Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kru Paranormal #9

Kru Paranormal: Hantu Air

Rate this book
“Wai Hung, kau perasan tak?” tanya Siu Lun dengan suara yang hampir berbisik.

“Perasan apa?”

“Kesemua mayat-mayat ini membengkak seolah-olah mereka dah beberapa hari mati,” beritahu Siu Lun. Wai Hung mula menyedari hal itu. Namun kesemua mereka baru hilang malam tadi. Aneh!
** *
Siu Lun, seorang anggota Parti Komunis Malaya terpaksa kembali ke dalam hutan Ulu Kinta atas arahan komandernya, Tsui Ka Long, meninggalkan kehidupan mewahnya di bandar Ipoh. Dia sudah terlupa betapa getir dan payahnya kehidupan di dalam hutan. Sehinggakan ada masanya dia juga terlupa yang dia adalah anggota Parti Komunis Malaya.

Markas lama mereka sudah tiada kerana diserang pasukan polis, dan markas baru telah dibangunkan berhampiran sebuah tasik. Namun tasik itu amat misteri kerana seorang perempuan berambut panjang sering kelihatan timbul di tengah-tengah tasik itu. Wai Hung, rakan Siu Lun percaya perempuan berambut panjang itu adalah May Li, anggota pasukan PKM yang ditembak oleh ahli pasukannya sendiri. Dan Wai Hung percaya roh May Li tidak tenang dan kini mahu menuntut bela. Keadaan menjadi lebih tegang apabila beberapa orang anggota PKM ditemui mati terapung di tasik tersebut.

Dalam satu serang hendap, Wai Hung dan Siu Lun telah berjaya membunuh seorang anggota pasukan keselamatan. Namun sejak dari itu, tragedi sering menimpa markas mereka dan seorang demi seorang rakan-rakan mereka mati dibunuh. Siapa yang melakukannya? Apakah ada pengkhianat dalam kalangan mereka? Atau, adakah ia angkara perempuan dari dalam tasik itu?

“Nang bo ti nang, kui bo ti kui.”

128 pages, Paperback

First published March 20, 2023

1 person is currently reading
9 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (30%)
4 stars
16 (53%)
3 stars
5 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
January 24, 2024
Kali ini perjalanan ceritanya lari jauh dengan watak-watak baru.. Kisah perjuangan PKM dan gangguan hantunair yang berada di dalam hutan.. Namun musuh dalam selimut tu boleh dijangka..
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
January 29, 2024
Kembara siri Kru Paranormal aku diteruskan dengan buku yang ke-9. Pembacaan kali ini agak lain, sebab rasa macam luar dari universe Kru Paranormal. Tetapi tidak ye - masih ada kemunculan seseorang (atau sesuatu?) yang mengaitkan buku ini dengan plot utama Kru Paranormal. Buat penggemar aksi, jangan risau, penulis sempat selitkan sedikit aksi tembak menembak dalam ni. Teringat aku pada babak pertempuran di Hutan Simpan Bukit Nanas dalam Anarkis: Bangkit karya penulis sama.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
July 4, 2024
Kisah kali ini lebih ditumpukan sekitar tahun 80an dan kisah tentera-tentera komunis yang menjalani hidup di dalam hutan. Pelbagai pertempuran yang mereka lalui namun bukan itu menjadi penyebab utama ramai di antara ahli mereka menemui maut.

Jelas dipaparkan kekejaman komunis ke atas siapa yang mereka anggap bersalah. Baik pasukan keselamatan, mahupun ahli mereka yang mahu berpaling tadah. Ini seiring dengan kisah yang biasa SH dengar sebelum ini dari mulut orang-orang tua.

Marah juga membaca naskah ini kerana hingga hampir ke penghujung tidak nampak sangkut pautnya dengan cerita dari naskah yang lain. Walaupun ada naskah yang lain juga yang hubung kaitnya diceritakan di akhir cerita, namun yang ini betul-betul dah nak habis cerita baru nampak kaitannya.

Babak pertempuran dan pembunuhan yang berlaku terasa ketegangannya. Ketakutan, cemas, risau dan pelbagai perasaan tentera komunis berjaya disampaikan dengan baik dalam naskah ini.
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
January 24, 2024
Tajuk: Kru Paranormal Hantu Air
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Penerbit: @penerbitx

Seorang perempuan berambut panjang sering kelihatan timbul di tengah-tengah tasik di markas baru❗️

Tiada angin atau ribut, Siu Lun yang merupakan seorang anggota Parti Komunis Malaya digesa untuk kembali ke markas baru mereka di hutan Ulu Kinta untuk mengalas satu tanggungjawab besar dari ketuanya, Ka Long. Markas lama mereka sudah tiada kerana diserang pasukan polis. Kehidupannya yang mewah dan selesa di bandar membuatkan Siu Lun lupa dengan identiti dirinya yang sebenar.

Setibanya Siu Lun di sana. Selain dari menerima ancaman dari pihak musuh (anggota pasukan keselamatan) . Banyak perkara misteri berlaku. Seorang demi seorang rakannya hilang. Adakah kehilangan mereka ada hubung kait dengan perempuan misteri yang kerap muncul pada waktu malam itu? Apa akan berlaku seterusnya?.

Cerita Hantu Air kalini lari jauh dari storyline yang sebelum ini. Kita akan diperkenalkan dengan watak-watak yang 99% baru. Lagi 1% ada watak yang kalian familiar kalau kalian mengikuti siri ini. Penulis membawa kita menyelusuri kehidupan dari side tidak indah komunis. Jarang-jarang bukan?. Hidup sebagai seorang komunis yang tak tenang. Ketakutan yang ada dalam diri mereka membuatkan fokus mereka dengan keadaan sekeliling jadi ekstra 100%. Rasa intense juga baca scene komunis diserang hendap pasukan polis.

Komunis kalau jumpa hantu pun takut jugak eh. Haha ingatkan power 🤪 Penulis pandai hook pembaca untuk scene dengan Hantu Air. Sebab Hantu Air ni dia tak sentiasa muncul. Tapi kalau di muncul memang malapetaka sikit.

Khianat & Dendam -- intipati utama!

Cerita tersusun dengan baik. Cumanya penulis jenis tak chill sebab dia campak semua plot twist dihujung cerita sekaligus.Memang la dalam kepala boleh agak sekian-sekian benda. Tapi masih tidak cukup untuk meneka keseluruhan cerita Hantu Air ini. Saya rasa penulis macam slow down sikit untuk buku Hantu Air ni. Dia kira macam tak belanja sangat la scene-scene menakutkan. Macam biasa saja.

Kesimpulannya, jangan skip baca Hantu Air. Takut nanti banyak benda kalian terlepas pandang. Terutama sekali berkenaan identiti yang ditukar.
Profile Image for addreads.
286 reviews27 followers
February 5, 2025
𝙺𝚛𝚞 𝙿𝚊𝚛𝚊𝚗𝚘𝚛𝚖𝚊𝚕: 𝙃𝙖𝙣𝙩𝙪 𝘼𝙞𝙧 (9)

Rate: 4⭐️

Siu Lin, seorang anggota Parti Komunis Malaya yang terpaksa masuk ke hutan Ulu Kinta atas arahan ketuanya iaitu Tsui Ka Long. Markas mereka terletak berhampiran dengan sebuah tasik. Mereka perlu menyembunyikan diri dari pihak anggota pasukan keselamatan.

Tapi, sejak Wai Hung dan Siu Lin berjaya bunuh seorang anggota tersebut, pelbagai tragedi yang menimpa mereka. Siapa punya angkara? Siapa wanita berambut panjang yang sering timbul di tengah-tengah tasik itu?

"𝐍𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨 𝐭𝐢 𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐤𝐮𝐢 𝐛𝐨 𝐭𝐢 𝐤𝐮𝐢"

⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯

Buku 9 ✅ wow semakin jauh dan dalam ye kisah ni Ad dah gali. Berjaya ke jumpa jawapan? Eh mestilah tak 😊 ha sabar Ad meronta-ronta tau. Fuhhh

Likewise, penulis Khairul Nizam Khairani berjaya buat Ad kena fikir juga walaupon awalnya konon tak nak buat teori sendiri 🥲 tapi yang disimpulkan tu mesti salah. Wah geram. Tapi tulah yang buat lagi best & invest dekat siri ni 😍

Penceritaan buku ni, bagi Ad agak confusing sebab macam tak dapat jawapan yang tu siapa & apa. Banyak berkerut sokmo dok baca ni. Untuk unsur seram dia, biasa je sebab Ad lebih kepada tertanya-tanya. Plot twist yes terkejut tapi bagi Ad mild sebab buku lain lagi buat korang terkaku.

Adakah itu buat Ad hilang minat? Ouh jauh sekali 😏 kamon lah kita takkan give up okay sebab nak tau keseluruhan cerita ni. Haaa. Keranda terbang next? Ad baca jappp 😝
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 9, 2025
[eBOOK 55_2025]

Kru Paranormal 9: Hantu Air by Khairul Nizam Khairani.
.

Okay, buku kalini, sebenarnya takde kena mengena pun dengan wholestory Kru Paranormal ni, kecuali part akhir sekali. (Yang mana bila kita baca buku terakhir nanti, barulah watak ni akan muncul semula)
.

Buku ni menceritakan tentang komunis pada zaman dahulu.
.

Siu Lun ialah anggota komunis yang hidup di bandar, berselindung di sebalik kerjayanya sebagai akauntan. Dialah yang menguruskan duit untuk membeli bekalan senjata api dan sebagainya.
.

Tiba-tiba, Siu Lun dipanggil oleh ketuanya, ke markas mereka di hutan. Siu Lun yang dah lama tinggalkan kesusahan hidup di hutan, mula merasa berat hati untuk kembali ke markas.
.

Dahlah di markas tersebut, bukan sahaja mereka diserang oleh pihak polis. Tapi wujudnya hantu air, seorang perempuan berambut panjang yang wujud di tengah tasik. Akibatnya, ramailah anak buah yang mati dalam keadaan ngeri.
.

Mereka mempercayai hantu air tersebut ialah roh May Li, kawan perempuan mereka yang telah mati.
.

Buku ni kan, kalau baca awal-awal tu, rasa memang takde kena mengena dengan whole story la.
.

Sehinggalah kita tahu siapakah May Li yang sebenarnya. Dan plot twist yang bertubi-tubi lagi.
.

Memang part akhir tu, aku rasa cam, eh Ehsan ni memang tak mati-mati eh? Dia memang akan muncul dalam semua buku ke eh?
.

So, next buku la pulak.
Profile Image for Syukri.
159 reviews9 followers
July 10, 2024
Tak berapa nak invested sangat dengan cerita sebab tak related sangat dengan plot utama kecuali plot twist hujung cerita.

Tapi scene pertempuran dalam hutan tu best.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.