Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kru Paranormal #7

Kru Paranormal: Upacara Helang Darah

Rate this book
Imtiaz dapat merasakan yang Zamir menyalahkannya atas kematian Huda. “Aku cuba buat apa yang termampu. Pada masa tu Huda sudah dianggap suspek kes pembunuhan mak dan nenek kau, Zamir. Aku tak boleh buat apa-apa,” dia menjelaskan.

Zamir menghampiri Imtiaz dengan riak jengkel dan berang membuatkan Imtiaz gementar. “Kalau aku ada, aku takkan benarkan semua ini berlaku!” tegasnya.

Selepas berbulan-bulan dilaporkan hilang, Zamir muncul kembali setelah membongkar rahsia hitam keluarganya. Kini dia sudah mengerti semuanya. Apakah yang telah didedahkan arwah ayahnya dalam rakaman video yang diberikan Jagjit Singh sebelum KRU PARANORMAL mencari kilang lama di Jeram? Bagaimanakah hubungan Zamir dan Imtiaz setelah kematian Huda? Apakah masih ada lagi KRU PARANORMAL?

Detektif Aris menjumpai satu mayat tergantung dalam keadaan mengerikan dalam sebuah banglo tinggal. Mangsa telah diseksa dengan kaedah seksaan bangsa Viking yang amat kejam. Siapa yang melakukannya dan kenapa? Lebih memeningkan, Koperal Darina yang menyiasat kes itu mendapati terdapat satu kes lama berusia 30 tahun di mana seorang wanita dibunuh dengan kaedah yang sama dan penjenayah yang melakukannya pula telah disahkan mati dalam kemalangan. Adakah pembunuhnya masih hidup atau ada generasi baharu yang menyambung legasinya?

144 pages, Paperback

First published November 21, 2022

1 person is currently reading
8 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (50%)
4 stars
15 (46%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
June 24, 2024
Pihak polis sedang menyiasat kes kematian aneh yang menyerupai hukuman Helang Darah yang terkenal di Viking. Zamir pula muncul tiba-tiba membongkar rahsia gelap keluarganya sendiri.

Bahagian tulisan mesej yang disertakan dalam naskah ini sangat menyakitkan hati dan mata. Saiz kecil sangat. SH ni dahlah rabun nanti bertambah rabun lagi. Tapi memang tak mampu nak baca. Kecil sangat. Jadi rasa tertinggal sebab tak tahu apa inti perbualan di dalam mesej tersebut.

Kejam sunguh cara kematian mangsa dalam naskah ni. Dikepakkan sebegitu rupa dalam keadaan masih hidup. Tapi memandangkan upacara ini dikatakan berasal dari hukuman yang dijalankan Viking memang sangat kena kerana mereka sememangnya terkenal dengan bangsa yang gasar dan kejam.

Detektif Azmi ni mulut tiada kawalan langsung. Apa yang terlintas di fikiran itulah yang dimuntahkan melalui ucapannya. Kadangkala geram juga sebab tak mengira sensitiviti orang lain. Bila kena marah dengan Inspektor Rahil tahu pula terdiam.

Banyak pula kisah cinta tidak berbalas dalam naskah ini. Detektif Aris, Huda, Amira. Semuanya punya persamaan dalam memendam rasa cinta. Hingga ada yang dibawa ke hujung nyawa.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
January 24, 2024
Kali ini kemunculan Zamir membawa petaka yang tak dijangka.. Kesian Imtiaz.. Makin rumit cerita mereka ini..
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
January 29, 2024
Kini dah masuk buku ke-7 dalam siri Kru Paranormal. Segalanya sudah semakin jelas! Untuk buku kali ini makin banyak misteri terlerai, makin banyak plot hole terjawab. Nampak hubung kait setiap buku. Pandai sungguh penulis menyusun cerita. Walaupun permulaannya agak perlahan sedikit bagi aku, tapi bila dah masuk bahagian pertengahan, segalanya bergerak laju. Cara pembunuhan kali ini agak kejam ye, tengok sajalah muka depan tu. Cuma aku tak jangka langsung twist watak tu, sakit hati ni.
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
January 24, 2024
Tulang rusuk dipisahkan daripada tulang belakang mengunakan gergaji elektrik ❗️
Kedua dua belah paru-paru ditarik keluar ke bahagian belakang❗️
Tergantung dengan kulit dan tulang rusuk dikembangkan seperti sayap burung❗️

Upacara Helang Darah mengisahkan tentang penemuan satu mayat yang digantung dalam keadaan yang mengerikan dalam sebuah banglo. Dikatakan seksaan yang diterima mayat tersebut ialah kaedah seksaan bangsa Viking yang amat kejam. Tapi apa yang lebih mengejutkan ialah ada satu kes lama (30 tahun) seorang wanita mati dengan cara yang sama dan pelakunya telah mati. Jadi siapa yang melakukan cara pembunuhan yang sama pada masa kini?

Makin lama siri Kru Paranormal ini makin mendebarkan.
Macam tak percaya buku senipis 133m/s ini boleh bagi plot twist bukan 1. Tapi lebih dari itu. Tak faham dari mana penulis kutip idea untuk siri KP ini. Bila baca satu siri memang automatik akan terflashback siri-siri yang lain sebab saling berkait rapat.

Ain merupakan seorang gadis yang suka bersendirian. Digelar sebagai 'budak gothik' di kolej. Tidak ada kawan. Hidupnya hanya ada dia & diri dia. Di rumah, mendapat tekanan dari ayahnya. Sampaikan dia sudah lali. Namun, sampailah terjadinya satu kejadian kepada ayahnya. Rahsia yang selama ini tersimpan rapi terbongkar juga. Dia hilang arah.

Dalam siri ini kita akan lihat banyak mangsa yang tidak bersalah menjadi korban hawa nafsu manusia yang rakus. Si pelaku melakukan hanya semata-mata demi kepuasan diri sendiri.
Sejujurnya, siri kali ini memang best. Sebab ada bahagian yang tak masuk akal dan terasa seram.

Kemunculan semula Zamir out of nowhere pun memang tepat pada masanya. Merungkai segala persoalan sepanjang kehilangan dia tempoh hari. Geram tapi mujur cool down bila baca ending. Puas hati! Cuma mestilah penulis tidak akan senang lenang bagi pembaca dia rileks. Di hujung cerita mesti akan timbul persoalan lain supaya pembaca akan terus menunggu siri seterusnya : KP Draugr.

Fast pacing. Intense. Dramatic. Mind blowing. In one sitting saja boleh habiskan. Penceritaan yang sangat details (cara pembunuhan, info Upacara Helang Darah, keadaan mayat, lokasi & suasana). Congrats penulis. 🫡👍🏻
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
November 15, 2025
[eBOOK 48_2025]

Kru Paranormal 7: Upacara Helang Darah by Khairul Nizam Khairani.
.

Okay, kali ni, ada watak lain yang muncul dan percayalah, makin banyak pulak plot twist. hahaha.
.

Ain, seorang gadis kolej, yang berpenampilan gothic dan suka menyendiri. Ayahnya pula terlalu mengongkong. Bila ayahnya masuk hospital, dia jumpa CD lama yang mengandungi lagu-lagu yang 'keras'. Dan pada masa tu jugak la, baru dia tahu yang dia bukanlah anak kandung ayahnya.
.

Pada masa yang sama, Zamir muncul semula selepas hilang dalam buku-buku sebelum ni. Zamir ni hilang lepas Huda hilang. Zamir mendapat rakaman suara ayahnya tentang kejadian yang terjadi selama ini, yang berkaitan dengan pemujaan dan kultus ni.
.

Dan pada masa yang sama jugak, pihak polis tengah menyiasat kes kematian yang tragis. Pembunuhan dilakukan dengan sangat kejam dan mengerikan, ibarat mengikut kaedah seksaan bangsa Viking suatu ketika dahulu.
.

Bagaimanakah semua scene tersebut bersangkut paut?
.

Overall, aku suka.
.

Cumaaaa...part bila pihak hospital mendedahkan yang Ain bukanlah anak kandung ayahnya, aku pun confused. Macam mana pulak pihak hospital boleh tahu? Sedangkan rekod perubatan pesakit yang selalu bertukar hospital atau klinik pun, hospital tak boleh access rekod pesakit di hospital lain. Inikan pulak boleh terdapat data pasal nasab keturunan pulak. Macam tak make sense la kat situ.
.

Apa-apapun, bahagian lain, best je.
Profile Image for addreads.
286 reviews27 followers
February 6, 2025
𝙺𝚛𝚞 𝙿𝚊𝚛𝚊𝚗𝚘𝚛𝚖𝚊𝚕: 𝙐𝙥𝙖𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙃𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜 𝘿𝙖𝙧𝙖𝙝 (7)

Rate: 4.75⭐️

Kembali bersama cerita tentang Kru Paranormal. Setelah berbulan hilang, Zamir muncul. Tapi kemunculannya membawa satu rahsia hitam. Segala persoalan terjawab sedikit sebanyak..

Detektif Aris, telah menjumpai satu mayat tergantung dalam keadaan yang sangat mengerikan. Si mangsa diseksa mengunakan kaedah bangsa Viking. Siapa pelakunya? Bagaimana kaedah penyeksaan tersebut? Apa rahsia hitam Zamir? Berkaitan ke?

⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯

Buku ketujuh 🫥 Ad nak hilangkan diri boleh tak? Tak tahu nak bagi reaction apa. Sebab sangat terkejut & tergamam. Macam mana eh buku yang cuma 130+ muka surat boleh buat Ad sangat kagum.

Penceritaan kali ni, sangat gore & rasa seram. Serious. Cara mangsa diseksa & dibunuh tersangat kejam & tragis 🫣 bayangan Ad fuhhh. Tapi, kali ni punya flow, Ad tak sangka persoalan terjawab. Bahagian tahu 'rahsia hitam' tu sangat terkejut ye. Puas hati haku penamat dia macam tu haaa. Tapi weh still tak caya and sedih sikit..

Perlu ke Ad cakap pasal plot twist rate? 5/5⭐️🫶🏻 BEST GILA. Ternganga mulut & terbeliak mata Ad baca. Tapi the ending? Wow penulis memang sangat pandai lah buat kita ni rasa geram & tertanya-tanya. Nasib baik takyah tunggu sebab Ad boleh je baca terus 🤭

Sangat hook teruk ye baca siri ni. Tolonglah, sesiapa yang baca sila buat mind map untuk setiap watak & mangsa. Tu sangat membantu korang untuk faham lebih cepat. Tapi, Ad enjoy gila-gila. Now, next book to read. Shall we?
Profile Image for Syukri.
159 reviews9 followers
June 21, 2024
Sambungan kisah kru paranormal,Zamir muncul kembali setelah berbulan menghilang. Mula-mula keluar pula watak hantu rockers yang bagi aku agak random, kenapa perlu rockers. Tapi bila ada back story, barulah faham.

Scene ngeri on point. Terngiang-ngiang cara pembunuhan dalam buku ni. Memang sangat kejam. Makin banyak tanda tanya terjawab.

PLOT TWIST HEBAT.



Lagi 4 buku untuk dihabiskan.
Profile Image for Yap.
71 reviews
December 4, 2024
"Entahlah. Mungkin kerana generasi muda kini tidak taasub pada sesuatu yang berbentuk mistik, jadi mental mereka tidak terpengaruh dengan perkara-perkara berbaur tahyul. Atau mungkin juga mereka lebih jin daripada jin yang mahu rasuk mereka membuatkan jin tersebut sendiri bimbang dengan keselamatan diri mereka."

True, humans scare me more than ghosts do.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.