1 entiti yang menjengkelkan. 1 buku misteri. 6 syarat aneh.
Thariq, si remaja bermasalah didekati satu entiti yang menawarkan janji-janji untuk membawanya menjadi seorang yang baik dan dapat mengubah semua orang ke arah kebaikan. Tawaran itu cukup menarik buat Thariq, kerana dia sudah lelah disalah anggap sebagai budak nakal. Sebagai pertukarannya, Thariq perlu memenuhi enam syarat yang tertera dalam buku misteri itu. Bersama kawan baiknya, Amir, Thariq harus mencari cara menyelesaikannya dalam masa 100 hari. Namun, ternyata segalanya tak semudah itu. Bagaimana jika Thariq perlu korbankan satu lagi perkara?
Naskhah sureal berkait ilmu hitam dan kesihatan mental dalam latar alam persekolahan, kekeluargaan dan diari harian Thariq yang terjebak dengan misi untuk selesaikan 6 syarat aneh selepas mendapat tawaran daripada satu entiti bernama Satan yang menawarkan janji untuk mengubah hidupnya. Dengan bantuan Amir, sahabat karibnya, Thariq cuma ada 100 hari untuk selesaikan kesemua syarat Satan dan dia mula obses bila misinya berjalan lancar tanpa sedar pada setiap keinginan, pasti ada sesuatu yang dia perlu korbankan.
Ada misteri pada plot yang aku suka walaupun gaya penceritaannya agak serabut dan banyak dialog. Dari perkenalan watak Amir ke pertemuan Thariq dan Satan, naratifnya berlegar sekitar misi 6 syarat seakan dalam loop yang repetitif dengan watak tambahan yang asyik bertukar. Ada saspens dalam babak-babaknya yang semacam tergantung dan konflik Thariq dengan ibunya yang intens dan berlarutan kadang meletihkan. Watak Amir yang datang dan pergi bagi mood misterius tapi mudah jugak nak jangka hubungkait sebenar antara dia dengan Thariq.
Tak nampak dinamik sangat pada watak Thariq sepanjang penceritaan, cuma hampir di bab akhir saja ada twist yang ubah eksposisi Thariq jadi sedikit menarik. Hal surealnya ringan, ada jenayah dan rahsia keluarga berkait isu moral tentang sikap individu dalam menuntut ilmu di luar hukum yang sepatutnya. Lepas baca prolog II baru faham kenapa naratifnya banyak dialog tapi mungkin sebab eksplorasi watak dan perspektif Thariq yang meleret sepanjang bacaan buat tahap empati aku jadi berkurang lepas tahu cerita sebenar.
Terima kasih Buku Fixi untuk penberian naskhah resensi!
Sebenarnya tak expect pun cerita ni about mistik + misteri gituw. Tapi good plot. Penulisan pun bagus.
Twist semua penulis letakkan dekat bahagian Epilog. Ingatkan ada lagi yang nak diulas sebab macam saspen tu baru nak build up.
But so far, a good read sebab diceritakan juga pasal pentingnya mental health. Sebagai seorang yang mempunyai PTSD, ada kebenaran dalam pengajaran yang nak disampaikan 😊
Teruskan menulis!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sejujurnya, buku ni sangat menyeramkan bagi saya. Sedikit sedih apabila membaca semua scene perbualan antara Thariq dengan ibunya. Ibunya yang sering bersikap tegas terhadap Thariq sejak kematian ayahnya.
Untuk plot utama buku, awal-awal dah nampak yang Satan ni menipu Thariq tapi nak tahu juga apa motif sebenar Satan ni.
Tahap keseraman secara keseluruhan agak bagus. Awal-awal tu tak seram sangat. Tapi bila dah masuk part Thariq mula mencari air liur tu dah mula rasa seram dah.
Sampai hujungnya tu dah suspen giler ah. Then masuk epilog dah hilang terus rasa suspen tu.
Sebelum masuk epilog tu, dah rasa curious giler nak tau apa jadi selepasnya. Tup tup eh? Epilog? Eh???? Lahh author terus bagitau semua plot twist dan rahsia dalam epilog tu.
Rasa macam author dah takde idea nk teruskan macam mana dekat bahagian penghujung tu. Padahal babak aksi suspen baru nk start.
Tapi, saya puas hati jugalah dengan ending-nya (bagi sayalah) ending bagi saya adalah bittersweet.
Untuk plot twist, bagi saya okaylah. Agak bagus.
Edit : bagi saya buku ni takde teruk sangat. Memandangkan buku ni berjaya buat saya rasa takut dan seram sejuk, saya decide nak tukar kepada 4 star.
Syaitan mengisahkan tentang Thariq, seorang pelajar yang terjebak dengan ilmu hitam dan masalah kesihatan mental. Dalam latar alam persekolahan, kekeluargaan, dan diari hariannya, Thariq menerima tawaran daripada satu entiti bernama Satan yang menjanjikan perubahan hidup. Sebagai balasan, Thariq perlu memenuhi enam syarat aneh dalam tempoh 100 hari. Dengan bantuan sahabat karibnya, Amir, dia berusaha menyelesaikan misi tersebut. Namun, tanpa disedari, setiap keinginan yang tercapai memerlukan satu pengorbanan. Lama-kelamaan, Thariq menjadi obses dengan misinya, dan kehidupannya mula berubah ke arah yang lebih gelap.
Personal Review: Penceritaan tentang Thariq yang perlu penuhi enam syarat dalam 100 hari tu bagi aku sangat bosan. Naratif dia rasa serabut dan berlegar dalam loop yang sama, fokus pada misi, tambah watak baru, lepas tu ulang balik. Watak Amir pula datang dan pergi bagi vibe misteri, tapi hubungan sebenar dia dengan Thariq agak mudah untuk dijangka (DID jer)
Sepanjang cerita, watak Thariq hampir tak ada development langsung. Dia statik je dari awal sampai akhir, kecuali dekat bab-bab terakhir yang ada twist (which honestly, expected). Cara dia selesaikan syarat pun terlalu mudah, macam tak ada cabaran besar yang betul-betul menguji dia.
Gaya penulisan pula… maaf shakapp la, rasa macam karangan sekolah. Tak ada lenggok, tak ada “feel”, sampai susah nak bayangkan suasana sekeliling. Emosi pun tak sampai. Padahal kehidupan Thariq sebenarnya tragis dan menyedihkan, tapi penyampaian dia kosong. Part pak imam ishak pun rasa tergantung. Penulis ada highlight yang pakcik tu tahu tentang buku misteri tu, tapi lepas tu tak explain lebih lanjut. Macam separuh jalan.
Kesimpulannya, bagi aku buku ni memang tak ada “jiwa”. Storytelling terasa dipaksa, banyak benda tak diselesaikan dengan cepat. Elemen ilmu hitam tak sampai, seram pun tak sampai. Cover buku memang cantik, merah, gelap, menggerunkan kira orang kata cun babi rahhh tapi isi dia jauh dari jangkaan. Tbh, rasa macam ramai budak sekolah tulis benda ni lol.
Rating aku: 2/5
*vocab takda beb sebab betapa bendoi nya setiap perkataan yang ditulis*
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penulisan macam budak sekolah, plot berserabut, dialog tunggang langgang. Konsep cerita sudah menarik tapi mood penceritaan lebih kepada macam budak rebel bukan nya ilmu hitam. Perjalanan Thariq watak utama asyik berulang-ulang. Pergi sekolah, balik rumah, masuk bilik dan ulang. Nak cari orang untuk memenuhi syarat buku misteri tu pun eh macam senang aje. Budak sekolah dia, cleaner sekolah dia, cikgu sekolah dia ha elok pulak semua kena dengan criteria yang dia cari, pembacaan jadi agak bosan sebab kurang thrill.
Penulisan pun tiada lenggok, jadi pembaca tak dapat nak gambar kan sepenuhnya kawasan dan keadaan sekeliling. Dan part pak imam tu tergantung, penulis ada highlight yang pakcik tu tahu pasal buku misteri tu, tapi tak dijelaskan secara terperinci. Part yang dia dengan Taffaril tu rasanya macam tak perlu sebab tiberr and it's a Statutory rape okay, sbb dia still minor dan Taffaril tu dah dewasa! Gay pulak tuu!
Kesimpulannya, pada aku buku ni tak ada jiwa, penceritaan yang dipaksa-paksa, terlalu banyak isu yang penulis nak ketengahkan tapi separuh jalan, asal boleh. Konsep ilmu hitam tak sampai, konsep seram tak sampai. Yang sampai nya konsep mama dia asyik nak marah saja, sampai kita rasa nak marah. So, buku ini bukan untuk saya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku ni sangat simple, mudah untuk faham dan penceritaan yang baik, Uja Hamza punya penulisan ni bagi saya sangat bagus sebab sentiasa memudahkan pembacanya untuk senang faham isi yang cuba disampaikan, hanya straightforward tanpa memerlukan sebarang pemikiran di luar kotak.
Jalan cerita yang menarik cuma lebih baik kalau ceritanya juga lebih seram seperti yang dijudulkan sebagai ‘Syaitan’, jika diberikan level untuk tahap keseraman, saya hanya boleh beri 2/5 melalui jalan ceritanya.
Saya faham jika buku ini memfokuskan perkara-perkara mengenai pembunuhan dan tragedi, tetapi alangkah baiknya jika tajuk ‘Syaitan’ yang diberikan itu digunakan sebaiknya yang bagi pendapat saya perkataan ‘Syaitan’ ini adalah sesuatu yang seram dan mistik.
Sebagai seseorang yang meminati buku seram, saya tidak perlu memikir panjang untuk membelinya kerana saya yakin buku tersebut akan memberikan saya ‘goosebumps’, tetapi mungkin expectations saya yang terlalu tinggi membuatkan saya sedikit kecewa kerana tidak terlalu seram.
Walaubagaimanapun, buku ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan mudah difahami iaitu straightforward. Jadi saya dapat menghabiskannya dalam masa 2jam 30minit tanpa diganggu oleh telefon atau orang lain. Terima kasih
Novel ini membawa pembaca mengikuti Thariq - seorang remaja nakal, dalam memenuhi 6 syarat aneh daripada satu entiti agar dia menjadi seorang yang baik dan dapat mengubah semua orang ke arah kebaikan. Dengan ibu dan cikgunya yang seringkali memarahinya, sisi rebel watak utama dipaparkan dengan baik.
Penceritaan mengenai Thariq dalam memenuhi 6 syarat aneh dalam tempoh 100 hari itu agak menarik dan menjadi semakin mendebarkan apabila menuju ke penghujungnya. Namun, ada percanggahan yang aku dapati dalam karya ini menjadikan pembacaan sedikit terganggu.
Ketika membaca, aku melihat Thariq dapat memenuhi syarat yang diberi dengan agak mudah dan tanpa melalui terlalu banyak halangan. Rupa-rupanya, pada bahagian akhir, fahamlah aku akan duduk perkara sebenar. Bagi aku, sebab Thariq terjebak sebegitu parah sangat menyedihkan, namun penyampaian emosi terasa sedikit kurang. Tapi sungguh, aku tidak menyangka begitu jadinya. Plot twist cerita yang mengejutkan jugalah.
Ketika mula melihat covernya yang merah sedemikian, sungguh menyeramkan bagi aku yang bukan penggemar kisah seram. Namun ternyata, naskhah ini tidaklah seseram covernya.
Syaitan - sebuah bacaan yang baik, dengan pengakhiran yang menjanjikan pengajaran berharga, terutamanya buat remaja di luar sana.
Syaitan. Aku ingat buku ni akan ada kaitan dengan Ghaib, tapi ternyata ia adalah sebuah kisah yang berbeza. Tentang Thariq yang terperangkap dengan tipu daya Satan. Jalan ceritanya mudah dihadam, cuma aku agak keliru dengan blurb belakang buku, katanya ada 6 syarat, tapi sebenarnya 7? Ada babak yang tidak sesuai untuk bukan pembaca matang. Jujurnya, aku harap buku ni akan lebih menyeramkan, so lebih sesuailah dengan tajuk dan kulit depan tu. Elemen seram tu ada, cuma tak cukup meremangkan untuk aku. Ada beberapa plot yang asyik berulang, aku langkau je. Tapi twist di akhir buat aku terfikir semula, adakah semua syarat yang Thariq buat tu sebenarnya betul ataupun tidak?
Ada beberapa typo yang buat aku sakit mata. Kejadian-kejadian aneh yang berlaku tidak dijelaskan secara baik dan banyak persoalan dari jawapan. Almost a month baru habis sebab lepas aku baca suku, my brain dah decided yang this book is not for me. But untuk mereka yang suka buku-buku seram dan suspen, go for it.
tajuk best tapi penggunaan ayat macam sangat nerd sangat formal tak rasa vibe "urban" tu n repetitive dialog every scene character tu cakap tu je n setiap syarat tu sangat direct senang betul nak sampai plot tu takde rasa debaran pun takde back story takde adventure. habiskan baca pun sebab dah beli taknak bazir duit
Well tak expect plot twist dia 😮💨 Tbh aku tak suka main character die ni 😭 Like dia yang salah lepas tu salahkan dunia pulak. Syarat² pelik ni mengigatkan aku dengan Jelik 1 & Jelik 2.