Long
Justeru untuk mencari cerita hantu yang real & dari pengalaman sebenar. Aafan menemui pelbagai individu yang berkaitan. Bermulalah pengembaraan Aafan ‼️ Tanpa Aafan sedar. Dia sendiri semakin lama semakin sakit ketika memburu cerita seram. Adakah hanya itu saja? Tidak. Cerita ini bukan saja hanya untuk melihat progress Aafan menulis. Tetapi untuk mengetahui juga siapa sebenarnya yang mendampingi Aafan? Perempuan berbaju putih? Siapakah dia?
Kita puji cover novel seram dari @fajarpakeer .Memang cantik. Dia terang-terangan belanja gambar momok. Haha. Garis Mati ni kita boleh cakap dalam cerita ada cerita. Memang kalau tengok dari tajuk cerita hantu. Rasanya most of us dah pernah dengar atau baca dimana-mana. Tapi why not, bagi chance explore cerita dari Kak @novelismariakajiwa pula.
Kita rasa penulis cuba untuk bereksperimen dengan kebiasaan jalan cerita, konsep & plot twist. Langkah yang sangat berani. Something new & mungkin ada pembaca yang akan rasa janggal. Tapi satu percubaan yang sangat baik. Masih menarik untuk dibaca. Enjoyable & suspen.
And towards the end tu memang saya tak expect ending sebegitu. Kalau ikutkan, saya rasa macam urgh tak puas. Macam tergantung. Tapi saya hormat dengan pilihan penulis. Perasaan curious saya tak pernah hilang sepanjang pembacaan. Sebab saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Kadang rasa macam nak skip terus ke last page. Tapi tak thrill la kalau buat macamtu.
📌 Terimakasih buat @seramlahoi untuk naskah Garis Mati ini. Karya Kak Maria Kajiwa tidak pernah mengecewakan.
Keseluruhannnya Garis Mati karya kak MK memang best. Dari awal cerita dah dpt tarik minat pembaca utk trus baca dan baca. Cuma mommy tak puas hati bab ending. Tertanya-tanya plak apa sebenarnya yg jadi kat jambatan tu. Penjual sate tu manusia atau entiti lain sebenarnya? Lagi satu part cerita pocong tanah seberang tu macam ada part yg ‘hilang’ kat tengah-tengah cerita. Tapi mujur boleh faham lagi walaupun macam ada part yg ‘hilang’.
Tajuk dan gambaran kulit bukunya memberi saya pandangan yg berbeza. Tapi bila baca isi ceritanya, bertambah teruja. Saya hook betul dgn buku ni sebab kisah seramnya memang meremang betul! Walau banyak kisah hantu dijadikan satu cerita, semuanya tersusun kemas dan menarik.
Sepanjang cerita ni saya tenggelam dgn usaha Arfan yg nak siapkan manuskrip cerita seramnya. Semua berdasarkan undian pembaca. Macam2 kisah hantu dia tulis. Malah setiap kisah ada pengalaman seramnya. Memang berdebar-debar masa baca buku ni.
Arfan juga ada kelebihan deria keenam. Tiap kisah yg dia siasat, mesti abgnya Khaleel juga terkena tempiasnya. Ada saja yg datang mengganggu. Sampai terkesan pada jiran2. Kuat juga tarikan si Arfan ni. Nak hantu apa? Kum kum, pocong, penanggal, pontianak, dan yg biasa kita dgr? Ada haa.
Memang cantik semua kisah terkait antara satu sama lain. Saya sendiri terleka. Kisah yg penuh pengajaran, ada juga rawatan terkandung. Semua ni atas diri sendiri. Kalau diri tak melawan, mesti makhluk sebegitu lagi suka menempel. Macam perempuan cantik yg nak jadikan Arfan tuan rumahnya. Ee seram eh.
Tak sangka pengakhirannya begitu. Sedih pun ada. Kalau tak dapat, ada je akal syaitan ni nak merosakkan dan musnahkan manusia. Moga iman kita sentiasa kuat dan sentiasa meletakkan kebergantungan pada Allah yg Maha Esa.
finished this in one sitting. to be honest, dia more kepada compilations of horror stories.
arfan, penulis novel seram mula mencari idea untuk buku terbitan barunya. berbekalkan idea oleh wahidah, dia mencari sumber untuk next stories based on undian dari peminat. dalam buku ni ada 10 cerita pasal hantu and diolah mengikut turutan undian yang terbanyak. bermula dengan hantu kum kum dan diakhiri dengan sumpahan saka.
for me, this book menarik. manada buku dari puan maria kajiwa yang tak best do. cuma dia agak kurang … maybe saya expecting the stories akan elaborate lebih sedikit. tapi dia hanyalah surface. arfan cari sumber hantu - diganggu - elok balik - dapat cerita - and repeat from arfan cari .. tu je. so dia agak kureng di situ. untuk pengajaran ? yes banyak. ada banyak puan titipkan surah yang patut dipelajari dan sangat membantu pembaca. btw saya ingatkan ending dia akan lebih menyeluruh. mungkin arfan dapat tulis and buku tu lebih berkembang ke? idk- tapi ending dia tiber bagi saya.
Asalnya buku ini telah pun dibaca separuh buku pada tahun lepas, namun atas faktor kesibukan bekerja, langsung terlepas tentang buku ini. Syukur, diberi peluang untuk menamatkan naskhah ini.
Berkisar tentang Arfan, si penulis novel seram yang menulis ceritanya dengan cara mendapatkan situasi sebenar dengan berkunjung ke tempat tempat angker bagi merasai tahap keseraman yang sebenarnya, sehingga tanpa sedar perbuatannya itu sendiri mendatangkan malapetaka buat dirinya.
Ceritanya menarik. Tidak hanya berfokus pada satu makhluk sahaja, tetapi beberapa cerita. Jadi, sebagai pembaca dapatlah kita turut merasai kelainan pada setiap cerita tersebut. Tahniah buat penulis Maria Kajiwa.
Cerita dia macam kompilasi kisah-kisah seram pendek tapi penulis memang pandai susun cerita jadi satu kisah. Dia sempat selit ilmu-ilmu baru yang memang menarik, tambah pengetahuan tentang setiap makhluk tuhan ni. Cara penceritaan pun smooth. Tapi, aku rasa epilog dia agak tergantung, biar pembaca yang pikirkan macam mana nak end cerita tu. Seriously best! 👌
Bagi aku best giler kisah kali ni, walaupun jenis² hantu seperti yang kebiasaan dimomokkan oleh masyarakat setempat, tetapi asbab gaya penulisan MK yang flow nya cantik tersusun, cerita ni jadi menarik dan buat kau tak sabar nak belek muka surat seterusnya. Tidak sedikit juga ilmu dan pengajaran yang diselitkan untuk dijadikan iktibar dan pedoman hidup.
Tahap keseramannya tidaklah terlalu tinggi, namun jika kau pejam mata dan membayangkannya boleh tahan jugak lah. Aku suka je ending nya, bagi aku ianya sedih dan misteri, dan misteri adakalanya tetap berakhir dengan misteri. Di situlah letaknya seni dalam sesebuah naskhah, di mana tiada logik akal.
Tolak 0.5 ⭐ kerana di pertengahan kisah pocong, ada lompongnya. Aku terpinga-pinga barang sejenak, tapi mujur lah cerita itu masih boleh dihadam.
Novel kali ni agak slow tak macam Bramfield and Sakti Bunian. Tapi it still attached yang buat kite nak tahu lagi. Sejujurnya tak tahu macam mane all story will become one, but at the end it makes sense. CUma nak cakap, novel ni mencetuskan second lead syndrome yea. Ending dye macam ade sambungan, and if ade, ouh please focus at second lead. I'm more interest to that guy. Kali ni punyer novel is more like vlog movie (imaginasi saya la) rather than a movie. So banyak pov first person which leads too many questions. Mengharapkan ada sambungan sbb this is not the end!! (Ke tak boleh move on?!) Ade persoalan mengenai watak and kejadian, kiranya tak selesaila. Hehehe wishing novel kedua!
" Dalam dunia ni kita sibuk mencari. Kita tak sedar kadang kadang apa yang dicari itu sudah lama mencari kita. "
Naskah ini, perjalanannya tenang. Watak utamanya, tenang. Setiap satu kisahnya, tenang walau misteri. Tapi, ya. Ketenangan yang maha tenang itu sedikit menyebalkan. Disaat semua orang disekeliling memperjuangkan hidup dia. Dia berkali kali jatuh di tempat yang sama.
Pertama kali rasa geram dengan watak utama. Apapun, naskah ni istimewa. Macam macam rasa yang bolah dirasa. Dua ibu jari untuk Kak Maria.
Sebuah maha karya , yang pelik . Tak mengikut typical plot punya flow . Eksperimentasi plot line yang maha dasyat. Pelik sangat flow cerita dia. Tapi ilmu penulisan yang membuatkan orang terleka yang tidak boleh disangkalkan lagi.
✎ Kisah Arfan dalam mencari cerita memang menarik. Macam-macam benda yang jadi terutamanya benda yang negatif disebabkan Arfan ada satu "keistimewaan".
✎ "Keistimewaan" nilah yang buatkan dia jadi sering jatuh sakit masa cari cerita. Arfan ni macam magnet yang boleh tarik makhluk halus tu dekat dengan dia. Setiap kali dia fikirkan & nak tulis pasal cerita tersebut pasti entiti yang berkaitan muncul di sekeliling dia.
✎ Mujurlah ada abang dia, Khaleel & kawan baik, Wahidah yang selalu ambil berat pasal dia.
✎ Walaupun kisah-kisah seram yang ada dalam buku ni biasa dibaca tapi penulis berjaya buat cerita tu ada kelainan yang tersendiri. Ada juga unsur teka-teki tentang siapa perempuan berbaju putih yang mendampingi Arfan. Pendek kata, dari awal sampai akhir memang menariklah jalan ceritanya.
✎ And towards the end tu, saya memang tak jangka ending sebegitu. Kalau ikutkan, saya memang tak puas hati dengan ending dia. storyline dari awal sampai akhir smooth tapi ending macam tergantung pulak 😩 tapi disebabkan jalan cerita menarik takpelah saya pejam mata jelah bab ending tu.
✎ Oh ya, ini buku pertama saya yang saya baca daripada penulis Maria Kajiwa. Lepas je baca buku ni, terus cari buku penulis yang lain. Sebab buku nilah, saya terus minat dengan karya penulis.
✎ So kepada siapa yang nak mula baca novel seram bolehlah cubalah baca novel. Karya penulis Maria Kajiwa memang tidak pernah mengecewakan 😉
p/s : penulis kata ending tu InsyaAllah ada sambungannya. Marilah kita doakan supaya sambungan tu jadi 😘
❗𝐡𝐢𝐠𝐡𝐥𝐲 𝐫𝐞𝐜𝐨𝐦𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐝❗
This entire review has been hidden because of spoilers.