Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pada Subuh yang Membawaku Pergi

Rate this book
"Janji yang abang akan kembali pada ibu. Sebab abang nyawa ibu."
- Raudhah

"Saya harap dia tak menyesal ada ayah macam saya."
- Faizal

"Terima kasih kerana selalu ada dengan aku."
- Fahim Luth

"Selagi hati ini tidak berbolak-balik, selagi itulah perasaan aku sama untuk dia."
- Nurul Huda

Dia, Iskandar Dzulkarnain, didera sejak kecil oleh si ayah dan dibelai penuh kasih oleh si ibu.

Pendewasaan membawa dirinya jaub hanya kerana tidak mahu tubuhnya terus terseksa.

Keluarga, persahabatan dan cinta diharap malar namun fitrah hidup ini tiada yang kekal.

400 pages, Paperback

First published October 1, 2023

62 people are currently reading
665 people want to read

About the author

Yaya Samad

4 books22 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
331 (53%)
4 stars
142 (23%)
3 stars
87 (14%)
2 stars
36 (5%)
1 star
20 (3%)
Displaying 1 - 30 of 143 reviews
Profile Image for nilam°.ೃ࿐ .*.
38 reviews1 follower
December 22, 2023
sebelum apa-apa, saya harap penulis dapat terima komen saya dengan hati terbuka sebab ini merupakan pendapat paling jujur dari saya sebagai pembaca dan pembeli buku awak. harap komen saya dapat jadikan buku-buku seterusnya lebih baik.

pertama sekali, penulisan. penulisan buku ni sangat...wattpad-ish? saya tahu buku ni daripada wattpad tapi saya ingat ia telah diedit supaya mencapai standard buku yang DIJUAL di pasaran. agak kecewa dengan penulisan buku ni. penerangan macam tak sampai dan tak sedap dibaca. semoga penulisan dapat diperbaiki lagi di masa hadapan.

seterusnya, isu penderaan dalam rumah tangga terhadap isteri dan anak ni satu isu yang sangat menarik. tapi saya rasa ia seharusnya digarap dengan lebih matang. untuk ibu nain, kenapa perlu maafkan orang yang dera awak dan anak anak awak? and worse, you accept that person in your life again? dan nain cakap his dad sexually assaulted him when he was a kid (kalau tak silap) dan still terima ayah dia dalam hidup dia balik. that's not kindness, that's stupidity. dan penulis menunjukkan seolah-olah perkara ini perkara yang baik. ia bukan perkara baik, ia bodoh. terasa sangat invalidating pada mangsa mangsa penderaan yang sebenar.

maaf sangat-sangat, i tried so hard to like this book but i really regret buying and reading it. 0/10 for me.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
December 3, 2025
32/2024

-Pada Subuh Yang Membawaku Pergi
-Yaya Samad

Saya beli novel ini atas faktor 'viral' di media sosial. Dan ini merupakan novel pertama daripada penulis yang diambil daripada Wattpad. Sekarang hangat diperkatakan tentang penerbitan buku yang diambil daripada Wattpad.

Sejujurnya, bagi saya karya ini plot ceritanya menarik. Namun, lenggok bahasanya terasa canggung dan tiada rasa. Entahlah saya rasa dialog digunakan seperti kaku bila ditutur oleh watak lelaki. Sebab saya pun lelaki. Jadi bila membaca dialognya terasa 'aneh' pula. Ini pandangan sayalah ye. Yang lain mungkin okay.

Selain itu, tema persahabatan yang dibawa bagi saya berkesan melalui watak Iskandar dan rakan rakan di asramanya. Cuma menyentuh isu kekeluargaan, bagi saya keluarga Iskandar seperti kurang jiwa. Walau apapun, novel ini tetap juga boleh dihadam memandangkan bahasa yang digunakan penulis, ringkas dan mudah. Semoga penulis terus berkarya pada masa mendatang dengan karya yang lebih bagus.
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
April 30, 2024
Aku ada high expectations on this book malang sekali tak meet up ngan expectations aku. Awal² tu kelihatan menarik.. aku invested with the story.. masuk pertengahan aku rasa bosan betholll.. banyak je unnecessary part bagi aku. Part last aku cam emo.. lehhh.. dia terima bapak dia balik ke.. aku x boleh terima cerita yg mcm malaikat sgt ni.. cara bapak dia buat dia tu cam sampai aku mempertikaikan ni anak bapak dia ke anak orang lain? Tup² eh maafkan pulakkkk.. pastu macam biasa la.. tau² je mati. Hmmm..
Profile Image for lysareading.
307 reviews43 followers
February 16, 2024
I harap buku ni boleh bagi pengajaran. Personal rate: 2.75

I love the heavy conflicts but still, I can't accept how the characters handle the situation. Tbh, satu chapter je buat I sedih bergenang air mata. Selebihnya buat I lagi berapi, lagi-lagi bila orang dewasa sendiri seolah-olah validate perlakuan tersebut. Use counter measure yang on par dengan the conflict.

Why? Sebab buku ni target kepada young readers. Mmg ramai org sekarang suka buku pain, buat meleleh air mata but when it comes to deal with conflict sebegini, so apa perlu buat? Show it. Walaupun hanya sekelumit.

Yet again, enable the abuser is not the right action. The straightforward plot is too obvious that I can't possibly ignore. Even kes Dafi pun, do you realize at the first place, he was also a victim sebelum dia berubah menjadi org 'sebegitu'? Beza dia dgn Nain just how both adapt dgn situasi je.

I tak condemn this book. I nak people aware yang kita perlu ambil pengajaran atas jalan cerita sebegini. Nothing personal attack okay.

The friendship? I love <3
The sibling's interaction? Love juga <3

But still, buku ni ada potential.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
May 19, 2025
Tajuk: Pada Subuh Yang Membawaku Pergi
Penulis: Yaya Samad
TW ‼️: Penderaan & Amang Seksual

Bayangkan, seorang anak kecil yang mengharapkan belaian seorang ayah. Namun, yang singgah di badannya hanyalah pukulan demi pukulan. Dipukul tanpa alasan yang kukuh pula tu? Anak kecil itu tiada perasaankah? . Itulah yang terjadi pada Iskandar Dzulkarnain. Hanya ibu & adiknya sajalah tempat dia meluah segala rasa & bermanja.

Disebabkan itu jugalah, Nain mengambil keputusan untuk belajar bersungguh-sungguh & ke asrama penuh. Dia ingin membawa diri jauh dari ayahnya itu. Dalam masa yang sama,Nain juga turut diuji dengan masalah kesihatan. Apa yang akan jadi seterusnya pada Nain? Mampukah dia membawa diri jauh dari kemelut hidupnya yang sangat berliku itu?

Nowdays, ramai jadikan alasan sekian-sekian untuk terus hanyut melakukan kesilapan demi kesilapan.

Kemudian, kita dapat rasa betapa sayangnya Nain pada keluarga dia. Dia sentiasa berusaha menjaga & ingin menyenangkan keluarganya. Biarlah berhabis kudrat sekalipun, asalkan keluarga dia senang. Sayangnya Nain dekat ibunya. Boleh rasa tau sampai sini. Rasa nak peluk mak kita. Tapi kita dah tak ada mak.
Ya. Hati saya ni hati tisu. Jadi, bila baca cerita melibatkan family ni memang touching.

Saya suka cara penulis sampaikan dakwah secara halus dalam penulisannya.
Fokus belajar ✔️
Jangan bercinta ✔️
Jaga batas antara lelaki & perempuan ✔️

Bagi saya. Ada beberapa perkara yang saya perlukan penjelasan. Sebab adanya plothole yang ketara. Bila penulis memilih untuk fokus pada sesuatu perkara, ada perkara lain yang penulis terlepas pandang untuk explain (trauma perbuatan sonsang, pembahagian harta & dll). Ada juga watak yang menghilang begitu sahaja & outofnowhere muncul hanya semata-mata untuk panjangkan cerita : point untuk confess sesuatu.

Actual Rating: 2.5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
July 26, 2025
Iskandar punya hati yang besar. Terlalu besar untuk dunia sekecil ini.

Dari kecil, Iskandar tak pernah kenal erti kasih sayang yang sebenar. Dipukul. Diliwat. Tapi tetap dia dambakan cinta seorang ayah. That kind of hope? It breaks you and builds you at the same time.

Waktu dia gagahkan diri cari ayah dia, pergi rumah scandal yang juga isteri baru... F fikir, “Iskandar ni memang lain.” Tapi siapa sangka, ayah dia masih di rumah lama mereka… alone. Sunyi. Dan ya, dia dah berubah. Ada sinar baru dalam diri ayah dia, and that flicker of change gave Iskandar a new kind of happiness. He just wanted them to be happy, like how they used to be. That boy just wanted his family back.

if I in his shoes, I can't accept. Tu F cakap jiwa Iskandar ni besar.. hati dia mulia..

F suka giler persahabatan Iskandar dan Fahim. Masa sekolah, Iskandar seorang atlet walaupun ada Talasemia. Meanwhile, Fahim anak yang ditinggalkan parents, abang dan kakak. Tapi dia tetap kuat. Kental. Sebab tu Iskandar selesa dengan dia. Fahim tu bukan sekadar kawan, dia anchor hidup Iskandar. Siap Iskandar selalu cerita pasal Fahim dekat mak dia. Bestie sangat.

Tapi bukan semua indah. Orang suka memperlekehkan Iskandar. Call him “lembik”, even cikgu taekwando sendiri buat hal dan kes tu senyap. Tiada tindakan susulan. F memang bengang part ni. Apa masalah cikgu tu?

Nasib baik ada Cikgu Hasyim. Dia nampak sesuatu dalam Iskandar... mungkin sebab wajah Iskandar iras arwah adik dia. Cikgu ni jadi tempat Iskandar luahkan perasaan, tempat dia rasa selamat.

And that ending bila Fahim menangis… F pun sebak. Sebab orang yang Fahim sayang, semua tinggalkan dia. One by one.

Perjalanan Iskandar berliku². It's painful. Tapi dia terus jalan demi ibunya dan adik².

Bila dah habis baca... F rasa kosong. Termenung jap
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
February 6, 2024
Anyone nak beli buku ni (baru baca sekali) boleh PM tepi thanks 😬

Start-22122023
End-22122023

Satu je nak cakap PAIN itu ada ya member jadi hati tisu baca buku ni dari awal sampai akhir asyik menangis je mak saya pun terkejut apa jadi dekat anaknya 😭

Btw Faim and Nain punya vibe betul betul bromance ya👀 Faisal tu aku nak cekik je

Btw back to review jalan cerita dia straight forward antara sebab saya bagi kurang bintang sebab konflik tu ada tapi macam ada something missing dekat plot dan olahan cerita

Apa pun saya bagi 3.5 ⭐ antara bacaan yang agak bagus sebelum tamatkan tahun ini
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
June 16, 2025
2.8⭐

buku ni bagi saya novel budak sekolah agama. hahah. buku ni macam sep2 novel ustazah Fatimah Syarha. Watak yang serupa "malaikat". anak taat, jaga batas berlainan jantina, sopan, budak baik & the list goes on. hahaha

saya rasa kalau saya baca buku ni masa zaman sekolah dulu, saya la orang paling excited ajak semorang baca buku ni 🤣

plot buku ni saya rasa smooth je sebenarnya walaupun sampai hujung cerita saya sendiri tak dapat jawapan kenapa Faizal benci Nain? Adakah sebab dia tak sedia jadi seorang ayah? tp kenapa Nain je kena? kenapa bukan Ika kena sekali? macam pelik kat situ. 🤔

Dengan part Raudhah lempang Nain sebab kurang ajar dengan Faizal, aku rasa geram gila ya. wey laki kau tu dera anak kau tau. part taat tu takde dah. boleh tolak tepi.

Pastu macam tak sync bila dah bab pengakhiran yang Faizal & Raudhah boleh nikah balik? Ika tak marah? Padahal dia dah kena brainwash dengan Nain pasal bapak dia tak guna tu. seeloknya ada la part Ika rebel kejap. Dan Nain patut bincang dengan adik dia pasal ni. pasal terima ayah dorang kembali. bergaduh ke ape ke takpe, sebab dorang ni datang dr broken family. anak2 yg trauma sebab ayah tak guna.

Saya rasa part ni yg penulis tak explore betul2 - trauma anak2 kena SA, anak2 dr broken family. paling saya terganggu bila Nain marah Dafi bila Dafi spills pasal dia kena SA & Nain rendah2kan trauma si Dafi tu? not good man. kita faham dorang tu dalam situasi yg sama walaupun Nain & Dafi pilih jalan yg berbeza.
memang betul apa yang Dafi buat tu salah tapi jangan nafikan part orang boleh kuat nk hadap those kind of drama. Dan aku tak sangka Raudhah tau cerita Nain kena SA lepas dia bercerai. tp dia tak ambik apa2 tindakan. seriously? kecewa sis kecewaaaa 😩

Persahabatan antara Nain & Im terlalu cheesy bg saya. Macam ye ke tu lelaki2 bercakap cemtu? sesama perempuan pun rasanya tak bercakap se"keju" itu.


okay dah puas bebel.
semoga penulis akan hasilkan karya yg lebih baik pada masa akan datang!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Lola.
104 reviews17 followers
December 30, 2023
Pada Subuh Yang Membawaku Pergi oleh Yaya Samad

⚠️𝙏𝙒: 𝙨𝙚𝙭𝙪𝙖𝙡 𝙖𝙗𝙪𝙨𝙚, 𝙙𝙤𝙢𝙚𝙨𝙩𝙞𝙘 𝙫𝙞𝙤𝙡𝙚𝙣𝙘𝙚, 𝙗𝙧𝙤𝙠𝙚𝙣 𝙛𝙖𝙢𝙞𝙡𝙮

Pada Subuh Yang Membawaku Pergi ni merupakan sebuah novel yang diolah daripada karya asal "Aku, Iskandar Dzulkarnain" daripada Wattpad.

Buku ini menceritakan tentang Iskandar Dzulkarnain (Nain) yang didera sejak kecil oleh ayahnya. Berbeza pula dengan ibunya, Nain dibelai dengan kasih sayang. Dalam pada itu, dia juga menanggung penyakit yang dihadapinya sejak sekian lama.

Pendewasaan telah membawa dirinya jauh dari keluarganya kerana dia tidak mahu lagi dirinya terus diseksa.

Antara keluarga, cinta dan persahabatan, mampukah Nain mempertahankan segalanya?

"𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐝𝐨𝐧𝐠𝐞𝐧𝐠"
----------------------------------

First of all, I want to say that this is one of the saddest book I've ever read. Srsly, dari first chapter sampailah last chapter, air mata kita menitik tak henti-henti.

Apa yang membuatkan kita sebak dan sedih bila baca buku ni adalah sebab adanya ikatan keluargaan dan persahabatan yang kuat antara Nain dan ibunya serta rakan karibnya, Fahim.

Kita memang tak boleh tau baca buku yang melibatkan family ni. Mesti nengis punya. 🥺😭 Especially dalam buku ni, Nain memang merupakan anak yang baik, taat dan bertangggungjawab. Nain sentiasa mendengar kata ibunya. Walaupun hati dan perasaan dia sedih, takut, dan kecewa akibat didera oleh ayahnya, Nain akan tetap menyembunyikan perkara tersebut daripada ibunya. Walau apa pun yang terjadi, Nain akan memprioritikan perasaan ibunya dan adiknya melebihi perasaannya. 🥺😭

Bukan itu sahaja, ikatan persahabatan yang kuat antara Nain dan Fahim dalam buku ni lagilah membuatkan air mata kita berjurai-jurai masa baca. 😭😭 Especially part surat daripada Nain kepada Fahim tu, memang dah banjir teruk dah mata kita. 😭

"𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚-𝐚𝐩𝐚, 𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐮. 𝐀𝐤𝐮 𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐤𝐚𝐮, 𝐤𝐚𝐮 𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐚𝐤𝐮"-Fahim

"𝐉𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢. 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐢, 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐚𝐦𝐚" -Nain

Overall, buku ni memang best untuk karya sulung penulis. Buku ini bukan sahaja mengetengahkan tentang keluargaan, malah ia juga banyak mengajar tentang erti persahatan. Isu yang disampaikan dalam buku ini juga tidaklah terlalu berat untuk dibaca. If you want to read a sad book, THIS BOOK IS A MUST.

Rating: 4/5 ⭐
Pain level: 10000/10 💧😭🫂
Profile Image for Yaya.
3 reviews
January 1, 2024
Kudos kepada penulis. Jalan cerita yang menarik berkait dengan penderaan, sexual abuse, keluarga & persahabatan. Tapi, ada beberapa perkara yang saya rasa boleh diperkembang. Antaranya, cara pemulihan trauma lagi-lagi apabila melibatkan isu penderaan dan sexual abuse daripada masa kecil. Realitinya, tak semudah itu nak melupakan apa yang berlaku apa lagi menerima kembali predator dalam hidup. Mungkin boleh dikembang bagaimana guru dan watak sekeliling yang bantu menangani trauma tersebut. Watak Nain terlalu 'too good to be true' . Apapun, cerita ini menarik. All the best untuk penulis for the next karya.
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
December 27, 2023
TERIMA KASIH AUTHOR SEBAB BUAT SAYA MENANGIS PAGI PAGI BUTA MACAM INI 😭 SAYA TAKTAHU NAK REVIEW APA SEBAB WALAWEI SEDIH GILA KISAH ISKANDAR AND FAHIM INI 😭😭😭😭😭😭😭😭 PART IKYK ITU PALING BENGKAK MATA SAYA YA YA ALLAHHHHHHHH 😭😭😭😭😭😭😭😭😭
Profile Image for Syamira Yazan.
3 reviews
May 31, 2024
Sejujurnya, untuk 100 page yang pertama memang menarik dan menangkap minat untuk teruskan membaca. Tapi lepastu makin baca makin cringe jadinya. Sampai kesudah cringe. Dengan dialog si nain ni macam mehh. Lepastu dialog antara kawan laki sangat lah cringe. Yang paling tak boleh blah, lepas nain bagitau mak dia pasal ayah dia SA dia, no action taken ka???? Anak hg kena SA dengan laki sendiri kot?? Lepastu si anak pon senang2 maafkan pak dia, bini senang2 maafkan dan “terima segala kekurangan” laki dia? Emosi sikit pasal memang excited nak baca buku ni n letak high expectation. Lepas baca baru tau yg buku ni dari wattpad. Tapi aduh xkan lah tak diolah or ditambahbaik sebelum dijadikan buku? Lg2 part SA ni author kena buat homework lebih lagi. Sebab ni bukan isu yang ringan yg boleh dimaafkan macam tu saja.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
June 25, 2025
Awal² baca dah sesak nafas haihhh. Cerita ni okay je sebenarnya, yang jadi tak okay nya bila bab amang s3ksual dan penderaan yang dipaparkan diambil ringan, seperti dipandang sebelah mata sahaja. Malah, penerimaan Raudhah selepas mengetahui kisah sebenar amat mengecewakan dan tak boleh diterima akal yang waras. Sudah lah tiada tindakan susulan yang dibuat, tiada aduan kepada mana² pihak berkuasa, dan yang paling aku cannot brain, langsung tak dibawa anak kesayangannya itu untuk berjumpa pakar terapi jiwa. Malah beliau dengan mudahnya menerima semula bekas suaminya itu, semuanya atas tiket cinta yang masih bersisa. I was like, what the actual heck man?

Part Nain memaafkan ayah tak gunanya tu aku tak nak komen lebih², sebab mungkin jiwanya terlalu besar hingga mampu melupakan trauma lalu. Atau mungkin juga kerana beliau sudah dapat merasakan masanya di dunia sudah tidak lama, jadi beliau memilih untuk mengorbankan perasaan serta parut luka lama dengan memberi keampunan. Namun aku sangat tak bersetuju dengan tindakan Nain memperlekeh dan meremehkan kisah silam atau trauma orang lain yang senasib dengannya. Benar apa yang dilakukan Dafi itu salah, tapi sekurangnya zahirkan lah sedikit simpati atau lebih tepat lagi empati, memandangkan mereka berada dalam situasi yang sama. Walaupun jelas penerimaan manusia terhadap ujian yang menimpa berbeza-beza, tetapi kesan dan akibatnya tetaplah sama. Part penerimaan Zulaikha terhadap kembalinya figura ayah dalam kehidupan mereka pula langsung tidak ditonjolkan, menjadikan jalan cerita agak lompong.

Menyentuh isu persahabatan pula, dia macam ya Tuhan cringe and cheesy nya aku baca. Nilai² sejati sahabat itu ada, cuma amatlah tidak logik sesama member lelaki berdialog sebegitu rupa. Sampai aku terfikir mereka ni kawan ke pasangan kekasih aduhhhh. Dengan si pencuri hati Huda tak macam tu pulak.

Kematian Nain memang dah dijangkakan seperti mana tajuknya. Bergenang jugak lah air mataku. Cuma aku gagal berpuas hati dengan nasib baik Faizal dan Huda yang seperti tidak move on dengan perhubungan yang tak pernah bermula pun. Tapi part Huda tu maybe author counter balik dengan menggambarkan cinta yang dikejar bukanlah cinta kepada makhluk tetapi cinta kepada Tuhan yang hakiki. So, okay lah acceptable.

Rating 3 ⭐ aku kekalkan murni kerana aku rasa gaya penulisan author ni ada potensi dan ruang untuk penambahbaikan. Selain tu, aku suka dengan kata² motivasi dan nilai² agama yang diterapkan, menjadikan naskhah ni berisi dan bukan sekadar hype semata-mata.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
June 20, 2024
Dah hbs. Ya Allah bestnye. Tak menyesal beli sbb terpengaruh dgn booktok 😍
Profile Image for Feepie.
16 reviews
January 17, 2024
2.5/10

Cerita yang menarik (Ending cerita ni berjaya buat air mata bergenang hahhaha) cuma bagi saya jalan cerita agak bercelaru. Kurang pendalaman dari segi karakter yang diperkenalkan seperti hubungan dengan cikgu (tak ingat namanya)

Kemudian isu penderaan dan sexual assault yang dialami oleh nain macam diambil ringan dalam cerita ni, jadi saya kurang gemar dengan pengakhiran cerita ni bila ayah nain berbaik dengan ibu dia?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
October 12, 2025
now i know kenapa tajuk dia macam tu. patut time baca rasa macam apa kena mengena tajuk dengan cerita?

solid 5⭐️
from the first page until the last one, memang layak dapat 5 bintang.

how can the author make this storyline so good that i bawled my eyes out. apa salah saya? author pernah ada dendam dengan saya ke before ni sampai sedih sangat buku yang dia buat? jk yaya, u better buat banyak lagi buku ye sebab this one tak cukup !! i need more 😘

iskandar zulkarnain. ini kisah dia. kisah dari dia kecil sehinggalah dia menjalani alam persekolahan. kisah di mana dia didera oleh ayah kandungnya sendiri sehingga mak yang dia sayang tak nak layan dia. kisah dia berjumpa rakan baik dunia akhirat yang pada mulanya dia kenal sebab itu ex-boyfriend adik dia. kisah di mana dia menemui gadis yang dia suka, yang berjaya membuka hatinya - dan banyak lagi.

banyak pengajaran kita boleh dapat dari kisah ini. bila semuanya ada redha ibu dan juga dalam lindungan Allah, insyallah hidup akan sentiasa diberkati dan disenangi ramai.

saya tak pandai nak convince orang sangat - pujuk apatah lagi. tapi, sila baca buku ni. jangan risau bukan affliate sebab saya tak letak beg kuning pun 😇 baca tau - seronok sangat dan mestilah sedih juga hehe
Profile Image for Qihaa.
41 reviews
June 1, 2024
ᴘᴀᴅᴀ ꜱᴜʙᴜʜ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍʙᴀᴡᴀᴋᴜ ᴘᴇʀɢɪ ʙʏ ʏᴀʏᴀ ꜱᴀᴍᴀᴅ

☁️𝖘𝖎𝖓𝖔𝖕𝖘𝖎𝖘
Hidup seorang Iskandar Dzulkarnain sejak kecil sering didera oleh ayah kandung sendiri tanpa sebab. Hanya ibunya sahaja menjadi tempat dia meluah dan menumpang kasih. Dalam pada masa yang sama dia juga diuji dengan masalah kesihatan. Kejayaannya di dalam peperiksaan UPSR melayakkan dia memasuki asrama penuh kerana mahu lari jauh dari ayah kandungnya.

"𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙖𝙙𝙖 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙠𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙙𝙤𝙣𝙜𝙚𝙣𝙜"

☁️𝖚𝖑𝖆𝖘𝖆𝖓
helooooo apa buku ni buat kat saya nangis malam-malam ni 😭(pulangkan balik air mata saya') friendship antara Nain dengan Fahim sangat comel tapi kadang rasa nak hempuk je Fahim tu 🙄

I love this book tapi kecewa & terkilan dengan tindakan ibu Nain tu buatkan saya kureengg sikit buku ni 💔. Kita geram betul ye kenapa boleh terima ayah dia tu dengan mudah dengan apa dah jadi pada Nain. Terima pulak dengan keadaan ayah Nain tu takde apa-apa:)

"𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙨𝙩𝙞𝙣𝙖𝙨𝙞 𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙖𝙢𝙖, 𝙉𝙖𝙣𝙩𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙪𝙢𝙥𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖"

rating 3.8/5 🌟
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
January 4, 2024
“𝙎𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙖𝙠𝙨𝙪𝙙 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙣𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙙𝙞𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙚𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙩𝙪. 𝙈𝙚𝙣𝙟𝙖𝙜𝙖 𝙝𝙖𝙩𝙞, 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙣𝙙𝙪𝙣𝙜𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙖 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜.
𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙧𝙤𝙨𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙙𝙞𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙙𝙤𝙨𝙖-𝙙𝙤𝙨𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙪𝙣𝙘𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖, 𝙡𝙞𝙣𝙙𝙪𝙣𝙜𝙞 𝙙𝙞𝙖 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙠𝙖𝙧𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙧𝙤𝙨𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙙𝙞𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙖𝙙𝙖 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙩𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙪𝙗𝙪𝙣𝙜." -𝙉𝙖𝙞𝙣-

Iskandar Dzulkarnain atau lebih mesra dipanggil Nain dibesarkan dengan pelbagai tragedi yang menimpa dirinya. Ayahnya melakukan amang seksual pada dirinya di samping terlibat dengan najis judi. Ini menyebabkan beliau disisihkan dan diabaikan kasih sayang seorang ayah terhadap dirinya.

Bermula daripada episod ini, dia berazam untuk mengubah nasib keluarganya. Menghidap penyakit Thalassemia bukanlah suatu halngan untuk beliau terus bangkit untuk berdiri sama tinggi dengan orang normal.

Pada Subuh Yang Membawaku Pergi bermula dengan begitu tragis sekali. Episod tragedi hitam yang berlaku di dalam diri Nain semasa kecil begitu tragis dan sayu. Malah, pengakhiran kepada cerita seorang Nain juga dihabiskan dengan jalan cerita yang penuh hiba.

Kisah hidup seorang Nain begitu hidup. Kisah yang penuh inspirasi. Kisah yang membangkitkan semangat untuk mengubah hidup sendiri dan keluarga. Kisah yang mungkin kita tidak sedari kerana jarang didendangkan di kaca televisyen mahupun terpampang di dada akhbar. Tapi, kisah Iskandar Dzulkarnain merupakan satu refleksi ini realiti yang berlaku di dalam masyarakat kita saban tahun.

Tema persahabatan merupakan tunjang kepada jalan penceritaan ini. Ditonjolkan watak Fahim Luth yang mengubah rentak jalan cerita daripada kelihatan bosan. Selain itu, perwatakan Nain yang sebegitu unik juga memainkan peranan penting yang mentedapkan jalan cerita ini.

Permulaan yang menyedihkan dan pengakhiran yang menghibakan. Nain berjaya memainkan peranan penting yang menjadi jambatan antara watak-watak utama dan watak sampingan hidup dan seakan-akan wujudnya watak tersebut di dalam dunia realiti.

Namun, ada kekurangan pada transisi jalan cerita. Babak penceraian antara Raudhah dan Faizal begitu pantas terjadi sehingga menjadi tanda tanya “takkan sebegitu sahaja pengakhirannya”. Malah, babak hubungan bertaut semula antara Raudhah dan Faizal juga berlaku begitu pantas. Seolah-olah ada kelompongan ditengah-tengah sebelum berlaku kesudahan sebegitu.

Secara keseluruhannya, novel Pada Subuh Yang Membawaku memberi satu sinergi baharu seorang Nain yang kian dicari-cari wataknya pada hari ini. Sarat dengan kritikan sosial terutamanya dari aspek kepekaan dan kesedaran tentang amang seksual & penderaan kanak-kanak.

Profile Image for Edith.
1 review
April 13, 2024
the book was alright at first. however I am not really a big fan of how the father is forgiven that easily just because he lost everything. and iskander relationship with his mother felt a bit weird cus hes a 17 year old boy and I dont think he should said that to her plus I'm not really a big fan of the case dafi thing it felt sooo unnecessary

the plot felt like a average 7 petang drama anyway that's all I needed to say.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Author 6 books27 followers
March 6, 2024
Aaa aku tak sangka yang aku akan menangis ya baca cerita ni walaupun dah tahu apa yang berlaku pada Nain diakhir cerita disebabkan video-video kat TT😭

Ok sejujurnya aku sangat suka cerita ini. Kisah remaja lelaki yang ada penyakit talasemia, pernah didera ayah dia dan sangat sayangkan mak serta adik-adiknya. Love lah dengan kematangan Nain ni.

Persahabatan Fahim dan Nain pun comel je. Kadang tu memang geram dengan Fahim sebab tak matang langsung tapi dalam masa yang sama aku kesian gila dengan dia. Dia dah kehilangan semua ahli keluarga dan diakhir cerita dia kehilangan Nain. Memang aku tak berhenti menitiskan air mata dekat part tu.

Tapi... Apa yang buatkan aku tak boleh bagi bintang penuh untuk cerita ni adalah disebabkan Raudhah terima balik Faizal. Serius aku benci part tu. Faizal tak patut diterima balik dalam kehidupan Raudhah sekeluarga. Dia tu dah dera Nain dgn sangat teruk tau. Macam mana seorang mak boleh terima dan maafkan pendera anak dia macam tu je?

Itu jelah part yang aku langsung tak boleh terima. Yang lain ok. Gaya bahasa pun mudah difahami. Ceritanya tak berat tapi sangat menusuk kalbu.

Ahh rindu Nain 🥺
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
do-not-finished
July 20, 2024
Masih kagum macam mana penulis punya longevity popular tu sampai sekarang. Salute!
11 reviews
December 15, 2024
Buku paling mengoyakkan i gais, i menangis gila ii baca 😔
Profile Image for Lara Jean.
8 reviews
July 20, 2024
agak lambat juga nak habiskan buku ni, walaupun struggle nak habiskan baca , buku ni terlalu cliche bagi saya, jalan ceritanya agak laju, tapi tak ada plot twist, tak ada kejutan, seolah olah masakan yang tiada garam dan gula. awalnya saya tertarik untuk baca buku ni, disebabkan buku terlalu hype di tiktok. kononnya sedih dan bercampur rasa. ya sedih, tapi tak adelah menitis air mata. dan kes Faizal yang dah meliwat anaknya dari kecil, macam mana senang senang Nain terima balik bapa nya ??? dan Raudhah pun boleh terima suaminya ? saya pelik. maybe penulis nak terapkan keagamaan, dimana ibubapa pun ada silapnya, tapi kita sebagai anak mesti maafkan ibubapa dan terima mereka seadanya, sangat kecewa, saya nak balik Rm37 saya 😭😭
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fishball&#x1f421;.
29 reviews2 followers
March 14, 2025
1 ⭐️

Akhirnya, telah genab 3 bulan berlalu. Tapi saya masih tak boleh habiskan kisah ini. Cerita terlalu malaikat. Terlalu mendatar, dialog canggung, macam vibe novel tingkatan 1, sedih yang terasa dibuat-buat, watak tak realistik (ada setengah watak tak memainkan peranan, tiba tiba hilang dibawa bab), agak bosan walaupun berkonflik? ( dia macam kau tontotn sinetron, byk kan konflik? Tapi too childish )


Saya tahu, review tak sepatutnya dibuat sebelum buku habis dibaca. Tapi dah tak boleh go, mungkin akan jual je.
Profile Image for Ratna Purnama.
9 reviews1 follower
September 13, 2024
Suka la juga sebab ada mesej2 yang positif. Tapi mcm baca wattpad lah susunan kata & cerita. Next book boleh improve lagi 😊...

Cuma.. Tulah... Betul2 baik gila eh dia & mak dia boleh terima ayah dia balik macam tu je 😅
1 review1 follower
February 27, 2024
buku ni best if you wanna feel the pain, worth your cry gitu. tapi kalau nak critic, banyak jee. biasala first debut so keep it up author 🫶🏻🫶🏻
Profile Image for Nurfarah Alyaa.
26 reviews
July 13, 2024
Pada Subuh Yang Membawaku Pergi — Yaya Samad ⛅️

5/5 ⭐️

AAAAAA BARU BOLEH RELATE TAJUK DIA DENGAN CERITA NI 😭💔

jujur cakap 70% sedih 30% biasa-biasa 😭 SEDIHNYAA 😔💔 awal-awal bab dah buat saya nak menangis (i cried).

Betapa kuatnya seorang Iskandar Dzulkarnain yang satu ni. Sentiasa positif, memaafkan orang lain. Family nombor 1. sentiasa nak yang terbaik untuk family. Sumpa part dia kerja keras nak bagi duit untuk keluarga tu memang saya hujan ah. Memula baca control la air mata last last hujan jugak. rasanya mak, kakak saya nampak je saya nangis 😭😭😭 Tapi takpelah sebab dia dah berpenat kat dunia ni dengan macam macam dugaan, he deserves a looong rest 🤍 Hugs for Nain 🫂

takleh la weh aku nak nanges tulis pasal nain ni TOLONG LAH 😭 dah tahu dah cerita dia sedih tapi saya taktahu pula ending dia macamtu 😭

Fahim Luth — nama yang ownernya sentiasa nampak cool, tetapi menyimpan satu kesedihan. Terlalu sayang sampai takut kehilangan nain. Saya faham je. Trauma hilang orang yang kita sayang kan :((

"Aku rindu kau sangat-sangat." — Fahim.

Scenes between Nain and Fahim lah paling saya suka sebab dengan Fahim dia boleh act macam umur dia. He matured too early from his age. His teenage years was ruined. So big thanks to Fahim selalu ada dengan Nain. Tq juga kat Fahim sebab tunaikan janji dia dengan Nain untuk jaga family Nain and adik dia Zulaikha even dia tunggu lamaaaa sangat 🫶🏻 Oh, part jarum jam Nain terhenti tu memang buat saya hujan I AM NOT GONNA LIE 😭😭

Huda — AAAA I THINK HUDA KUAT SANGAT SANGAT 😭😭 kalau saya kat tempat dia pun mana mungkin saya move on dengan lelaki sebaik nain. Iskandar Dzulkarnain is the greenest green flag. Even dah 10 tahun pun dia masih setia. 😭

If i have a friend like Nain, tak mungkin saya sia-siakan knowing their time in this world is like a ticking bomb. bila-bila boleh berhenti.

I learnt a lot from this story. To put my family first. Baik buruk family, mereka tetap darah daging kita. To be kind to everyone. Kalau ada buat salah, minta maaf. Kita taktahu berapa lama lagi masa yang kita ada dekat dunia ni. And banyak lagi.

p/s : saya takleh stop nangis 😭
Profile Image for Khairunnisaq.
Author 1 book1 follower
October 13, 2025
Nice read. Suka watak Huda dan Fahim. Tak suka bapak Nain. Ada bahagian yang agak cringe. Tapi overall, it's awesome, mudah dibaca dan tak stressful, sesuai dibaca after a long day.
Profile Image for fæ.
11 reviews
December 24, 2025
I’m tempted to read this, honestly. People keep saying it’s one of the most painful books out there. And yes, this book berjaya buat I nangis sampai bengkak mata. Banjir weh 😭💔 Mula dari part baca yasin, sampailah dikebumikan. If I were in Fahim’s shoes, I don’t think I could ever prepare myself for the moment I had to accept that my best friend no longer shares the same world as me. That kind of loss … it’s the kind that stays, the kind that changes the shape of your days. Sakit dia tu, tak terungkap 💔💔💔

Ramai pembaca kritik watak utama, Iskandar Zulkarnain, kononnya terlalu 'malaikat'. Since reading is an escapism, let’s just dive into the character seolah-olah dia wujud dalam dunia nyata. Kita memang takkan jumpa orang macam Nain irl.

Tentang ayah Nain, Faisal. Tergamak seorang ayah buat macamtu pada anak kandung sendiri? But when Nain forgave him so easily, I understand. Dia cuma anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ayah. Sebab tu dia mudah maafkan walaupun kesalahan tu I would categorize as tidak berperikemanusiaan. Budak baik selalunya berjiwa besar, dan Nain memang contoh anak yang baik. Betullah orang kata, orang baik ni Allah panggil dulu sebab Allah sayang.

Saya juga suka bagaimana penulis selitkan unsur keagamaan sepanjang cerita. Ia lembut tapi cukup untuk mengingatkan kita bahawa kematian itu dekat. I seriously love the Tahajud scene! The message hits straight to the heart ❤️

Kudos to the author! Semoga kita dapat menjadi seperti Iskandar Zulkarnain; anak yang baik, abang yang baik dan juga sahabat yang baik.
Displaying 1 - 30 of 143 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.