Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?
Suka ideanya yang berlatar alam persekolahan dengan tema persahabatan, misteri dan jenayah berkait hal buli. Naratif Hani yang bawa aku ke hari pertama persekolahannya di Silver High yang penuh dengan insiden; satu hal yang Hani cuba elak setelah beberapa lama terpaksa homeschool kerana satu kejadian yang dia hadap di sekolah lama dulu. Perkenalan awalnya dengan Izmeer, Adrian dan Khai buat Hani dilanda masalah bila dia jadi target ugutan si bimbo Misha yang gilakan Izmeer. Beberapa hari di Silver High, Hani terima kad misteri diselit ke dalam loker; ada amaran pada kad yang buat Hani terpaksa buka semula memori yang dia mahu lupa.
Jalan cerita yang ringan dan santai walau ada intens dan saspens— lama jugak tunggu misteri kad nak terungkai sebab penulis lebih fokus pasal hal persekolahan dan persahabatan dalam naratif; tengok teater, pergi funfair, kelas taekwondo, lawan basketball, assignment kelas, layan Khai yang banyak cakap dan setiap kali Hani bertembung dengn Izmeer, babak gaduh wajib ada. Suka eksposisi setiap karakter; dari Hani ke Izmeer, tentang Adrian, Khai, Daniel juga Alisa. Paling gemar watak Hani— tough, kaya tapi tak bongkak, rasional dan tahu tenangkan akal dan perasaan sendiri untuk kawal trauma yang dia hadap.
Interaksi antara karakternya ada chemistry dan aku suka selitan humor pada babak berdialog. Tentang dendam dan isu moraliti, sedikit berkait jenayah dan ada insiden yang nyaris buat Hani hilang kawan. Suka cara penulis cipta latar golongan kayangan dalam plot— tak keterlaluan, sempoi dan tak beriya terpaling kaya. Ada beberapa bab meleret sebab ingat nak habis cerita dah tapi bersambung banyak bab lagi dan ada pulak twist watak sebelum bab akhir.
Naskhah yang seronok dibaca kalau gemar fiksyen remaja atau hal persahabatan dengan tema misteri. Bagus jugak penulis cipta setiap karakter jadi pelajar pandai dan pentingkan pelajaran, suka tengok semuanya lulus exam dengan cemerlang 👍🏻
Terima kasih Buku Fixi untuk naskhah resensi ini!
ps: ada babak buli fizikal kalau tak selesa nak baca (in case triggering) boleh skip je, tak akan ganggu pemahaman pada plot 🙌🏻
Saya tak expect lebih, in fact, i don't know what's this story about. Tho i do expect it to be weird and dark since it is under Buku Fixi.
Fakta yang ini adalah karya pertama penulis, penulisannya boleh dikatakan bagus. Smooth, tak berselerak, tak tiba-tiba dan tak kedengaran amatur. Setiap watak pun ada karakter yang berbeza, jadi saya tak konfius dialog ni watak siapa yang punya. Tho i doubt the needs of different pov in several chapters.
Idea dia best. Kes buli. Dendam. Persahabatan. Agak tipikal tapi masih menarik untuk dibaca. Tapi, saya tak tahu apa logiknya kawan-kawan Hani yang menjadi mangsa? Apa pengakhiran Julia? Dendam tu pun macam tak nampak sangat kebenciannya.
Saya suka babak semuanya terbongkar di dalam kereta Adrian. Seram amat, meremang bulu roma. 😭 Tapiiii, tak faham kenapa Izmeer kata lakonan Daniel kaku? Apa yang mereka dah tahu masatu? Tak faham la..
Kemudian, rasa pelik bila Ad dan Hani masih boleh pergi berlatih sedangkan sebelum tu dah ada kemalangan menimpa kawan mereka. Macam tak sedih je? Sedangkan kawan tu hampir hilang nyawa.
Ada beberapa filler scene yang saya rasa macam tak perlu pun takpe, cuma nak memanjangkan cerita. Contohnya babak hari pertama Hani menjadi manager dan babak bergaduh lif dengan Izmeer. Mungkin kalau baca di dalam dunia oren, filler scene ni best, tapi di dalam buku, macam kureng sikit (idk).
Babak di bangunan terbengkalai tu pula.. Hmm macam mana ya? Rasa macam lebih baik kalau ditulis watak tu semua serius dan takut kut berbanding sarkastik dan ejek-mengejek? Yela, logiknya, mereka semua masih lagi budak, mentah, pastinya bila melibatkan nyawa dan orang gila, sedikit sebanyak, mereka akan takut kan?
Saya pejam mata je lah dengan tenaga NLOG yang dipancarkan oleh watak Hani ni, sebab cerita dah best.
Tahniah untuk penulis di atas karya sulung ini. Saya ingat nama pena asal di dalam dunia oren, meskipun kini nama sudah bertukar.
P/s akan ada ke sambungan mereka selepas 10 tahun? Dan.. Akan ke Lanets pula diterbitkan dalam bentuk buku?
setting buku ni agak T20 cliche, tapi i okay dengan buku cliche as long as the writing style is good, so it doesn’t end up being cringe. hence, this is the book! the reason it managed to hook me was the author’s writing style—smooth, engaging, and laid-back.
also the mystery in here buat i keep wanting to know more. it gets interesting bila the main element which is the KAD repeatedly appearing in random scenes/places making me question the correlation between kad and the person receiving them. what makes it even more intriguing bila kad yang digunakan tu kad solitaire—joker, queen, king, spade, diamond, heart—which each happen to have their own meanings.
i think because i keep consuming romance books for the past few days, i tak expect anything and tak gunakan otak. hence, bila masuk scene the villain was disclosed, aku KANJUT (kaget dan terkejut) 😶🔫💥 it was a WOW moment for me bila semuanya terbongkar. dahlah ada scene yang buat i cuak, tiba tiba dia gelak macam kena rasuk. i got the adrenaline rush while reading that scene.
based on my reading journey, ada a few parts yang i rasa unnecessary dan buat buku ni agak draggy. the ending with the villain tak berapa puas, and for Julia, i was hoping for more closure. i think just a little more execution on that part, would’ve been great.
buku ni bukan solely focused on the mystery, tapi ada juga some interesting friendship moments—Hani, Izmeer, Adrian, Khai, and Daniel. suka layan diorang punya ‘kuban-kuban’ conversations. and the last scene… ngl, i rasa kosong, maybe sebab reminisce my last day in high school :‘))
i know this might sound biased, but i really hope Hani’s endgame will be Izmeer because I’M A SUCKER FOR THE ENEMIES-TO-LOVERS TROPE. PLEASE MAKE THIS HAPPEN, I’M BEGGING ON MY KNEES!!! i swear i’ll come back from the dead just to support my #HANIZMEER conspiracy 😤💪🏻
Cerita Hani yang akhirnya kembali ke sekolah ketika tingkatan 5. Dia pernah dibuli oleh Julia. Hani bersekolah di sekolah baru namun dihantui kiriman kad daun terup. Rakan² lelaki turut diganggu. Menarik
Beli sbb pernah baca dulu kt wp tp blm complete. Cerita ok la berkisar tentang high school life golongan kayangan. Suka sgt dgn friendship diorang, watak Khai sgt lah menceriakan suasana dgn perangai yg masuk air nya. Ada sedikit plot twist di penghujung,dan agak kesian la jugak dgn watak tu. Hm hidup mesti diteruskan dan janganlah ada dendam dlm hati.
Cerita bermula sejak Hani yang telah berpindah ke sebuah sekolah elit, Silver High School. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam perkara berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, pelajar paling popular di sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang ter-over friendly.
Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High School. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada seseorang yang mahu melihatnya binasa? -----------------------------------------
First of all, I want to say that this book is one of my fav buku fixi already! I just love the storyline and the highschool vibes in this book! 💛
Kita suka storyline buku ni sebab dia ada vibes kdrama "Boys Over Flower" but with a lil bit of mysteries and thriller! Srsly best, tak tipu. Buku Kad ni, I would say it's really suitable for beginners sebab jalan cerita dia tak berat sangat & 'clean'. Totally a beginners friendly. Dalam penceritaan diorang nak cari misteri berkaitan kad tu, terselit jugak lawak-lawak antara diorang. Lagi-lagi Khai, sebab dia tu memang over sikit. 🤣
Kita suka juga macam mana cara author kaitkan segala kejadian & storyline buku ni berkaitan kad. Dimana setiap kad ada maksud tersendiri & segala kejadian yang berlaku ada kaitan dengan kad tersebut. Setiap kali kita baca je, mesti akan ada scene yang membuatkan kita curious siapalah dalang disebalik semua ni & misteri berkaitan kad tersebut.
Since buku ni bergenre 'teen fiction', kita adore gila dengan friendship diorang. Siapa lagi kalau bukan 5 sekawan tu- 𝗛𝗮𝗻𝗶, 𝗜𝘇𝗺𝗲𝗲𝗿, 𝗔𝗱𝗿𝗶𝗮𝗻, 𝗞𝗵𝗮𝗶 & 𝗗𝗮𝗻𝗶𝗲𝗹. Even though banyak kejadian buruk berlaku dekat diorang sejak berkawan dengan Hani, tapi diorang tetap stay, fight, & solve the problem together until the end. 🥺
Overall, kita enjoy gila baca buku ni. In fact, I've read this book in one sitting! It's full of friendship, mysteries, thrilling, comedy, and the ending was just perfect! (Jarang tau nak jumpa ending buku fixi yang tak tergantung 🤧)
P/s: Btw kita ship Hani dengan Adrian. (Even though she's most likely to ended up with Izmeer) Korang team mana? 👀😂
Alhamdulillah, baru habis baca semalam. saya baca versi e-book.
Ya Allah, I really love the storylineeeeee. Bagi saya sangat kemas dan tersusun. Memang terbukti author planned the storyline dgn baik. Teka teki dlm storyline selalu buat saya curious and tak henti² menyelak page sbb nak tau apa jadi seterusnya.
Tbh, ada certain thriller part betul² buat saya rasa goosebump. Seramnya rasa sampai mencucuk² ke tulang. Pastu the plot twists are kinda KEBABOOM.
Selain itu, bahasa dia memang mantap. Cantik sangat² susunan ayat² dlm BM. Gramatis dan mantap. 🔥🔥
Next, watak² punya character pun sungguh menghiburkan and kadang² diorang punya thoughts tu out of box. Macam, ingatkan diorg buat A, tapi terkejut² je diaorang rupanya buat B. Selalunya jadik masa diorg nak prank each other la. Banyak je akal. HAHAHA. Chemistry antara characters kinda cute, especially Hani dgn geng² dia tu.
Lawak² yg diselit dlm buku ni pun tak hambar. Semua naturally buat saya gelak au dan tak try hard pun. Ada lawak tu tibe gila². Terutamanya daripada Khairul. Nasib baik saya tak ketawa smpai sakit perut.😭 HAHAHA.
Cuma, ada satu hal sikit yg saya rasa kena diperbaik dalam buku ni. Saya mintak maaf sbb tegur.. Antaranya ialah penggunaan curse words berat kena dikurangkan atau sekurang²nya dicensoredkan. Cth curse words berat: f***, b****. Saya baca versi e-book, so tak sure kalau versi fizikal perkataan² ni dicensored atau takk.
Tapi di kulit dpn buku ni dia ada tulis bacaan matang. Mungkin sbb ada tag bacaan matang ni kut dia takde censored perkataan² ni? Kiranya, buku ni awal² lagi dah beri amaran. Kalau mcm tu, saya rasa okey je as long as ada amaran and yg baca dia org yg tahu bezakan mana yg baik & buruk. 👍👍
Overall, saya vote 4.8/5 ✨️ Tahniah, author sbb dah tulis cerita BEST dan GEMPAK ni! Semangat utk teruskan menulis! 💌
(Srs tak puas ada kad versi ebook, semoga ada org baik hati bagikan saya buku fizikal kad, eh sempat.. HAHAHA)
Halloo! Saya memang peminat author since zaman Wattpad lagi especially (Lanets) if cerita tu dibukukan I will be the one yang akan beratur rentas lautan, redahi api & lawan raksasa sebab nak beli buku author. Okok enough hahaha
Kad by Zunally! Buku ni dulu asalnya Silver High Hani (Wattpad). Cerita ini mengisahkan tentang Hani pelajar baru yang masuk Silver High sekolah orang orang kaya berjumpa dengan 4 jejaka yang pelbagai jenis perangai😂 tbh my favorite character is Khairul! Personaliti even semua dialog yang keluar dari mulut Khairul mesti akan gelak habis!
And one thing! Benda paling penting nak highlight is a sense of humor author tak pernah mengecewakan. Some of the parts I will laugh at for 5 minutes straight! Plot cerita ni pun fast pace, untuk beginner yang jarang membaca pun boleh laju habiskan.
Kalau sesiapa yang minat cerita pasal friendship, mystery and comedy (hshsh) saya sangat sangat recommend buku ni!! No hesitation 5 stars solid ikhlas dari hati
👾Hani baru berpindah ke sekolah elit iaitu Silver High School setelah beberapa tahun homeschooling. Hari pertama sekolahnya agak malang apabila berlaku insiden antara dia dan budak paling famous kat sekolah iaitu
👾 Dari insiden itu dia mula rapat dengan geng Izmeer iaitu Khairul, Daniel dan Adrian. Hubungan persahabatan antara mereka semua lancar sehinggalah kehadiran kepingan kad-kad misteri yang mengganggu ketenteraman di sekolah itu.
👾 Jalan cerita sangat santai & cara diselesaikan semua misteri tu agak slow sebb banyak diceritakan pasal hal yang berlaku disekolah, funfair, kelas taekwondo dan lawan basketball. Boleh nampaklah banyak moments tu akan menjadikan persabahatan mereka erat! I love the friendship 💗
Hai Kak Zu. Saya tak pastilah kamu akan baca review saya ini atau tidak tapi harapnya bacalah ya. Banyak saya nak luah ni (ceh).
Saya rasa ramai dah tahu novel ni dulu asalnya ditulis dekat platform Wattpad dengan nama Silver High:Hani.Walaupun saya ni peminat tegar Zunally, saya tak pernah lagi baca Silver High sebab bila saya sedar kewujudannya, ia sudah di unpublished (*nangis dalam hati*). Tapi kalau korang yang baru kenal Zunally, sila lah baca Lanets. Omo, vibes dia nak dekat sama tapi funnier!
Bagi saya, Zunally ni orangnya jenis suka bereksperimen dengan pelbagai genre. KAD ni ada unsur thriller tapi beliau tidak lupa ya menyelitkan komedi dalam penceritaan sampaikan scene-scene cemas pun sempat buat pembaca tergelak. HAHA.
Mengisahkan tentang Hani yang masuk Silver High, sekolah anak orang-orang kaya.Sebelum ni Hani homeschool selama 2 tahun. Jadi, sempena tahun terakhirnya sebagai pelajar sekolah menengah, Hani masuk ke sekolah semula untuk menikmati momen-momen terakhir itu. Sebenarnya, sebelum Hani homeschool, dia pernah je sekolah harian biasa. Sebab kenapa Hani homeschool ada dinyatakan dalam novel ni.
Hari pertama masuk sekolah saja, dia sudah buat hal. Bergaduh dengan Izmeer? That shouldn't be on your bucket list, Hani. Tapi itulah, things happen.
Bagi saya, flow cerita ni sangat proper. Dia tak terlalu fast paced dan slow paced. Memang ngam bila baca. Penceritaan tu tak nampak macam dipaksa untuk sampai ke klimaks. Jadi, bila kita baca KAD ni, kita masih dapat kenang memori being a highschooler instead of solving the mystery semata-mata. Untuk itu, saya puji Zunally. Bukan senang tau nak hasilkan novel thriller yang mana latar tempatnya di sebuah sekolah!
Plot twist agak predictable but not disappointing. Sebenarnya ada 2 twist dalam ni. Saya cuma dapat teka satu twist saja.Tapi, oh my-ini paling buat saya teruja. Cara nak rungkaikan misteri tu menggunakan kad-sangatlah menarik. Saya kagum tau sebab dia punya detailing dan persamaan karakter kad tu dengan watak utama- SANGAT WOW.
Seterusnya, Adrian atau Izmeer? Adrian tentunya, without hesitation. Izmeer memanglah auranya menawan tapi in a world of nonchalant, I will forever choose Adrian, kah kah! Bak kata Zunally di tweetnya 'Maturing is realising Hani should end up with Adrian instead of Izmeer'😔☝🏻 Lagipun dalam surat yang Hani tulis, dia mention Adrian paling last kan? Bukan ke selalunya yang dimention paling last tu yang paling signifikan ke HAHAHAHA. Momen Hani dengan Adrian pun comel comel je(Fans Izmeer jangan marah please)
Terima kasih Zunally sebab tulis naskhah ni. KAD sangat bermakna untuk saya sebab saya rindu sangat sekolah. Terima kasih sebab tulis pasal kisah persahabatan mereka, pasal jenaka Khairul yang selalu tak jadi, pasal Izmeer yang ego melangit, tentang Adrian, tentang Alisa dan Daniel-terima kasih sangat sangat. KAD ni memang novel untuk reminisensi kenangan waktu sekolah dahulu.
Akhir sekali, terima kasih sebab cipta karakter Hani. Walaupun dalam KAD ni, Hani nampak macam jarang ekspres perasaan dia dengan kata-kata, tapi karakter Hani ni sangat real. Waktu dia nangis selepas betrayal tu dan ayat dia "Aku betul-betul suka kawan dengan.... " tu membuatkan saya sedih juga. Untuk Hani, thanks for being you. Apa yang kita belajar daripada cerita ini-tak apa jika tak sempurna.
I would trade anything just to experience the feeling of reading KAD for the first time again!
KAD karya Zunally adalah sebuah buku yang mengandungi kisah tentang nilai persahabatan , misteri dan emosi. Dalam buku ni ada banyak pengajaran yg kita boleh dapat lebih ii lagi dari sudut persahabatan. Penulisan buku KAD lebih matang lah kalau nak dibandingkan dgn wattpad ver iaitu SHH. Plot cerita kak zu kalini agak lain sbb ada a bit thriller and plot twist selalunya kan buku ii kak zu ada banyak lawak 🥹. Cerita ni membawa saya untuk menyelami dunia seketul Hani, seorang pelajar yang cuba nak bina semula kehidupan yang lebih baik selepas trauma besar yang dia hadapi sebelum ini. Namun, kad-kad misteri yang muncul menjadi tanda tanya kepada Hani dan dia perlu menyelesaikan semua teka teki tersebut agar orang di sekelilingnya selamat.
Kehadiran watak-watak lain seperti Izmeer, Adrian, Khairul dan Daniel menjadikan cerita ini lebih hidup dan dinamik. Izmeer, walaupun dia ada sifat dingin dan sifat competitive yang tinggi terhadap Hani ( dia tak boleh kalau Hani lagi pro dari dia 👺) tapi dia masih tolong walaupun nampak sangat tak ikhlas dia tu HAHAH. Adrian, lelaki yang tolong Hani masa mula ii terkena bola yang Izmeer sepak, salah seorang yang paling caring dan bersikap protective terhadap Hani ( Adrian lemah ye bab ii Hani ni huhu ) sikap prihatin Adrian terhadap Hani ini menunjukkan kekuatannya dalam menjaga orang yang dia sayang. Khairul pula membawa humor dengan lawak bodo dia 😭 tapi dgn cara ni dia dapat ceriakan suasana ( eventho nyawa dorg dah dihujung tanduk part Alisa nak bunuh dorg tu 😇). Daniel, dia ada sifat yang lebih matang kerana perbezaan umur, dia lebih kearah memberikan nasihat dan bantuan dekat Hani ( hes such a greenflag ✅ )
Dari segi penulisan dan ayat, tak dapat dinafikan memang tersusun dan bahasa melayu dia cantikk je bila baca ( chef kiss fr 🤌🏻✨). Dialog dorg rasa macam semula jadi sbb membuatkan saya sebagai seorang pembaca rasa terhubung dengan setiap karakter. Cara kak Zunally menyusun cerita penuh teka-teki ini cukup rapi dan kemas. Elemen trauma Hani dihasilkan dengan sangat baik, membuatkan para pembaca benar-benar merasai perjuangan dan ketakutan dalaman yang dialami oleh Hani. Plot cerita penuh dengan kejutan dan emosi, tetapi tetap diselitkan dengan elemen persahabatan yang sangat menyentuh hati ( the purest friendship everr !! )
Secara keseluruhannya, KAD adalah lebih daripada sekadar cerita misteri - ia adalah sebuah kisah tentang kekuatan, sokongan, dan keberanian untuk menghadapi sesuatu cabaran. Buku ni wajib anda baca kalau anda mencari sebuah cerita yang ada elemen misteri, persahabatan, dan pelajaran tentang kehidupan. Seriously buku ni mmg highschool vibes sangatt !! Yang paling best kan this book ada mention about budak ii silver high ni cemerlang dalam pelajaran which is good lah cus kita sekali dapat semangat nak jadi pandai mcm dorg.
Jujurnya cerita ni agak cliche jugak sebab anak orang kaya T20 and gado lepastu jadi bestfriend tapi version yang lagi better tak cringe dan boleh diterima sebab dilengkapi dgn lawak yang spontan ( author dia yg lawak actually sbbtu buku dia pun lawak 🥲☝🏻 ) Recommend to those diluar sana untuk baca buku ni ദ്ദി(˵ •̀ ᴗ - ˵ ) ✧
Rate:♾️♾️♾️/100
p/s: buku KAD 2 bila nak ada eh 🥹👉🏻👈🏻
Semoga terus maju jaya dalam bidang penulisan dimasa hadapan kak zu <3
Fly high ✨✨🕊️
This entire review has been hidden because of spoilers.
kisah hani, seorang pelajar di silver high school (sekolah anak orang kaya💵) setelah dua tahun dia homeschool. gadis yang pantang dicabar. kalau kau rasa kau boleh cari pasal dengan dia, kau silap. dia buat tak tahu je nanti and say 'tu je kau mampu buat?'😏 girl, i love you so much
hani ingat bila kembali ke sekolah, dia dapat start fresh semula. tapi nasib hani selalu tak baik. tengoklah, hari pertama je dah gaduh dengan budak paling popular di sekolah aka izmeer😮💨 maybe it wasn't that bad, sebab kejadian tu merupakan langkah pertama dia berkawan dengan geng izmeer - adrian, khairul, danial. geng paling terkenal dekat sekolah and hani, budak baru sehari dapat kawan dengan diorang🫵🏻 tak lupa, kawan dalam kelas dia - alisa
orang kata 'kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'🌦️ kemunculan kad dalam loker hani dan kawan-kawan dia membangkitkan kembali kisah silam yang telah lama hani pendam. asbab kad yang muncul ini seakan ada kaitan dengan luka traumanya🫂
tak tipu, im so scared nak baca buku ni malam-malam rasa macam kena perhati👀 lagi-lagi bila kad tu muncul ohmygod seram nak mampus. (bergantung pada tahap keberanian masing-masing🥲)
let's talk about the character. i love hani so much, maybe because i can't be like her. her strength to protect herself and her friends also to overcome her trauma💗 mula-mula rasa biasa je dengan dia until when the truth revealed, sumpah rasa kesian giler dengan dia, the world is too cruel for her🥺 dia masih muda nak hadap pelbagai kehilangan sama ada family or kawan☹️
adrian, hihi sukanya dia ni. adrian ni lelaki paling caring la dalam geng ni, dia ambik berat pasal kawan-kawan dia, dialah yang tolong hani lepas kena sepak dengan izmeer🫰🏻 lagi satu, dia minat basketball. sedih jugak kisah team basketball dia ni tapi yang penting selalunya budak basket ni hot🤭 yeah, lily rasa masing-masing ada crush antara satu sama lain (haniadrian) lily harap ada sambungan kisah dia dengan hani. comel giler dua orang ni🤏🏻
kalau izmeer, dia lawan adrian. selalu cari pasal dengan hani. ada je sinisan dia nak lontar. tapi dia pun ambik berat jugak dengan member dia (lagi-lagi scene lif tu🫠) dia selalu nak perfection, kalau belajar kena 4.00, kalau sukan kena juara, kalau taekwondo kena dapat belt yang tinggi ytjt🥋
khairul pulak, dia ni sengal sikit + terlalu mulut manis. daniel dia yang paling matang dan tenang dalam geng ni. perwatakan mereka ni yang melengkapkan antara satu sama lain🫶🏻
for the storyline, lily suka sangat-sangat. nampak naik turunnya dengan baik. masa scene suspense memang buat lily rasa takut. and also setiap character dalam ni membawa watak yang saling melengkapi untuk penceritaan🙌🏻
sampai ke plost twist, lily tak expect langsung ye. memang macam WTH IS GOING ON?!😧 apabila semua benda terlerai, lily rasa kesian jugak dengan villain tu tapi life must go on kan. kita kena let go of grudges, jangan simpan dalam diri. nanti hidup yang binasa💔
another one yang lily suka ialah kod dekat kad tu. like zu sangat bijak susun supaya setiap jenis kad kena dengan setiap watak👏🏻 and how diorang try untuk pecahkan the kod also the villain's plan untuk setiap ahli dalam geng pun is so genius🤯
apapun, kad is not an usual book tapi mengajar untuk kita melepaskan diri dari masa silam yang mencengkam agar dapat menikmati hari indah yang mungkin kita tidak perasan💫
2. Persekolahan golongan elit. T20 setting. Vibe BOF and F4 Thailands, but malaysia version with thriller, mystery and more mature. Ada kes buli, dendam, moral, amaran cetus, and card element. Totally love the card element and how significant the card plays role in this game. Kad solitaire- joker, queen, king, spade, heart, diamond.
3. Had a big crush on Izmeer. I am too old for this🥵. My first ML crush after reading a dozen of books. Adrian was perfect with boyish image, but Izmeer? I love how tsundere he is.
4. Perfect enemy to lover trope. As much as I love Izmeer, Hani is a perfect tango for him. Tolonglah author, buat kad 2. Saya nak mereka berdua sebagai end game!!! #HANIZMEER konspirasi!!
5. Suka dengan personaliti ketara yang diwujudkan antara Andrian, Hani, Izmeer, Khai, Daniel, Alisa, Julia, Badri. I love Hani character so much. Dia punya mindset so realistic and sometime hit me in reality. Seseorang yang takut kepada kesempurnaan bak kata Izmeer. Seseorang yang sanggup perlahankan larian apabila tiba di garisan penamat kerana takut dinobat sebagai tempat pertama dan rela go with tempat kedua. She really tough, and deserves to be the main character. She play herself well.
6. For the first book, bagi saya author adalah seseorang yang sangat genius dan wajar menerima anugerah dan recognition dari banyak pihak. The first thing came to my mind after finish this book is searching for author social media di ig, tiktok dan dunia oren. I am totally her fans. Bahasa yang diguna sangat smooth, laid back, tak kelihatan seperti amatur. Kalau dalam real life, sangat rasa author perangai seperti Khai. Very approachable and easy to make friend.
7. Bab semua terbongkar dalam kereta, memang meremang bulu roma weii. I stop read for a second. Kejap, ni bukan buku hantu kan?
8. Too much consuming romance book with word of affirmation and body language, I kinda hook with harsh conversations and laid back joke between their friendship. Ada sampai rasa kosong- when the last time I had this kind of feelings? This kind of friendship? This kind of joke? Argh, school time really hit hard.
9. Book girl? Grab your book now. It’s time to meet new favourite author.
Sejak menerima beberapa keping kad ketika memulakan persekolahan di Silver High setelah lama homeschooling, hidup Hani dan rakan-rakan yang baru dikenalinya - Izmeer, Adrian, Khairul dan Daniel mula menjadi kucar-kacir. Siapa yang bertanggungjawab atas segala gangguan ke atas mereka berempat?
Perjalanan cerita aku rasakan lancar sekali. Cerita yang fast pace. Penulis menyuntik elemen misteri yang begitu mendebarkan sepanjang pembacaan. Aku selalu tertanya-tanya 'what's next' and it was a good feeling. 'What's next' yang terjadi kepada beberapa watak, bagi aku, "Gila betoi!"
Persahabatan yang terukir dalam cerita ini begitu kemas dan bermakna. Alam persekolahan untuk pelajar elit di dalam novel ini digambarkan dengan begitu menarik suasananya. Dialog untuk setiap watak memberikan vibes yang sebenar seperti perwatakan mereka seperti yang dijelaskan. Dialog terasa hidup. Elemen kelakar yang wujud dalam novel ini terasa cukup dan sungguh membuatkan aku tertawa pada beberapa babak.
Watak Hani - OMG, I love her characteristics! Dalam 'kesempurnaan' dan kekuatan yang ditonjolkannya, tetap ada sisi 'flaw' yang membuatkan watak Hani yang kuat begitu realistik. Dan dia juga daripada keluarga yang elit, menjadikan watak Hani turut setara dengan keempat-empat sahabat yang baru dikenalinya di Silver High.
Aku sepertinya dapat mengagak watak antagonis dalam cerita ini, namun masih tertanya-tanya akan perkaitannya dengan Hani. Terkejut jugalah aku apabila di'reveal'. Bab 33 - pada mulanya aku rasa, "Eh, itu ja kesudahan untuk watak antagonis? Sekejap sangat ni." Oh, boy! Another plot twist incoming. Sungguh aku suka plot twistnya. Mendebarkan dan semakin mendebarkan.
OMG! The antagonist! Tak percaya gila apa dia buat last tu?! 🤯
Dalam menyimpulkan cerita ini, penulis membawa pembaca kembali ke alam persekolahan, waktu peperiksaan akhir serta saat-saat perpisahan pada hari-hari terakhir sekolah. Nyata momen itu begitu mengharukan sekali. 🎓💛💜❤️
📚 Daniel, Khairul, Izmeer dan Adrian. 4 jejaka terpalit dalam kehidupan Hani Iskandar. Gadis yang baru saja masuk sekolah selepas 2 tahun homeschooling atas sebab-sebab tertentu. Hari pertama persekolahan sudah terjadi kejadian yang tidak memberangsangkan Hani. Ada saja perkara yang tak kena pada Hani. Bukan saja hari pertama. Berlaku juga kejadian pada hari-hari seterusnya. Kemesraan Hani dengan kumpulan pelajar lelaki kacak disekolah itu mengundang kecaman. Disebabkan perkara itu, satu kad layang hadir ke dalam loker Hani dan buat 4 sekawan sekali.
📚 Adakah disebabkan cemburu? Atau dendam lama yang Belum terpadam buat Hani? Apa sebenarnya terjadi 2 tahun lepas antara Hani dan Julia dimasa lepas?
📚 Daniel nampak matang. Khairul banyak buat saya tertawa dalam ni. Izmeer suka bergaduh dengan Hani bagai kucing dan anjing. Adrian seperti drama² Korea, lelaki kedua yang sangat baik untuk Hani. Hani ni saya perasan seorang watak yang hampir sempurna sebab dia tau macam². Suka juga cara Hani bawa diri, lagi² masa dia tumbangkan lawan. Saya rasa cara dia cool giler.
📚 Jalan cerita best. Suka baca situasi pelajar² sekolah berehat, keluar meluangkan masa bersama kawan². Ingatkan adalah terselit kisah cintan cintun sikit. Tapi tidak yea. Lebih kepada persahabatan yang terjadi antara mereka berlima. Biarpun macam ada sikit scene menunjukkan rasa suka kepada Hani dan reaksi hati Hani pada seseorang. Haihhhh. Nak vote siapa ni?? Hani dan Izmeer atau Hani dan Adrian? Eh? 😆
📚 Saya memang tergelak part Khairul yea. Aduhhh. Memang kelakar part dia. Khairul ni penyeri cerita ni pada saya.
when i’m in the mood, aku memang cukup suka baca buku pasal budak sekolah. especially kalau ada unsur misteri, kemalangan tak dijangka, and thriller sikit-sikit. sebab diorang budak, mesti ada je benda bodoh yang menghiburkan waktu situasi tegang tu jshsjsjshsh dan aku tak boleh nak annoyed sangat sebab literally, diorang budak.
buku ni pasal hani, lepas dua tahun homeschool, dia decide untuk masuk balik sekolah untuk tahun terakhir dia, tingkatan 5. dekat situ dia kenal empat orang mamat yang sudi berkawan dengan dia, dan satu-satunya kawan perempuan, alisa.
hani ada trauma silam dia sendiri (kena baca untuk tahu lebih lanjut), dan tak sangka benda tu muncul balik bila dia mula dapat beberapa keping kad dan mesej yang sangat familiar dalam loker dia.
sepanjang baca, i enjoyed the writing style la, very santai, ada lawak-lawak yang buat aku tergelak kecil, and ada juga yang buat i rolled my eyes.
cuma, kalau korang harapkan plot twist yang gempak, for me yang awal tu memang best sebab penulis pandai pancing minat dengan elemen daun terup, macam bagi vibe ala alice in the borderland. tapi bila yang kat bahagian hujung, dia agak rushing. tapi still, enjoyable la.
for me buku ni lebih highlight tentang persahabatan, mungkin sebab tu part misteri tak rasa macam misteri sangat. kadang sampai lupa hani ni tengah dalam bahaya sebab sibuk enjoy dengan kawan-kawan dia.
tapi bab-bab terakhir sumpah bittersweet. nangis sikit waktu hani tulis surat untuk time capsule. kalau ada masa, author-nim bolehlah buat short story ke apa ke pasal apa jadi kat diorang lepas 10 tahun & waktu buka time capsule tu hehehe (ke dah ada?)
overall, i enjoyed this novel. dapatlah hiburkan hati waktu assignments tengah menimbun and very stressing kdhsjshs
i see lot ot review buku just letak 4 star but i dont mind about that ...
kad by zunally...
i suka gila cite ni dia ver boy over flower tapi ver thirller and mystery. lima sahabat Hani sangat membantu dia dalam apa jua keadaan mereka masih utuh bersama.. setalh 2 tahun Hani homeschool dia akhirnya deice utk masuk semula ke alam sekolah, kerana dia ingin menikmati alam persekolahan di tahun akhir..
bermula pertemuan dia dengan Izmeer kemudian Daniel, Adrian dan Khairul. satu persatu kad Hani terima dan setiap kad ini membawa maksud tersendiri dan Hani serta kawannya yang lain mencari pelaku disebalik kad yang dihantar kepada mereka..
- love this kind of high school vibes
-penulis baru tapi cara penulisan yang kemas dan tak serabut dan cantik tersusun.
-normal orang macam Hani tertarik pada lelaki untuk berkawan, sebab perempuan akan terasa tercabar dengan kelebihan yang Hani ada(base on true event happen)
-plot twist yang tak dijangka pada hampir dihujung carita.. -selain mereka ber empat kawan Hani, ada seorang lagi yang hanya ada a few bab saja tapi for me blend well juga maybe sebab ikut kisah silam hani
-cara penulis merungkai kan mystery yang terjadi kepada mereka berlima ni pun kemas tak ada lompat or tiba-tiba muncul scene lain ...
- isuka when all of them geather dekat teater tu ... dari lakonan jadi real.. oh my gooddneesss..
good job...
-padan muka dengan Misha ... dia ingat semua nak ikut cakap dia ker --)
Ini buku FIXI yang saya memang dah aim sebaik saja FIXI released the news about it - just because of the synopsis. Yep, the synopsis alone. Saya tak pernah baca mana-mana hasil karya Zunally walaupun di Wattpad. So, I am totally new to this author.
I definitely like the way Zunally crafted this story. I like her writing. I like how the story is arranged. I like how cool and realistic the dialogues are. Dan Izmeer x Hani's banters? Kelakar gila weih. The same goes for the other characters. Everyone has special place in my heart, termasuklah bila Khai mengigau dalam Bahasa Arab. Genius.
Saya sangat suka macam mana persahabatan mereka berlima ditunjukkan dalam novel ni. The author did really well at 'showing' them rather than merely telling the reader that they are closed friend because they are close. I have always have so much admiration towards author yang mampu buat macam ni, sebab untuk wujudkan 'rasa' tanpa ada rantaian kata yang literally tunjuk kearah 'rasa' itu sangat susah.
Saya rasa KAD ada banyak potensi. I know damn well yang I would love to see this on-stage, on-screen hahaha.
Tahniah Zunally, you did a really good job with KAD.
Terima kasih sebab beri peluang pada kami untuk baca novel ni.
Btw, tahu tak I read that one part dalam hutan when I was away for outstation - pukul 2 pagi dalam bilik hotel sorang-sorang? Meremang takpasal.
Kenangan pahit 3 tahun lepas buatkan Hani homeschool sahaja. Demi ingin melupakan kejadian itu Hani decide untuk kembali ke belajar di sekolah iaitu Silver High School. Tapi macam- macam yang berlaku sejak dia bertemu dengan Izmeer, Adrian & Khairul.
Kehadiran kad di lokernya buatkan Hani trauma. Siapa letak? Apa maksudnya?
*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐*.ೃ࿐
Best end book for my 2024 read! Seriously so good 😍😭 cerita, writing, watak, plot and ending? All enjoy ye. Untuk seorang yang tak biasa baca fixi, i really suggest this to anyone yang macam Ad. Ada mystery, thriller, comedy & friendship bonding.
When i said easy read, it is EASY! The way author tulis so natural, tak rasa membaca. Their dialog my fav, kelakar yang natural tak beria. Their bonding? I want! The plot? Yes terkejut sangat tak expect (maybe i'm too enjoy gelak dengan borak dorang kot). But sangat tak terjangka lah dia plan semua perghhh 🤯
"𝐓𝐞𝐤𝐚. 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥, 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬."
Btw kan.. can i request romance book untuk Adrian & Hani? But macam nak Izmeer & Hani. Okay why not Izmeer & Hani, Adrian & Ad. Ha ngam. Serious lock! 🤭 siapa jenis takut seram and nak light read can read this. Korang suprisingly akan banyak gelak.
Mengenali zunally tidak lain tidak bukan daripada aplikasi wattpad. Ingat lagi dulu, sewaktu aku umur 15 tahun dan ketika itu pula pkp melanda, aku saja ii membuka aplikasi wattpad. Waktu tu memang jiwa nak membaca kisah highschool lover je lah kerjanya. Dahulunya, ‘silver high hani’ sangat aku tertarik dengan sipnopsisnya. Dan membuatkan kisah ini one of my comfort story. Jadi apabila diumumkan oleh tuan badan sendiri apabila buku ini bakal diterbitkan. Aku lah manusia paling gembira! Keterujaan aku bertambah apabila buku ini diterbitkan di bawah penerbitan yang sangat terkenal di malaysia iaitu fixi!
Kepada para pembaca diluar sana yang ingin mencari buku berkaitan : -friendship -highschool -basketball -belajar di satu sekolah elit dan majoritinya anak orang kaya ! Buku ini untuk anda semua.
Bagi aku, buku ini tidak berat dan boleh dijadikan pembacaan santai. Jalan cerita yang agak menarik walaupun plotnya boleh diduga. Tetapi, tetap menarik minat aku untuk teruskan pembacaan. Aku dah lupa bagaimana jalan ceritanya versi wattpad. Tetapi nama watak tetap sama.
Lepasni, kalau zunally rajin lagi, boleh lah terbitkan lanets juga!
First of All, I'm just wanna say thank you so much to Zunally kerana berjaya mencipta novel Kad yang sangat gempak dan menarik dengan jumlah sebanyak 323 muka surat....
Novel nie menceritakan tentang realiti alam persekolahan.....novel nie menggunakan tema persahabatan, misteri dan jenayah berkenaan dengan buli yang sering berlaku di alam persekolahan..... Saya sangat suka jalan ceritanya yang ringan dan santai walaupun ada elemen intens and suspent....selain itu,penggunaan bahasa dalam dialog novel nie memudahkan permbaca untuk memahami dan menghayati jalan ceritanya..... Eksposisi setiap karakter dalam novel nie jugak sangat gempak....seperti, Hani seorang yang tough,kaya but tak bongkak,rasional dan tahu tenangkan akal dan fikiran untuk menghadapi trauma yang dia hadap....penulis (Zunally) juga pandai dalam mencipta latar golongan kayangan dalam plot yang tidak keterlaluan....terdapat jugak adegan plot twist yang sngt menarik sebelum bab akhir...
Akhir Sekali,novel ini banyak memberi pengajaran dan bayangan realiti kehidupan di alam persekolahan....saya berharap agar novel yang menarik sebegini dapat diterbitkan lagi oleh Zunally selepas ini.... Terima kasih 🤍....
Jangan tertipu dengan rating yang saya bagi‚ itu cuma rasa kesian dari saya sebagai pembaca. Sejujurnya‚ rating sebenar saya untuk buku ini adalah 0.5/5. Saya ulang 0.5/5.
0.5(Setengah) bintang buat penulis atas keberanian untuk publish novel 'macam' ini. 😍 Sis‚ I love your confidence. Gilala‚ mana beli? Tiktok shop ke‚ discount 99 percent?
Agak mengecewakan. Hani‚ sigh... sok sok premium tapi aslinya pickme. Perwatakan yang ada pada watak-watak lain cukup meloyakan. Penulisan caca merba‚ meleret and unnecessary details‚ ugh penatnya baca. Typo sana sini. Tapi tak dinafikan karya ini ada potensi cuma lepas identiti sebenar Alisa dibongkarkan‚ plot cerita jadi mendatar bosan dan memuakkan. Penulis terlalu baik dengan karakter‚ semua smooth saja dan itu membuatkan timbulnya ketiadaan Wow-Factor dalam novel ini. Resolution cerita ini pun agak samar-samar‚ banyak lagi soalan belum terjawab‚ penulis rush untuk siapkan cerita.
Cerita ini bukan untuk saya. Maaf Tuan Author. Tapi saya akan baca karya anda seterusnya sebab banyak elemen Gen-Z yang diselitkan seiring naratif and I love you for that tuan author 😘 Okay‚ that's all.
sebuah cerita tentang remaja sekolah elit dan hartawan. hani, yang homeschool sebelum ini ambil keputusan untuk kembali bersekolah di tahun akhir kemudian bertemu dengan 4 jejaka hangat iaitu adrian, izmeer, khairul dan daniel.
aku agak terhibur dengan humour penulis. penulisan yang santai dan effortless. watak-watak juga ada 'warna' yang berbeza. cuma watak hani jela bagi aku terlalu sempurna. tapi takpe sebab dia la main character dalam buku ni kan. yang penting, kesempurnaan hani bukan sekadar sebab dia MC. bukan nak buat gempak. it is necessary to the plot. disebabkan kesempurnaan dia la, ada yang tak senang hati sehingga hani dibuli. dan bermula dengan kes buli inilah, hidup hani tunggang langgang dan terjadilah adegan membalas dendam. siapa dan kenapa? sila baca.
plot jelas dan tersusun cuma mungkin sebab buku ini nipis dan pendek, ada part yang aku rasa tak berapa smooth plot execution, motif dan peleraiannya. akhir buku juga aku rasakan sedikit rushing. tapi aku tetap faham dengan jalan cerita KAD ni.
akhir sekali, tahniah zunally atas buku debut ini.
Permulaan cerita buat aku rasa, “Oh, this is going to be good.” Idea asas memang menarik, tapi cara penyampaian dia kurang kemas.
Banyak scene yang rasa tak perlu dan tak menambah apa-apa pada cerita. Bila villain reveal identiti, moment tu datang terlalu cepat. Rasa macam tak sempat nak build tension, tiba-tiba boom, dah tahu siapa dia.
Lepas reveal tu, pacing cerita jadi mendatar. Nampak sangat macam penulis nak cepat habiskan cerita. Mungkin niat dia nak tambah scene untuk kuatkan bonding antara watak, tapi pelaksanaannya tak cukup kuat dan sebahagiannya rasa redundant.
Dialog pula nampak terlalu matang untuk watak budak sekolah. Kalau latar universiti mungkin masih boleh terima, tapi dalam konteks ni dialog rasa tak natural. Sama ada penulis tersasar atau memang budak sekarang cepat matang.
Analogi paling senang: macam makan roti sosej. Masa mula makan, rasa roti, sosej dan sos. Lengkap dan sedap. Bila nak habis, tinggal rasa roti je. Sosej dengan sos macam dah hilang.
heol. meremang bulu roma. berdebar jantung ni sampai ada saki-baki lagi. hahah. tak lama pun nak habiskan buku ni. mula baca tengah malam kul 12, 7hb tu habis baca the next day punya tengah malam tapi kul 2 pagi hahah gila gak aku ni.
novel ni tak guna 3rd pov so sebenarnya waktu baca chapter pertama, rasa nak drop je sebab I'm not a fan of one sided perspective dalam novel. tapi tak ingat sebab apa, I stayed. sampai la jumpa bab yang ada tunjuk pov character lain juga. I was glad sebab rupanya bukan sebelah pihak je kita tahu cerita.
penulisan tak akward imo. dialogue dalam novel ni pun spontan dan lawak, comel je hahah. the bond between diaorang sangat la heartwarming and also the relationship between hani dengan ayah dia. comel yang amat!
character development? ada. plot? ada. suspens? ada. basically memang suka la novel ni. hence I'll look forward kalau2 akan ada buku kedua heheh.
Oh, I wish I can read this for the first time again. The plot will keep you on edge for more. You'll question what will happen next, who's behind all of this, what's the correlation between what's happening and all of those cards. The revelation part really left me in awe because wow, how can you even think of that? Kreatif betul.
The characters are also very well-written and you'll totally love Khai (Siapa tak suka Khai tu confirm menipu. Count your days, nanti tinggal dua kali Jumaat :P) And I really like the fact that our main character, Hani, is good in many things; making her character very interesting. I've read this back when it was still Silver High Hani. She is just so loveable and I naturally feel like I'm growing up with her hehe. I tumpang rasa bangga when Kad debuted one year ago :(
It is such a good book and I wish more people would read it so that I can talk about it more hahaha. Those who haven't read the book yet, please do it ASAPP
Best. Sebab buku ni aku keluar pergi MPH nak try baca buku fixi lagi sebab best rupanya. Aku expect macam dark sikit rupanya okay lah tak heavy sangat misteri dia.
Latar belakang persekolahan budak T20. Bukan sekadar rungkai misteri je tapi libat jugak pasal family and persahabatan. Suka cara penulis buat tiap character tu ada ikatan kimia antara satu sama lain.
Best part “kena rasuk” dalam kereta tu. Meremang jugak sebab baca time checkin hotel sorang sorang lahhh rupanya HAHAHAHA plot twist.
Cuma kalau penulis cerita sikit lagi background atau pov julia atau arisa eh arisa ke ? Haaa kan best sikit. Boleh rasa and faham latar belakang cerita and kenapa dia berdendam sebab tak berapa nak rasa sangat elemen dendam dia tu dalam cerita ni.
I like Adrian tapi nak endgame dengan si Izmeer tu sebab kita enemies to lovers trope hahaha. Overall best. Cuma harapkan ada epilog, sambung sikit lepas 10 tahun tu apa jadi. Or maybe ada sambungan ke buku ni 👀
the good: recommended for beginners or those in reading slump cause easy to go through, kelakar jugak la lawak bodoh2 but menjadi & distinguished characters.
the neutral: main character tu fun to read. dia ada personality tapi mcm conflicting sbb dia good at everything tapi dia clumsy & coward tapi eh mental kuat pulak. mcm tak make sense sangat. maybe ada attempt utk add flaws by making her ‘see something through then give up at the end’ tapi tak kira flaw pun sebenarnya sebab op sgt
the not-so-good: ada potential utk lebih lagi actually but kinda fell flat. dia mcm…oh tu je? and banyak benda yang boleh explore lagi actually beyond their graduation tahla endingnya cliffhanger sungguh baran sis. also realistically budak T20 tak bercakap mcm tu so aku terima jela walaupun hm agak cringe kadang.
long story short dia mcm reverse harem + thriller yang tak berapa nak thriller sangat. anyway luv Daniel 😘
Saya baca ni as a highschooler and very recommended yeeerrrr. Jalan cerita memang senang nak faham but ada beberapa part yg buat saya agak confused.
I think their behavior ni macam orang dewasa, chill jeeee. Kalau saya, seriau dapat surat dari tah siapa-siapa, kene lagi kawan-kawan dapat musibah. Ish2. Yang terkejutnya, Alisa tu pun sama naik HAHAH.
Tapi kannnn, I was having my own fantasy where I think Hani and Izmeer finally tak gaduh macam selalu. The cold Izmeer, with his annoying Hani. And character Khai paling saya suka. Comelllll!!!!
Saya sangat-sangat suka ye buku ni, and guess what? Satu batch saya baca buku ni and can't move on with it. (Asrama, biasalah.) Anyways, das all from me. Lots of love to the author, Zunally!! Please write more. :D (Lanets taknak release ke?)
This entire review has been hidden because of spoilers.