Jelajahi riwayat kehidupan Rumi, filsuf besar dari tanah Anatolia yang menyembunyikan berjuta rahsia cinta dalam setiap kata dan bait puisinya.
Biografi ini mempersembahkan gambaran mendalam tentang perjalanan spiritual seorang pemikir yang mengubah cara kita memandang cinta, kesedihan, dan kemanusiaan.
Menelusuri masa mudanya di Balkh hingga saat-saat terakhirnya di Konya, buku ini membawa pembaca ke dalam perjalanan hati dan jiwa, dimana cinta bukan sekadar perasaan, namun sebuah filosofi hidup.
Bersama RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA, anda diajak untuk merenung, mencinta, dan kembali menemukan makna cinta sejati yang abadi.
Seorang pencinta, itulah Rumi. Bagi peminat Sang Sultan Cinta, Zaki Sapuan menulis buku ini dengan bahasa kekasih. Bahagian riwayat hidup Rumi cukup panjang, iaitu satu pertiga ketebalan buku. Disusuli dengan naratif cinta, karya ini menceritakan kisah antara para wali Allah, sesuatu yang jarang dibincang dalam kalangan awam.
Kalau tak silap, pertama kali saya tahu tentang tarian sama' adalah daripada novel Advencer Si Peniup Ney (Faisal Tehrani). Tak banyak yang dapat difahami sebab tarian ini khusus untuk golongan sufi. Jadi dalam buku Rumi ini, ada menceritakan asal usul sama', kaitannya dengan Maulana Rumi, serta hubungannya dengan Tarekat Maulawiyyah (Mevleviyye).
Ajaran dan puisi Rumi menawarkan pandangan yang mendalam tentang pengalaman manusia, kerohanian, dan keterkaitan semua perkara. Kata2nya mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi, memupuk empati, dan menggalakkan pemahaman tentang diri kita dan orang lain.
Meneroka karya Rumi boleh menjadi perjalanan penemuan diri dan sumber kebijaksanaan yang merentasi sempadan budaya dan agama. Pada dasarnya, mengetahui tentang Rumi membolehkan kita memanfaatkan karyanya yang kaya dengan kebijaksanaan dan menggetarkan jiwa manusia.
Buat yang nak kenal rumi, ada lebih kurang 100ms didedikasikan untuk riwayat hidup beliau. Segala konsep Tarekat juga dijelaskan. Pénulisan rumi juga dikongsi dalam buku ni.
Cuma untuk kefahaman yang lebih baik, saya sarankan pembaca untuk dapatkan guided reading. Supaya tak tersalah faham segala konsep.
Puas hati baca tentang Mawlana Rumi menerusi buku ini Sebabnya karya terjemahan dari luar negara (seperti puisi beliau yang terkenal), kadang-kadang ada makna yang melencong daripada kalam sebenar ulama sufi terkenal ini. Kesannya boleh menimbulkan salah faham kepada orang awam. Seolah-olah Maulana ingin mengangkat pluralisme agama, padahal bukan begitu. Buku ini secara ringkasnya telah menjawab tentang dunia sufi, tasawuf dan tariqah disamping kisah perjalanan hidup. Terima kasih kepada penulis kerana telah meluruskan salah faham tersebut.
Secara keseluruhan, Rumi Filsuf Cinta Anatolia adalah buku yang bermakna, memperkaya, dan sesuai dibaca jika kau terbuka kepada idea-spiritual dan falsafah cinta. Ia bukan sekadar tentang Rumi sebagai penyair, tetapi usaha untuk memahami makna cinta sejati dalam konteks Allah, manusia, dan kehidupan. Ia boleh jadi “penyegar jiwa” dan pintu masuk ke dunia sufisme Rumi bagi yang belum terbiasa.
Alhamdulillah dh habis baca buku ni, mmg best, jln cerita menarik sgt n boleh faham makna sebenar cinta ilahi dan cinta rumi kpd gurunya syamz tabriz, pun sebenarnya.. masyaAllah 🌹✨ best!