Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kru Paranormal #12

Kru Paranormal: Jamuan Berdarah

Rate this book
Berdasarkan sebuah cerita yang dimuat naik seorang blogger bernama Abang Syafiq dalam blog Aduka Puaka, Darina menyiasat kes kehilangan pengunjung sebuah pesta hip-hop yang diadakan di sebuah bangunan tinggal iaitu Wisma Suria yang dikatakan berpuaka. Siasatan itu membawa kepada penemuan berpuluh-puluh mayat yang tidak berkepala yang ditanam di tapak bangunan tersebut.

Seorang lelaki bernama Howard Ho membuat pengakuan yang dia terlibat menguruskan syarikat-syarikat milik satu kumpulan pengamal ilmu hitam yang dikenali sebagai Kultus Ba. Salah satu syarikat itu, Dewa Suria Sdn. Bhd. dimiliki oleh seorang lelaki bernama Ehsan yang didakwa sebagai orang kuat dalam Kultus Ba. Malah, bangunan Wisma Suria juga dimiliki oleh Syarikat Dewa Suria.

Ehsan mula menggerakkan buah catur terakhirnya. Apakah matlamat utama yang ingin dicapainya? Semua kematian yang melibatkannya, untuk apa?

Berjayakah Koperal Darina dan Inspektor Rahil menyelesaikan misteri kes Kultus Ba ini?

Bagaimana pula dengan nasib Imtiaz? Adakah dia akan selamat? Atau dia juga adalah sebahagian daripada buah catur Ehsan yang akan dikorbankan?

160 pages, Paperback

First published July 17, 2023

13 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (57%)
4 stars
13 (39%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
795 reviews106 followers
January 19, 2024
Finished in one sitting!

Pace yang sangat laju. Parcel sampai, buka bungkusan nak check parcel. Belek2 buku ni sebab memang tak sabar nak tahu cerita seterusnya dan macam mana pengakhirannya. Sedar2 dah separuh bacaan and still cannot stop. Because it was that exciting. Rasa teruja dan nak tahu tu memang di tahap hampir maximum.

Buku ni susah betul nk dapat. Panjang jugak la perjalanan dia nak sampai tu, kita dah la tak sabar nak tahu finale. 2 kali order silap hantar buku lain. Last2 beli jugak kat kedai lain huhu.

Saya ni penakut, jadi memang tak suka buku2 seram. Terjebak sebab penulisnya Khairul Nizam Khairani. Dan bila dah start, you only have one choice. That is to finished it.

Lega akhirnya dah jumpa penamat.
Profile Image for SS.
518 reviews5 followers
January 24, 2024
Tajuk: Jamuan Berdarah
Penulis: Khairul Nizam Khairani

Blog Aduka Puaka milik seorang blogger bernama Abang Syafiq telah mencetuskan tanda tanya apabila dia memuat naik sebuah cerita tentang kes kehilangan pengunjung sebuah pesta hiphop yang diadakan di Wisma Suria. Mana tidaknya, Bangunan Wisma Suria itu dikatakan berpuaka.

Tanpa berlenggah, Darina terus menyiasat. Dan apa yang mengejutkan. Siasatan itu membawa pada penemuan yang tidak disangka-sangka di tapak bangunan itu!.

Kadang ika tak faham geng. Penulis boleh lagi ya masukkan watak-watak baru dalam buku terakhir. Kalau ika yang menulis. Ika mungkin tak berani ambil risiko tinggi untuk buat macamtu. Sebab? Takut watak baru yang ada diabaikan dan for what reason lagi yang penulis nak buat untuk lenyapkan watak contohnya.

Tapi cuba teka -- buku ke 12 ini penulis secara bijaknya twistkan semua watak yang ada. Dia petik macam tu saja. Pengakhirnya yang memuaskan bagi kesemua watak. Sangat fast paced. Dan betubi-tubi penulis menjawab soalan-soalan yang ada di siri sebelum ini. Dengan jayanya penulis huraikan kelogikkan di sebalik semua yang berlaku. Buku Keranda Terbang & Kolam Dewa ialah klimaks Kru Paranormal. Diberitahu oleh pihak penerbit. 2 siri ini memang banyak mengimbau asal usul kewujudan Baphomet.

Feel ke tak buku ni? - Feel banget (Gore, Thrill & Horror). Ko nak tunggang terbalik punya feel pun ada haha. Banyak scene berdarah dalam ni. Ada juga seram seram sejuk especially dekat Bangunan Wisma Suria. Boleh pula bermain-main macamtu. Dan kemuncaknya memang banyak scene gila (jamuan). Memang kena la dengan tajuk cerita.

Pokok pangkalnya, cerita ini memang intipatinya ialah Ajaran Sesat, Kehidupan Abadi, Ilmu Hitam, Khianat & Dendam.

Sangat rekomen Siri Kru Paranormal ini buat kalian yang mencari bahan bacaan seram nipis yang best 👍🏻 Yang penting ada pengisian dan mindblown. Berikan peluang buat buku seram lokal. Kita juga ada cerita yang menarik untuk dibaca. Saya cadangkan kalian beli terus 12 buku dan marathon haha. Jangan skip satu siri. Sebab confirm lost ‼️ Ini memang tak dinafikan lagi. Kalau rajin nak bermind map lagi bagus haha. So boleh la kalian connect dot dot dengan senang.
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
January 29, 2024
Kru Paranormal Finale! Konklusi bersiri 12 buku akhirnya selesai dibaca. Segala misteri semuanya diselesaikan dengan sempurna. Penulis masih lagi ada muslihat dipermulaan cerita, hampir percaya ye - motifnya untuk mengelirukan pihak berkuasa. Macam biasa, twist demi twist dihidangkan. Yang penting musuh sebenar berjaya dihapuskan buat selamanya (mungkin?). Watak-watak terdahulu rupanya adalah orang yang sama, kena ingat betul-betul.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews41 followers
July 17, 2024
Pihak polis mendapat 2 maklumat daripada 2 orang yang berbeza tentang bangunan Wisma Suria. Tetapi ternyata kenyataan mereka bercanggah antara satu sama lain. Dan dikatakan bangunan itu juga salah satu aset yang dimiliki oleh Syarikat Dewa Suria yang juga dikatakan berkaitan dengan Kultus Ba.

SH suka sangat dengan pengakhiran bagi siri ini. Ini adalah pengakhiran yang sangat baik dan sangat memuaskan hati SH. Segala persoalan telah terjawab. Segala rahsia telah terungkai. Naskah yang terakhir ini adalah yang terbaik dari siri ini.

Detektif Azmi yang selalunya dengan perangai lengai dan 'blur' dia tu, kali ini lebih berfungsi. Kelakar sebenarnya tengok perangai Detektif Azmi ni. Sudahlah macam tu, asyik kena sakat je dengan Koperal Darina.

Pengakhiran untuk Imtiyaz juga sangat memuaskan hati SH. Tak sangka semuanya saling berkait. Walaupun siri ini penuh dengan pelbagai watak namun semuanya menyumbang kepada jalan cerita. Setiap mereka punya kepentingan sendiri di dalam menyambungkan setiap titik di dalam siri ini.

Bukan sahaja pengakhiran kepada kisah mistik penyembah kambing, tetapi penyiasatan pihak polis juga akhirnya punya penutup. Tidaklah terbiar begitu sahaja.

Walaupun ini naskah yang terakhir tetapi pace penceritaan masih laju dan tetap memberikan debaran di setiap babak. Dan penceritaan bertambah seronok menuju ke akhir cerita.
Profile Image for lea in pages.
72 reviews9 followers
November 18, 2025
Sampai page terakhir pun adaa plot twist🤯🤯 full review untuk siri nii coming soon…
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
December 9, 2025
[eBOOK 58_2025]

Kru Paranormal Finale: Jamuan Berdarah by Khairul Nizam Khairani.
.

Akhirnya, sebuah penutup yang baik!
.

Semua persoalan terjawab.
.

Masih ada beberapa watak baru, still buat aku pening di permulaan buku, tapi rupanya di hujung buku, rasa mindblown sebab ada twistnya yang berjaya merungkai semua persoalan.
.

Ceritanya bermula apabila ada yang melaporkan kehilangan beberapa pengunjung yang terlibat dalam sebuah parti di bangunan berpuaka. Bagaimanapun, maklumat yang diterima pihak polis agak contradict.
.

Dan siasatan pihak polis menemukan rangka mayat di bangunan tersebut.
.

So, mayat-mayat siapakah itu?
.

Sesuai dengan tajuknya, ya, buku ni memang menampilkan jamuan darah. Rupanya inilah yang Ehsan rancangkan sekian lama. Untuk menghapuskan yang sekian lama bermaharajelala.
.

Watak yang paling merana, sepatutnya ialah Imtiaz. Sebab aku tak mampu bayangkan kalau aku ialah dia.
.

Ingatkan pesta darah tu, penutup yang betul-betul penutup la. Rupanya ada lagi twist. Tapi apa-apa pun, twist yang berbaloi.
.

This final book definitely brought a satisfying closure for this series. Ending yang sangat bagus!
.

Highly recommended untuk yang sukakan cerita seram tapi takdelah seram sangat pun.
.

Aku sarankan baca sekaligus 12 buku back to back. Jangan skip atau selitkan dengan buku lain. Personally, bagi aku, buku first tu je yang agak bosan. Mungkin sebab baru nak hadam cerita ni. So, kalau mampu habiskan buku 1, korang akan mampu habiskan sampailah yang terakhir ni.
.

Oh ya, silalah baca buku bersiri ni supaya korang faham kekaguman aku terhadap penulis ni. Macam mana beliau boleh menghasilkan buku yang berbeza timeline, tapi smooth je, yang mana bila dah masuk chapter terakhir, baru kau nampak hint nya. Dan macam mana, untuk setiap buku tu, beliau mampu menghasilkan plot twist yang buatkan mata aku terbeliak. hahaha. dramatik la. Apa-apa pun, sila baca! Worth reading.
Profile Image for addreads.
285 reviews27 followers
March 4, 2025
𝙺𝚛𝚞 𝙿𝚊𝚛𝚊𝚗𝚘𝚛𝚖𝚊𝚕 𝟷𝟸: 𝙅𝙖𝙢𝙪𝙖𝙣 𝘽𝙚𝙧𝙙𝙖𝙧𝙖𝙝

4.9⭐️

𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘪𝘵𝘢𝘯 𝘣𝘭𝘶𝘳𝘣 𝘥𝘪 𝘴𝘪𝘯𝘪. 𝘈𝘥 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘫𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘶𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘈𝘥 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘤𝘢 𝘣𝘶𝘬𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳 𝘯𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘳𝘪 𝘯𝘪. 𝘛𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 😮‍💨

⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯

TERGAMAM.. akhirnya yang dinantikan, yang tertanya semuanya sudah terjawab. Untuk buku terakhir ni Ad boleh pesan sila bertenang. Sebab Ad tak tenang sepanjang baca. Terlalu banyak benda jadi. Terlalu gore. Terlalu banyak hidangan jamuan 🩸trauma eh.. jap part kat bangunan Wisma Suria sumpah seram...

Yang jadi pembaca pon dah penat, ni ditempat Imtiaz kan. Wow. Akak pening dik. Tapi best! Kenapa kurang 1 point untuk rate? Sebab bagi Ad penamat kurang puas dari segi penutup segala benda yang terjadi. Tu sahaja.

Jujur pesan, siapa nak baca siri ni. Tolonglah buat family tree. Sila buat. Sebab terlalu banyak watak yang berkait akan buat korang pening pada mulanya tapi masih bagi effect padu. Don't worry 😏

Kena baca ikut turutan ke? IYA. Wajib. Nak lagi mudah baca marathon tanpa selit baca buku lain sepanjang bacaan siri ni. Haaaa Ad serious ni.

Pengajaran Ad dapat dalam siri ni? Banyak. Ajaran sesat & Ilmu hitam. Rasa sangat 'real' 🙂

Ad rekomen ke? 💯 SANGAT REKOMEN! Beli 12 buku terus, baca straight jangan belok-belok. Selamat berjuang bagi yang nak mula. Buat mind map 🤭 fuhh best.
Profile Image for Syukri.
159 reviews9 followers
July 17, 2024
Kesudahan yang memuaskan pembaca. Orang-orang jahat dapat dimusnahkan walaupun dah terlalu ramai terkorban sepanjang 12 buku.



Secara kesuluruhan siri ini memang menarik sebab cukup semua elemen sedih, gembira, seram, saspen. Scene gory sangat detail sampai aku boleh imagine segala cara pembunuhan. Plot twist jangan di cakap, segala plot yang boleh di twist sampai tak terjangka.
Profile Image for Nad.
375 reviews1 follower
December 3, 2025
Dah habis baca semua buku dalam series ni. Punya malas nak review satu satu jadi bagi jela kesimpulan dekat final book.

Wey ini dah masuk dalam list favorite books of 2025.
Sumpah best setiap buku ada cerita masing masing tapi sebenarnya sangat berkait and the plot twist just- *chef's kiss*
Dan sama seperti orang lain cadangkan silalah baca semua buku pada masa yang sama sebab semua characters dalam buku ni agak berkait takut terlupa gitu.
Mungkin buku ni tak se-perfect 100% (ada salah watak) but saya suka dan tak sabar nak tunggu next series Dimensi Paranormal untuk complete.

Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
February 21, 2024
Penamat yang terbaik.. Memang tak sangkalah kebenaran dia tu.. Tahniah penulis untuk siri yang dasyat.. Psiko betul..
Profile Image for amireadbooks._.
48 reviews3 followers
July 25, 2024
4.5⭐

Ok lah the ending was good tp yg aku nak tau sekarang ni si Ehsan ni mati ke tidak??!?!?!!!!! Arghhhh stress lah fikir.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.