Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kru Paranormal #10

Kru Paranormal: Keranda Terbang

Rate this book
“Apa yang kau berdiri saja di depan pintu? Pergi masuk, tunggu jenazah, baca Yasin!” suruh Pak Samsul apabila melihat Shaari merenungnya dengan renungan sayu.

“Tak boleh ke saya ikut Pak Sam?” tanya Shaari.

“Kalau kau ikut aku, siapa yang nak jaga jenazah?” soal Pak Samsul.

“Orang dah mati buat apa nak dijaga? Bukannya dia nak pergi pasar malam pun!” bidas Shaari.
* * *
Mak Wok, seorang bidan kampung ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Kepalanya hilang, dan gagal ditemui. Setahun kemudian, berlaku beberapa kematian misteri. Menurut saksi, sebelum mangsa-mangsa menemui maut, mereka telah melihat kemunculan keranda terbang. Ia dikaitkan dengan Mak Wok apabila Adam, seorang remaja bisu yang memiliki kemampuan deria keenam telah menemui pusara Mak Wok dalam keadaan terbongkar dan mayat Mak Wok pula hilang.

Sementara itu, Ghazali, ayah angkat Adam berasa kurang senang dengan sikap Ehsan dan keluarganya yang sangat baik terhadap Adam. Dia merasakan ada sesuatu yang keluarga itu sembunyikan. Sebaliknya, Adam pula berasa senang dengan perhatian yang diberikan.
* * *
“Kebencian itu realiti… kebencian itu realiti… tahukah kau mereka membenci kau?” ujarnya sebelum berundur sambil menjeling.

Bersedia dengan kisah asal di sebalik lembaga berkepala kambing yang memakai sut!

160 pages, Paperback

First published May 17, 2023

1 person is currently reading
12 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books60 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (50%)
4 stars
15 (46%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
796 reviews106 followers
January 19, 2024
Walaupun pada mulanya saya tergelak melihat cover buku yg agak lucu, namun ceritanya tidak begitu. Sangat menyeramkan bila dikejar oleh keranda terbang!
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
January 29, 2024
"Kebencian itu realiti... kebencian itu realiti... tahukah kau mereka membenci kau?"

Selesai sudah buku ke 10! Hanya berbaki lagi 2 buku sebelum siri ini tamat. Buku kali ini bersambung terus dari Hantu Jarang Gigi (6). Satu (dan lebih) lagi rahsia terbongkar, sesuatu yang aku tak jangka juga. Boleh nampak sisi lain watak Ehsan tu, dia bukan seperti apa yang difikirkan. Dan aku tak sangka juga diorang teruskan juga dengan ritual tu! Kejam!
Profile Image for SS.
520 reviews5 followers
January 24, 2024
Tajuk: Keranda Terbang
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Penerbit: @penerbitx

..beberapa batang jari muncul dan mengenggam tubir keranda.
...bangun sesuatu dari dalam keranda itu.

SESUSUK TUBUH TANPA KEPALA ‼️‼️‼️

Secara ringkas, Keranda Terbang mengisahkan tentang seorang bidan bernama Mak Wok. Dia mati dengan tragis sekali. Kepalanya hilang begitu sahaja. Kemudiannya, banyak kematian berlaku setahun selepas itu -- di mana mangsa-mangsa yang mati akan melihat kemunculan keranda terbang. Sekaligus dikaitkan dengan Mak Wok kerana Adam telah menemui pusara Mak Wok dalam keadaan mencurigakan & mayat Mak Wok hilang.

Cover comel tapi isi tidak sama sekali. Jangan tertipu okay. Nak tahu asal usul Abe Imtiaz & adik Adam? Baca buku ni. Nak lagi feel baca buku ni. Korang re-read & refresh balik buku Hantu Jarang Gigi & Draugr. Ada Ghazali, Adam, Ehsan & Ridhuan dan ramai lagi. Ehem, meremang juga baca Keranda Terbang ni. Sesekali ada la terbayang-bayang. Phew

Entah berapa ramai dah manusia yang tak bersalah mati katak dalam siri ni. Hanya disebabkan sifat tidak perikemanusian satu manusia lain. Ramai menjadi korban. Rupanya baru la dapat connect dot dot dari siri sebelum ini dengan Keranda Terbang. Dah nampak sinar sikit dah.

Ternganga mulut bila baca ending 😮 Yang pasti bila banyak identiti sudah bertukar maka lebih pening untuk kita fikirkan apa-apa kemungkinan. Penukaran identiti berlaku atas dasar ingin melepaskan diri atau melupakan masa silam.

Patutlah admin @penerbitx suruh sediakan tisu. Rupanya memang betul ada benda yang menyedihkan dalam cerita ni. Sumpah tak sangka tergamak betul dieorang. Dasar tak ada hati perut. Apa dosa orang tu. Tak boleh la part ni. Rasa nak hug karakter tu. Em

Macam biasa. Mindblowing & Unexpected Plot Twist. Penulis ni rasanya dia rangka cerita ni dari A to Z dengan baik sekali. Well done penulis. Yang pasti taktahu sampai sekarang penulis makan apa sampai jadi bijak tulis cerita macamni.

Masih belum puas hati lagi walaupun dah buku ke 10. Kita dah nak sampai penghujung. To be honest dah ada syak dalang utama siri ni. Tapi tak apa kita tunggu. Next - nak baca Kolam Dewa pula.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews43 followers
July 6, 2024
Beberapa orang kampung sudah terserempak dengan keranda yang dikatakan milik Mak Wok, seorang wanita yang telah meninggal dunia tanpa kepala malah jasadnya turut hilang dari kuburan. Dan khabar angin mula tersebar siapa yang diganggu keranda tidak akan hidup lama. Ridzuan yang telah melihat keranda tersebut tegak di depan matanya sudah mula risau. Ghazali pula merasa sedikit tidak senang melibat kebaikan keluarga Ehsan terhadap anaknya Adam.

SH dah agak dah. Ehsan sekeluarga ni buat baik dengan Adam ni mesti ada udang di sebalik batu. Ada niat tersembunyi. Nyata memang banyak rahsia yang bakal diungkapkan dalam naskah ini berkenaan keluarga mereka. Bukan Ehsan je rupanya yang mempunyai rahsia. Isteri dan bapanya juga punya rahsia tersendiri. Satu keluarga penuh rahsia.

Naskah ini sedikit bermain dengan emosi. Lebih-lebih lagi melibatkan Adam dan Ghazali. Ini pertama kali SH melihat mereka bertengkar. Semuanya gara-gara Ehsan. Kasihan SH dekat Adam dan juga Ghazali. Sedih juga babak mereka berpelukan di antara satu sama lain. Jelas kasih sayang antara mereka walaupun bukan darah daging.

SH tak sangka ye dengan rahsia yang dipegang salah satu watak dalam naskah ini. Geram betul rasanya. Memang tak terjangka. Dasar pengkhianat. Sebab duit rela melakukan apa sahaja.

Tapi memang seram ye kalau SH sendiri jumpa keranda seperti yang diceritakan. Boleh pula dia tegak berdiri mengejar kereta. Memang rasanya tak cukup tanah nak lari. Dan ternyata kemunculan keranda tersebut punya sebab dan cerita tersendiri.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 20, 2024
Gila.. Bila keranda mula mengejar, kematian demi kematian yang akhirnya membongkar cerita lama dahulu..
Profile Image for lea in pages.
72 reviews9 followers
November 15, 2025
Perghh plot twist diaa macam tiber laaa ehh😯 ini anak orang nii, tuu anak orang tuu nokk banyak betul simpul simpul🫠🫠🫠 tapi as alwaysss sangat lurvee dengan penulisan author nii💯
Profile Image for addreads.
286 reviews27 followers
February 6, 2025
𝙺𝚛𝚞 𝙿𝚊𝚛𝚊𝚗𝚘𝚛𝚖𝚊𝚕: 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙖𝙣𝙜 (10)

Rate: 4.9⭐️

Mak Wok, ialah seorang bidan kampung yang ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Setahun kemudian, berlaku beberapa kematian yang dikatakan saksi berpunca setelah mangsa-mangsa melihat keranda terbang.

Siapa yang membunuh Mak Wok? Milik siapa keranda terbang itu? Kenapa layanan Ehsan dan keluarganya baik sangat terhadap Adam, anak angkat kepada Ghazali? Yang pasti ada sesuatu yang disembunyikan mereka..

⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯

Ye betul. Buku 10 dah Ad. Ye Ad bagi rate 5⭐️. Perlu ke Ad hujahkan kenapa Ad bagi rate sebegitu? Okay jap nak bentangkan sebab-sebabnya:

Pertama, jangan terpedaya dengan cover buku ni. Kelakar & comel kan? Isi dalam? Tidak sama sekali ye. Seterusnya, dari segi penceritaan sangat smooth, menarik & seram. Iye, seram. Ada rasa meremang tu ye (Ad 🫶🏻) segala persoalan perlahan-lahan dah terjawab & Ad rasa yakin dengan teori sendiri. Tapi, masih tak boleh yakin sangat sebab takut kena twist dengan penulis (sebab memang ada kena twist pon bila baca ni).

Plot twist dia memang Ad tak tahu nak cakap macam mana. Sebab memang terkejut gila bila tahu yang dia...😶 tak sangka yang...😳 memang terkaku beb. Ad terkejut sangat part Imtiaz. Haaaa apa dia? Serious korang kena baca mesti faham apa Ad sampaikan ni 😭 Cara penulis twist tu Ad suka sebab langsung bertentangan dengan sangkaan sendiri. Tu yang rasa sakit hati tapi in a best way.

Bagi Ad, bahagian best untuk setiap buku-buku ni bila tahu identiti sebenar masing-masing selepas ditukar atas tujuan ingin melepaskan diri atau nak lupa kisah silam. Ha sebab tu kena buat mind map sambil baca ni. Banyak pengeliruan kalau tak fokus betul-betul.

Dua buah lagi Ad nak habiskan siri ni. Apa jadi kat Ad eh kalau dah habis?.. seram eh 😂 mana tahu buku next ni Ad review gambar je takde caption dah HAHAHA sebab terkejut sangat, sampai hilang kosa kata. Okay nak baca buku seterusnya 🌻
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 9, 2025
[eBOOK 56_2025]

Kru Paranormal 10: Keranda Terbang by Khairul Nizam Khairani.
.

Okay, kalini, kita akan mula faham dan akan menghubungkaitkan apa sebenarnya yang terjadi dalam series ini.
.

Kalini latar tempatnya kat Bekok, sambungan yang buku 6, Hantu Jarang Gigi.
.

Kalini kampung digemparkan dengan Keranda Terbang. Dalam tak percaya pun, memang yang mana nampak keranda tu, akan mati la.
.

Maka tersebarlah cerita, bidan Mak Wok telah mati dengan kepalanya dipenggal. Sejak itu, memang ramai la yang turut mati.
.

Menambahkan kehangatan cerita bila Adam menjumpai kubur Mak Wok yang kosong. Mayat Mak Wok telah hilang!
.

Okay, again, another twists here and there. Berapa ramai yang tidak berdosa telah mati. Dan memang nampak la, yang mana terlibat tu, rupanya memang geng-geng sekutu tu la.
.

Aku tak ingat masa bila aku perasan yang sebenarnya buku-buku ni, timelinenya berbeza. So, sebenarnya watak-watak kat Bekok ni, memang zaman dulu. Sekarang dorang tukar nama dan identiti.
.

So, next buku pulak.
Profile Image for Syukri.
159 reviews9 followers
July 13, 2024
Best in series so far. Cukup segala emosi dalam satu buku. Segala rahsia terungkap dalam buku kali ni.
Invested betul aku dengan watak Adam & Ghazali sebagai bapak dan anak. Berbaki 2 buku dalam siri, tak sabar nak tau kesudahan watak-watak dalam buku ni.

Profile Image for Yap.
71 reviews
November 6, 2024
Ooops this is book 10 from a series of 12. Started with this book thinking that the stories are stand-alone. My bad.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.