Kau cerita yang kau bermimpi kolam tu minta dijamu. Mungkin apabila darah ular sawa yang kau tetak tu masuk ke dalam kolam, ia dianggap sebagai jamuan kepada kolam tu. Itu menjadikan tanaman penduduk kampung subur. Dah setahun berlalu, tanaman penduduk kampung kembali tak menjadi. Mungkin kolam tu perlu dijamu lagi?” ujar Muin.
“Hish! Mengarut semua tu. Apa yang berlaku semuanya kehendak Tuhan. Tak ada kena-mengena dengan kolam tu!” tegas Salleh.
Tahun 1863. Salleh, penghulu muda Kampung Sungai Cerah yang baru dibuka bingung apabila tanah kampung itu tidak lagi subur, tanaman tidak menjadi dan ternakan banyak yang mati. Lebih malang lagi apabila penduduk kampung terpaksa berhadapan dengan ancaman harimau liar.
Salleh mengalami mimpi pelik, dua kanak-kanak mendakwa mereka adalah anak-anaknya yang telah meninggal suatu ketika dulu. Mereka menyatakan, jika Salleh mahu mengubah nasib Kampung Sungai Cerah, maka Salleh dan penduduk kampung harus menjamu sebuah kolam yang dipanggil Kolam Dewa.
Apabila Salleh tidak mempedulikan mimpi itu, nasib Kampung Sungai Cerah menjadi lebih buruk. Sekumpulan penyamun menceroboh dan mengancam penduduk kampung. Salleh terus didatangi mimpi-mimpi aneh dua kanak-kanak itu yang menuntutnya menjamu Kolam Dewa atau semua penduduk kampung itu akan menerima malapetaka. Adakah Salleh akan akur pada tuntutan Kolam Dewa itu?
Sebabkan aku baca buku Keranda Terbang sebelum sambung buku ni tahun lepas, banyak benda dah lupa. Tapi yang pastinya aku masih tertarik dengan cerita. Kalini, dia menyingkap kisah lalu pada tahun 1863, tak sangak beratus tahun rupanya pasal Lembaga kepala kambing ni. Gila betul bila baca pasal khurafat dan syirik yang berlaku. Meremang juga bulu roma aku.
Dark juga bila aku baca sebab terbayangkan macam mana nak bangunkan satu kampung baru atas tanah baru dengan tanaman semua tak subur dan mati. Pastu muncul pula Kolam Dewa ni yang perlukan jamuan darah untuk dibalas sama ada suburkan tanaman atau beri perlindungan. Jujurnya aku lost juga bila baca sebab banyak karakter aku lupa, lepas tu kena refresh memori nak pikir apa yang dah jadi. Tapi ending dia macam aku ingat sikit lagi bila ada revelations.
Tak sabar nak habiskan buku terakhir sebab nak tau apa ending
"Kalau mahu mudah,kalau tak mahu susah, jamu sahaja kolam itu.." "Jamu? Jamu apa?" tanya Salleh
[1863] : Kampung Sungai Cerah hairan dengan keadaan yang melanda kampung mereka. Hasil tanaman yang rosak & tidak menjadi, tanah yang tidak subur untuk bercucuk tanam, ternakan mati dan juga ancaman dari Pak Belang. Senang kata, mereka buntu untuk mencari rezeki untuk kehidupan seharian ‼️
Muncul 2 kanak-kanak misteri dalam mimpi Salleh. Mereka mendakwa mereka berdua ialah anak-anak Salleh yang telah meninggal dunia. Salleh diminta untuk menjamu sebuah kolam yang dipanggil Kolam Dewa jika ingin mengubah nasib kampung tersebut. Apa yang akan terjadi seterusnya pada Salleh & penduduk kampung Sungai Cerah?
Jauh penulis flashback cerita kalini. Kolam Dewa bervibeskan kampung & orang dulu-dulu. Best 👍🏻 Memang out of nowhere tiba-tiba ada karakter & latar tempat baru. Jadinya pada awal cerita saya terfikir apa motifnya campak belakang cerita yang sudah lama berlalu?. Rupanya bukan sebarang flashback--
Rasa lebih puas hati dapat tahu salasilah keluarga Imtiaz dalam Kolam Dewa ni. Pokok pangkalnya, keturunan Imtiaz sudah jauh terpesong dari landasan agama. Bergelumang dengan ajaran dan perkara syirik yang dibawa dari zaman ke zaman. Malahan, cerita mengenai kepala kambing juga bukan hanya sekadar datang dan pergi. Dia comeback dengan jayanya.
Mixed feeling gila bila sampai penghujung cerita. Macam tak percaya dengan apa yang dibaca ‼️
By the way, penulis susun storyline dengan sangat baik dan cantik. Saya mengku yang penulis bijak bermain dengan timeline masa untuk keseluruhan siri Kru Paranormal ini. Otak pembaca stuck dekat C - Penulis dah sampai ke Z dah. Pemikiran yang luar kotak.
Honestly, kesian sangat dengan watak Salleh. Saya percaya dia juga tiada daya untuk mengelak dari melakukan perkara yang dia tidak mahu. Namun, dia tidak sengaja dan terpaksa. Kehilangan demi kehilangan. Macam saya pernah cakap. Ramai insan yang tidak bersalah menjadi korban. Hm.
Tak sabar rasanya nak tunggu Jamuan Berdarah. Saya tak puas hati ni sebab watak Imtiaz dah dua buku macam selingan yang ergh. I want more ‼️🔥
"Kolam Dewa, mahu minta nyawa, kalau tidak bagi, adalah yang mati."
Selesai sebuah lagi buku dari siri Kru Paranormal, dan tinggal hanya sebuah lagi! Kali ini membawa aku lebih jauh kebelakang. Tentang asal usul hantu berkepala kambing. Orang (atau hantu?) jauh rupanya dia. Permulaan sebuah ritual yang sangat kejam. Tapi nampaknya macam ada satu kelemahan dia. Ada beberapa babak yang mengelirukan aku sedikit.
Salleh yang buntu dengan masalah yang menimpa Kampung Sungai Cerah sering mendapat mimpi-mimpi aneh. Dia sering bermimpikan kanak-kanak yang mengaku sebagai anaknya yang meminta korban untuk kolam Dewa. Pada waktu yang sama Salleh menjumpai mata air di halaman rumahnya lalu dijadikan kolam. Dan tiba-tiba dengan hasil siraman dari kolam Salleh tanaman penduduk kampung yang dulunya kecut, kecil dan busuk kini mula tumbuh segar. Kepulangan semula Muin ke kampung setelah sekian lama menghilangkan diri rupanya penuh dengan rahsia.
Jalan cerita yang seronok dibaca dan laju pacingnya. Semakin banyak persoalan telah terjawab. Di dalam naskah ini mula diceritakan awal kejadian kepada semua kisah-kisah yang berlaku dalam naskah yang sebelumnya.
Walaupun ada masanya Salleh tewas pada godaan syaitan, tetapi dia sangat berusaha menepis demi tidak ingin menduakan Tuhan Yang Maha Esa. Yang syaitan ni pula betul datang dalam pelbagai bentuk hanya untuk menyesatkan anak Adam. Licik betul cara untuk menyesatkan mereka sekampung.
Tapi pengakhirannya sungguh SH tak sangka. Ingatkan sudah berakhir begitu tetapi rupanya tidak. Tergamam sebentar SH membaca di babak-babak terakhir dalam naskah ini. Plot twist dia sungguh lain macam.
Salleh, ketua kampung di Kampung Sungai Cerah yang baru sahaja dibuka itu buntu memikirkan masalah yang berlaku di kampung itu. Segala yang mereka tanam dan ternak semuanya tidak subur dan mati.
Suatu malam Salleh bermimpi pelik, dua kanak-kanak yang mengaku mereka anaknya, sering menyanyikan lagu yang sama berulang kali. Lagu tentang Kolam Dewa. Harus dijamu baru nasib akan diubah. Pelbagai tragedi yang menimpa kampung itu. Salleh akan turuti ke tuntutan Kolam Dewa itu? Akan berubahkah nasib Kampung Sungai Cerah? Apa yang dituntut Kolam Dewa?
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
😦🫨😶🫥😳🫣🤯💣.. Apa penulis dah buat kat Ad ni. Storyline kali ni jauh ye flashback. Ad macam okay kita layan je baca. Rupanya.. banyak yang terungkai & terjawab. Tentang Hantu Kepala Kambing? Rupanya tu? Ish sabar kena baca buku terakhir dulu sabar Add!
Bagi Ad tidaklah seram sangat. Tapi unsur mystery & thriller tu 👍🏻 tak sangka Salleh, hmm takpelah. Part hujung, wow sangat wow. Ad tak tahu nak bagi reaction apa dah. Legit! Sakit dah kepala ni 🤣 kalau Ad jadi Imtiaz.. Ad jadi gila, jujur shakap ek. Lepas satu-satu penulis hentam plot & info ni 😮💨
Takut nak baca buku last ni sebab lepasni takde dah siri kru paranormal 😭 harap semua terjawab tanpa ada sebarang persoalan lepas dah baca buku terakhir ni 🫠 wish me luck!
Kru Paranormal 11: Kolam Dewa by Khairul Nizam Khairani. .
So, this is basically the beginning of Baphomet aka Lembaga Berkepala Kambing. .
Ceritanya bermula pada tahun 1863. .
Pada tahun itu, Salleh yang berperanan sebagai ketua kampung, buntu apabila perkampungan yang baru mereka buka itu, tanahnya tidak subur, tanaman tidak mendatangkan hasil. .
Salleh juga didatangi mimpi yang 2 kanak-kanak yang mendakwa mereka adalah anak Salleh yang telah meninggal dunia. Mereka mengatakan penduduk kampung perlu menjamu Kolam Dewa demi kemakmuran kampung mereka. .
Dalam pada Salleh cuba mempertahankan akidahnya, ada insiden-insiden tragis yang terjadi. Mampukah Salleh mempertahankan kepercayaan mereka? .
Kalini, kita akan tahu siapakah sebenarnya Imtiaz dan susur galur keturunannya. .
Dan kita akan tahu, siapakah yang mencetus Lembaga Kepala Kambing tu. Dahsyat ya penangan syirik ni. Bertahan sehingga beribu-ribu tahun. .
Origin story of Ba. Finally dapat kenal asal usul datangnya mahluk manusia berkepala kambing. Bagi aku, kisah asal usul mahluk ni solid. Aku suka cara Salleh mempertahankan pendiriannya untuk tidak terpesong dari akidah walaupun berkali-kali dihasut oleh rakan sekeliling.