[eBOOK 49_2025]
Kru Paranormal 8: Draugr by Khairul Nizam Khairani.
.
Okay, kalini ada watak baru lagi.
.
Draugr tu maksudnya hantu ataupun mayat hidup. Lebih kurang macam zombi.
.
Selepas disahkan mati selama sejam, Jai hidup semula. Sejak itu, Jai sering bermimpi sebuah menara tangki air. Dan dalam tangki tersebut, bagaikan ada yang mengetuk dan mengeluarkan bunyi bising.
.
Lepas tamat belajar, Jai yang berminat dengan muzik, menubuhkan band nya sendiri yang diberi nama Al Jassasah. (Ini la band yang Ain duk dengar lagu 'keras' heavy metal dalam buku sebelum ni)
.
Hidup Jai yang bebas, mula berubah bila ahli Al Jassasah mula berpecah. Dan Baphomet muncul didepannya.
.
Dan pada masa yang sama, banyak lagi mayat yang dijumpai mati yang dibunuh kejam dalam kaedah Viking seperti dalam buku sebelum ni.
.
Apakah hubung kait Jai dengan semua ini?